Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji...
Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti...
Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati
Jelas sekali jalur siasah perlukan dukungan Tarbiah dan Dakwah.
Yang 'jauh' kita dekati dengan dakwah. Yang 'dekat' kita perkukuhkan dengan
tarbiah.
Di Taif, Allah menunjukkan ada zuriat Islam dalam perut Jahiliah.
Di Uhud, ada gamitan dunia yang menggugat keikhlasan mujahadah.
Di Hunain, ada kebanggaan yang menyekat nusrah dan barakah.
Jika kita belum upaya memindahkan pemerintahan kepada iman...mari terus
berusaha memindahkan iman kepada pemerintahan.
Dan alangkah indahnya jika kita usahakan kedua-duanya sekali!
Dengan pujuk kasih sayang... bukan dengan amuk kebencian.
Mungkinkah kerana belum teguh keikhlasan? Atau belum kukuh kebijaksanaan? Atau
kedua-duanya sekali?
Tidak ada istilah kalah di jalan Allah.
-Ust Phahrol Juoi-
___________________________
-Ust Phahrol Juoi-
___________________________
Aku menantikan saat-saat bahagia kemenangan dakwah ini. Aku ingin berada pada masa itu, ia semakin hampir. Kejayaan itu semakin hampir.
Aku semakin percaya dan percaya. Semakin optimis masanya akan tiba.
Kita masih mahu bersedih kerana kalimah 'inikalilah'? Bukankah kita melihat politik ini dari kaca mata yang berbeza? TnD!!
Aku semakin percaya dan percaya. Semakin optimis masanya akan tiba.
Kita masih mahu bersedih kerana kalimah 'inikalilah'? Bukankah kita melihat politik ini dari kaca mata yang berbeza? TnD!!
No comments:
Post a Comment