-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, December 15, 2010

-MaSiH aDa WaKtU_




Assalamualaikum W.B.T  Ikhwah walAkhawat,dan pembaca sekalian,

Fokus blog ini, pada mereka yang sudah beramal, dan memilih Tarbiyyahlah cara amalnya, Maafkan saya jika anda kurang selesa, saya kena telus dan terus terang pada Al-Haq, Blog ini bukan untuk si manja, atau mereka yang beralasan, tapi buat mereka yang berjiwa besar dan mengejar sorga di hadapan!


~~~~~~~~~~~~~~~~~[MaSiH aDa WaKtU]~~~~~~~~~~~~~~~




Fikiran, merancang dengan umur yang masih ada hari ni, Dengan masa yang tidak pernah berhenti bahkan semakin suntuk, walaupun kita tengah tidur, memandu kenderaan, menelaah pelajaran sekalipun, membaca/ menulis, melayari Internet, me'Reply' mesej FB berminit - minit.

Masa tetap berjalan sehingga cukup 24 jam sehari, dan meneruskan lagi perjalanan nya, pasti ada kalanya kita bermonolog:

wah!! Laju masa berlalu, 
(apa yang kalian lakukan, adakah kerap dihadapan komputer),

Arr! banyak lagi kerja belum beres

 (adakah kita menyusun keutamaan)..

Warr!! bosannya,tak tahu nak buat apa, bila nak bermula cuti!

(Jika ini anda menuturkan, anda sedang mencelakakan diri, kerana anda berkata, suatu yang tidak waras, sedangkan ummat semakin parah)

 . . . . . . . . .

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan kita tentang usia.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda,
"Umur umatku antara 60-70 tahun,"
(HR Tirmidzi)

Rata-rata usia umat Rasulullah saw ini jika diukur dengan usia umat terdahulu pasti mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Bukankah dakwah Nabi Nuh sahaja selama 950 tahun?

Mengenangkan akan pendeknya usia kita, maka pendek pula waktu yang kita ada untuk berbuat sesuatu dan mengukir prestasi di dunia ini. Peringatan ini disampaikan agar kita lebih berhati-hati dengan waktu yang berlalu tanpa apa-apa hasil karya atau sumbangan kerana tugas kita sebagai muslim sangatlah besar iaitu mengurus bumi ini.

Ertinya, kita dituntut untuk menjadi gemilang dalam usia pemuda dan tidak membuang waktu dengan percuma. Dari sini kita semakin memahami hikmah besar dari ayat-ayat yang memerintahkan kita untuk memperhatikan waktu dengan sumpah-sumpah Allah.


1. Demi masa
2. Demi waktu dhuha
3. Demi malam yang menyelimuti
4. Demi siang yang menampakkan diri


Kita pun semakin mengerti di antara tanda-tanda orang yang benar-benar beriman
ialah ia tidak menyia-nyiakan waktu dalam hidupnya.

Mari kita perhatikan ayat berikut :

"Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna."

(QS Al-Mukminun : 3)


Pernahkan kalian pernah berada pada keadaan masa yang kalian merasakan bosan? Tak tahu nak buat apa?

Ingatlah,
Orang-orang jahil, kebanyakan waktu hidupnya adalah dalam kesia-siaan. Tidak mungkin `ibadurrahman berkumpul dengan orang-orang yang hanya membuang percuma waktu hidupnya. 




perintis blog bagi ku..



Sistem pendidikan formal hari demi hari terus memerangkap tujuan hidup kita,  kita yang mengikuti laluan pendidikan formal dari awal hingga akhir memerlukan waktu 15-16 tahun (SR 6 tahun, SM 5 tahun, Universiti 4-5 tahun).


Nah, muhasabah masa anda yang sudah lepas, sedangkan berapa banyak persediaan bekalan kita kelak!

Jika kita masuk Sekolah Rendah dalam usia 7 tahun, ertinya kita baru keluar dari ruangan kelas dalam umur 23 tahun.

Kebiasaannya, setelah itu baru berfikir untuk berkarya dalam dunia nyata, ada yang berhasil namun tidak sedikit pula yang tidak tahu apa yang mesti dilakukan. Ini belum dikira jika dia memulai sekolah sejak tadika atau masih ditambah dengan sarjana dan Phd selepas ijazah pertama. Begitu panjang masa yang diambil.

MENATAP DALAM-DALAM CERMIN GENERASI AWAL

Begitulah keadaan kita hari ini dan kita ada di dalamnya mengikuti arus dan laluannya tanpa `protes' sedikit pun atau tanpa ada langkah nyata yang kita lakukan untuk mengubah status quo yang ada.

Sejarah Islam akhir zaman yang di mulai dari Nabi Muhammad saw dan generasi sahabat telah membuktikan perkara ini, "Usia singkat dengan segunung prestasi".

Jika dibuat perkiraan, beginilah urutan perjalanan usia di masa itu :

8 – 10 tahun : 
Hafal Al-Qur'an 30 juz

Belasan tahun : 
Hafal kitab hadits, belajar fiqh, bahasa dan ilmu-ilmu lainnya

20 an tahun : 
Menjadi orang besar dalam masyarakatnya dengan prestasi yang gemilang


Apa anda ingat ini teori saya?

Inilah sistem yang pernah dibuat oleh umat Islam selama memakmurkan bumi ini dengan prestasi-prestasi yang sesungguhnya hasil karya mereka lebih hebat dari karya para ilmuwan barat hari ini.



