-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, February 9, 2011

Doa Nabi Ibrahim : solatlah..


Kamus kali ini:- Ukhuwah: Persaudaraan, Akhi: Saudara Lelaki

Jagalah solat sebelum waktu subuh Mu (Noraini bte Mohd Nor)
Jagalah waktu solat Fardhu di awal waktunya (Ajmain @ Jima’ain Safar)

Di rumah Ikhwah (BM PJ M)

Berpagi itu rezeki, niat ibadah pahala berterusan akhi,… bangun dari tidur terus istighfar, dapat pahala, mudah-mudahan dapat melakukan banyak perkara jika terus bingkas berdiri,(Tapi…kalau “Taukiq ni” terus dikatil masih kalah dengan rantai tu), kejut jiran serumah, pahala lagi…. Berwudu’ dan terus ke balasoh (surau/masjid), kebetulan rumah ikhwah BM di pangsapuri tingkat 14, apa lagi turun tangga, setiap langkah pahala lagi, tunggu lif, bersabar dapat pahala…. Nah… pagi kita semuanya dimulakan dengan amalan baik sehingga tiba ke surau… ku melihat, wajah yang hadir semua senior… alangkah meriahnya rumah Allah jika semua berazam kuat seperti mereka.

Seusai solat….mereka yang hadir, menampakkan fizikal mereka dihadapan ku yang akhirnya membuatkan ana harus bertanya, aku berdialog dengan seorang akhi, Ustaz Arif namanya… 

Buta penglihatan,
Betapa yakinnya seorang Pak cik yang buta penglihatan dan cerah mata hati hadir ke surau tadi, pergi dan pulangnya untuk solat berjemaah di surau dan diawal waktu pasti akan dibantu….Pasti… Pasti Allah bantu, Walau dengan kekurangan fizikal,sepanjang perjalanan pulang kerumah, terus dengan senyuman.. bukan meraih simpati, tetapi memberi pengajaran bagi yang sedang membaca ini yang kelebihannya boleh melihat, sepatutnya lebih banyak kebaikan/ kebajikan, Amal boleh dilakukan.

Usia tuanya,
Seorang lagi ahli ibadah rumah Allah yang sudah bertongkat, Azam murninya dibantu oleh jiran sebelah rumah, dengan memimpinnya pulang ke rumah yang jarak rumahnya lebih jauh dari rumah Ikhwah BM… jelas akhi Arif lagi, setiap pagi jirannya ini akan sentiasa menunggunya untuk diteman ke surau berjemaah bersama.


Ana bawa satu kisah di,ambillah Ibrahnya pendidik:

Kisah Suami & Isteri

“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah(solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah-ibadah lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-‘Ankabut 29: 45)

Kerana itu, saya(isteri) dan suami meyakini bahawa semua itu dapat dicapai dengan memulakan didikan solat kepada anak-anak sejak kecil lagi, iaitu apabila mereka sudah mula menunjukkan minat meniru setiap gerak laku ibu bapa yang biasanya berlaku seawal usia dua tahun.

Didik seawal usia sebelum 7 tahun, saya(isteri) dan suami bermula hanya mengajak anak dengan “ajak-ajak ayam”, agar mereka mahu untuk solat bersama, menghampar sejadah dan memakaikan tudung agar mereka “Teruja” untuk mengikuti pergerakan. Usaha ini bagi menanamkan minat dan memperkenalkan anak-anak kepada ibadah solat.

Cecah usia 7 tahun, barulah suami meminta saya(isteri) untuk mengajar anak-anak cara berwudu’ yang betul, menyemak bacaan solat mereka terutama bacaan-bacaan rukun solat seperti AL-Fatihah dan Tahiyat, sementara semakan lebih serius dan “digeruni” oleh mereka dilakukan sendiri oleh suami setiap kali selepas solat Maghrib. Nah… rotan turut disediakan. Selain itu, kami juga belikan mereka pakaian solat  sebagai sebagai satu ransangan dan motivasi yang akan menghadirkan perasaan gembira untuk menunaikan solat bersama-sama.

Hukuman!!
“Abang.. Kak long dan Kak Ngah belum solat Asar lagi. Dah masuk waktu Maghrib ni. Asyik sangat bermain la tu, sampai lupa waktu,” lapor saya(isteri) kepada suami.

Tanpa banyak bicara, suami bingkas bangun dan mengambil penyangkut baju dibelakang pintu, saya(isteri) hanya memandang. Telah maklum apa yang akan berlaku sebentar lagi.

“Kak long, Kak Ngah… naik atas kejap. Dah solat Asar ke Belum?” Tanya suami tegas. Saya(isteri) mencuri-curi pandang dari balik daun pintu bilik. Terlihat wajah anak-anak menekur lantai anak tangga. Jawapan balas yang diberi juga sayup-sayup masuk ke cuping telinga saya (isteri). Lemah. Nada orang bersalah.

“Hulurkan tangan!!,” arah suami. Suami memukul tapak tangan kedua-duanya. Dua kali setiap seorang. Wajah Kaklong dan Kak Ngah muram. Pukulan yang tidak begitu kuat, tidak melukakan tetapi cukup sebagai pengajaran dan diharap tersemat kukuh dalam ingatan.

“Ambil wudu’ sekarang! Qada solat Asar.” Kak Long dan Kak Ngah menurut perintah. Kami sentiasa memikirkan bagaimana sensitiviti anak-anak diluar pandangan dan ingatan kami, adakah mereka akan kekal patuh dan ingat tanggungjawab mereka?

