Saya panggil teori ini, 'Teori
Kegembiraan Sebenar.'
Begini.
Sudah beberapa kali saya
terdengar hadith yang satu ini melalui siaran radio IKIM dot FM pilihan utama
anda di corong speaker kete Dakwah. Iyeah. Wah! Sebenarnya ada satu
ibrah yang sungguh Chaiynaa dan masyhukk. Hadith tersebut adalah hadith syamail
(hadith berkaitan ciri-ciri fizikal Rasulullah SAW) dan berbunyi seperti
berikut:
‘Ketika Rasulullah SAW wafat, uban di
janggut dan rambut baginda tidak melebihi dua puluh helai’.
[Hadith Riwayat Termizi,
Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad]
Tak cukup setakat itu,
Ketika mana turunnya Surah
Hud, Ar-Rasul berkata, antara asbab bertambah uban ku adalah
kerana turunnya surah ini. Berat di bahu ku terasa amat. Jika berpeluang, anda
bacalah Asbabun nuzul Surah Hud ini. Sungguh bertafakkur akan berlangsung.
Sungguh menarik bukan...??
Setahu saya, ada tiga sebab
utama bagaimana seseorang itu boleh mendapat atay ditumbuhi uban yakni, sila
bertanya pada sains Tulen untuk pastikan ke-tulen-an :
· Umur
· Genetik
· Tekanan
perasaan (Strees)
Faktor pertama itu adalah
faktor yang paling E-Famosa dalam menjadi penyebab kepada uban bercakerawala.
Hipotesis, “semakin tua seseorang itu, semakin banyaklah uban di kepalanya”.
Contohnya, dalam berbulatan
gembira, sempat saya meng-interview en-F, sungguh katanya, uban di kepala
ayahnya telah memenuhi ruang, ditambahkan dengan umur yang semakin sangat
senior.
Namun begitu, kadang-kadang
orang muda juga boleh ditumbuhi uban; disebabkan sama ada masalah genetik
atau tekanan perasaan yang sungguh memendekkan umur sehingga rambut jadi putih
kesemuanya seperti Prof Albert In-stand. Ohoi
Tatkala membaca hadith syamail
di atas, saya benar-benar kagum. Teruja. Ta’jub dan Ma ajmala. Juga penurunan
wahyu yang turun, hanya terkumpul Uban di kepala baginda sekitar kurang 20
helai.
Di akhir hayat baginda,
Rasulullah SAW memiliki tidak lebih daripada dua puluh helai uban, dalam
riwayat yang lain hanya empat belas helai sahaja. Wah! Dan sekiranya anda tidak
dapat memahami dengan jelas akibat ditulis dalam bentuk perkataan, izinkan saya
untuk mengulanginya dalam bentuk nombor pula; Rasulullah SAW memiliki 14 helai
uban..!
Sungguh mengujakan bukan...??
Err. *apa yang mengasyikkan? pastikan
mulut anda dititip rapat (selingan)
Bagus. Terima kasih kerana
bertanya.
Bayangkan, di usia lebih enam
puluh tahun, baginda SAW mempunyai rambut dan janggut yang majoritinya tidak
berwarna putih. Kiranya awet muda jugalah baginda itu. Tetapi yang lebih
mengagumkan saya adalah bukan kerana faktor usia baginda, tetapi adalah sejarah
hidup perjuangan baginda.
Kalau mahu diukur berdasarkan
kaca mata manusia konvensional, bagindalah orang yang paling layak untuk berasa
tertekan. Kita lihat sahaja penyeksaan, mehnah dan tribulasi yang telah baginda
lalui; dipulau oleh rakan-rakan sekampung dan ahli keluarganya sendiri,
diboikot dengan begitu teruk, cedera dan berasa begitu bawah dalam peristiwa
Thaif, cedera teruk dalam perang Uhud, dianiaya oleh orang-orang Yahudi hatta
setiap ketukan dakwah Baginda dirumah-rumah mekah diakhiri dengan kata-kata dusta
nestapa oleh abu jahal dan senarainya berterusan. Tetapi, fizikal baginda
langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang baginda tertekan dengan apa yang
berlaku kepadanya itu.
Lantas, kita melihat semua
“pembulian ini” Baginda sambut dengan senyuman dan peace, memang
Qudwah tetap di dahulukan, ke-cool-an diutamakan.
Fakta yang lebih
menghairan-bin-ajaib-kan..? Pekerjaan baginda yang utama adalah dakwah.
Kiranya, dakwah dan tarbiyyah adalah profession baginda yang
pertama-tama dan paling utama. Baginda adalah pendakwah dan pentarbiyyah
pertama, kemudian baharulah suami yang kedua, ayah yang ketiga, peniaga yang
keempat dan seterusnya.
Kebanyakan daripada kita era
metropolitan ini, sumber tekanan utama kita adalah profesion kita. Baik sebagai
seorang pelajar sepenuh masa atau bisness marhaen yang pasti menguntungkan
seperti saya ini, hampir setiap hari kita berasa tertekan dan sewaktu dengannya.
Sama ada timbunan kerja-kerja rumah atau esainmen setinggi bukit Safa atau kita
punya pelbagai alasan untuk berasa tertekan.
