-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, December 16, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 42#




Berbual dengan seorang akh, tiba-tiba...

Akh A : akhi... ana ada satu masalah la.. (sangat berkerut raut wajahnye tanda kerisauan yang amat)

Akh B : pebendenye? (ni mesti pasal medan dakwah die ni, takpun mutarobbi die, takpun job planning die ni,,hmm)

Akh A : kenapa ana masih takot mati eyh, duduk sorang - sorang fikir aku ni selamat ke, kene tanam nanti macam mane keadaannya, dalam tanah nanti serangga naik ke badan masuk dalam rongga pe sme... padahal, sahabat-sahabat nabi dulu rindukan syahid...

Akh B : .............. (tunduk tersentap)

Akh A : Baru berjinak faham
Akh B : Akh Askari

Saturday, December 14, 2013

Menempah Tiket Futur



Futur

Futur

Futur,

Bila anda memilih untuk Futur, anda sedang berkata untuk :

"Terima AZAB Allah secara terbuka.

"Bersedia masuk Neraka.

"Tidak ingin berada di singgahsana.

"Tidak menempah untuk menuju ke syurga Firdaus.

"Tidak memilih bersama sunnah terbesar yang ditinggalkan Rasulullah.

"Tidak hingin melihat wajah Allah.

"Tidak ingin bersama Ar-Rasul, Anbiya’, para syuhada’, Ainul Mardiyyah.

"Bersedia untuk berjihad, bersusah payah di Akhirat kelak.

"Ingin bersenang lenang, selesa di dunia untuk perit berjihad di akhirat.

Yang akhirnya, jawapan pada anda!!

____________________________

Betapa anda pernah faham satu ketika dahulu, kemudian anda menyorokkan Al-Haq itu, masih terus menerus dengan Jahiliyyah, masih menjadikan Tarbiyah dan Dakwah secara part time masih culas dalam prority, adilkah itu untuk kita kata ingin berada di puncak syurga! . . . .

Dan Aku mohon, Aku dan dikau (pembaca), kita terus thabat, dan pena ini tertuju kepada si pena terutamanya supaya terus thabat...

Friday, December 13, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 41#



Penumpang kelas ke-3,

Akh A berkata:
Akh B mengajakku pergi dalam suatu perjalanan dengan menumpang kereta api. 

Akh A bertanya kepada ku:
“kamu atau kami yang membiayai perjalanan ini?

Akh A berkata :
"Perjalanan ini atas biaya saya dan pesankan untuk saya, kita naik tiket di kelas dua.(dengan harapan atas dari kelas 2)


Akh B pun memesan tiket kelas tiga.
Saya(Akh A) duduk dengan menundukkan kepala agar tidak kelihatan oleh salah seorang yang mengenaliku, kerana saya naik di kelas tiga yang dahulu saya tidak mahu menaikinya. 

Akh B tersenyum menyaksikan diriku yang merasa malu.

Setelah sekian lama saya berinteraksi dengan ikhwan, naik kereta api kelas 3 menjadi seperti naik di kelas super eksekutif tanpa rasa malu atau resah.

Akh A : Umar
Akh B : Pak Hassan
m/s 128