"cerpen Ku"
"Barangkali, untuk menaik kan semangat dan kosistennya
motivasi ku, kisah/cerpen ini akan dibawa naik semula ke atas pada setiap awal
tahun, mudah-mudahan para pembaca juga peroleh manfaat, iya kisah benar aku, yang aku gelarkan diri Mad"
nama di pinjam : "Mad"
Minggu 1
Denai
hujan berlanjutan sejak subuh sehingga waktu azan Jumaat berkumandang, hari
ini(Jumaat) setiap Muslim akan mengerjakan amanah sebagai Muslim yang sering
menagih nasihat dan Hikmah,penghulu sekalian hari iaitu Jumaat sering
mengetengahkan Isu Kontemporari di bawa khas dari Mimbar masjid pada setiap
hari Jumaat, tetapi peringatan cukup membuat kan setiap jiwa betul – betul
terasa bila mana wujudnya kesedaran,
Sinonim dengan kisah Junior ku Afiq, di UM Nilam Puri
Kelantan, beliau kembali ke Rahmatullah seusai habis mengerjakan solat Jumaat,
Tragisnya bermula... ketika beliau melintas jalan untuk
membeli makanan tengah hari di Kedai Mak Ma,gerai tersebut cukup terkenal dalam
kalangan pelajar dengan Nasi Kukus enak di situ...
Tetapi, selepas tiba di gerai Mak Ma, Afiq berpatah balik
semula ke Masjid, barangkali terlupa untuk menderma Duit ke dalam tabung Masjid
selepas solat Jumaat,tabiat ini rutin yang beliau biasa lakukan setiap kali
menjelang hari Jumaat,mencontohi sifat dermawan sahabat nabi, seperti Abd.Rahman
b. Auf, Uthman Affan, Abu Bakar dan lain-lain
Langkah beliau terhenti ditengah jalan,apabila sebuah
kenderaan pacuan empat roda melanggar beliau dari sisi tepi,walaupun kenderaan
tersebut cuba untuk mengelak...,
Aku di khabarkan, Insiden tersebut telah menyebabkan
kecederaan pada bahagian kepala Afiq disebabkan hentakan yang kuat pada kereta
dan kepalanya terhumban ke jalan raya,
Berita awal aku dapat melalui mesej dari kawan ku, Abang
syukur “Assalamualaikum, Doakan Junior kita Afiq, dari sebarang
kecelakaan,baru tadi kemalangan”,
Aku reply “sebab apa??”.... tidak terjawab...
Pukul 3pm, aku dapat mesej dari Junior sana(APIUM), “Doakan
Afiq, beliau akan melalui proses pembedahan, kata Doktor,Opperation\ ini
berisiko,kemungkinan beliau akan hilang Ingatan, sebab pendarahan pada bahagian
kepala,forward pada yang lain”.
Jam 4pm, aku terus menelefon ustazah Wan Noraini (Ustazah di
APIUM), “Mad, Afiq.... Allah lebih menyayanginya, beliau baru sahaja pulang
berjumpa Allah untuk selamanya sebentar tadi... Orangnya baik, peramah, mesra
dengan Pensyarah dan kawan-kawan, moga dia dibawa ke pintu pengadilan bersama
amal solleh ini”.. tut..tut...,
Aku terdiam..., dub..dap...dub..dap,sekejap je Afiq
pergi.... sekelip mata,
sekejap kan...bermula dengan kemalangan....,dan aku
membayangkan, beliau akan selamat.. tapi.. inilah jawapan nya, hati aku
betul-betul terketuk untuk merasai kematian itu terlalu hampir dengan ku..
keluarga Arwah masih belum bertolak dari N9..
Bagaimana perasaan seorang ibu??... pengorbanan seorang ayah
dan kasih- sayang dari adik- beradik beliau!!, apatah lagi beliau ini, anak
yang cukup disayangi dan course yang beliau ambil adalah tunjang kepada
segalanya “Ilmu Agama”
Allah yarham Afiq
Minggu ke-2
Seminggu kemudian, selepas
solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, aku bersua dengan sahabat lama,sahabt
sepermainan aku di taman perumahan suatu ketika dulu sebelum aku masuk asrama
ketika tingkatan 3, namanya Bilal, kata – kata terakhir beliau yang masih aku
ingat, “Mad...,ramaikan orang datang Masjid tadi..., kan best remaja ni selalu
ke masjid macam time-time kita dulu”,sambil memandang sekeliling,cukup terharu
aku mendengarnya...., mengingatkan aku pada zaman kelincahan ku ketika di
tingkatan 2, counter strike + tidur masjid..
Beliau tambah lagi “
masjid baru kita dah lama siap, tapi masih tak boleh guna lagi?”, “macam mana
nak guna!!, tak dapat pengesahan dari orang atas, jom kita tengok masjid yang
akan kita guna tak lama lagi”,aku menjawab senyum,sambil tarik beliau
berjalan...
menjelang beberapa hari
kemudian....
Pada hari Isnin, jam
11pm,musibah telah melanda diri beliau..
Beliau menaiki motosikal dari
skudai ke Kulai,kemalangan melibatkan motosikal dan lori,beliau terlanggar
belakang lori, puncanya.., hanya terlelap sekejap, buka mata....
“Dushh”
Kepala beliau terhentak di
belakang lori tersebut dan handle motor mengenai bahagian dada Bilal...
Bilal dihantar ke Hospital
Kulai, X-Ray bahagian kepala, doktor sah kan tiada sebarang kecederaan di
bahagian dalam kepala,hanya perlukan beberapa jahitan di bahagian yang
zahir..kepala,kaki dan tangan...
Beliau mampu lagi bercakap...
Keluarga terdekat datang ke
hospital.
---------
Jam 1AM
“Aduh.. sakit perut Mak....”, Bilal
memegang bahagian perut sebelum hendak keluar dari hospital...
“sakit sangat Mak, rasa
loya...”,sambil memegang tangan ibunya,muka mula pucat,
X-Ray semua bahagian anggota
badan di buat, Doktor sahkan...
Bahawa.....Bilal mengalami,
pendarahan pada bahagian hati....
Ya Allah.., seluruh keluarga,
merasai kelainan pada Bilal,apabila tangan beliau mula sejuk dan beberapa kali
meminta izin untuk melelapkan mata, katanya penat..
---------
Jam 2am
Ambulan bergegas menghantar
beliau ke Hospital s.Aminah, Johor untuk proses perubatan lanjut
dari pakar...,
Beliau kembali ke Rahmatullah,
jam 3am, dalam tempoh untuk menunggu giliran (tidak sempat berjumpa Doktor)
Bedah siasat dibuat,Doktor
kata, untuk menyelamatkan situasi arwah tadi, hanya boleh melalui pertukaran
hati baru secepat mungkin kerana mengalami penderahan yang teruk di bahagian
hati, istillahnya hari pecah,.. kesan hentakan handle motor tepat ke bahagian
hati beliau..
---------
Jam 5am aku dikejutkan
oleh Umi, dengan mengkhabarkan berita Bilal tersebut...
“mad...bangun mad..., bilal
kawan mad dah tak ada mad”
Aku terus terduduk,“umi...apa
umi?? Bilal....dah tak ada.. meninggal!!”
“Iye mad... belum subuh lagi,
doa kan untuk arwah, bagi tahu pada kawan2 taman”,kata umi..
“Astaghfirullah....Astaghfirullah...,
baru sekejap jumpa Bilal.., Ya Allah seorang demi seorang kau ambik”
Tahajud, Hajat... dan aku masih
terkejut dengan berita tersebut,
Mesej pada adik – beradik dan
kawan-kawan satu taman...
Astaghfirullah..
Baru hari Jumaat berjumpa,
bergurau...., Allah lebih tahu keperluan Bilal tersebut disisinya... sepanjang
aku kenal dia, orangnya gila-gila sejak aku masuk asrama hingga la tamat
pengajian, tetapi hatinya selalu terikat diMasjid selepas aku dapat berjumpa
semula selepas tamat sekolah...