Untuk lebih membantu anak-anak tanpa meninggalkan mereka begitu sahaja, suami menampal jadual waktu solat di pintu bilik mereka. Hadiah!! Andai solat Abg Long dan Kak Ngah dijaga pada awal waktunya, diletakkan syarat selama seminggu,maka diberi ganjaran hadiah untuk diletakkan dalam tabung.. Jika masih leka dengan bermain dan sebagainya, sehingga solat tidak ditunaikan pada waktunya, maka kami akan mengenakan hukuman ringan sebagai satu pelaksanaan kepada gesaan daripada Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Suruhlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Sesungguhnya, tiada sebab lain daripada semua yang saya dan suami lakukan diatas melainkan ia sebagai satu usaha saya(isteri) dan suami untuk menjaga dan memperkuatkan fitrah Ilahi yang wujud sejak azali dalam diri anak-anak agar tidak terpengaruh dengan hal-hal negatif sebagaimana sabda Baginda s.a.w yang bermaksud, : “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan Fitrah (suci). Maka dedua-dua ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi dan Nasrani ata Majusi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Sekalung Doa menyusul kehadrat Yang Maha Esa iaitu doa Nabi Ibrahim: “Ya Tuhan ku, jadikanlah aku beserta cucu-cucuku orang-orang yang selalu mendirikan solat. Wahai Rabb kami, kabulkan doaku”. (surah Ibrahim : 40)

Akhi (saudara ku),

Jagalah solat 1/3 malam Mu, betapa ruhi para sahabat terus kental selama 1 tahun dididik dengan kewajipan melakukan qiamulalil , dan golongan yang mencontohi mereka ini,masih ada sehingga hari ini, siapa mereka? Itulah Kita..
  
Inilah Aku, Anda pula siapa

Saturday, February 5, 2011

Kata - kata orang-orang Hebat







  • "Mencari ikhlas itu umpama mencari seekor semut hitam di dalam pekat malam" - Ayah kepada Ikrimah di satu tamrin

  • "Ikhwah faham kan? Kalau faham tapi tak buat juga, ana jumpa je lepas ni, ana sepak!!!" - Muhammad Hussaini Khairudin, semasa menyampaikan daurahnya


  • "Kalau ntum minat kat seorang tu, antum doa je hari-hari, doa je terus = "Ya Allah, Kau kahwinkanlah aku dengan die, aku dah minat gile-gile ni"" - Ustaz WAMY merangkap Sang Murobbi pada satu sesi usrah


  • "Sangat penting untuk kita menekankan keimanan yg tinggi kedalam hati mad'u kerana pada akhirnya keimanan itulah yang akan memacu mereka untuk bergerak di dalam medan dakwah" - Ustaz WAMY merangkap Sang Murobbi pada satu sesi usrah

  • "Semua orang nak jadi baik, sebab fitrah setiap manusia ni nak jadi baikkan, jadi dengan join usrah, korang dah dalam proses kembali ke fitrah" - Anak kepada seorang Pak Cik di Langkawi ketika mempromote usrah pada satu sesi Muhadharah

  • "Try and Error je" - Ustaz Atiff, menjawab SMS pada Hari Raya Pertama

  • "Kita tak boleh rasa kita ada satu hak milik dalam da'wah dan tiada seniority dalam da'wah" - Bakal Doktor IMU Seremban merangkap mantan President PPIM pada satu sesi daurah

  • "Portion tertinggi kemenangan kita datangnya dari Allah" - Seorang ikhwah yang berusia '9' tahun, semasa singgah di Baituna

  • "Siapakah dia Athinahapan?" - Al-Akhuna Wea, seorang penulis blog yang berjaya / penulis tetap Dakwah.info

  • "Kita sedar walau dalam kesyumulan jemaah kita, kita still ada kekurangan... kalu antum nk lebih ruhi, keluarlah dengan jamaah tabligh, kalu antum nak belajar hadith, belajarlah dengan geng2 salafi.... tapi antum kena tahu priority dan tariqul da'wah kita adalah cara kita" - Pak Cik / U.Kay / UQY di satu sesi daurah Muntalaq

  • "Kita didalam dakwah ini hendaklah menjadi seperti air yang mengalir... Andai disekat / dihalang, still kita boleh mengalir melalui laluan yg laen... Dan akhirnya kita still akan sampai ke destinasi kita" - Seorang akh dari Brunei yg kini studi di UIA

  • "Zaman Rasulullah dulu kalu x pergi sembahyang di masjid, kena bakar rumah" - Al-Akh Unisel ketika berceramah dengan penuh semangat kepada seorang Pak Guard


  • "Kita hanya berusaha, natijahnya Allah yang tentukan, jangan risau" - Fateh yang ku kenali

  • "Air yang tak bergerak pun akan busuk, begitulah juga orang yang mengaku diri mereka Da'ei" - Kata-kata dari seorang Super Murobbi dari Brunei


  • "Amacam? Ok tak? Ada sapa-sapa lagi nak tambah?" - Abang Adil ketika menyampaikan Muhadaroh Maza Yakni nye


  • "Sekiranya kita masih mampu bersuara, kita masih tak cukup penat lagi" - Seorang Da'ei dari UNIM ketika turun dari pendakian Gunung Angsi
     
  • Bismillah, Jalan -Ikhwah Indonesia


  • "Kalau dah malas tu, memang tak boleh buat apa-apa dah. Ubat tu hanya ada pada tuan punya badan sahaja" - Ketua Badan Dakwah CUCMS