~~~~~~~~~~~(Tokoh para Hafiz Al-Quran)~~~~~~~~~~~~


Berikut adalah sebahagian data para penghafal Al-Qur'an di usia yang muda :



Amatilah setiap nama di atas nescaya kita akan menemui sebuah fakta yang
istimewa bahwa ternyata menghafal Al-Qur'an 30 juz di usia muda itu sudah merupakan satu sistem yang pernah islam lakukan satu masa dahulu.




Begitu juga ternyata bahwa para penghafal Al-Qur'an menghafal Al-Qu'ran bukan
untuk menjadi ahli agama.

1. Lihatlah Ibnu Sina seorang doktor hebat yang bukunya masih menjadi rujukan di Eropah hingga abad ke 18 Masehi dan diterjemahkan ke beberapa bahasa dunia.

2. Lihatlah Ibnu Khaldun, seorang ahli sosiologi dan ekonomi muslim yang
teori-teorinya masih hidup hingga ke hari ini.

3. Lihatlah Umar bin Abdul Aziz, seorang pemimpin tertinggi yang fantastik,
hanya dalam 29 bulan mampu membangunkan masyarakat yang adil dan sejahtera.

Ini hanyalah sebahagian dari sistem yang mesti dibangunkan kembali hari ini.

Hari ni, siapa ikhwah akhwat kita yang menguasai Bahasa Arab dan Fikrah IM?

~~~~~~~~~~~~(wahai Remaja, Pemuda)~~~~~~~~~~~~~

Menghafal Al-Qur'an adalah tangga asas yang mesti dilalui oleh setiap generasi muslim, walau apapun keahlian mereka nantinya dan inilah sebahagian bukti
kehebatan sistem Islam melahirkan generasi hebat di usia muda dan belia, (belasan tahun):

11 tahun : 
Zaid bin Tsabit berhasil menguasai bahasa asing (Bahasa Yahudi) hanya dalam 17 hari


15 tahun :
- Abdullah bin Umar ikut dalam jihad pertamanya dalam Perang Uhud setelah
sebelumnya dalam Perang Badar ditolak kerana masih berusia 14 tahun.

-  Imam Syafi'i menjadi mufti.



16 tahun : 
-Zaid bin Tsabit ikut jihad pertama kali dalam Perang Khandak
setelah ditolak penyertaannya dalam Perang Badar kerana usianya baru 12 tahun



17 tahun :
-  Imam Bukhari mendalami hadits dari para gurunya.
-  Abu Hamid Al-Isfirayini menjadi mufti.



18 Tahun :
-  Usamah bin Zaid menjadi panglima perang melawan salah satu pasukan Romawi dan
menang

- Aisyah menjadi guru besar bagi masyarakat muslim sepeninggalan Rasulullah saw
yang berlangsung selama 47 tahun, setelah membuktikan dirinya menjadi pelajar
yang hebat pada usia 9-18 tahun.

-  Imam Bukhari mulai menulis



22 tahun :
-  Zaid bin Tsabit memimpin pasukan pengumpul mushaf Al-Qur'an di masa
kekhalifahan Abu Bakar.

- Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi Sultan Turki Utsmani



23 tahun : 
-Umar bin Abdul Aziz menjadi gabenur Madinah



24 tahun :
- Fatimah meninggal dan telah melahirkan dan mendidik dua orang yang hebat
dalam sejarah Islam iaitu Hasan dan Husain.

- Sultan Muhammad Al-Fatih menakluki benteng lagenda, Konstantinopel.



~~~~~~~~~~~~~~~~  (Think!!) ~~~~~~~~~~~~~~

Inilah di antara produk rijal islam yang bermula dari sistem yang telah digagaskan di Mekah secara langsung oleh pendidik yang terbaik sepanjang sejarah iaitu Rasulullah saw.

Dengan paparan-paparan di atas, semoga akan timbul di pemikiran kita akan pertanyaan-pertanya an berikut :

1. Ke manakah kita dan generasi kita pada usia-usia tersebut?

2. Mengapa kita tidak belajar terus dari sistem yang telah dirintis oleh Rasulullah saw di Mekah?

3. Sistem apakah yang dipakai oleh Rasulullah saw sehingga mampu melahirkan
generasi Islam yang hebat di usia yang muda?


*kerana jawapan, akan balik kepada yang asas, iaitu kepada Agama, Tarbiyah, seronok akan muncul dalam setiap perbuatan kita apabila setiap tindak tanduk kita, dirasai sebagai ibadah (dibuat kerana Allah)

Harus anda ingat, Matlamat yang menetukan cara anda beramal!

Kita bertemu diakhirat dengan hujjah yang terbaik di hadapan Allah dengan amal – amal, moga blog ini sampingan pada amal Core saya dan anda juga!



2 comments: