-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, November 20, 2011

Bedah : ada apa dengan Teori Albert Einstein (E=MC2)

Alhamdullilah di beri kekuatan dan kesempatan masa untuk post pem-BEDAH-an
Assalamualaikum

Nah, kebiasaan kita ungkap atau ada yang mengungkap

"Impian-impian yang besar memerlukan tenaga yang besar".
 
-perlu memahami- (baharu boleh Zukk membaca di bawah)

Percaya bukan!!
Ramai orang berhenti di tengah jalan hanya kerana "kehilangan "daya tahan beserta dengan "bertambah"nya halangan dan rintangan kerana memang sesuatu impian yang besar akan pasti diiringi oleh besarnya halangan dan rintangan.
  1. Banyak pasangan yang hancur rumahtangganya sebelum selesai mewujudkan suasana bahagia yang diimpikan kerana masing-masing kehabisan tenaga kesabaran.
  2. Tidak sedikit organisasi dilanda perpecahan sebelum visi mampu direalisasikan kerana organisasi tersebut kehabisan tenaga dalam menghadapi pergeseran dan mengelola berbagai isu yang timbul.
  3. Kebanjiran Bah juga manusia yang terdampar di hospital sakit jiwa sebelum sempat meraih cita-cita hidupnya kerana tidak lagi memiliki tenaga untuk menahan penderitaan dan kesakitan dari kemalangan yang menimpa.
Tenaga yang cukup sesungguhnya amat penting untuk kita miliki dalam usaha untuk mewujudkan segala impian dalam kehidupan.

Bagi sesiapa yang pernah belajar Ilmu Fizik, enjoy dengan formula tenaga yang dirumuskan oleh seorang saintis "sains Tulen" yang sangat Tulen yang bernama "Albert Einstein.

Tenaga menurutnya adalah fungsi dari jisim (berat) didarabkan dengan gandaan dari kelajuannya (E=MC2).
 
Fahami.
kalau kita ingin meningkatkan tenaga, menurut teori ini, kita boleh melakukannya dengan meningkatkan jisim (berat) benda atau kelajuannya atau kedua-duanya sekali.

Menurut kefahaman Islam, jisim (berat) manusia tidak terletak pada besar kecilnya bentuk fizikal yang dimiliki tetapi sejauh manakah kadar iman dan ilmu yang ada padanya.
Al Quran mengatakan bahwa Allah meninggikan orang-orang yang beriman dan berilmu beberapa darjat.

"Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS Al Mujaadilah :11)
saya Datangkan ke-Magic-an Mengenai kelajuan, perkara ini bergantung kepada kadar kecepatan manusia dalam melakukan berbagai kebaikan.

Allah menyebut di dalam Al Quran :
"Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain," (QS Al Insyirah : 7)

Allah TIDAK mengatakan :
"Setelah selesai suatu urusan maka beristirehatlah atau berpestalah".
Justeru kita diminta bersegera menyelesaikan urusan lain seperti moto yang digunakan oleh sesetengah kalangan iaitu :
"Lebih cepat, lebih baik".

Buat itu satu perkara, bersungguh-sungguh juga adalah satu perkara, tak kan nak ambil sebahagian je, hu.




Jika kita cuba implementasikan formula Einstein tersebut, maka Tenaga adalah fungsi dari tahap:
  1. Keimanan.
  2. Keilmuan.
  3. Kelajuan.
Semakin tinggi tahap keimanan, keilmuan dan kelajuan, maka akan semakin besar pula tenaga yang dihasilkan.
Oleh yang demikian, kita dapat merumuskan bahwa :
Kombinasi perubahan tahap keimanan, keilmuan dan kelajuan dalam melaksanakan berbagai agenda merupakan sumber tenaga bagi manusia yang ingin meraih cita-cita.
Hipotisis ku:
Semakin besar impian yang ingin diwujudkan, maka semakin besar pula perubahan-perubahan tahap tersebut yang mesti ditingkatkan.

Al-Quran dalam surah Al Baqarah ayat 246-251 menceritakan kisah menarik yang menjelaskan betapa tenaga manusia ternyata tidak bergantung kepada banyaknya persediaan logistik yang digunakan melainkan hanya berdasarkan tahap ketinggian keyakinan dan ketaatannya pada perintah Allah.

Kisah ini dimulai ketika Nabi Musa telah wafat dan Bani Israil menjadi bangsa yang lemah lagi terancam di mana sebelum kemunculan Nabi Daud ada kekosongan fasa kenabian selama beberapa ratus tahun.

Ketika itu hanya ada beberapa Nabi di kalangan mereka di antaranya bernama Syamwil. Bani Israil meminta Syamwil mencari seorang pemimpin untuk menghadapi Jalut yang berusaha memperluaskan daerah jajahannya.

Kemudian diberitahu bahwa Allah swt telah mengutus Thalut sebagai pemimpin. Bani Israil menolak kerana Thalut dianggap orang yang miskin. Namun Syamwil mengatakan Thalut mempunyai kelebihan ilmu dan fizikal yang kuat, akhirnya mereka menerima Thalut sebagai pemimpin.

Setelah diangkat sebagai pemimpin, Thalut melakukan perjalanan bersama pasukannya menuju pasukan Jalut. Thalut, yang mengetahui dari ilmunya menyampaikan bahwa mereka akan menemui sungai dan Tuhan akan menguji mereka dengan sungai tersebut.

Setelah perjalanan jauh yang meletihkan, tibalah mereka di sebuah sungai yang membatasi tentera Thalut dan Jalut.
Thalut berkata bahwa mereka yang akan berperang tidak boleh minum air sungai itu, kalau pun minum hanya boleh dengan satu cedokan tangan.

Mendengar arahan Thalut itu, terpisahlah tentera Thalut menjadi dua golongan. Golongan pertama ialah mereka yang taat dan tidak minum atau hanya minum seteguk manakala golongan kedua pula mereka yang melanggar larangan dan minum dengan sepuas-puasnya.
Mereka berfikir bahwa sungguh tidak masuk akal apabila tentera yang keletihan setelah berjalan jauh diperintahkan tidak boleh minum padahal sebentar lagi mereka akan berperang dengan musuh yang menakutkan.

Apakah yang berlaku selepas itu?

Setelah minum, golongan yang ingkar dan minum dengan sepuas-puasnya tadi tiba-tiba diliputi oleh perasaan cemas dan takut, gementar hati mereka dan bergetarlah lutut mereka sementara golongan yang taat dan beriman terhadap apa yang disampaikan oleh Thalut ternyata bersemangat dan memiliki kekuatan menghadapi musuh.

Mereka yang telah minum banyak berkata :
"Tidak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya."
Sementara mereka yang taat menjawab :
"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
Thalut dan pasukannya yang beriman lalu menyeberangi sungai untuk menyambut tentera Jalut. Pertempuran dengan jumlah tentera yang tidak seimbang itu akhirnya dimenangi oleh pasukan kecil Thalut, di mana Nabi Daud yang masih muda belia pada masa itu berhasil membunuh Jalut yang perkasa.

Kisah Thalut ini meyakinkan kita bahwa ternyata :
‘Tenaga tidak bergantung kepada banyaknya persiapan logistik’.
Namun sebaliknya ia banyak bergantung kepada :
  1. Seberapa dekatnya hubungan kita dengan Allah swt.
  2. Seberapa berilmunya kita.
  3. Seberapa cepat kita dalam melaksanakan perintahNya.

    *Cukup seronok Aku dapat merasai tatkala berada dalam Tarbiyah ini, bagi ku Aku dan anda masih belum terlambat, pesan seorang ikhwah pada ku, "Kefahaman Tarbiyah itu sentiasa terbuka sebelum tiba ajalnya".
Al-Quran menceritakan dengan jelas bagaimana pasukan Thalut yang minum begitu sedikit dan Nabi Daud yang masih muda belia mampu mengalahkan Jalut yang sangat perkasa.

