-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, January 14, 2013

Basuh dan Cuci


Bergaya sungguh ikhwah ni, 

Boleh bagi daurah di Melaka balik hari,

Boleh buat bulatan gembira di Pahang setiap minggu,

Boleh korbankan masa tidur untuk usrah online dengan ikhwah di benua yang berbeza,

Boleh mengorbankan masa dan pemikiran untuk menulis baik-bait motivasi seperti Sir Iqbal agar dakwah ini sentiasa segar bertenaga,

Namun, apa ertinya dakwah dan kata-kata jika ia gagal menumbuhkan iman di hati !!

Apa ertinya dakwah dan kata-kata jika ia gagal membuatkan kita semakin gigih beribadah taqarrub kepada Ilahi !!

Apa ertinya dakwah dan kata-kata jika ia gagal membuahkan akhlak mulia, adab dengan para duat dan orang tua, adab dengan orang yang berbeza jantina, dan segala amal amali kita !!

Alangkah malangnya daei. Jika amalnya diteraskan oleh semangat membuta tuli, melahirkan riak dan takabbur yang menghancurkan amal, dan menjadikan dirinya takassur pengikut dan kuli.

Marilah sama-sama kembali kepada Allah. Marilah sama-sama buat apa yang kita cakap.

Banyak yang terucap memekakkan telinga. Biarlah amal yang berbicara.

Allahu musta'an

________________________

Diceritakan bahawa Imam Sya'rawi yang tersohor itu pernah menyampaikan ceramah di satu tempat. Usai ceramah itu, beliau diusung oleh para kadernya sebagai tanda kecintaan mereka terhadap ulama agung itu. Setelah beliau masuk ke dalam keretanya, beliau meminta pemandunya memberhentikan beliau di sebuah masjid berdekatan. Di situ, Imam Sya'rawi yang hebat itu telah membersihkan tandas masjid tersebut dengan tangannya.

katanya:

"Aku bimbang aku berasa bangga diri dengan apa yang telah berlaku tadi. Jadi aku mendidik hatiku dengan merendahkan diri membersihkan tandas ini".

_________________________

Pernah di kisahkan, Pak Hassan yang sepatutnya menyampaikan Taujihat nya di malam hari, telah tiba lebih awal dari penjadualannya, ketika itu dewan masih kosong dan dalam penyusunan kerusi, beliau turut sama mengatur membinaan binaan kerusi tersebut sehingga akhirnya disedari oleh si penyusun kerusi yang lain. "eh Tuan penyampai malam ini, sepatutnya tenaganya di all outkan pada malam ini"

ISHAB kemudian berkata :

"Aku tidak pasti mana satu amal aku diterima, Aku takut penyampaian ku sia-sia di sisinya, kerana itu mungkin susun kerusi inilah yang Allah terima di sisinya kerana Ikhlas di situ"

_________________________

Berhati-hati dengan cahaya dari pentas dan kamera-kamera itu

Itu boleh memuliakanmu di hadapan manusia,

Tapi membinasakan dirimu di hari muka.

_________________________

Lazimilah, cuci dan bersihkan hati !!

"Wahai anak muda, lazimilah awal pagi anda sebelum Subuh dengan solat sunat tahajud dua rakaat. Rasailah kemanisannya dan kelazatannya."

"Tatapilah dan bacalah Al-Quran setiap hari walau bagaimana pun keadaan antum."

Dai’ ini mimpinya juga adalah mimpi dakwah.”

Dakwah tidak boleh didukung dan dipikul oleh orang-orang manja, namun pada mereka yang ikhlas, sabar, tidak gopoh dan kader Tangguh (Tahan lasak)

Kita tidak boleh memanjang usia kita justeru, kita perlu berusaha memanjangkan usia dakwah ini


p/s : Akhi ku, jika antum kasih dan sayang akan diri yang Dhoif ini, sentiasalah ingatkan aku!! Ingatkan aku akan seksaan Azab Allah yang sangat mara bahaya!! Janganlah menceritakan akan ku apatah lagi aib ku, kerana Aku takut timbangannya di Akhirat kelak dan itu jualah tanda Aku kasih dan sayang kepada mu. Namun ambillah isinya dan beramallah juga dengan kata-kata ku.

Thursday, January 3, 2013

Lunch ISn!


Merenung keluar jendela,

Kau berikan ku kekuatan,

Untuk terus sabar, istiqamah membina manusia. kerana itu adalah asasi, tapak, foundation untuk sesebuah bangsa atau tamadun itu untuk berdiri.