Mad ingat lagi.... Hajat
pertama beliau, dan hari ni kau capaikan nya sendiri Bilal....Masjid baru
dirasmikan dan diguna, khas untuk sembahyangkan Jenazah Arwah,moga roh beliau
dicucuri Rahmat....
Cukup ramai aku melihat remaja
yang datang mengucapkan takziah yang tidak putus – putus pada keluarga arwah,
subhanallah.. ramai rupanya remaja taman sini... “Bilal, kalau lah kau
boleh tengok suasana ni sekarang, mesti gembira”
Seorang demi seorang dijemput
bertemu Allah...
“Ya Allah, kenapa orang-orang
baik yang kau ambil terlebih dahulu”
Bilal.....
Sebelum
Mad sambung belajar ke Kampus, mad Berjaya kumpulkan remaja taman kita Bilal,
seperti yang arwah Bilal inginkan..., Mad buat kursus Motivasi kat Masjid
dengan Bantuan maklumat dari Ruqayyah,Raudah, Lutfi....
Bila mad cadangkan pada Abi
Umi, mad cukup terharu...keluarga Mad tak menghalang bahkan membantu cadangan
Mad,...
Ayah Mad bantu dalam
menyediakan sijil, menguar-uarkan informasi dan makanan pagi kepada peserta,
Emak Mad pula meramaikan
peserta, ambik guna kereta sebahagian pelajar sekolahnya untuk ikut sekali, Bila
melihat linangan air mata mak Mad masa mad bagi Ucapan awal,
Pada awalnya, Mad duduk, tapi
mad bangun jugak walaupun baru 2 hari keluar dari hospital..... Mad teringat
kisah Mak Mad, yang mad biasa menggelarnya dengan panggilan Umi, menyebabkan
Mad bangun dan berkongsi pada semua peserta..
Kisah awal yang Mad bawak...
Mad Ingat lagi cerita ni, masa
tu mad menjadi guru ganti seketika di sekolah Menengah swasta, perjalanan Mad dari rumah ke sekolah memakan masa 45Minit,
Tarikh yang dirindui bagi semua
Ibu adalah “Hari Ibu”....,
Pagi sebelum Mad pegi kerja,
umi tegur, “Mad....Mad balik rumah tak hari ini, lewat ke awal?”
“Insya Allah umi, Mad
balik...., bila kerja siap, mad akan cepat-cepat balik, mad kan anak umi~”,
mad masa tu, terlupa yang hari
itu ,Hari Ibu...
--------
5pm
Ketika dalam perjalanan pulang
ke rumah,
Mad dengar Radio IKIM dot FM
pilihan Utama anda~..
Masa tu, slot tentang ucapan
untuk hari Ibu...
Ibu... Umi~ “Oh.......,
padanlah umi Tanya pagi tadi... Ya Allah”
Kebetulan sepanjang perjalanan
diceritakan oleh anak-anak yang menelefon semua tentang pengorbanan seorang
Ibu, antara yang Mad betul-betul tersentuh kisah anak dan penjual karipap...
Anak ini mengelarkan dirinya
embok, kerana kini umur menjangkau 55 Tahun,
Embok mempunyai ramai
adik-beradik kerana ayah nya berkahwin 4,
Kali terakhir Embok dapat
merasai kasih sayang dari seorang Ibu ketika berumur 12tahun,
Embok suka dengan masakan Ibu,
sepanjang persekolahan, Embok tidak pernah makan makanan dikantin sekolah
melainkan makanan yang dibekalkan oleh Ibu, Ibu pesan, “jangan membazir,
guna apa yang ada je,kalau bekal tak habis, bawa balik rumah..., banyak lagi makhluk
Allah yang kelaparan” (dengan wajah senyum, Embok hanya terfikir waktu tu,
mungkin Ibu maksudkan ciptaan Allah yang lapar tu,haiwan-haiwan peliharaan)
Embok ingat lagi,satu peristiwa
yang masa itu, Ibu tidak sempat sediakan bekal untuk Embok, ketika ditahun 4
Sekolah Rendah, Ibu kata...., tamat sesi persekolahan, kalau lapar terus balik
rumah....