Tenaga yang diperolehi dan tidak dapat ditandingi adalah hasil dari :
  1. Kepatuhan Thalut dan Daud pada semua perintah Allah.
  2. Kesabaran mereka mengendalikan diri dari godaan kebendaan.
Dengan tenaga yang mereka miliki, mereka tidak hanya mampu meraih impian mereka melainkan juga mencapai impian bangsanya untuk memenangi pertarungan dan melindungi bangsanya dari penjajahan Jalut.


Semoga kita mampu melipatgandakan tenaga yang kita miliki dengan kombinasi iman, ilmu dan kelajuan merealisasikan perintah Allah sehingga kita mampu meraih semua impian besar kita.


Ya Allah, kami memahami bahwa tanpa kekuatan iman, ilmu dan sikap melaksanakan perintahMu dengan pantas, kami tidak mampu untuk menghasilkan suatu tenaga yang besar yang boleh membawa satu arus Islam yang kuat bagi merealisasikan impian besar kami. Oleh itu bantulah kami dengan keyakinan yang teguh kepadaMu di samping ilmu yang tinggi dan luas beserta sikap sentiasa bersedia untuk melaksanakan segala arahan-arahanMu tanpa berlengah-lengah.

p/s : ana menerima spirit ini oleh seorang ikhwah yang hebat dalam pengurusan hidupnya, Akh Ammar BroArts.

Monday, November 7, 2011

Bedah : Teori Uban




Saya panggil teori ini, 'Teori Kegembiraan Sebenar.'

Begini.

Sudah beberapa kali saya terdengar hadith yang satu ini melalui siaran radio IKIM dot FM pilihan utama anda di corong speaker kete Dakwah. Iyeah. Wah! Sebenarnya ada satu ibrah yang sungguh Chaiynaa dan masyhukk. Hadith tersebut adalah hadith syamail (hadith berkaitan ciri-ciri fizikal Rasulullah SAW) dan berbunyi seperti berikut:

‘Ketika Rasulullah SAW wafat, uban di janggut dan rambut baginda tidak melebihi dua puluh helai’.
[Hadith Riwayat Termizi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad]

Tak cukup setakat itu,

Ketika mana turunnya Surah Hud, Ar-Rasul berkata, antara asbab bertambah uban ku adalah kerana turunnya surah ini. Berat di bahu ku terasa amat. Jika berpeluang, anda bacalah Asbabun nuzul Surah Hud ini. Sungguh bertafakkur akan berlangsung.

Sungguh menarik bukan...??

Setahu saya, ada tiga sebab utama bagaimana seseorang itu boleh mendapat atay ditumbuhi uban yakni, sila bertanya pada sains Tulen untuk pastikan ke-tulen-an :

·         Umur
·         Genetik
·         Tekanan perasaan (Strees)

Faktor pertama itu adalah faktor yang paling E-Famosa dalam menjadi penyebab kepada uban bercakerawala. Hipotesis, “semakin tua seseorang itu, semakin banyaklah uban di kepalanya”.
Contohnya, dalam berbulatan gembira, sempat saya meng-interview en-F, sungguh katanya, uban di kepala ayahnya telah memenuhi ruang, ditambahkan dengan umur yang semakin sangat senior.

Namun begitu, kadang-kadang orang muda juga boleh ditumbuhi uban; disebabkan  sama ada masalah genetik atau tekanan perasaan yang sungguh memendekkan umur sehingga rambut jadi putih kesemuanya seperti Prof Albert In-stand. Ohoi

Tatkala membaca hadith syamail di atas, saya benar-benar kagum. Teruja. Ta’jub dan Ma ajmala. Juga penurunan wahyu yang turun, hanya terkumpul Uban di kepala baginda sekitar kurang 20 helai.