Kini, aku melihat ianya berhasil,

Iye, aku hanya pengusaha atau alat untuk membolehkan menara KLCC itu dibina,
Aku tidak pernah meminta untuk di ambil gambar,
Kerja ini, tidak popular di mata manusia,
Manakan tidak, berduyun mad salleh dan si solleh, datang ke KL untuk mengambil gambar KLCC dengan wajah tomey - tomey,
Sungguh, menara yang kukuh gah tersergam indah itu keberhasilan dari "lama"nya untuk membina tapak tersebut.

Ar-Rasul juga sabar dan tidak tergesa-gesa, 13 tahun tempoh yang di ambil untuk fokus membina tapak yang taff, tahan lasak, tidak manja, tahan lasak, besar pengorbanannya, kuat hubungannya dengan Rob, hebat doa Rabitahnya, manis Ukhuwahnya, banyak BBQ Iman-nya. tinggi mujahadah mereka membanteras jahiliyah, sedikt tidurnya. Hasilnya kini.

Tiada mereka (si pelancong) yang datang ke KLCC untuk mengambil lantainya,
Tiada mereka yang datang ke KLCC untuk berterima kasih pada buruh dan bangla yang siang malam bekerja lebih tekun berbanding mereka yang hanya sekadar berkata-kata tentang Itqan.
Tiada mereka yang datang ke KLCC untuk berfoto dengan besi-besi cerucuk.

Tidak pernah!!

Yang hanya menjadi bualan, hebatnya KLCC sehingga kini memegang rangking bangunan berkembar tertinggi di dunia, bijak sungguh perdana menteri Malaysia ke-4. Perdana menteri yang menerajui kejayaan KLCC ini jugalah yang mendapat nama kerana beliau terkehadapan mengistiharkan kepada rakyat dan dunia.

Namun, si sabar yang membina tapak ini, terus membina tapak, fokus dalam memberikan hak - hak pada wasail, tekun dalam menyemai keberhasilan muasafat, sabar melahirkan mereka yang boleh berkerja bersama-sama dengan sabarnya membina tapak dan tidak kurang, pabila cukup zat besinya, bangunan tersebut akan di naikkan untuk manusia melihat kebesarannya dan untuk kita mensyukuri segala nikmat.

[ menara Pisa juga ada maratib eh ]


             karna bagaimana keadaan sekalipun KLCC itu tidak mampu berdiri kukuh jika tapak itu tidak di titik beratkan, kesannya seperti bengkoknya menara Pisa. Kerja ini murni. Lebih murni sehingga Aku sendiri mula yakin kehebatan KLCC itu bukan pada bangunannya, bukan juga pada yang mengarahkannya, namun pada mereka yang sabar dalam Tariq Amal, merembes air mata dalam memasukkan cerucuk, Istiqamah dalam menyimen lantai, saling memberi motivasi dan dorongan, "sudah tidak lama akhi, sabarlah sedikit lagi, sabar itu suatu jihad akhi", namun tidak sedikit ikhwah yang boleh bertahan, ada yang menarik diri kerana belum bersedia, ada yang menghilangkan diri terus, ada yang ingin cepat langsung lari ke tempat lain selepas istiqarahnya. Sungguh aku percaya, kerja buruh ini Allah tapis, dan aku tidak berseorangan. Uwais Al-Qarni, namanya tidak popular di dunia, namun masyhur dan teliur - liur oleh makhluk di langit~~

Yang enaknya sehingga di dalam tidur si sabar itu, masih lagi memikirkan buruh-buruhnya:

“ Dai’ ini mimpinya juga adalah mimpi dakwah.”

Kini, masanya makin hampir dan akan di lunch 19 Januari.

Harapan dan doa ku, kerja ini masih fokus bahkan kita perlu lebih serius, kerana apa? kerana manusia fitrahnya akan datang mengambil gambar dan itulah dalil mereka, moga bangunan dalam gambar itu sama atau lebih cantik dari gambar yang diambil, penuhilah hak Isinya. Sekalipun UA kita capai kelak, tidak bermakna ketika itu kita berasa senang dan selesa, kerana Syahadahtul Haq itu wajibul ghunnah dilaksanakan sesungguh mungkin dan ada rantai penyambung. Jika tidak, penatlah, pak Abu A'la Almaududi menyampaikan syarahannya agar kerja SH ini perlu berfokus!! 

Fokus dan sabarlah akhi ku

Ikhwah dan Akhwat, penuhilah hak-hak Isi si mutarobbi !!

“ Wahai anak-anak muda, cepatlah dewasa dan membesar. Ingin kami serahkan amanah ini kepada generasi pewaris yang akan meneruskan kerja-kerja ini.”