-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Friday, August 24, 2012

Bulatan Gembira pentingkah!


Ditulis pada 14 ogos 2003 (setelah 10 tahun) kepada beberapa anak buah yang tidak mendatangi Bulatan Gemibira kerana pergi ke majlis sosial. ketika naqib datang dari jauh, tiba-tiba anak buahnya tidak ada. sungguh kecewa. lalu lahir tulisan ini:
Assalamu’alaikum.
saya rasa mungkin kita tak payah lagi mengadakan usrah untuk kali akan datang . . kerana rasanya majlis hari lahir lebih penting dari usrah, Selepas ni mungkin ada lagi majlis lain yang perlu dihadiri . . . usrah hanyalah untuk masa tak sibuk, tak ada kerja lain, lapang dan ketika tak letih.

Usrah bukan penting sangat. Kalau ada kerja lain..tak payahlah datang usrah. Saya boleh terima alasan orang tak boleh hadiri usrah kerana sakit, kerana pelajaran yang mendesak, kerana sebab yang munasabah… 
Tetapi tak boleh terima alasan hanya kerana hadiri majlis sosial.
Sampai bila usrah jadi kelas kedua dan ketiga… Kenapa orang tak boleh memberi alasan tidak dapat hadir majlis sosial kerana ada usrah tetapi boleh memberi alasan tak boleh hadir usrah kerana ada majlis sosial…?
Saya rasa tak payahlah kita mengadakan usrah jika ia hanya duduk ditangga kedua, ketiga dan keempat.
Anda semua telah mengecewakan saya….
Wallahu ‘a’alam.
Wassalam.
Ustaz yang masih menyanyangi mu lagi… walaupun apa yang berlaku.

-Syeikh Muntalaq-



__________________________________________


Tambahan dari pena ini,
Mungkin agak kertelaluan menulis contoh dibawah ini, namun rasa contoh ini paling masyuk ketika ini,
Bulatan Gembira itu juga ibarat "nak buang air Besar" 

Ketika kita sibuk melayan karenah pelanggan, ketika sedang memasak mee bandung muar favourite saya eh, ketika kira sedang kemuncak Bisnes kita, manatahu ketika itu juga ekonomi kita sedang merudum, sayu, pilu dan perlu mengatur meeting yang pangjang.
Tiba - tiba sakit peruttt!! Argh, tak tahan lagi,
Nah, mana pernah kita sanggup menahan pemulasan perut itu,
Maka, pecut ke tandas melepaskan dengan ke-lega-an.
berkata : "Ahhhhh~" (sebab Alhamdulilh tak boleh)
Begitu jugalah dengan Bulatan Gembira, sesibuk mana sekalipun kita, jangan di tahan-tahan, penyakit nanti. Ubatnya, pergilah lepaskan di tempat yang menggembirakan eh!
Maka berkata : "Alhamdulilillah hi rabbil A'lamin"

1 comment: