-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, April 27, 2015

Bedah : Aku Nepal



Sila jawab soalan ini dengan jujur dan saksama!

Apa yang anda tahu sekarang apa yang berlaku di sana sekarang (Nepal)?

Sekadar gempa bumi?

Apa anda sudah lihat videonya?

Apa anda sudah lihat gambarnya?

Apa anda berada di sana merasainya?

Jika belum sila lihat sekarang sebelum baca berikutnya

. . . . . . .

Tolonglah ada Iman !, sila lihat gambar atau video sekarang!
. . . . . . .
. . . . .
 . . .
. .

Tahniah jika sudah! Kerana itu amanah kita sebagai saudara seislam, kena tahu mereka di sana bagaimana.

Tapi jika belum lihat lagi, anda teruskan pembacaan. Kata saya, anda mustaajilun!

Akhirnya soalan saya, saya tanya anda, apa anda rasa selepas lihat video, gambar dan baca sebab dan kesan yang berlaku?

Apa perasaan anda kini?

. . . . . . .

Sekurangnya bagi yang melihat video, atau mendengar kisah, mereka akan lebih lama merasai dalam beberapa tempoh berbanding dengan yang sekadar melihat gambar.

Apa analogi saya?

Baik begini, perhatikan!

Berapa banyak dalam Al-Quran Allah sebut tentang hari keimat dan peristiwanya?

Nama Surah sahaja telah menggerunkan kita!

Surah zalzalah, Al-Qoriah, Al-Bayyinah, Al-Ghasyiah, Al-Insyikok, Al-Infitor, Al-Takwir, An-Naziat, An-Naba’ (semua ini baru Juz 30)

Apa yang kita rasa?

Tiada.

Jika ada, mungkin setelah beberapa ketika sudah tiada. Ah .  . . nipis sungguh iman kita, senipis kulit bawang.

Anda tahu!

Peristiwa di Nepal ini sebenarnya sangat dekat dengan kita, Negara Nepal adalah dalam bumi yang sama, bila – bila masa kita boleh kena, tapi sebab kita rasa jauh, kita menangguh.

Sama juga dengan kiamat, ianya sangat dekat dengan kita, namun sebab tidak berlaku lagi di tempat kita, kita berasa jauh seperti tiada kaitan dengan kita.

Woi! Anda tahu tak, itulah ayat yang sama sahabat baca (Al-Quran), menyebabkan mereka ketakutan untuk terus tidak lunak dan jinak dengan jahiliyah, yang menyebabkan mereka juga tidak senang duduk, dan tidak lena tidur. Kerana merasakan kiamat sangat dekat dengan mereka. Ya, sangat hampir dan mereka rasainya.

Bukti mereka rasai, mereka buahkan dengan amal, mereka lebih bermunajat dengan Allah, mereka gila – gila beramal dakwah dan Lasso manusia, mereka menggila menguatkan mutabaah amal supaya tiadak goyah, dan mereka buat bukan untuk melihat hasil dan perhatian manusia, tapi untuk mencari radho Allah semata, dan menyelamatkan diri dan manusia.

Dan sebab apa saya katakan kisah atau video lebih memberi kesan daripada gambar.

Ya begini, jika anda sekadar baca terjemahan Al-Quran, mungkin sedikit kering, namun jika anda membuka tafsir, anda tadabbur, anda mendengar kisah seerah dan sahabat, anda berbincng dengan Murobbi dan sesama ikhwah, anda akan berasa sangat dekat, sebab itu Al-Quran, 1/3 daripada Al-Quran adalah kisah, supaya ianya membekas dalam hati dan amal kita. Ya itulah Iman. Ia bukan sekadar sayu dan sedih, tapi ada amal selepas itu.

Kisah nepal, gempa bumi kecil yang Allah bagi.

Sebagai tanda amaran, kerja kita kena lebih kuat dan serius.

Banyak sudah tanda – tanda Allah bagi.

Kerja kita buka mengira berapa tanda sudah ada, bukan buat kajian tahun bila qiamat tiba, bukan juga menjadi mereka yang menunggu bila Nabi isa turun, bukan juga terus berada depan laptop, hp sambil scroll membaca pena ini, kemudian sedih dan sambung relax lagi. . . pfft

Tapi, kita yakin bahawa kiamat itu pasti tiba, dan ketika kiamat itu tiba, kita hidup mulia atau mati syahid.

Kerja kita, terus menyedarkan manusia kerana mereka rasa mereka bukan “nepal”

Kerja kita, terus beramal sehingga hari itu tiba,

Kerja kita, bukan ingin melihat kejayaan dalam masa sehari, sebulan, setahun atau 10 tahun, tapi sampai orang melihat islam sebenar, dan islam berada di tempatnya. “ustaziatul Alam”

Kerja kita, sehingga semua juga bersama bekerja.

Kerja kita, hanya untuk Allah semata.

Kerana kerja ini tidak popular.

Maka ketahuilah, jika sedikit yang buat, mereka itulah sebenarnya yang popular hakikatnya.

Allah tidak pernah mensiakan setiap zarah usaha hambanya.

Bekerjalah sehingga hari itu tiba.

Kita berpeluk tubuh bersama di syurga.

Saya dan anda, kita bertemu disana ya.

Ah . . . habuk masuk mata, habuk . . oh.

Moga hayat kita di tarik, ketika berada di puncak amal sunnah yang besar ini.

Sunnah mengeluarkan manusia daripada menjadi hamba manusia kepada hamba Bertuhan pada Allah semata.

Moga Allah mengampuni dosa saya, dan anda, atas keculasan kita yang bermain – main dengan dakwah ini, moga ini sedikit usaha untuk saya berhujjah kelak, walaupun saya yakin tidak cukup hujah lagi untuk menjawab dakwaan saudara – saudara saya kelak. . .


Allah.


Monday, April 20, 2015

Bedah : makna Zikrullah




Apa makna zikrulLah?

Rujuk ( 13 : 28) dan jawab.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia”

Ditanya lagi. . . Berikan makna ZikrulLah?

Anda jawab, terjemahan dalam Al-Quran saya :

“Mengingati Allah?”

Baik, bahasa Arab sikit,

Setiap kalimah yang datang selepas harf jarr dalam kategori apa?

(krikk  . . . . krikk)

Ok lah, saya bagi clue sikit, :

“Ism (kata nama) atau fi'l (perbuatan) ?


Baik, anda jawab Ism . . ..

Jika ism, apa terjemahan yang tepat bagi kalimah zikr”


Beberapa maksud :
“Peringatan”
“Penyebutan”
“Ingatan”



Ok, bagi jelas lagi ye, soalan untuk nampak lebih dekat dengan jawapan:
“Kalimah zikr dalam ayat ini nakirah atau makrifah?”


Saya tolong jawabkan, memandangkan buku fikrah pun kita masih baca dalam bahasa melayu lagi, Bahasa Arab kita tidak pernah meningkat, Awas ye, untuk memahami Al-Quran tiada cara lain, melainkan menguasai Bahasa Arab,


Oh ye, kembali kepada soalan tadi,

Jawapannya : “Nakirah”

Ianya akan memberi makna “Sebuah peringatan”.


Soalan tambahan, namun ini, soalan penting:
“Ism nakirah tanpa tanwin berfungsi sebagai apa?”

Jawapannya: “nakirah tanpa tanwin = mudhaf”

“Cun, baik . .Ertinya kalimah selepas itu ialah?”

“Mudhof ilaih”


ZikrulLah itu mudaf dan mudaf ilayh.


“Baik, Untuk terjmahan apa yang perlu diletak di antara mudaf dan mudaf ilayh?

Pilih salah satu di antara tiga harf: Min, fi @ li”

Makna dalam Bahasa melayu:
Fi : di atau dalam
Li : kepada

Adalak “ peringatan pada atau kepada Allah?”

Conferm salah, maka,

Kena masukkan “min”, iaitu “daripada”

Peringatan daripada Allah!

Justeru ayat ini : “Ala bizikrilLaah tathmainna al-Qulub”

Bermaksud :

"Adalah dengan peringatan daripada Allah, menenangkan hati-hati"

___________________________

Ayuh tadabbur.
“Ala bizikrilLaah tathmainna al-Qulub”

Bermaksud :
"Adalah dengan peringatan daripada Allah, menenangkan hati-hati"
(13 : 28)

Apakah peringatan dari Allah dari zaman nabi hingga sekarang?,

Jawapannya : “AL-quran”

Maka, untuk menenangkan hati kita, sebenarnya kembalipada Al-Quran.

Baca dan tadabburlah “Az-Zikr” itu,

Nama lain bagi Al-Quran adalah “Az-zikr”


Jawapan kepada ketenangan “hati”,

Bukan dengan mencipta zikir, atau menari sambil berzikir,

Atau menjerit sekuat hati bak kata psikologi,

Atau meminum air susu kambing bak kata minumam halal,

Bukan dengan mengendong anak bak kata orang yang berkeluarga,

Bukan dengan pergi melancong bak kata orang ada harta,

Bukan dengan melantak tido, bak kata orang pemalas.

Bukan dengan sedey dan menangisbak kata orang yang tinggi emosiaonal.

Bukan dengan mengimbau gambar-gambar lama bak kata orang yang touching,

Bukan juga dengan pergi gym bina badan bak kata orang yang dekat dengan serangan 
penyakit hati, “menunjuk” bulu ketiak.

Bukan dengan makan coklat bak kata orang kiut kiut konon,

Bukan juga dengan pergi main bowling, bak kata orang yang sempoi katanya...


Tapi, Allah sebut, hanya dengan kita mentadabbur az-zikr (Al-Quran), kita akan dapat ketenanganpada hati.


Jawapan ketenangan itu, ada pada “Al-Quran”.

Perkataan suruh sabar, ada dalam Al-Quran,
Perkataan suruh jangan bersedey ada dalam Al-Quran,
Kisah – kisah orang yang infaq harta dan jiwa, ada dalam Al-Quran.
Bab pengorbanan, ada dalam Al-Quran.
Bab hukuman dan qisas, ada dalam Al-Quran.

Apa lagi, sume dalam Al-Quran.



Dah tu, pi baca Al-Quran lah !!

Wednesday, April 8, 2015

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 69#





Hakim : "Aku sudah duduk di pentas kehakiman ini sejak tahun 60 an dan aku amat tahu erti keadilan".


Akh A : "Aku sudah duduk dalam kurungan tahanan ini sejak tahun 60-an dan aku amat tahu erti kezaliman"

Akh A : Dr. Badi'