Hujan turun renyai – renyai dan
semakin lebat..
Embok terus meredah hujan,...
kerana asyik terbayang masakan yang dimasak Ibu...
Lapar.... lapar sangat~
walaupun masakan Ibu sederhana,
tapi sedap sangat...
Ketika berlari....,tidak jauh
dari situ...
Mata Embok melayang melihat
seseorang perempuan yang sedang berteduh dibawah pokok besar sambil memegang
raga berisi makanan, mungkin bekas yang berisi makanan tersebut untuk
dijual....
Embok bermonolog, “kesian
mak cik tu,hujan-hajan ni pun masih menjual lagi, mesti susah hidup mak cik ni”
Laluan yang Embok redah ini,
akan melalui depan pokok besar tersebut...semakin dekat langkah ku menghampiri
pokok tersebut, semakin jelas wajah perempuan tersebut....
.........
....
Astaghfirullah, rupanya susuk
tubuh yang sedang berteduh di bawah pokok tersebut, merupakan seorang Ibu yang
setiap hari Embok mencium pipi nya sebelum pergi dan selepas pulang dari
sekolah....
Itulah Mak Embok....
Sejak itulah embok
mengerti...Rupanya selama ini, setelah Embok tinggalkan rumah untuk ke sekolah,
bermulalah rutin harian ibu menjual karipap....
Dan ibu kata... Ibu akan
pastikan, Ibu pulang ke rumah dahulu sebelum Embok tamat sesi persekolahan,
mengaharapkan rezeki dari jualan tersebutlah, ibu membelanjakan untuk
menyediakan juadah tengah hari Embok.....
Dan.....
Ibu selalu nasihatkan, berhenti
makanan sebelum kenyang....
Bila embok tak habis, Ibu lah
yang menghabiskan nya,
Rupanya.....,selama ni, sisa
baki dari makanan Embok tersebut lah, merupakan makanan tengah hari ibu....
“kenapa selama ni,Ibu rahsiakan
dari Embok”,
Ibu sentiasa senyum bila
bercakap dengan Embok.... Ibu kata..
“Inilah yang Ibu mampu
beri,Biarlah ibu yang merasa susah untuk anak-anak Ibu...., tapi kemudian hari,
anak-anak ibulah yang mengembirakan Ibu”...
Semenjak hari itulah, Embok
akan selalu menemani Ibu ke kebun untuk menoreh getah seawal subuh, walaupun
hanya mampu teman...., tapi itulah kegembiraan dapat meluangkan masa Embok
bersama Ibu sehingga ibu meninggal ketika Embok di tahun 6....
Embok bersyukur, semenjak
peristiwa itulah yang banyak menyedarkan Embok.....
......
....
Mad memandu laju kereta kancil
melalui jalan lebuh raya..
Tepat sampai di depan pintu
rumah,... Mad bersuara pada Abid(adik Mad) yang ketika itu kebetulan berada di
pintu...
“Abid!! Mana Umi...”
Abid terkejut ketika itu, siapa
yang tidak terkejut!!, tiba – tiba bersuara seakan teriak...
Adik ku, Abid seakan bermonolog,
“kenapa abang ku sorang ni... tak pernah sebelum ni macam ni”
“Abid!!... kat mana Umi”, Mad
bersuara untuk kali ke dua...
“Ada kat sana...ruang tamu
kecil”, sambil menuding jari...
Mad melihat umi dari jauh.....
Itulah Umi....
Tekun menanda kertas anak murid
sekolahnya...
Dahulu Umi tidak berkaca
mata...., hari ini... Umi menanda kertas dengan bantuan cermin mata...
Umi semakin berusia... tapi itu
dan selamanya, tetap Umi mad..
Mad melangkah laju ke arah umi
dan mendakap erat...
Seorang Ibu...., pasti menanti
dakapan dari anaknya, andai ketika saat kita masih kecil dahulu,ibu kita lah
selalu menenangkan kita, memujuk tangisan kita dengan dakapan kasih sayang...,
pada ketika itu jugalah, ibu kita membayangkan, “adakah anak ku masih
sanggup mendakap erat Ibu ketika saat engkau sudah dewasa”.
