-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, January 29, 2012

Cerpen : Gelaran seorang Anak



Gelaran seorang Anak

Mad Ingat lagi cerita ini, ketika itu Mad menjadi guru ganti seketika di sekolah Menengah Islam Hidayah, perjalanan Mad dari rumah ke sekolah mengambil masa 45 Minit, Tarikh yang dirindui bagi semua Ibu adalah “Hari Ibu”....,

pagi sebelum Mad pergi kerja, umi tegur, “Mad....Mad balik rumah tak hari ini, lewat ke awal?”
“Insya Allah umi, Mad balik...., bila kerja siap, mad akan cepat-cepat balik, mad kan anak umi~”,
Mad terlupa yang hari itu adalah “Hari Ibu”...

5pm
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,
Mad mendengar Radio IKIM dot FM pilihan Utama anda~
kebetulan, slot tentang ucapan untuk hari Ibu...
Ibu... Umi~ “Oh......., padanlah umi Tanya pagi tadi... Ya Allah”
Nah...sepanjang perjalanan diceritakan oleh anak-anak yang menelefon semua tentang pengorbanan  seorang Ibu, antara yang Mad betul-betul tersentuh kisah anak dan penjual karipap...

Anak ini mengelarkan dirinya embok, kerana kini umur menjangkau 55 Tahun,
Embok mempunyai ramai adik-beradik kerana ayah nya berkahwin empat,
Kali terakhir Embok dapat merasai kasih sayang dari seorang Ibu ketika berumur 12tahun,
Embok suka dengan masakan Ibu, sepanjang persekolahan, Embok tidak pernah makan makanan dikantin sekolah melainkan makanan yang dibekalkan oleh Ibu, Ibu pesan, “jangan membazir, guna apa yang ada sahaja,kalau bekal tidak habis, bawa balik rumah..., banyak lagi makhluk Allah yang kelaparan” (dengan wajah senyum, Embok hanya terfikir waktu itu, mungkin Ibu maksudkan ciptaan Allah yang lapar tersebut,haiwan-haiwan peliharaan)

Embok ingat lagi, satu peristiwa yang masa itu, Ibu tidak sempat sediakan bekal untuk Embok, ketika ditahun empat Sekolah Rendah, Ibu kata...., tamat sesi persekolahan, kalau lapar terus balik rumah....

Hujan turun renyai – renyai dan semakin lebat..
Embok terus meredah hujan,... kerana asyik terbayang masakan yang dimasak Ibu...
Lapar.... lapar sangat~
walaupun masakan Ibu sederhana, tapi sedap sangat...
Ketika berlari....,tidak jauh dari situ...
mata Embok melayang melihat seseorang perempuan yang sedang berteduh dibawah pokok besar sambil memegang raga berisi makanan, mungkin bekas yang berisi makanan tersebut untuk dijual....

Embok bermonolog, “kesian mak cik tu, hujan-hajan ni pun masih menjual lagi, mesti susah hidup mak cik ni”
laluan yang Embok redah ini, akan melalui depan pokok besar tersebut...semakin dekat langkah ku menghampiri pokok tersebut, semakin jelas wajah perempuan tersebut....

. . . . . . . . .

. . . .

Astaghfirullah, rupanya susuk tubuh yang sedang berteduh di bawah pokok tersebut, merupakan seorang Ibu yang setiap hari Embok mencium pipi nya sebelum pergi dan selepas pulang dari sekolah....

Itulah Mak Embok....

Sejak itulah Embok mengerti...Rupanya selama ini, setelah Embok tinggalkan rumah untuk ke sekolah, bermulalah rutin harian ibu menjual karipap....

Dan ibu kata... Ibu akan pastikan, Ibu pulang ke rumah dahulu sebelum Embok tamat sesi persekolahan, mengaharapkan rezeki dari jualan tersebutlah, ibu membelanjakan untuk menyediakan juadah tengah hari Embok.....

Dan.....

Ibu selalu nasihatkan, berhenti makanan sebelum kenyang....
Bila Embok tidak habis, Ibu lah yang menghabiskan nya
rupanya.....,selama ni, sisa baki dari makanan Embok tersebut lah, merupakan makanan tengah hari ibu....

“kenapa selama ni,Ibu rahsiakan dari Embok”,

Ibu sentiasa senyum bila bercakap dengan Embok.... Ibu kata..

“Inilah yang Ibu mampu beri,Biarlah ibu yang merasa susah untuk anak-anak Ibu...., tapi kemudian hari, anak-anak ibulah yang mengembirakan Ibu”...
Semenjak hari itulah, Embok akan selalu menemani Ibu ke kebun untuk menoreh getah seawal subuh, walaupun hanya mampu teman...., tapi itulah kegembiraan dapat meluangkan masa Embok bersama Ibu sehingga ibu meninggal ketika Embok  di tahun enam....

Embok bersyukur, semenjak peristiwa itulah yang banyak menyedarkan Embok.....

Anda! sedap suapan Ibu, cubalah. kenapa malu ! !

. . . . . .

. . . .

Mad memandu laju kereta kancil JHY melalui jalan lebuh raya..
Tepat sampai di depan pintu rumah,... Mad bersuara pada Abid(adik Mad) yang ketika itu kebetulan berada di pintu...

Abid!! Mana Umi...”

Abid terkejut ketika itu, siapa yang tidak terkejut!!, tiba – tiba bersuara seakan teriak...
Adik ku, Abid seakan bermonolog, “kenapa abang ku sorang ni... tak pernah sebelum ni macam ni”

“Abid!!... kat mana Umi”, Mad bersuara untuk kali ke dua...

“Ada kat sana...ruang tamu kecil”, sambil menuding jari...

Mad melihat umi dari jauh.....

Itulah Umi....
Tekun menanda kertas anak murid sekolahnya...
Dahulu Umi tidak berkaca mata...., hari ini... Umi menanda kertas dengan bantuan cermin mata...

Umi semakin berusia... tapi itu dan selamanya, tetap Umi mad..

Mad melangkah laju ke arah umi dan mendakap erat...

Seorang Ibu...., pasti menanti dakapan dari anaknya, andai ketika saat kita masih kecil dahulu, ibu kita lah selalu menenangkan kita, memujuk tangisan kita dengan dakapan kasih sayang..., pada ketika itu jugalah, ibu kita membayangkan, “adakah anak ku masih sanggup mendakap erat Ibu ketika saat engkau sudah dewasa”.

Kata-kata ku pada Umi, “Umi, maafkan Mad umi..., Mad sedar yang Mad ini anak Umi, Mad berterima kasih sangat kerana Umi dan Abi sanggup menjaga Mad sehinggalah saat ini tanpa meminta sebarang bayaran, Umi dan Abi tabah dalam mendidik Mad, hatta ketika zaman nakal mad pun, Umi dan Abi tetap bertahan dan mererima sikap Mad....” (umi hanya mampu tersenyum)...

Aku menyambung kata-kata : Umi... Mad yang hari ini, hadiah untuk Umi”, pada saat ku melafazkan perkataan ini, mengalir air mata dari seorang Ibu mengenai pipi ku... pelbagai peristiwa flashback bermain di minda ku, “beza aku yang dulu dan kini”...
akhirnya, aku kalah dengan emosi, berlinang air mata ku juga apabila Umi menyebut :
“mad.... Umi rasa ringan hari ni, dapat lihat Mad Berjaya dan menjadi lebih daripada yang Umi inginkan”

No comments:

Post a Comment