Di akhir hayat baginda, Rasulullah SAW memiliki tidak lebih daripada dua puluh helai uban, dalam riwayat yang lain hanya empat belas helai sahaja. Wah! Dan sekiranya anda tidak dapat memahami dengan jelas akibat ditulis dalam bentuk perkataan, izinkan saya untuk mengulanginya dalam bentuk nombor pula; Rasulullah SAW memiliki 14 helai uban..!

Sungguh mengujakan bukan...??

Err. *apa yang mengasyikkan? pastikan mulut anda dititip rapat (selingan)

Bagus. Terima kasih kerana bertanya.

Bayangkan, di usia lebih enam puluh tahun, baginda SAW mempunyai rambut dan janggut yang majoritinya tidak berwarna putih. Kiranya awet muda jugalah baginda itu. Tetapi yang lebih mengagumkan saya adalah bukan kerana faktor usia baginda, tetapi adalah sejarah hidup perjuangan baginda.

Kalau mahu diukur berdasarkan kaca mata manusia konvensional, bagindalah orang yang paling layak untuk berasa tertekan. Kita lihat sahaja penyeksaan, mehnah dan tribulasi yang telah baginda lalui; dipulau oleh rakan-rakan sekampung dan ahli keluarganya sendiri, diboikot dengan begitu teruk, cedera dan berasa begitu bawah dalam peristiwa Thaif, cedera teruk dalam perang Uhud, dianiaya oleh orang-orang Yahudi hatta setiap ketukan dakwah Baginda dirumah-rumah mekah diakhiri dengan kata-kata dusta nestapa oleh abu jahal dan senarainya berterusan. Tetapi, fizikal baginda langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang baginda tertekan dengan apa yang berlaku kepadanya itu.

Lantas, kita melihat semua “pembulian ini” Baginda sambut dengan senyuman dan peace, memang Qudwah tetap di dahulukan, ke-cool-an diutamakan.

Fakta yang lebih menghairan-bin-ajaib-kan..? Pekerjaan baginda yang utama adalah dakwah. Kiranya, dakwah dan tarbiyyah adalah profession baginda yang pertama-tama dan paling utama. Baginda adalah pendakwah dan pentarbiyyah pertama, kemudian baharulah suami yang kedua, ayah yang ketiga, peniaga yang keempat dan seterusnya. 

Kebanyakan daripada kita era metropolitan ini, sumber tekanan utama kita adalah profesion kita. Baik sebagai seorang pelajar sepenuh masa atau bisness marhaen yang pasti menguntungkan seperti saya ini, hampir setiap hari kita berasa tertekan dan sewaktu dengannya. Sama ada timbunan kerja-kerja rumah atau esainmen setinggi bukit Safa atau kita punya pelbagai alasan untuk berasa tertekan.

Sekali lagi, fakta yang ada menunjukkan sebaliknya buat Rasulullah SAW. Waima tugasnya sebagai seorang Rasul dan pemimpin negara itu amatlah berat dan mencabar, bukti-bukti fizikal yang ada padanya langsung tidak menggambarkan bahawasanya baginda tertekan dengan 'profesion'nya itu.

Mungkin ada di kalangan anda yang mengatakan bahawa itu faktor genetik atau pun Nabi SAW sentiasa menyapu inai pada janggut dan rambutnya. Allahu a'lam, mungkin juga. Tetapi saya ada teori yang lebih osem. Dan lebih menggembirakan. Saya panggil teori ini, Teori Kegembiraan Sebenar. Anda sudi untuk mendengar..?

Baik. Begini.

Memandangkan pekerjaan utama Rasulullah SAW adalah dakwah dan tarbiyyah dan tampaknya baginda langsung tidak tertekan dengan kerjayanya itu, saya membuat andaian yang baginda benar-benar gembira melakukannya. Dengan kata lain, baginda enjoy dan ada passion dalam berdakwah dan mentarbiyyah.

Ya, enjoy dan passionate dalam berdakwah. Wah!! Best bukan kepalang bukan.

