[Aku diciptakan agar manusia mengambil Ibrah dari Sifat ku yang mujahadah]
Ayuh mengambil Ibrah dari Tabuk ! !
Kenalkah anda, siapa Ka’ab bin Malik?
Apakah
yang terjadi kepada beliau?
Ya,
beliau tidak berangkat ke Tabuk. Masyaallah, seharusnya beliau berangkat pergi.
Sepertimana perang-perang sebelumnya beliau sertai bersama perwira gagah
perkasa sahabat yang lain, bukankah beliau tidak pernah ponteng arena War
sebelum ini?
Mengapa
beliau tidak berangkat menuju Tabuk, sedangkan Nabi dan para sahabat yang
lainnya telah berangkat ?
Pasti ada
asbab dan situasi yang membuatnya tidak berangkat. Ada sesuatu di balik ketidak
berangkatan beliau.
Wahai “kemudahan” Itu….
“Aku sama
sekali tidak pernah ponteng mengikuti semua peperangan bersama Rasululah saw,
kecuali dalam perang Tabuk. Ketidak ikut sertaanku dalam perang Tabuk itu
disebabkan diriku dilalaikan oleh perhiasan dunia. Ketika itu keadaan ekonomiku
jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Demi Allah, aku tidak pernah
memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta, akan tetapi pada waktu
peperangan itu aku memilikinya”.
Masyaallah. Demikian jujur pengakuan Ka’ab, ulang suara
muhasabah. “Ketidak ikut sertaanku dalam perang Tabuk itu karena diriku
dilalaikan oleh perhiasan dunia”.
Ketahuilah!
Bukan
hanya “orang awam” sahaja yang berjaya dilalaikan oleh perhiasan dunia.
Seorang mujahid, sahabat Nabi, terlahir menjadi generasi terbaik sepanjang
sejarah kemanusiaan, tetap terjerumus ditarik godaan mengancam yakni perhiasan
dunia.
Khabarkan
kepada ku! Apa yang Kurang pada Ka’ab. Beliau, tidak pernah terlepas dalam keseluruhan
peperangan, ternyata benar-benar mujahid setia.
“Demi
Allah, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan onta,
akan tetapi pada waktu peperangan itu, aku memilikinya”.
Nah!
bermakna, keselesaan, yang menyebabkan Ka’ab tidak berangkat ke Tabuk.
Di zaman
kita kini, Tabuk itu tidaklah jauh. Sesungguhnya Tabuk kita lebih mudah
dibandingkan di zaman Ka’ab. Namun “ketidak berangkatan” tetap sahaja
terjadi. Cuba ukur, berapa jauhkah Tabukmu ?
Ada akh
yang merasakan kesukaran ekonomi, yang menyebabkannya memiliki banyak
keterbatasan dalam mengikuti kegiatan dakwah. Dengan mengatakan, “Andai aku
punya motor, tentu akan lebih banyak kegiatan dakwah yang boleh aku lakukan”.
Namun, Ketika punya motor ternyata ia masih merasa banyak keterbatasan. “Andai
aku punya kereta, tentu aktiviti ku menjadi lebih luas, dapat memudahkan ikhwah
lain guna, dan dapat men-DF adik-adik”. Tatkala, Saat memiliki
kereta itu, tetap saja banyak alasan. “Andai kereta ku luas lagi, yang first
hand agar tak meragam lagi, pasti tidak ada lagi kesusahan lain”. Allah hu !
Saat
keretanya sudah besar, ber-ekon, masih lagi sedemikian, tidak tergerak untuk
aktif berdakwah. Apa yang terjadi padanya ? Padahal sekian banyak mujahid
dakwah berjalan kaki melakukan aktiviti, dan berlelah-lelah dalam keadaan lebih
naïf, tidak mencukupi kenderaan juga kemudahan lainnya. Namun, Dakwah tetap
berjalan tanpa bergantung kepada persediaan kenderaan yang cukup dan sangat
minimum kelengkapan kemudahan.
