-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, November 4, 2012

Wajibat Al-Akh




Akh Yang Benar adalah Seorang Murobbi.-Ustaz Dr. Abdullah Qadiri Al Ahdal.


38 Wajibat Al-Akh
  1.    Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
  2.   Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  3.   Jagalah kesihatan.
  4.   Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejaskan kesihatan.
  5.   Sentiasa berada dalam kebersihan.
  6.   Jangan bercakap bohong.
  7.    Jangan memunkiri janji.
  8.    Jadilah seorang yang berani.
  9.    Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  10.    Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  11.    Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  12.    Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat (menawarkan kebajikan).
  13.    Milikilah sifat – sifat yang dengannya disenangi oleh orang ramai.
  14.    Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  15.    Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
  16.    Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
  17.    Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
  18.    Bersegera menunaikan hak – hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
  19.    Jauhi diri dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
  20.   Jauhi riba.
  21.    Bantu tingkatkan ekonomi Umat Islam.
  22.    Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
  23.    Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
  24.    Praktikkan budaya islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
  25.    Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari islam.
  26.    Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
  27.    Sentiasa dalam keadaan bersuci.
  28.   Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
  29.    Tunaikan puasa Ramadhan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
  30.   Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
  31.    Selalu bertaubat dan Istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri diri setiap hari.
  32.    Berjihad melawan nafsu sehingga kita mampu memimpinnya.
  33.    Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
  34.    Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang – sarang maksiat dan dosa.
  35.    Tinggalkan sikap berpoya – poya dan bermewah – mewah.
  36.    Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong – pendokong islam.
  37.    Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
  38.   Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat. 

    "Nahnu fi 'asyri at-takwin fakawwinu anfusakum"
    "Kita sekarang ini berada di abad pembentukan peribadi, maka bentuklah diri kalian masing-masing"
    -Pak Hasan Al Banna-

    "Dakwah tidak akan ada nilainya jika para Daienya sendiri tidak menjadi bukti yang mendukung dakwah ini"
    -Pak cik Sayid Qutb-


    "Sekalipun di Mesir kini kita memerintah dan berusaha ke arah kerajaan Islamiyah sepenuhnya, namun pembinaan Individu Muslim itu perlu di teruskan selamanya kerana itu asasnya"

    - YB Dr. Morsi, Prime Minister of Egypt-

“Dia lah (Allah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Walaupun Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
(Al-Anfaal : 63)

Thursday, November 1, 2012

Ku inginkan : 'Ainul Mardhiyyah





Ada yang bertanya, akhwat yang bagaimana idaman kalbu ana? Soalan ni senang sahaja untuk dijawab. Tentulah 4 sifat yang disabdakan Ar-Rasul dalam hadis riwayat bukhari (Harta, Keturunan, Kecantikan, Agama). Tapi, cukup ke semua tu?

Mana boleh ek?

Kita dah la nak tatap muka dia setiap hari. . Pagi, petang, siang, malam. Mana boleh kita amik mudah je perkara ni..

Sudah pastinya, seorang akh yang ditarbiyyah dan faham memahami kehendak masing-masing. Suka hati la kan? Pilihan di tangan kita (Asy-Syam:8-10).



Kalaulah diberi pilihan, ana nakkan isteri yang sangaaat cantik, secantik Puteri Diana atau Miss Universe 2008. Matanya jernih, secantik mutiara, seanggun mata Zinnirah. Dahinya licin bersih, bebas dari sebarang inflamasi, apatah lagi jerawat batu. Pipinya putih gebu, berlesung pipit. Tang tersipu, berubah merah ibarat Aisyah Humaira. Semestinya seanggun Ratu Cleopatra, menjadi buah mulut seluruh bumi agung Mesir. Lagi muda lagi bagus, paling kurang 5 tahun la lagi muda.



Kalau diberi pilihan, ana impikan isteri yang sangaaat kaya. Tidak kalah hartanya dek harta Ratu Balqis. Berderet pesuruh yang akan menyenangkan kehidupan ana ni. Baru boleh ana fokus dakwah ni. Takyah fikir pasal kerete, servis kereta, minyak kereta, tol, sewa rumah etc. Bila-bila masa je boleh buat jaulah, daurah etc. Boleh infaq duit banyak-banyak untuk ikhwah. Supaya makin licin dakwah kami ni. Biiznillah.



Kalau diberi pilihan, ana mendambakan isteri yang sangaat hebat! Seorang hafizah, fikrahnya mantap, Fiqh dakwahnya jelas, tarbiyyahnya teliti. Kefahamannya memandu setiap gerakan dakwahnya yang tidak kenal henti. Setiap kata-katanya sarat makna, ucapannya penuh semangat, menggetarkan sekalian audien yang mendambakan tarbiyyah.



Kalau diberi pilihan, ana mendambakan isteri yang penuh nilai seorang suri rumah. Setiap masa tanpa kenal penat lelah menjaga anak-anak. Setiap masalah anak-anak diteliti dan segala makan minum pakai kami anak beranak dihiraukannya. Bab memasak, tak perlu beritahu laa. Segala jenis masakan dikuasainya. Dari masakan timur ala minangkabau dan padang besar, hinggalah masakan barat moscow semuanya di hujung jari insan bernama isteri ini. Dialah naqibah di rumah, mentarbiyyah anak-anak, dari segala aspek.


Banyak lagi ciri-ciri idaman yang ingin ana tulis, sekadar ingin mewakili diri menyatakan betapa besarnya cita-cita yang tertanam sejak bergelar lelaki bujang ni. Apa yang ditulis di atas sekadar menulis sedikit yang kini terfikir di benak pemikiran ana.



Ikhwah akhwat sekalian,

Sesungguh ana tahu, hanya seorang sahaja yang mampu memuaskan nafsu liar seorang lelaki, jika itulah pemandu hatinya.

Jika inilah dia garisan syarat-syaratnya... hanya seorang sahaja yang mampu memenuhinya:::

Al-Bidadari

Ya Allah, alangkahnya tertipunya aku ya Allah dengan dunia ciptaan-Mu yang fana ini!

Alangkah aku menyangka aku akan hidup selamanya di dunia ini. Menipu diri ini. Sedang kelak ia akan sirna, seperti yang lain jua.

Sungguh aku lupa yang bukan dunia ini matlamatku, sekadar jambatan ke akhirat.

Mustahil akan ku ketemu seorang insan sesempurna kerana tetaplah ia insan kerdil di sisiMU.

Yang ada hanya syurgaMu yang tak tertanggung enaknya. Betapa lazatnya setiap sungai yang mengalir, indahnya bidadari yang menghiasinya.

Layakkah aku untuk, walaupun sekadar untuk berniat memilikinya kelak? Betapa rendahnya diriku ini disisi-Mu.

"Sungguh, orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan"

"Kebun-kebun dan buah-buah anggur"

"Dan gadis-gadis montok yang sebaya"

"Dan gelas-gelas yang penuh"
"Di sana mereka tak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta"

(An-Naba':31-35)



"Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan"

"Dan dia memberi balasan kepada mereka kesabarannya surga dan sutera"

Di sana mereka duduk bersandar di atas dipan, di sana mereka tidak melihat matahari dan tidak pula merasa dingin yang berlebihan"

"Dan naungannnya dekat di atas mereka dan dipermudahkan-semudahnya untuk memetiknya"

Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksanan kristal"

"Kristal yang jernih terbuat dari perak, mereka tentukan ukuran yang sesuai"

"Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur jahe"

"Sebuah mata air yang bernama Salsabil"
"Dan mereka dikelilingi oleh pemuda-pemuda yang tetap muda..."

(Al-Insan: 11-19)



*ketika manusia yang lain sarat berbicara perihal manusia, pasal pertunangan, nikah dan sumpamanya, kau jagalah hati ku Ya Allah agar terus berbicara perihal Mu. Blog ini direka khusus untuk orang yang bukan syok sendiri nak tarbiyyah diri sendiri sahaja semata-mata. Tapi untuk individu yang nak tarbiyyah diri, keluarga, masyarakat, kerajaan, negara, khilafah, alam. TnD ini bukan berhenti sekadar membina BM tahu!!