-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, January 31, 2011

Umur ku!



 Murobbi 



I/ saya / watashi / ore / aku : bermaksud  "Ana"(bahasa Arab) 


"selamat panjang Umur di lafazkan"
(hakikat doa kita agar mendapat keberkatan dan boleh beramal)

Akan tetapi, realiti "Umur kita semakin menjangkau".

Kerana tempoh ajal seseorang  telah Allah tetapkan di dalam rahim Ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari, semakin pendek umur kita.

Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita.

Apa yang lebih penting adalah panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti, tetapi pada kualiti.

-Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi "panjang" Ilmu dan abadi jasanya.
ilmu yang dikongsi, sehingga hari ini kita menggunakan kitabnya, contohnya, : kitab hadis 40,kehulu kehilir kita bawa/hafal dan murajaah, sehingga ada dibukukan dalam sebuah kitab kecil untuk memuatkan size nya kedalam poket baju. karya yang beliau hasilkan, beliau kongsi, jasanya kita guna, Ikhlasnya menyebabkan setiap insan yang membacanya, pahala langsung diperoleh hasil usahanya ketika hidup.

-Khalifah Umar Ibnu Aziz memerintah hanya kurang 2 tahun sahaja, tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah yang memerintah lebih lama daripadanya.. keunggulan beliau kerana rakyat menyayangi beliau kerana Akhlak beliau yang mendengar rintihan rakyat. pernah disebut disebuah kisah, dalam pemberian harta zakat, "siapakah antara yang akan menerima zakat?", nama paling atas sekali, adalah khalifah, subhanallah... betapa zuhud dan mesranya bersama individu yang dipimpin.

kenapa bakti perlu di sumbang?

ingatlah hadis Rasulullah, "Tangan di atas(memberi) lebih mulia daripada tangan menerima"



No comments:

Post a Comment