Kata-kata ku pada Umi, “Umi,
maafkan Mad umi..., Mad sedar yang Mad ini anak Umi, Mad berterima kasih sangat
kerana Umi dan Abi sanggup menjaga Mad sehinggalah saat ini tanpa meminta
sebarang bayaran, Umi dan Abi tabah dalam mendidik Mad, hatta ketika
zaman nakal mad pun, Umi dan Abi tetap bertahan dan mererima sikap Mad....” (umi
hanya mampu tersenyum)...
Aku menyambung kata-kata : “Umi...
Mad yang hari ini, hadiah untuk Umi”, pada saat ku melafazkan perkataan
ini, mengalir air mata dari seorang Ibu mengenai pipi ku... pelbagai peristiwa
flashback bermain di minda ku, “beza aku yang dulu dan kini”... akhirnya,
aku kalah dengan emosi, berlinang air mata ku juga apabila Umi menyebut, “mad....
Umi rasa ringan hari ni, dapat lihat Mad Berjaya dan menjadi lebih daripada
yang Umi inginkan”
Minggu ke-3
"wa makaru wa makrallah,
wallah hu khairul makirin"
(Kita merancang, Allah juga merancang, tapi Allah sebaik2 perancang)
cukup cepat dan hebat..., baru
je kita jalan sama2,
suap sama2, tengok pawagam kat
bilik tingkat 2 sebelah kanan sama2,
esoknya colleps sama2,
bila lambat sorng, tak ada
sorang, nak panggil/msg sama2,
Dengar Tazkirah Dari Asyraf tentang
masanya telah tiba Umur-20 ni sama2,
Belajar lompat renang tengok
dan ambik semangat basyir sama2,
Renang sama2,
kena campak masuk kolam,2
orang je,tapi baling sama2,
Cari kunci dalam kolam
sama2,
Gol futsal paling cantik
1-2 sama2,
Kejar ke dinding sama2,
Lumba Go-kart sama2,
Mesej dari Ustzh,"slow-slow bawak kete", kite baca sama-sama,
Berlumba atas lebuh raya nak kejar
lutfi bising/berdebar sama-sama,
Sampai Surat saman, kena
tanggung sama-sama, eh!! huhu..,
Sempat baca/tengok/reply meseg
dari FB daus "best nakal-nakal masa sekolah" sama-sama..
Moga Ukhwah terbentuk ini
dirasai untuk bekorban bersama-sama..
Hari Mad opperate, Akh Saiful juga kemalangan,
Bila balik sampai ahad malam,
kita dapat kenal rumah muadz dan ustazah Norhaniza sama2 (ustzh baru
berhenti kerja)...
Masing-masing balik untuk rest, meseg
terakhir seakan-akan send dalam mimpi "esok posmoterm, jam 10am",..
----------
Isnin (pagi)
umi tanya "puasa ke hari
ni, nak makan lauk apa?"
"ah..ah puasa, em...
sotong Kuning masak sambal",
“Wah..wah, tak apa.. hari-hari
terakhir sebelum Mad masuk Kampus... berapa kali agaknya, Mad rasa masakan umi
dalam tempoh 2 minggu ni?,
hari ni ada nak kemana ke??..
kalau tak ada umi cadangkan...
Mad terus mencelah...
"Ada umi..., tapi tak apa,
apa umi suruh mad buat..."
Cancel posmoterm, kurang tenaga
orang yang dapat hadir, tidak mengapa.. bagi ku.., biarlah masa berbincang
dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit..., new plan ditubuhkan..., buat
medical check up di UTM sebelum masuk Kampus ahad ni...
