“Bersegeralah kamu mencari
pengampunan daripada Tuhanmu, dan mendapatkan syurga yang luasnya segala langit
dan bumi, yang di sediakan bagi orang – orang yang bertaqwa”
[ 3 : 133 ]
Sekali anda baca dan fahami ayat
ini, apakah yang bermain dengan geliganya di sel-sel kepala otak dan hati dalam
anda?
Apabila ada satu tawaran yang
datang pada anda ketika saat itu anda terasa hina dina dengan dosa dan noda,
tiba – tiba datang satu seruan, “meh datang sini,cepat cepat, ini sahaja
peluang untuk diberi pengampunan!”, apakah anda masih menangguh peluang
ini?
Dan Tatkala, anda merasa sempit
dengan dunia, rasa banyak pembohongan dan tipu daya sana sini, tiba – tiba ada
satu offer lagi datang, “meh datang sini cepat cepat, di sini tempat
yang pasti bahagia, luas seluas-luasnya untuk anda seorang, tiada sebarang tipu
daya di dalamnya, segala yang di idamkan dan di khayalkan terus ada beb, jomlah
cepat!”, apakah reaksi sepontan anda ketika itu? Adakah masih menunggu
untuk masuk ke sana?
Nah, Bila di sebut perkataan
“bersegera”, apakah reaksi anda?
Itulah fenomena daripada ayat
di atas, Allah menggunakan unjuran galakkan dengan “bersegeralah”, tapi
bukan sebarang “segera”, ianya kata perintah, seperti bahasa klasik
moden sekarang, “weiyh . . . . cepat, cepat . . . jangan menangguh lah
weiyh”.
Satu kalimah sahaja, seharusnya
telah menggugah kita iaitu “wasariu’ “, yang di situ adanya perintah
segera, dan dalam maksudnya yang banyak,
Wahai anda, apakah perkara yang
paling maksimum yang anda harapkan dalam hidup ini?
Adakah ada perkara yang lebih
tinggi daripada di ampunkan dosa?, dan di masukkan ke dalam sorga?
Jika anda nak redho Allah,
adakah Allah redho pada orang yang berdosa dan masih bergelumang dengan
jahiliyah dan maksiat? Kerana itulah,
kita harus segerakan diri kita memohon pengampunan ini.
Siapakah yang boleh
pengampunkan dosa kita?, Adakah Profesor? Ibu bapa? Guru sekolah? Ustaz
ustazah? Jiran sebelah rumah? Kawan karib sehidup semati? Murobbi atau ikhwah
akhwat kita?. Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah Allah. Dah tu, kenapa
sombong? Kenapa menangguh? Ayuh segerakanlah! Kerana kita tidak pasti bila
hayat kita di tarik, kerana Allah sayang kitalah, Allah menyuruh agar kita
bersegera, selagi masih ada waktu.
Ah . . . puasnya, selepas kita
benar-benar kembali kepadanya semula sepenuhnya.
Percayalah.
Namun, ayat ini sangat menarik
dan power full, ianya tidak sekadar berhenti agar kita benar – benar
kembali kepada-Nya, memohon pengampunan kepada-Nya, tetapi di situ dititipkan
harapan pada ayat yang sama, iaitu Allah menyuruh kita juga, “bersegera
mengejar sorga yang luasnya seluas langit dan bumi”,
Begini, saya mengajak anda
berimajinasi, cewah...
Anda bayangkan di tempat kerja
anda, atau tempat belajar anda, adakah anda sudah habis pusing semua tempat
dalam office atau kampus anda?
Tahniah bagi yang sudah,
hehe... tapi tunggu dulu, berapa lama anda mengambil masa untuk habis pusing,
setahun? 2 tahun? 4 tahun pengajian? Kenapa lama, luas bukan!
Baik, contoh lain, cuba anda
melalui lebuh raya utara selatan. Sepanjang perjalanan dalam kenderaan
tersebut, anda perhatikan kiri kanan anda, Adakah anda tahu penghujungnya di
mana? Anda pun tidak pasti kerana luas bukan? Adakah anda sudah pusing satu malaysia?
Pasti ada yang down sebab belum habis jelajah, baik jangan risau, point
saya nak kata, luas dan jauh nak pusing. Siapa yang sudah keliling asia? Dan
dunia? Luas bukan!
Anda!, perhatikanlah perkataan
yang Allah guna dalam ayat tadi, “sorga yang luasnya seluas langit dan bumi”,
nak katanya, jika anda sudah merasakan kampus itu dah cukup luas, tempat office
yang besar pun mengambil masa untuk pergi, malaysia pun tidak habis pusing lagi
semua negeri, Apatah lagi luas dan hebatnya sorga! Yang Allah bagi seluas
–luasnya milik anda seorang, merdeka untuk bergerak ke sana ke mari, bebas
untuk melakukan sebarang aktiviti yang di hajati. Impian nak miliki rumah,
istana sendiri atau kenderaan paling mewah sendiri, atau taman bunga dan kebun
buah tersendiri atau sungai yang perisanya air Milo yang anda telah menahan
daripada minum ketika di dunia dahulu kerana boikot, kelak anda mampu rasai
sepuasnya, dapatinya di sorga. Ah . . . nikmatnya, enak. Yakinlah hari
tersebut!.
Jujur, jika di tanya pada anda
sekarang, Apa yang anda rasa ketika ini?
Jika bertambah iman (yakin
dengan berita kegembiraan ini), bersyukur dan berterima kasihlah dengan
Allah, kerana apa ayat ini cerita (3:133), adalah benda ghaib, perkara yang
tidak mampu di bayang dan dilihat bagi orang yang ragu – ragu atau tiada iman.
. . Inilah tarbiyah yang Rasulullah bina kepada sahabat di fasa mekah dahulu,
tarbiyah untuk menguatkan iman, ketika manusia lainnya sedang sibuk mengejar
dunia dan habuan di hadapan mata, Anda pula tidak ter-efek, kerana anda
mengejar yang sebenarnya, perkara yang pasti di sana. Percayalah, apabila anda
kuat mengejar, bersegera bangkit untuk penuhi hak iman anda, semua lautan ujian
di hadapan anda, dengan mudah anda mampu menghadapinya, kerana ada habuan yang
jauh lebih besar di hadapan yang Allah janjikan buat kita. Wah! Bergembiralah.
Buktinya, sahabat nabi yang awal jugalah yang mampu bertahan ketika perang
uhud, perang hunain, ketika mana ada yang lari, mereka terus tetap berdiri dan
tidak lari dari medan perang, sehingga ada sahabat Nabi, Anas b. Nadhir
berkata, “aku terbau haruman syurga”. Hebatnya mereka yang mengejar
habuan sebenar.
Ayuh segerakan, tarbiyah diri kita, mutarobbi dan madu’ kita
dengan habuan sebenar, kerana di situlah kunci iman sentiasa hidup, dan ujian
dunia mampu kita hadapi dengan riang gembira ewah.