Memulakan dengan kata-kata Uztaz Zaharuddin kepada Ku :
"web/Blog yang tidak kerap diupdate seperti sesuatu yang telah mati". Nah!
Baik, agak ter-Head shoot disitu,
Blog yang saya link-kan ini, memotivasikan diriku. sila baca supaya tidak menampakkan saya terheadshooot sorang,hu
Ambillah Ibrah / pengajaran / dari Side Positif.
Mungkin ada yang berceloteh, “Tidak kesampaian masa”, “Tanggungjawab lebih dari masa”, bahkan tidak kurang yang brutal kata, “Medan Ini tidak berapa Muntijah!”, Rentetannya ada yang mengklasifikasikan, “Blog itu perlu diletakkan Priority dalam Urusan Dakwah. Kerana ini salah satu wasilah dari banyak lagi wasail”. Benar
Saya ulang, Jadikanlah kata-kata ini(warna merah di atas) sebagai positif!!
Harus di ingatkan, Generasi hari ini kian ditakluki dengan semarak Media, kerana mereka, KITA generasi XY.
“Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi”.
Yakinlah!
Semua manusia perlukan motivasi. Nabi Muhammad s.a.w diberikan motivasi melalui Isra Mikraj.
Nabi Ibrahim juga memohon motivasi dari Allah. Lihat bagaimana permohonan Nabi Ibrahim :-
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن قَالَ بَلَى وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي
Ertinya : "Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: ""Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati"". Allah berfirman: ""Belum yakinkah kamu?"". Ibrahim menjawab: ""Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)"". ( Al-Baqarah : 260 )
Kita semua perlukan motivasi, motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan redha dan syurga Allah.
Sebagaimana nabi dan sahabat baginda. Allah s.w.t mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan dan syurga Allah dengan firmannya :-
خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ
Ertinya : "tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba" ( Al-Mutaffifin :26 )
Lihat Allah s.w.t ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Berlumba-lumba.
Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.
Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari. Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.
Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.
Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.
JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.
Saya bermotivasi untuk membuat pengisan di Blog ini hanya kerana merasakan ia mampu membantu akhirat saya. Saya dan keluarga ingin selamat di akhirat, saya ingin selamat di barzakh, saya tahu saya perlu letih untuk itu. Saya amat gembira kerana melalui wasilah ini, saya mampu menyampaikan ilmu walaupun saya sedang tidur, ketika saya sedang bertugas. Setiap detik pelawat memanfaatkan ilmu di laman sesawang ini.
Jika masih belum membaca, bacalah, ambillah ruang masa untuk perbaiki niat dalam penulisan, sekurangnya 30 minit. "Saya dan motivasi diri"
Moga Blog ini kembali laju dalam menghidup dan membina Ruh-Ruh
Murobbi kepada khalifah-khalifah
No comments:
Post a Comment