Assalamu’alaikum…
Kepada ikhwah yang dikasihi…
kadangkala aku terfikir….
ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?
Bila maksiat di anggap baik dan tak jadi masalah . . Bila beramal dengan Islam dianggap extreme dan jumud . . Bila yang melakukan maksiat menyalahkan si pemberi nasihat kerana tidak pandai memberi nasihat . . Bila yang melakukan maksiat marah kepada pemberitahu bahawa maksiat telah berlaku. sedangkan dia melakukannya terang-terangan . . tanpa segan silu . . di depan ratusan mata . . dengan rakaman AV. Bila si da’i yang silap kerana tidak belembut dalam dakwahnya. Bila si da’i silap kerana tidak memberitahu setiap kali ada program baik. Kesemuanya silap si da’i . . sedangkan semua kita adalah da’i . .
ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?
Bila masing-masing manusia muslim mengaku itu adalah maksiat . . katanya perubahan perlulah slow. . perlahan-perlahan seolah mati hanya akan berlaku 20 tahun lagi . . 40 tahun lagi . . Perlahan-perlahan sedangkan tangan diangkat sepontan bila tersentuh api . . kenapa perlahan-perlahan dengan api neraka . . ?
Bila masing-masing mendongak melihat apa aku akan jadi selepas 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun . . sedangkan kematian sentiasa mengintai-ngintainya . . berada di atas ubun-ubunnya . .!
Cukup ! . . aku memang bukan di planet yang betul…
Adakah anda semua perasan?
Wassalam
No comments:
Post a Comment