(Di pendekkan cerita)
sampai sana... darah tak kene
ambik(Bestnya~)...., tapi test Lab untuk Urine test ada..., sorang nurse
menghampiri ku dan bertanya, "adik.., urine adik ni bercampur dengan
Blood, mungkin proses nak pisahkannya ambil masa",
Mad menjawab, "em..
mungkin sebab saya puasa rasanya nurse", tempoh tahanan reman
tersebut 2 orang Insan rapat menelefon ku, aku jawab selamba, "tengah
medical check up ni, tapi urine test dok lepas (sambil gelak ketawa)
" akhirnya.. setelah 2 jam tunggu, dapat result..
Doktor terakhir, mengesahkan
diri ku kena neutral kan semula keadaan sekarang sebelum daftar kemasukan ke Kampus, sebab ada bakteria yang di jumpai dalam Urine tersebut....,
MUKA Dr.
tersebut tidak serius, jadi aku jangkakan dengan Hipotesis sendiri, "dah
memang Urine, memangla ada bakteria sebab kotor" (hah.. kalau Dr.
falsafah, nak jadi Dr. perubatan)
Sampai di rumah tepat-tepat waktu
azan maghrib, atas meja ada susu dan Kurma, Ibad (adik bongsu) tanya, "Abang
mad pergi mana tadi, asyik balik lewat aja" (dengan nada suara manja adik
bongsu)..
“Ha... ni kan bang Mad dah ada,
Jom teman abang Mad makan”
Selepas maghrib baru dapat ku
rasa nikmat "Sotong sambal", "makan mad, yang lain dah makan,
khas untuk mad tu" umi melihat dari jauh..
Sedap.. subhanallah, masakan
ibu tiada yang dapat dilawan, ditentang di gusti dan sinonim dengan nya..
Seusai makan, abi bertanya,
"aik.. lewat mad balik hari ni, ada plan mengejut ke (dengan wajah
senyuman yang semakin lebat misai abi)",
Terus Mad menjawab, "buat medical check up tapi
doktor kata ada bakteria, Dr, cakap muka x serius"...,
"Ada sakit mana-mana
tak?" abi bertanya, mula wajah ku diperhati
"ada... abi, kat bahagian
pinggang ada sakit sikit2, masa bawak kete ada 2,3 kali jugak kaki
tersentak"
"Pergi minum air barli,
banyak minum air kosong, mintak umi rebus beras barli abi"
Beberapa langkah selepas masuk
dapur..
Aku terduduk..
"Umi tergamam
tiba-tiba"
"Umi mad sakit perut umi,
banyak kali dah mad ke tandas hari ni..."
"mad.. minum air kosong ni dulu..", rayu umi yang semakin gelisah.
"(teguk air), tapi x rasa
nak buang air"
(azan Isyak berkumandang),
tepat - tepat di pintu grill rumah...
Astaghfirullah hal azim....
hanya Allah yang tahu kesakitan nya bagaimana..
"umi..., umi....(dengan
nada tersekat-sekat)"
"ye nak... umi datang ni.. (dengan berpakaian telekung, bersiap untuk
sembahyang)....,"
"Sakit umi...., umi pegang
tangan mad umi, tersekat- sekat nafas", mad pula melemah.
"mad..., jangan macam ni nak,tangan sejuk ni,
umi telefon abi kejap iye,
umi ambik kan air zam-zam iye,
umi dengan mad ni,mengucap
nak..
umi berlari ke dapur ambil air
zam-zam,
"Allah..Allah" , "uwek...,
air zam-zam yang disuapkan umi, muntah bersama makanan berbuka tadi"
Mad... jangan macam ni nak..
umi risau ni..
umi berlari ke dapur untuk
ambil baldi dan kain iye, (umi hampir tergelincir/jatuh
terpijak bekas yang ku muntah tadi)...
air mata mula
terpancar...teresak-esak adik ku Ibad, "abang mad.....abang mad" yang
cuba memahami situasi saat itu,mengerti pengorbanan, ulang -alik seorang Ibu
waktu itu, dan kata - kata yang tidak henti ku ucapkan "Asyhadu allah
ila haillahlah, wa ash hadu annamuhammad darrasul lullah",
Aku ingat lagi, antara
cita-cita aku, adalah untuk menjaga Umi dan Abi suatu hari nanti,
tapi . . inilah kasih sayang seorang ibu yang tiada nilainya,
Kalau dulu ketika aku
kecil-kecil abi dan Umi lah yang menjaga ku,
Kini... pada saat aku sakit
yang sudah melangkah ke alam Dewasa, umi masih terus menjaga ku...
