Akh A : (Bangun malam untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai Daie untuk
bekalan Tarbiyahnya)
Di sisi katil Akh A, Ada seorang Ikhwah, Akh B, yang
Kepenatan dalam berdakwahnya, sehingga lewat malam baru habis program tapi menjadi rutinnya, di
tutupi dengan solat witirnya, qiam cara Abu Bakar.
Ketika Akh A asyik dalam tahajjudnya,
tiba - tiba . .
Akh B bersuara : "Akhi, terus langkah kehadapan, sorga
menanti anta akhi"
Akh A, terus kerpanar, "Ah . . . indahnya di kau
Akh B, dalam tido mu, masih asyik dengan dakwah mu, sorga menjadi bualan mu
walaupun sehingga tido"
Sehingga subuh menjelma, Akh A terus mengejut Akh B, dan
mendakapnya sambil berbisik, "Untung anta akhi, jika Allah tarik nayawa
nta masa tido, ana menjadi saksi melihat keseronokkan nta, gembira Allah
pertemukan ana dengan anta"
[ Jika tidak boleh buka viedo, sila buka link ini : https://www.youtube.com/watch?v=lBJTiC3mlS0 ]
Pengorbanan seorang murobbi untuk anaknya, untuk anak
buahnya, untuk mutarobbinya.
Jika, setiap mutarobbi itu memahami betapa susah dan
sabarnya seorang Murobbi itu dalam membentuknya, membinanya. . . . Pasti akan
bersegera bangkit dan berjuang di atas jalan Tarbiyah dan Dakwah ini bersungguhn -
sungguh.
Bersyukur dan berterima kasihlah buat para murobbi yang
pernah hadir dan menyapa dalam hidup kita.
Pengorbanan mereka,
Sabar mereka,
Tangis mereka tentang kita,
Merancang membangunkan diri kita,
Berfikir untuk kita,
Memberikan masa, harta dan tenaga untuk kita,
Ikhlas membantu kita,
Melihat kita dari jauh dan dekat,
Sanggup berpagi mengejutkan kita, dan lewat malam masih
setia mendengar keluhan kita,
Hujung minggunya tiada lagi untuk kehidupannya, melainkan
membina kita,
Hari - harinya, mencuri cari masa nak buat kejutan buat
kita,
Sanggup berlapar,untuk melihat kita kenyang makan untuk
bertenaga,
Sanggup memberi apa yang dia ada, rumah , kenderaan,
perkakas untuk kita.
Tidak pernah henti, menasihati untuk iman kita,
Teman bersama menunjukkan cara membina,
dan tiada habuan yang diminta,
Harapannya,agar engkau segera bangkit bersama memikul beban
dakwah ini,
Beban yang ramai yang tidak sanggup memikulnya,
Beban yang juga di bawa dan diwariskan untuk kita,
kitalah penyambung mata rantai,
Maka, suatu hari nanti, murobbi kita sudah tiada, Jangan
tangisi akan pemergiaanya,
kerana mereka sudah kuat membina, menyiapkan seorang pemuda
untuk dihadiahkan buat Ummat ini, iaitu kita. kitalah murobbi buat Ummat ini.
kerana ketika itu, kerja kita.
Menyambung mata rantai ini , , ,
Terima kasih duhai Murobbi, yang telah hadir selamatkan
kami.
_______________________________________ p/s : Maaf, 3 miggu tiada post, kerana kita sama - sama saling hangat dalam medan amal sebenar, bukan sekadar hebat di media sosial sahaja, kerana medan maya tidak pernah akan sama dengan medan amal bersemuka