*Dai'e : penyeru/pengajak kepada kebaikan
Assalamualaikum, moga kesempatan kali ini, membolehkan diri kita untuk lebih banyak menggunakan deria yang lebih Verstyle, post kali ini... akan ana sisipkan sebuah Video,(suara sahaja bersama black) yang kebetulan ana diberi peluang untuk berucapa ketika mengikuti Program Imam Muda Qaryah 2011 genap 2 bulan,
Pembaca budiman,
Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.
Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya. Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: “Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.
(Fullstop ketika ini menyebut tentang Cinta).
Baik kita mendengar.....
ketika ini slot pengucapan Awam, diriku memilih Tajuk berkaitan dengan "Ukhuwah", sahabat ku dari UM juga, Faiz Hanafi, memilih tajuk tentang "Rasuah".
Rasulullah sebagai pendengar yang baik,
Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!, Ingatkah kalian ketika peperangan Khandak, dicadangkan membina Parit?
Dai'e yang baik tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya. Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita.
Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu… Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan.
Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap ingin "mendengar" yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan.
Pesanku untuk ku dan untuk mu… Jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!
No comments:
Post a Comment