Umi kembali tiba dengan wajah
yang aku tak dapat nak gambarkan dengan kata.... risau dan gelisahnya seorang
Ibu bila aku sakit, apatah lagi andai berjauhan jarak, adakah Umi begini
juga...
Umi menyuruh Ibad melaungkan
Azan, “Allah hu akbar Allah hu Akbar”, Ibad berhenti azan dan bertanya kepada
Umi, “Lepas tu apa umi... Ibad tak ingat”, umi menyambung sedikit,
“Asyhaduallah ila ha ilallah”, Ibad tetap bertanyakan sambungan yang berikutnya
pada Umi,umi terus menyambung dan menyambung setiap perkataan awalnya sehingga
lah habis, aku cuba mengusap tangan ku pada linangan air mata di pipi Umi dan
senyum memandang arah umi,
Akhirnya suara ku
menyebut.."Ibad...pergi masjid, selepas solat ajak abi balik rumah
cepat-cepat iye.., abg mad sakit..., sakit Ibad",
Ibad mengambil kunci rumah
sambil menangis ke masjid..
kata - kata seorang ibu...
"Umi..., tangan Mad mula
kebas, maaf kan kesalahan Mad iye", "cakap pada abi, Mad tak sempat
ucap selamat hari bapa, Mad sayang abi dan Umi, nanti... pastikan keluarga kita
ada yang HAFIZ dalam Al-Quran iye, ada ustazah ye, terima kasih kenal kan Mad dengan
Islam"....
Umi terus mendakap erat badan
Mad yang mula longlai, sambil teresak... seakan-akan mengerti kata-kata akhir
dari anak nya, "nak..., hari ni, Mad puasa, muntah Mad tadi ada berkat..
Umi Redho.., Mad..., makanan yang Umi buat, khas permintaan dari Mad,ingat
tak!!, pagi tadi Mad minta Umi masak kan, Umi syukur dapat bagi juadah buka
puasa pada Mad, Umi sayang Mad juga... Umi tak nak mad tinggalkan Umi... Mad
kan anak yang soleh baik... sabar iye nak..., banyak ingat Allah nak..."
- - - - - - - - - -
"Ketetapan Allah, pasti
datang, maka janganlah kamu minta disegerakan.
Dan akhirnya Mad masih diberi kudrat untuk buktikan kata - katanya dengan amal dan mujahadah.
Mad berazam untuk Hafiz
Al-Quran dalam tempoh 4 tahun Degree ini..., hari ni, Mad berjaya menghafal 10%
dari Al-Quran.
Para Hafiz iaitu orang yang
menghafal al-quran dan yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada
10 orang ahli keluarganya. Disebut dalam hadith daripada Anas r.a. :
“Sesiapa yang membaca al-Quran
dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan
mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke
dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang
semuanya adalah ahli neraka."
Aku tak layak masuk ke Syurga
namun tak pula aku sanggup masuk ke Neraka Mu
Diceritakan
kepada kami Abdullah bin Yusuf, diceritakan kepada kami Malik daripada Sumyyin
daripada Abu Salih daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:
“syuhada itu ada lima iaitu orang yang mati terkena demam campak, orang yang
mati kerana sakit perut, orang yang mati kerana tenggelam, orang yang mati
tertimpa runtuhan dan orang yang syahid di jalan Allah”.
(Riwayat al-Bukhari no. 2617)
Mati
syahid adalah impian setiap jiwa orang yang beriman. Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:
“sesiapa memohon syahadah(Mati dalam keadaan syahid)
dengan sungguh-sungguh, maka sungguh ia akan diberi pahala seperti pahala mati
syahid walaupun dia tidak mati syahid.”
(Riwayat Muslim no.3531)
"Adakah
kita sudah bercita-cita mahu mati sebagai syahid"