Ramai daripada kita yang lupa dua perkara ini dalam menjayakan misi dakwah dan perjuangan menyebarkan risalah. Ramai daripada kita yang bersungguh-sungguh mahu melakukan perubahan, mahu melaksanakan tugas Syahadatul Haq dengan sebaik-baiknya dan mahu melihat Islam kembali tertegak sebagai professor di seluruh alam.

Tapi malangnya, jiwa dan perasaan kita tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dan mehnah yang datang dalam satu pakej dengan jalan dakwah ini. Ramai antara kita yang mudah berasa tertekan, bawah, sedih dan susah hati apabila masalah-masalah yang 'common' dalam jalan dakwah ini, seperti masalah ukhuwwah, masalah menyusun gerak kerja, masalah gagal menDF hadek-hadek dan sebagainya, terkena pada batang hidung kita. Akibatnya? Jadilah kita lembab dan lemau di atas jalan ini, kerana selalu kechiwa dan berasa terabai. Tidak kurang juga yang lari terus dari jalan ini, semata-mata merasakan diri mereka tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Ala-ala kurang kasih-sayang gitu. 

Kita tidak enjoy dan tidak ada passion dalam melaksanakan tugas yang paling mulia ini. Aduhai.

Itu belum lagi diuji dengan fitnah-fitnah yang lebih besar dan menakutkan seperti dibaling dengan batu atau diludah semata-mata kita mahu mencegah yang mungkar, ditangkap dan diseksa di dalam penjara hanya kerana berkonferens riang, dibunuh kerana berbulatan gembira, diboikot oleh rakan-rakan baik dan ahli keluarga tersayang hanya kerana kita mahu melihat mereka menjadi manusia yang berjiwa hamba dan  “ i ” kecil yang sebenar.

Wahai si aduhai, lemah sungguh kan kita ni..? Tunduk malu mata berkaca mata bersinar bak bulan dan bintang, bersinar kekerdipan.

Tetapi sungguh berbeza dengan ar-Rasul SAW. Walaupon baginda ditimpa dengan segala otai mehnah dan ujian, di akhir hayatnya, baginda hanya ada dua puluh helai uban sahaja...! Subhanallah..!

Tidak tahulah anda, tetapi saya melihat ini sebagai satu formula kegembiraan yang cukup osem dan bergaya! Inilah Teori Kegembiraan Sebenar!

Hipotesis teori ini: Semakin anda enjoy dan passionate melakukan dakwah dan tarbiyyah, maka semakin riang gembira dan kuranglah tekanan anda di atas jalan ini!
 Homaigawd..! Ini.. Ini.. Ini real kool...!

Dan anda tahu apa yang lebih kool dan osem apabila anda beriang gembira dalam berdakwah dan mentarbiyyah..? Sorga yang seluas langit dan bumi, yang penuh dengan kegembiraan dan perkara-perkara yang best best sahaja, menanti anda orang yang bersungguh-sungguh melakukannya, sama ada hidup mulia untuk menyaksikan hasil usaha anda itu atau mati sebagai syahid yang bergaya! Tidak hairanlah orang yang benar-benar ikhlas dan ihsan di atas jalan ini, mereka amat-amat riang gembira melakukannya! Iyeahhh!

Kalau anda boleh enjoy dan ada passion dalam pelajaran anda, atau bermain game atau bersukan, atau mengejar cita-cita duniawi anda, atau menonton sukan kegemaran anda atau mengejar bakal mak mertua anda (ok yang ini seriyes tak boleh handle.), mengapa tidak dalam berdakwah dan mentarbiyyah..? Mengapa tidak pada sesuatu yang sudah konpem sekonpem-konpemnya menjanjikan kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan yang hakiki lagi abadi di alam akhirat sana...??

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih..?

(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke dalam tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."
[as-Saff, 61-10-11]


Jadi bagaimana..? Saya mahu berdakwah dan mentarbiyyah dan saya mahu enjoy dan passionate dalam melakukannya...! Anda pula..??

Senyum 

-garapan teori uban Edisi ke-2