(Bersyukur, aku mengenali mu "yang berjabat")
Pertemuan Aku dengan mu Akhi, seakan terpanar.
Tatkala itu, aku masih baru dalam gerombolan, kini baru bertatih, masih berlari kekecilan anak.
Akhi,
Pernah beberapa kali kisah akan anta akhi disebut oleh ikhwah, bukan mengata dibelakang anta akhi akan perihal Zu'uzoon, aku tidak dididik dalam gerombolan ini sedemikian rupa, anasir luar yang pekat kekuningan membentuk biah sedemikian dalam masyrakat, bila bersama dengan gerombolan ini, aku temui Biah yang berusaha membaiki suasana, kerana itu aku yakin berada di sini, bahkan aku juga berusaha bersama untuk membaiki biah ini seperti yang Ar-Rasul bina di zaman Madinah dan selepas Fathul Mekah, ikhwah terus menerus berkata di belakang mu akhi, perihal akhlak mu yang menggugah Jahiliyah demi menaikkan yang haq, bicara mu sangat menusuk dalam pena Blog mu, sehingga membuatkan aku ingin mengenali anta akhi dengan lebih dekat, selautan dakwat habis dinukilkan atas naskhah, tetapi bibit pertemuan itu, bagi ku rasa lebih hangat membasahi hammasah dan Ruh ku, apatah lagi engkau masih hidup dan hidup mu ,sekalipun pergi jasadmu kelak, engkau pesan dalam penamu, "moga Aku menjadi syahid yang hidup".
Akhi,
Pertemuan, yang mungkin engkau tidak ketahui, tapi dirancang baik oleh ku. dan itu jugalah sebaik-beik perancangan dari Allah, sehingga engkau berada dihadapan ku pada satu ketika dahulu, senyum dicipta, berusaha melafazkan kalam yang mulia, tapi engkau yang dahulukan :
"Assalamualaikum wbt, anta ni adik kepada Amin ke?",
lantas ku menjawab,
" Waalaikum salam wbt, Iye saya, ana adik amin".
langsung engkau menghulur salam dan membisik ke telinga :
"Akhi, Islam tak perlukan anta"
Engkau berlalu pergi, bermuayasyah dengan ikhwah yang lain.
"Eh... apa ana dah buat ni, Astaghfirullah hal azim, apa salah ana hari ni, apa yang ana dah buat sehingga dia kata macam ni" -monolog dalaman ku
selepas 10 minit.
beliau hadir dihadapan dalam keadaan senyum, menyapaku semula.
"apa khabar iman anta akhi?"
"Alhamdulilh. . . ."
(dalam keadaan lemah, itu yang aku mampu ungkap, berlawan rasa bersalah dan dilema, kenapa beliau lafaz sedemikian)
Terus menerus ditanya.
"Akhi kenapa anta gelisah je ni? masih fikir apa yang ana lontarkan tadi ke?"
"Ah.. . ah akhi, ana rasa tak tenang, apa ana buat sehingga anta kata kat ana macam tu?"(jawab ku, ingin mendapatkan penjelasan)
sedangkan aku tahu, memang islam tidak perlukan aku, tapi aku yang perlukan islam, aku perlukan islam kerana islamlah mengajar ku Ad-Deen yang sempurna, kerana islamlah yang menjamin akhirat ku, bahkan jika aku tiada, ada manusia yang lebih baik, dan lebih layak berbanding diri ku yang akan menggantikan tempatku.
Tapi aku kalah, apabila lafaz ini dibisikkan ke telinga ku. . . (Ruh surah An-nas, kuasa bisikan)
"Akhi, inilah tanda anta Dai' yang hidup, Da'i ini, mereka sentiasa memikirkan akan Ummat, jika mereka tidak berkerja, masa yang ada tidak disisa siakan, tapi masa tersebut akan digunakan untuk berfikir. Tiada satu inci masa yang dia Redho untuk dilayarkan pada Jahiliyah atau kebatilan, Tahniah wahai Da'i muda, Syabab yang hidup".
saat itu jugalah dakapan diberikan padaku, mengalir kesyahduan dalam hikmah didikanya.
Selepas peristiwa itu,
Aku bertambah yakin.
Aku lebih suka bermuayasyah dengan ikhwah. Jika ditawarkan Rehlah, ziarah, Jaulah dan program lainnya, aku akan sambut di barisan hadapan, juga seruan ini, pada anak buah ku yang membaca, didikan itu berterusan, kita tidak pasti tang mana, sungguh menyentuh kita, dan merubah kita, tapi dengan muayasyah dengan ikhwah, bagi ku, sangat meyuburkan tarbiyah pada peribadiku.
Akhi,
ketahuilah, Dai' ini tidak dapat tidak, perlu berjumpa dengan manusia, kerana siapa person yang kita seru adalah manusia, dan mengajak kepada Allah. Hikmah dalam seruan itu, muayasyah banyak membantu, jika tidak sempat membaca, maka ambillah manfaat setiap pertemuan dengan ikhwah, jika setiap pertemuan itu, kalian terus diam mendengar tanpa muayasyah apatah lagi bersuara, Nah! makanya seakan Ummat ini tiada masalah, Ummat ini tidak perlu dibantu.
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan
janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.”
(Al-Baqarah 2: 208)
No comments:
Post a Comment