Sekali lagi, fakta yang ada
menunjukkan sebaliknya buat Rasulullah SAW. Waima tugasnya sebagai seorang
Rasul dan pemimpin negara itu amatlah berat dan mencabar, bukti-bukti fizikal
yang ada padanya langsung tidak menggambarkan bahawasanya baginda tertekan
dengan 'profesion'nya itu.
Mungkin ada di kalangan anda
yang mengatakan bahawa itu faktor genetik atau pun Nabi SAW sentiasa menyapu
inai pada janggut dan rambutnya. Allahu a'lam, mungkin juga. Tetapi saya ada
teori yang lebih osem. Dan lebih menggembirakan. Saya panggil teori ini, Teori
Kegembiraan Sebenar. Anda sudi untuk mendengar..?
Baik. Begini.
Memandangkan pekerjaan utama
Rasulullah SAW adalah dakwah dan tarbiyyah dan tampaknya baginda langsung tidak
tertekan dengan kerjayanya itu, saya membuat andaian yang baginda benar-benar
gembira melakukannya. Dengan kata lain, baginda enjoy dan ada passion dalam
berdakwah dan mentarbiyyah.
Ya, enjoy dan passionate dalam
berdakwah. Wah!! Best bukan kepalang bukan.
Ramai daripada kita yang lupa
dua perkara ini dalam menjayakan misi dakwah dan perjuangan menyebarkan
risalah. Ramai daripada kita yang bersungguh-sungguh mahu melakukan perubahan,
mahu melaksanakan tugas Syahadatul Haq dengan sebaik-baiknya dan mahu melihat
Islam kembali tertegak sebagai professor di seluruh alam.
Tapi malangnya, jiwa dan
perasaan kita tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dan mehnah yang datang
dalam satu pakej dengan jalan dakwah ini. Ramai antara kita yang mudah berasa
tertekan, bawah, sedih dan susah hati apabila masalah-masalah yang 'common'
dalam jalan dakwah ini, seperti masalah ukhuwwah, masalah menyusun gerak kerja,
masalah gagal menDF hadek-hadek dan sebagainya, terkena pada batang hidung
kita. Akibatnya? Jadilah kita lembab dan lemau di atas jalan ini, kerana selalu
kechiwa dan berasa terabai. Tidak kurang juga yang lari terus dari jalan ini,
semata-mata merasakan diri mereka tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Ala-ala
kurang kasih-sayang gitu.
Kita tidak enjoy dan
tidak ada passion dalam melaksanakan tugas yang paling mulia ini.
Aduhai.
Itu belum lagi diuji dengan
fitnah-fitnah yang lebih besar dan menakutkan seperti dibaling dengan batu atau
diludah semata-mata kita mahu mencegah yang mungkar, ditangkap dan diseksa di
dalam penjara hanya kerana berkonferens riang, dibunuh kerana berbulatan
gembira, diboikot oleh rakan-rakan baik dan ahli keluarga tersayang hanya kerana
kita mahu melihat mereka menjadi manusia yang berjiwa hamba dan “ i
” kecil yang sebenar.
Wahai si aduhai, lemah sungguh
kan kita ni..? Tunduk malu mata berkaca mata bersinar bak bulan dan bintang,
bersinar kekerdipan.
Tetapi sungguh berbeza dengan
ar-Rasul SAW. Walaupon baginda ditimpa dengan segala otai mehnah dan ujian, di
akhir hayatnya, baginda hanya ada dua puluh helai uban sahaja...!
Subhanallah..!
Tidak tahulah anda, tetapi saya
melihat ini sebagai satu formula kegembiraan yang cukup osem dan bergaya!
Inilah Teori Kegembiraan Sebenar!
Hipotesis teori ini: Semakin
anda enjoy dan passionate melakukan dakwah dan tarbiyyah, maka semakin riang
gembira dan kuranglah tekanan anda di atas jalan ini!
Homaigawd..! Ini.. Ini..
Ini real kool...!
Dan anda tahu apa yang lebih
kool dan osem apabila anda beriang gembira dalam berdakwah dan mentarbiyyah..?
Sorga yang seluas langit dan bumi, yang penuh dengan kegembiraan dan
perkara-perkara yang best best sahaja, menanti anda orang yang
bersungguh-sungguh melakukannya, sama ada hidup mulia untuk menyaksikan hasil
usaha anda itu atau mati sebagai syahid yang bergaya! Tidak hairanlah orang
yang benar-benar ikhlas dan ihsan di atas jalan ini, mereka amat-amat riang
gembira melakukannya! Iyeahhh!
Kalau anda boleh enjoy dan ada passion dalam pelajaran anda, atau bermain game atau bersukan, atau mengejar cita-cita duniawi anda, atau menonton sukan kegemaran anda atau mengejar bakal mak mertua anda (ok yang ini seriyes tak boleh handle.), mengapa tidak dalam berdakwah dan mentarbiyyah..? Mengapa tidak pada sesuatu yang sudah konpem sekonpem-konpemnya menjanjikan kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan yang hakiki lagi abadi di alam akhirat sana...??
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan
perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih..?
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di
jalan Allah dengan harta dan nyawamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu
mengetahui.
Nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke
dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke dalam
tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang
agung."
[as-Saff, 61-10-11]
Jadi bagaimana..? Saya mahu berdakwah dan mentarbiyyah dan saya mahu enjoy dan passionate dalam melakukannya...! Anda pula..??
Senyum
-garapan teori uban Edisi ke-2
No comments:
Post a Comment