Berbahagialah Ibu ayah yang anaknya menghadiahkan Kek coklat, Maka ibu dan Ayah tersenyum,
Berbahagialah Umi Abi yang anaknya pulang ke Johor untuk Ziarah, Maka Umi Abi terus tersenyum,
Berbahagialah Mama Papa yang anaknya memeberikan hadiah berupa material, rantai dan Hand Phone baru, Maka Mama dan Papa ketika itu senyum lantang berkaca air mata.
Berbahagialah Bonda Ayahanda yang anaknya memeluk dalam dekapan kasih sayang, lantas berlinang air mata.
dan berbagai cara bahagia lagi yang kalian, kita sebagai anak luahkan kepada mereka, ibu dan ayah.
Namun,
ketahuilah. . . . . .
Senyum, berkacanya mereka atas pemberian kita, pengorbanan kita, bukanlah yang utama yang mereka butuhkan untuk akhirat mereka, Jika impian kita sebagai anak menyangka bahawa ibu dan ayah kita mengharapkan sangat kita menjaga mereka suatu masa kelak, ketahuilah!! bukan itu jua impian hakiki yang mereka impikan, kerana yang pastinya yang akan menjaga ibu dan ayah kita adalah Allah yang berkuasa atas segala sesuatu.
Wahai~
Pastinya, Allah dan Rasul telah memberikan Tips yang sangat SuperB dan Osem untuk kita membahagiakan, orang tua kita secara mutlak dan hakiki.
Ayuh, hayati dialog ini.
Ummi : Mad . . . mad nak ke mana nak?
Mad : Mad ada program di luar Umi, Alhmdulilh kerja yang Ummi suruh Mad buat, Mad telah siapkan Ummi, kini Mad nak ke program, masih melaksanakan kerja dan pahala berterusan untuk Ummi bahkan lagi Mulia Ummi.
Ummi : Allah hu akbar, Ummi beri kerja tersebut agar Mad siapkan bila-bila masa je, yang penting sebelum Mad naik semula mengaji di Universiti of Murobbi(UM).
Mad : Alhmdulilh Ummi, Mad ada di sini 3 hari lagi, kalau Mad siapkan kerja yang Ummi suruh awal, lagi banyak kerja lain yang Ummi suruh Mad boleh bantu, jika satu kerja yang Mad buat sehari sebelum Mad nak sambung pengajian, maka ibaratnya pahala yang itu sahaja yang Mad dapat. Tapi jika Mad buat awal-awal lagi dah siap, lagi banyak peluang yang Mad boleh tolong Ummi, dan lagi banyak pahala Mad dan Ummi dapat.
Ummi : Alhmdulilh, gembira hati Ummi, hmm . . . Mad nak ke Program apa? apa maksud Mad, jika bantu Ummi pun, Ummi akan dapat pahala?
Mad : [Sambil tersenyum panjang melihat wajah Ummi], Ummi~ , Rasulullah berpesan, Mafhumnya, "Apabila meninggalnya seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalan, kecuali antara salah satunya adalah Doa darianak yang Solleh". Ummi yang Mad sayangi, amalan Solleh dan yang baik yang Mad buat, pastinya saham pahalanya kelak Ummi akan peroleh kerana Doa dari anak yang Solleh ini berpunca ruang peluang kebaikan yang Ummi berikan dan tawarkan kepada Mad. Bukankah itu yang membahagiakan Ummi selamanya dan kebahagiaan hakiki.
Ummi : [ Berkaca mata, bersungguh mendengar rintihan kasih dari anaknya bernama Mad ]
Mad : Ummi yang Mad tidak cintai, melainkan hanyasanya kerana Allah. Tidaklah Mad sekadar ingin menjadi Solleh, Program yang akan Mad pergi ini adalah untuk mengajak yang lain juga menjadi Solleh(Musleh). Sebagai mana Mad gembira merasai kemanisan Iman, Islam dan Ihsan di dalam bulatan gembira Mad, maka harus juga Mad kongsikan kemanisan tersebut dalam bulatan gembira yang akan Mad bawa dalam program ini, juga mendidik manusia agak menjadi Insan yang baik dan Solleh, dengan mengajak dan mendidik inilah adalah Musleh. Jika Doa dari anak yang Solleh itu hebat, apatah lagi Doa dari anak yang Musleh!!. Sesungguhnya perkara yang Mad buat ini sahamnya, pasti berterusan kepada Umi dan Abi. Cuma, hajat dari Mad, Ummi Doakanlah dengan bersungguh demi kebahagian Mad juga di akhirat kelak, agar Mad terus thabat berada di atas Jalan Haq yang Mad pilih ini. Jika Mad yang memulakan, mudah-mudahan Mad peroleh pelapis yang hidup dan anak-anak Mad adalah penerusnya. Mad lebih sayang Akhirat Mad, Ummi~ Mad hari ini hadiah buat Ummi dan Abi.