Mengapa
ada yang tetap tidak berangkat? Adakah perlu Naqib mu jemput baharu ingin berangkat?
Panas, Jauh, Lelah….
“Peperangan
ini berlangsung dalam kondisi panas terik matahari gurun yang sangat menyengat,
menempuh perjalanan nan teramat jauh, serta menghadapi lawan yang benar-benar
besar dan tangguh… Rasulullah saw mempersiapkan pasukan yang akan berangkat.
Aku pun mempersiapkan diri untuk ikut serta, tiba-tiba timbul pikiran ingin
membatalkannya, lalu aku berkata dalam hati : Aku boleh melakukannya kalau
aku mau!”
Bukan
panas musim kemarau seperti yang sering kita alami di Malaysia, namun panas
terik matahari gurun yang sangat menyengat. Sangat panas, harus menempuh
perjalanan yang jauh, dan “hanya” untuk berperang. Bukan untuk rekreasi, bukan
untuk sonata melihat Cameron highland, bukan untuk menginap di hotel bulan dan bintang,
bukan untuk temasya dengan keluarga. Sangat panas, sangat jauh, berselang-seli naik
kuda atau unta, sungguh majoritinya berjalan kaki, tentu akan sangat lelah, dan
di sana telah menunggu musuh yang sangat tangguh persis Incredible Hulk dan Hulk Ogan.
Tabuk di
zaman Ka’ab sungguh jauh. Tidak ada pesawat terbang, tidak ada kenderaan ber-Air
Cond, tidak ada sarana yang memadai untuk menempuh jarak yang sedemikian
panjang dan cuaca yang sangat panas terik.
Di zaman
kita sekarang, Tabuk itu tidaklah jauh, tidak panas terik. Ada pesawat terbang,
ada kereta api eksekutif, ada bus eksekutif, ada taksi, ada kereta kancil viva
dan kenari, ada MPV ber-Air Cond, ada motor, ada basikal. Tabuk kita bahkan
tidak panas, namun “ketidakberangkatan” tetap sahaja terjadi.
Sebenarnya, berapa jauhkah Tabukmu ?
Awalnya
kita merasa “Aku boleh melakukannya kalau aku mau !” Ah, tapi apa yang aku
dapat kalau berangkat ?
Tarbiyah
itu, Murabbi satu tempat Universiti yang sama, bahkan kita hanya perlu
melangkah berkumpul sahaja, naqib yang datang berjela Kilo Meter jaraknya ke
tempat kita. Di tempat pertemuan tersedia banyak kelengkapan dan mengharapkan
disudukan, tiada dibawa buku nota, Al-Quran terjemahannya, bahan bacaannnya.
Berbagai agenda dakwah, seperti Bulatan gembira, mabit, daurah, bahkan
mukhayam, semua full fasiliti. Apa yang menghalangi untuk datang ke berbagai
agenda dakwah tersebut ? Apa yang menjadi alasan ketidakberangkatan ?
Apa
sebenarnya perang kita ? Apa yang ada di Tabuk kita ?
Dahulunya, tinggal di kolej yang sama dengan ahli bulatan gembira yang sama, mudah berhubung, tidak sempat bermesej, muka dah hadir di hadapan pintu, kerana dekat, hanya berhadapan bilik, ahli bulatan gembira hanya berjiran, hanya perlu mujahadah dengan kaki, maka tibalah ke destinasi. sampai satu masa Tabuk itu pasti datangan menguji mu. kini, bukan lagi di kolej indah yang sama, jarak semua berbeza. Sampai satu masa, akan tiba mesej dari Nagib mu "Jom berbulatan gembira di jabal botak =)" hasutan dari musuh syaitannirojim pasti membisik "penat nanti, lex lu", "jauh tu, dah la kolej kat luar!!". ketika itulah Tabuk mu menguji. sama ada berjaya atau tergoda!!
Ahli bulatan gembira, ketahuilah, kami menanti kalian dengan penuh kesyukuran, jika tidak cukup bilangan, kami akan menunggu, menuggu dan menunggu. Tatkala cukup, barulah dimulakan dengan Bismillah. Menjadi sedih dan sayu andai belum berjaya menghadirkan mu untuk merasai kegembiraan ini bersama.

Dikuasai Kemalasan
“Akhirnya
aku terbawa oleh fikiranku yang ragu-ragu, hingga para pasukan kaum muslimin
mulai bergerak meninggalkan Madinah. Saat aku lihat pasukan kaum muslimin mulai
meninggalkan Madinah, timbul di fikiranku untuk mengejar mereka, ketika itu
mereka belum jauh. Namun, aku tidak melakukannya, kemalasan menghampiri dan
bahkan menguasai diriku…”
Di zaman kita,
ada Daie yang melihat penggerak lain yang sangat aktif dan
dinamik dengan berbagai agenda dakwah, sempat terfikir “Adakah Aku masih
boleh mengejar mereka”. Ya, aku akan menyusul mereka. Tapi mengapa tidak
engkau lakukan ? Mengapa tidak engkau susul mereka ? Mengapa engkau tetap tidak
berangkat ? Apa alasan ketidakberangkatanmu ?
“Kemalasan
menghampiri dan bahkan menguasai diriku……”
Padahal
kita tidak bertemu panas terik gurun pasir. Kita tidak bertemu jarak yang
demikian jauh untuk ditempuh dengan kaki. Yang kita temui adalah sarana dan
fasiliti yang lengkap. Acara dari Banglo KUANGpuas ke INTEGMAnis. Kegiatan dari
rumah ke Pejabat. Rapat dari ruang ke ruang. Semua nyaman, semua menyenangkan,
semua sejuk, semua penuh dengan kelengkapan.
Adapun yang lainnya, disebabkan disibukkan dengan perkara teknikal, maka keutamaan pada tarbiyah kau abaikan. Diletakkan pada tangga kedua dan ketiga. Terus mendahulukan program mu di kolej, persatuan dan program-program umum yang jauh diluar kampus juga engkau sanggup turun untuk bersua dengan Ustaz Azhar idrus, seminar fiqh dan bagai yang lainnya. Maka, pada mu melihat, "bulatan gembira" sebagai nucleus tarbiyah itu hanya apabila diperlukan sahaja, ketika masa kosong baru di isi, ketika haus baru mencari, ketika tidak clash dengan program hujung minggu baru terheggeh-heggeh nak kan di isi.
Namun, aku tetap disisi mu. sabar menunggu mu. kerana Ka'ab juga sedar akhirnya mana yang perlu di utamakan.

tetap terjadi ketidakberangkatan ? Apa alasanmu ?
Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan)
mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan
terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang
ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;
dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu,
bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan
(ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
(At-Taubah : 111)
(At-Taubah : 111)
p/s : post ini mengingatkan ku, pada Coference riang minggu lepas di sebuah Medan Taman (x wujud nama nih), kelihatan ramai tidak berhidung apatah lagi jasadnya disitu? dimanakah anda? sedangkan andalah Allah pilih lebih awal daripada mereka yang baharu di lasoo atau sebenarnya, anda yang akhirnya mengelak untuk dipilih. Yakinlah, Allah akan ganti dengan mereka yang sangat berhajat dan pastinya lebih baik dari Anda. Itu Janji Allah!! Juga kepada Ikhwah yang bakal berkenderaan, ingatlah ia hanya alat, matlamat mu terus terpacu suci dihadapan.
Apabila ia menyebut anda. maka siapa pun pembaca termassuk saya. itulah muhasabah kita bersama.
Aku risau. Aku di tapis dalam menjadi murobbi kepada Khalifah.
Apabila ia menyebut anda. maka siapa pun pembaca termassuk saya. itulah muhasabah kita bersama.
Aku risau. Aku di tapis dalam menjadi murobbi kepada Khalifah.