-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, July 18, 2012

Nah! untuk mu kerana-Nya


habis kerja, terus panjat bukit dengan Ikhwah (siap pakai baju kerja lagi)


Akhi Al-Farouq,
Kerana kasih akan mu, aku meminjam telefon mu, untuk membuat "Alarm" agar kamu menjadi Rahib di malam hari, dan dapat Subuh di awal waktu berjemaah.
Nah hp mu semula, Aku buat kerana Allah,

Akhi Al-Soddiq,
A : hmm, kenapa anta potong botol nih?
B : Untuk kita sama-sama akhi, boleh nak pinjam sekejap salotip anta, dan maker pen 
A : ha . . . boleh, tapi kena pulang balik la, kata pinjam, he
B : Alhmdulilh, siap dah, nah yang ana pinjam tadi, ana pulangkan dan "ini" . . . .
A : erk. . .  rupanya "ini" yang anta buat, untuk siapa nih?
B : Nah hadiah dari ana untuk anta, "Tabung" recycle yang tak seberapa nih, menabunglah untuk Iman mu.

Akhi FaceBooking,
A : Akhi, ana nak ke pasar, ada apa - apa yang nak di kirim ke?
B : Ha. . . bagus sangat ada - ada, kat pasar tu, agak-agak ada orang yang boleh dibantu dengan duit tak?
A : wah. . . itu pasti, ramai dah sekarang ni, lagi lah kat tengah - tengah kg. metropolitan,
B : Alhmdulilh, kalau macam tu, anta jumpa setiap orang tu, anta bagi RM1, nanti anta campur sume, claim kat ana, ana bayar semula, boleh ke?
A : T_T

Akhi ku yang tak banyak cakap,
(Aku dijemput, Dari KL ke Kelantan, wahai ketika itu aku masih manja)
A :  . . . . (tiba - tiba ada van biru rosak tengah jalan, akh B terus turun, bantu, tolak)
B : Alhmdulilh (selepas tolak kereta tersebut, sambung perjalanan)
A : . . . . . . . . (aku dari tadi dalam kereta, tak berganjak keluar), Akhirnya aku bersuara, "Akhi, kenapa tak ajak ana tolak kereta tu sama"
B : "bukankah tingkahlaku ana tadi sebenarnya ana sedang mengajak" (dengan penuh senyum bertutur)
A : Nah. . . ., ajakan dengan amal / perbuatan itu lebih terkesan daripada kata - kata.

Akhi "Oè%",
A : Akhi, ana baru dapat nama, ada adik baru yang perlu di belai
B : oh, anta nak belai atau . . . .
A : . . . . . . .
B : Atau ana, baik, bagi no hp dia pada ana!
(5 minit kemudian)
A : eh, nak pergi mana nih akhi B?
B : Nak pergi belai adik tadi "we cannot Afford to lose again", masa sekolah dah ada basic agama, kenapa perlu putuskan ketika selepas sekolah, ana kadang terfikir, macam mana wahyu datang pada Rasulullah dan para sahabat, mereka terus buat, seakan adik ini dalil (wahyu) yang turun yang menuntut kita buat, buatlah. . ., "Oè%" lah akhi!!
A : ana masih muzammil dan mudathir ke? hu

Akh yang mahir dengan Alat,
(Mesej yang diterima dari Naqib ku, ketika Aku di wad)
"Akhi, ana doakan agar amal anta diterima, kesihatan yang masih diberikan pada anta, mampu terus menyumbang, terasa perlahan hammasah di sini ketiadaan anta, moga ana berdoa dan mohon doa dari anta, untuk diri ana dan ikhwah yang lain, bila ketiadaan anta, mereka lebih yakin beramal, dan lebih banyak bekerja, peluang pahala dakwah untuk mereka lebih banyak terbuka kini sepatutnya bila anta tiada, tapi jangan lama sangat di wad".

Akhi ke-Petir-ran,
keutamaan kita bukan selamanya memahami guna pada Akhbar, FB, 2witer, kegosipan sana - sini, namun, dalam tempoh 3 tahun yang anta dah lalui ni, sepatutnya dah hafal 3 Juzu' Al-Quran. Tahu!! nak tasmi' sikit.

Akhi, tak ada anta pun, tak memberikan kesan pada Dakwah. Ana beriman, bahawasanya Allah akan ganti dengan mereka yang lebih baik, cuma akhirnya melambatkan diri anta juga kalau anta tak nak. Jadi, Jadilah Murobbi !!

Akhi yang hari ini,
A : Bro, kenapa dah lain sekrang?
B : Apa yang lainnya, sama je ana dengan yang dulu?
A : Tak de la, anta ke sana kesini denga kitab tu je, dulu selalu pegang buku buah Manggo, selalu borak, sekarang tak banyak cakap, asyik senyum je.
B : Oh, kitab tu Al-Quran, ana tetap nama B juga, cuma ana lebih suka Ana yang sekarang, faham tujuan hidup.

Akhi, tahukan Ibu bapa kalian sedang berbahagia disebabkan anta!
Ar-rasul pernah menyebut, mafhum hadith, antara perkara yang akan terus memberi saham kepada anak Adam yang meninggal dunia ini adalah Doa dari anak yang solleh. Tahukah anda! orang yang buat kerja Dakwah dan Tarbiyah ini Musleh, maka berganda sahamnya, soleh + soleh + solleh, tetap tak boleh lawan Musleh, Umi Abi berbahagialah hey hey.
Musleh : mereka yang mengajak "amar ma'ruf nahi mungkar"


hey Akhi,
Walaupun orang Muslim akan masuk Syorga, waimma dalam syorga itupun akan ada orang yang menyesal, sebab dalam Syorga pun ada tingkat-tingkatnya, Syorga Firdaus paling teratas, jadi kerjalah sikit je lagi, mujahadah lah sedikit je masa lagi, berhempas peluh lah selangkah je lagi, Ikhlaskan Akhi, Ana tak nak menyesal, anda pula?


Apa full timer anta Akhi!
A : eh akhi B, anta buat apa kat sini,
B : syukur ana kat sini, nak naik Gunung Gasing bersama dengan antum lah
A : erk, baju yang anta pakai ni kan beju kerja anta?
B : Ah . . .ah, habis kerja amanah ana dengan manusia, ana lakukan kerja Full timer ana dengan Allah pula bersama gum-gumbira berukhuwah dengan Ikhwah yang lain =)
A : Wa . . . ., Fulltimer kerja adalah Da’ie lah, Jannah untuk anta.

wahai~

Nak join perniagaan yang menguntungkan tak! tak de rugi punya jom klick 
(kalau bersedia baru tekan, kerana anda akan terikat terus!)

Nah akhi!! mungkin hari aku menasihati mu kerana-Nya (Allah semata2), kerana Aku tidak tahu esok dan seterusnya Aku pula bagaimana, kerana itu akhi, nasihat ini juga khusus kepada ku, untuk terus Istiqamah, nasihatkanlah juga akan ku, jika kamu menyayangi ikhwah mu kerana Allah!!


"Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya"
(Al-Baqarah : 207)

No comments:

Post a Comment