-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, June 3, 2015

Habuan Sebenar !



“Bersegeralah kamu mencari pengampunan daripada Tuhanmu, dan mendapatkan syurga yang luasnya segala langit dan bumi, yang di sediakan bagi orang – orang yang bertaqwa”

[ 3 : 133 ]

Sekali anda baca dan fahami ayat ini, apakah yang bermain dengan geliganya di sel-sel kepala otak dan hati dalam anda?

Apabila ada satu tawaran yang datang pada anda ketika saat itu anda terasa hina dina dengan dosa dan noda, tiba – tiba datang satu seruan, “meh datang sini,cepat cepat, ini sahaja peluang untuk diberi pengampunan!”, apakah anda masih menangguh peluang ini?

Dan Tatkala, anda merasa sempit dengan dunia, rasa banyak pembohongan dan tipu daya sana sini, tiba – tiba ada satu offer lagi datang, “meh datang sini cepat cepat, di sini tempat yang pasti bahagia, luas seluas-luasnya untuk anda seorang, tiada sebarang tipu daya di dalamnya, segala yang di idamkan dan di khayalkan terus ada beb, jomlah cepat!”, apakah reaksi sepontan anda ketika itu? Adakah masih menunggu untuk masuk ke sana?

Nah, Bila di sebut perkataan “bersegera”, apakah reaksi anda?

Itulah fenomena daripada ayat di atas, Allah menggunakan unjuran galakkan dengan “bersegeralah”, tapi bukan sebarang “segera”, ianya kata perintah, seperti bahasa klasik moden sekarang, “weiyh . . . . cepat, cepat . . . jangan menangguh lah weiyh”.

Satu kalimah sahaja, seharusnya telah menggugah kita iaitu “wasariu’ “, yang di situ adanya perintah segera, dan dalam maksudnya yang banyak,

Wahai anda, apakah perkara yang paling maksimum yang anda harapkan dalam hidup ini?
Adakah ada perkara yang lebih tinggi daripada di ampunkan dosa?, dan di masukkan ke dalam sorga?

Jika anda nak redho Allah, adakah Allah redho pada orang yang berdosa dan masih bergelumang dengan jahiliyah  dan maksiat? Kerana itulah, kita harus segerakan diri kita memohon pengampunan ini.

Siapakah yang boleh pengampunkan dosa kita?, Adakah Profesor? Ibu bapa? Guru sekolah? Ustaz ustazah? Jiran sebelah rumah? Kawan karib sehidup semati? Murobbi atau ikhwah akhwat kita?. Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah Allah. Dah tu, kenapa sombong? Kenapa menangguh? Ayuh segerakanlah! Kerana kita tidak pasti bila hayat kita di tarik, kerana Allah sayang kitalah, Allah menyuruh agar kita bersegera, selagi masih ada waktu.

Ah . . . puasnya, selepas kita benar-benar kembali kepadanya semula sepenuhnya. 

Percayalah.

Namun, ayat ini sangat menarik dan power full, ianya tidak sekadar berhenti agar kita benar – benar kembali kepada-Nya, memohon pengampunan kepada-Nya, tetapi di situ dititipkan harapan pada ayat yang sama, iaitu Allah menyuruh kita juga, “bersegera mengejar sorga yang luasnya seluas langit dan bumi”,

Begini, saya mengajak anda berimajinasi, cewah...

Anda bayangkan di tempat kerja anda, atau tempat belajar anda, adakah anda sudah habis pusing semua tempat dalam office atau kampus anda?

Tahniah bagi yang sudah, hehe... tapi tunggu dulu, berapa lama anda mengambil masa untuk habis pusing, setahun? 2 tahun? 4 tahun pengajian? Kenapa lama, luas bukan!

Baik, contoh lain, cuba anda melalui lebuh raya utara selatan. Sepanjang perjalanan dalam kenderaan tersebut, anda perhatikan kiri kanan anda, Adakah anda tahu penghujungnya di mana? Anda pun tidak pasti kerana luas bukan? Adakah anda sudah pusing satu malaysia? Pasti ada yang down sebab belum habis jelajah, baik jangan risau, point saya nak kata, luas dan jauh nak pusing. Siapa yang sudah keliling asia? Dan dunia? Luas bukan!

Anda!, perhatikanlah perkataan yang Allah guna dalam ayat tadi, “sorga yang luasnya seluas langit dan bumi”, nak katanya, jika anda sudah merasakan kampus itu dah cukup luas, tempat office yang besar pun mengambil masa untuk pergi, malaysia pun tidak habis pusing lagi semua negeri, Apatah lagi luas dan hebatnya sorga! Yang Allah bagi seluas –luasnya milik anda seorang, merdeka untuk bergerak ke sana ke mari, bebas untuk melakukan sebarang aktiviti yang di hajati. Impian nak miliki rumah, istana sendiri atau kenderaan paling mewah sendiri, atau taman bunga dan kebun buah tersendiri atau sungai yang perisanya air Milo yang anda telah menahan daripada minum ketika di dunia dahulu kerana boikot, kelak anda mampu rasai sepuasnya, dapatinya di sorga. Ah . . . nikmatnya, enak. Yakinlah hari tersebut!.

Jujur, jika di tanya pada anda sekarang, Apa yang anda rasa ketika ini?


Jika bertambah iman (yakin dengan berita kegembiraan ini), bersyukur dan berterima kasihlah dengan Allah, kerana apa ayat ini cerita (3:133), adalah benda ghaib, perkara yang tidak mampu di bayang dan dilihat bagi orang yang ragu – ragu atau tiada iman. . . Inilah tarbiyah yang Rasulullah bina kepada sahabat di fasa mekah dahulu, tarbiyah untuk menguatkan iman, ketika manusia lainnya sedang sibuk mengejar dunia dan habuan di hadapan mata, Anda pula tidak ter-efek, kerana anda mengejar yang sebenarnya, perkara yang pasti di sana. Percayalah, apabila anda kuat mengejar, bersegera bangkit untuk penuhi hak iman anda, semua lautan ujian di hadapan anda, dengan mudah anda mampu menghadapinya, kerana ada habuan yang jauh lebih besar di hadapan yang Allah janjikan buat kita. Wah! Bergembiralah. Buktinya, sahabat nabi yang awal jugalah yang mampu bertahan ketika perang uhud, perang hunain, ketika mana ada yang lari, mereka terus tetap berdiri dan tidak lari dari medan perang, sehingga ada sahabat Nabi, Anas b. Nadhir berkata, “aku terbau haruman syurga”. Hebatnya mereka yang mengejar habuan sebenar. 

Ayuh segerakan, tarbiyah diri kita, mutarobbi dan madu’ kita dengan habuan sebenar, kerana di situlah kunci iman sentiasa hidup, dan ujian dunia mampu kita hadapi dengan riang gembira ewah.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete