-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, September 22, 2010

Pena awal sang penCinta Syahid



"cerpen Ku"

Talhah b. Ajmain@Jima’ain
nama di pinjam : "Mad"

~aku ingin jadi seperti
Tokoh Islam : Thalhah b. Ubaidillah~

Biodata sejarah :
                “Dalam perang Uhud, Rasulullah mengelarinya dengan Thalhah Al-Khair (orang baik), dalam perang Hunain, beliau mengelarinya Thalhah Al-Jud(orang yang dermawan). Dalam perang Tabuk, beliau menggelarinya dengan Thalhah Al-Fayyadh dan Ash-Shubaih Al-Mulaih Al-Fushaih.

Minggu 1
                Denai hujan berlanjutan sejak subuh sehingga waktu azan Jumaat berkumandang, hari ini(Jumaat) setiap Muslim akan mengerjakan amanah sebagai Muslim yang sering menagih nasihat dan Hikmah,penghulu sekalian hari iaitu Jumaat sering mengetengahkan Isu Kontemporari di bawa khas dari Mimbar masjid pada setiap hari Jumaat, tetapi peringatan cukup membuat kan setiap jiwa betul – betul terasa bila mana wujudnya kesedaran,
Sinonim dengan kisah Junior ku Afiq, di UM Nilam Puri Kelantan, beliau kembali ke Rahmatullah seusai habis mengerjakan solat Jumaat,
Tragisnya bermula... ketika beliau melintas jalan untuk membeli makanan tengah hari di Kedai Mak Ma,gerai tersebut cukup terkenal dalam kalangan pelajar dengan Nasi Kukus enak di situ...
Tetapi,selepas tiba di gerai Mak Ma, Afiq berpatah balik semula ke Masjid, barangkali terlupa untuk menderma Duit ke dalam tabung Masjid selepas solat Jumaat,tabiat ini rutin yang beliau biasa lakukan setiap kali menjelang hari Jumaat,mencontohi sifat dermawan sahabat nabi, seperti Abd.Rahman b. Auf, Uthman Affan, Abu Bakar dan lain-lain

Langkah beliau terhenti ditengah jalan,apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar beliau dari sisi tepi,walaupun kenderaan tersebut cuba untuk mengelak...,
Aku di khabarkan, Insiden tersebut telah menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala Afiq disebabkan hentakan yang kuat pada kereta dan kepalanya terhumban ke jalan raya,
Berita awal aku dapat melalui mesej dari kawan ku, Abang syukurAssalamualaikum, Doakan Junior kita Afiq, dari sebarang kecelakaan,baru tadi kemalangan”,
Aku reply “sebab apa??”.... tidak terjawab...
Pukul 3pm, aku dapat mesej dari Junior sana(APIUM), “Doakan Afiq, beliau akan melalui proses pembedahan, kata Doktor,Opperation\ ini berisiko,kemungkinan beliau akan hilang Ingatan, sebab pendarahan pada bahagian kepala,forward pada yang lain”.

Jam 4pm, aku terus menelefon ustazah Wan Noraini (Ustazah di APIUM), “Mad, Afiq.... Allah lebih menyayanginya, beliau baru sahaja pulang berjumpa Allah untuk selamanya sebentar tadi... Orangnya baik, peramah, mesra dengan Pensyarah dan kawan-kawan, moga dia dibawa ke pintu pengadilan bersama amal solleh ini”.. tut..tut...,
aku terdiam..., dub..dap...dub..dap,sekejap je Afiq pergi.... sekelip mata,
sekejap kan...bermula dengan kemalangan....,dan aku membayangkan, beliau akan selamat.. tapi.. inilah jawapan nya, hati aku betul-betul terketuk untuk merasai kematian itu terlalu hampir dengan ku..
keluarga Arwah masih belum bertolak dari N9..
Bagaimana perasaan seorang ibu??... pengorbanan seorang ayah dan kasih- sayang dari adik- beradik beliau!!, apatah lagi beliau ini, anak yang cukup disayangi dan course yang beliau ambil adalah tunjang kepada segalanya “Ilmu Agama”



Minggu ke-2
seminggu kemudian, selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, aku bersua dengan sahabat lama,sahabt sepermainan aku di taman perumahan suatu ketika dulu sebelum aku masuk asrama ketika tingkatan 3, namanya Bilal, kata – kata terakhir beliau yang masih aku ingat, “Mad...,ramaikan orang datang Masjid tadi..., kan best remaja ni selalu ke masjid macam time-time kita dulu”,sambil memandang sekeliling,cukup terharu aku mendengarnya...., mengingatkan aku pada zaman kelincahan ku ketika di tingkatan 2, counter strike + tidur masjid..

beliau tambah lagi “ masjid baru kita dah lama siap, tapi masih tak boleh guna lagi?”, “macam mana nak guna!!, tak dapat pengesahan dari orang atas, jom kita tengok masjid yang akan kita guna tak lama lagi”,aku menjawab senyum,sambil tarik beliau berjalan...
menjelang beberapa hari kemudian....
pada hari Isnin, jam 11pm,musibah telah melanda diri beliau..
beliau menaiki motosikal dari skudai ke Kulai,kemalangan melibatkan motosikal dan lori,beliau terlanggar belakang lori, puncanya.., hanya terlelap sekejap, buka mata.... “dushh”
kepala beliau terhentak di belakang lori tersebut dan handle motor mengenai bahagian dada Bilal...
Bilal dihantar ke Hospital Kulai, X-Ray bahagian kepala, doktor sah kan tiada sebarang kecederaan di bahagian dalam kepala,hanya perlukan beberapa jahitan di bahagian yang zahir..kepala,kaki dan tangan...
Beliau mampu lagi bercakap...
keluarga terdekat datang ke hospital.
Jam 1AM
“Aduh.. sakit perut Mak....”, Bilal memegang bahagian perut sebelum hendak keluar dari hospital...
“sakit sangat Mak, rasa loya...”,sambil memegang tangan ibunya,muka mula pucat,
X-Ray semua bahagian anggota badan di buat, Doktor sahkan...
Bahawa.....Bilal mengalami, pendarahan pada bahagian hati....
Ya Allah.., seluruh keluarga, merasai kelainan pada Bilal,apabila tangan beliau mula sejuk dan beberapa kali meminta izin untuk melelapkan mata, katanya penat..

Jam 2am
Ambulan bergegas menghantar beliau ke Hospital s.Aminah, Johor untuk  proses perubatan lanjut dari pakar...,
Beliau kembali ke Rahmatullah, jam 3am, dalam tempoh untuk menunggu giliran (tidak sempat berjumpa Doktor)
Bedah siasat dibuat,Doktor kata, untuk menyelamatkan situasi arwah tadi, hanya boleh melalui pertukaran hati baru secepat mungkin kerana mengalami penderahan yang teruk di bahagian hati, istillahnya hari pecah,.. kesan hentakan handle motor tepat ke bahagian hati beliau..


Jam 5am aku dikejutkan oleh Umi, dengan mengkhabarkan berita Bilal tersebut...
“mad...bangun mad..., bilal kawan mad dah tak ada mad”
Aku terus terduduk,“umi...apa umi?? Bilal....dah tak ada.. meninggal!!”
Iye mad... belum subuh lagi, doa kan untuk arwah, bagi tahu pada kawan2 taman”,kata umi..
“Astaghfirullah....Astaghfirullah..., baru sekejap jumpa Bilal.., Ya Allah seorang demi seorang kau ambik”
Tahajud, Hajat... dan aku masih terkejut dengan berita tersebut,
Mesej pada adik – beradik dan kawan-kawan satu taman...
Astaghfirullah..
Baru hari Jumaat berjumpa, bergurau...., Allah lebih tahu keperluan Bilal tersebut disisinya... sepanjang aku kenal dia, orangnya gila-gila sejak aku masuk asrama hingga la tamat pengajian, tetapi hatinya selalu terikat diMasjid selepas aku dapat berjumpa semula selepas tamat sekolah...
Mad ingat lagi.... Hajat pertama beliau, dan hari ni kau capaikan nya sendiri Bilal....Masjid baru dirasmikan dan diguna, khas untuk sembahyangkan Jenazah Arwah,moga roh beliau dicucuri Rahmat....
Cukup ramai aku melihat remaja yang datang mengucapkan takziah yang tidak putus – putus pada keluarga arwah, subhanallah.. ramai rupanya remaja taman sini... “Bilal, kalau lah kau boleh tengok suasana ni sekarang, mesti gembira”
Seorang demi seorang dijemput bertemu Allah...

“Ya Allah, kenapa orang-orang baik yang kau ambil terlebih dahulu”

Bilal.....
                Sebelum Mad sambung belajar ke UM, mad Berjaya kumpulkan remaja taman kita Bilal, seperti yang arwah Bilal inginkan..., Mad buat kursus Motivasi kat Masjid dengan Bantuan maklumat dari Ruqayyah,Raudah, Lutfi....
Bila mad cadangkan pada Abi Umi, mad cukup terharu...keluarga Mad tak menghalang bahkan membantu cadangan Mad,...
Ayah Mad bantu dalam menyediakan sijil, menguar-uarkan informasi dan makanan pagi kepada peserta,
Emak Mad pula meramaikan peserta,ambik guna kereta sebahagian pelajar sekolahnya untuk ikut sekali, Bila melihat linangan air mata mak Mad masa mad bagi Ucapan awal,
pada awalnya, Mad duduk, tapi mad bangun jugak walaupun baru 2 hari keluar dari hospital..... Mad teringat kisah Mak Mad, yang mad biasa menggelarnya dengan panggilan Umi, menyebabkan Mad bangun dan berkongsi pada semua peserta..

Kisah awal yang Mad bawak...
Mad Ingat lagi cerita ni, masa tu mad menjadi guru ganti seketika di sekolah Menengah Islam Hidayah, perjalanan Mad dari rumah ke sekolah memakan masa 45Minit,
Tarikh yang dirindui bagi semua Ibu adalah “Hari Ibu”....,
pagi sebelum Mad pegi kerja, umi tegur, “Mad....Mad balik rumah tak hari ini, lewat ke awal?”
“Insya Allah umi, Mad balik...., bila kerja siap, mad akan cepat-cepat balik, mad kan anak umi~”,
mad masa tu, terlupa yang hari itu ,Hari Ibu...

5pm
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,
Mad dengar Radio IKIM dot FM pilihan Utama anda~..
Masa tu, slot tentang ucapan untuk hari Ibu...
Ibu... Umi~ “Oh......., padanlah umi Tanya pagi tadi... Ya Allah”
Kebetulan sepanjang perjalanan diceritakan oleh anak-anak yang menelefon semua tentang pengorbanan  seorang Ibu, antara yang Mad betul-betul tersentuh kisah anak dan penjual karipap...
Anak ini mengelarkan dirinya embok, kerana kini umur menjangkau 55 Tahun,
Embok mempunyai ramai adik-beradik kerana ayah nya berkahwin 4,
Kali terakhir Embok dapat merasai kasih sayang dari seorang Ibu ketika berumur 12tahun,
Embok suka dengan masakan Ibu, sepanjang persekolahan, Embok tidak pernah makan makanan dikantin sekolah melainkan makanan yang dibekalkan oleh Ibu, Ibu pesan, “jangan membazir, guna apa yang ada je,kalau bekal tak habis, bawa balik rumah..., banyak lagi makhluk Allah yang kelaparan” (dengan wajah senyum, Embok hanya terfikir waktu tu, mungkin Ibu maksudkan ciptaan Allah yang lapar tu,haiwan-haiwan peliharaan)
Embok ingat lagi,satu peristiwa yang masa itu, Ibu tidak sempat sediakan bekal untuk Embok, ketika ditahun 4 Sekolah Rendah, Ibu kata...., tamat sesi persekolahan, kalau lapar terus balik rumah....
Hujan turun renyai – renyai dan semakin lebat..
Embok terus meredah hujan,... kerana asyik terbayang masakan yang dimasak Ibu...
Lapar.... lapar sangat~
walaupun masakan Ibu sederhana, tapi sedap sangat...
Ketika berlari....,tidak jauh dari situ...
mata Embok melayang melihat seseorang perempuan yang sedang berteduh dibawah pokok besar sambil memegang raga berisi makanan, mungkin bekas yang berisi makanan tersebut untuk dijual....
Embok bermonolog, “kesian mak cik tu,hujan-hajan ni pun masih menjual lagi, mesti susah hidup mak cik ni”
laluan yang Embok redah ini, akan melalui depan pokok besar tersebut...semakin dekat langkah ku menghampiri pokok tersebut, semakin jelas wajah perempuan tersebut....
.........
....
Astaghfirullah, rupanya susuk tubuh yang sedang berteduh di bawah pokok tersebut, merupakan seorang Ibu yang setiap hari Embok mencium pipi nya sebelum pergi dan selepas pulang dari sekolah....
Itulah Mak Embok....
Sejak itulah embok mengerti...Rupanya selama ini, setelah Embok tinggalkan rumah untuk ke sekolah, bermulalah rutin harian ibu menjual karipap....
Dan ibu kata... Ibu akan pastikan, Ibu pulang ke rumah dahulu sebelum Embok tamat sesi persekolahan, mengaharapkan rezeki dari jualan tersebutlah, ibu membelanjakan untuk menyediakan juadah tengah hari Embok.....
Dan.....
Ibu selalu nasihatkan, berhenti makanan sebelum kenyang....
Bila embok tak habis, Ibu lah yang menghabiskan nya
rupanya.....,selama ni, sisa baki dari makanan Embok tersebut lah, merupakan makanan tengah hari ibu....
“kenapa selama ni,Ibu rahsiakan dari Embok”,
Ibu sentiasa senyum bila bercakap dengan Embok.... Ibu kata..
“Inilah yang Ibu mampu beri,Biarlah ibu yang merasa susah untuk anak-anak Ibu...., tapi kemudian hari, anak-anak ibulah yang mengembirakan Ibu”...
Semenjak hari itulah, Embok akan selalu menemani Ibu ke kebun untuk menoreh getah seawal subuh, walaupun hanya mampu teman...., tapi itulah kegembiraan dapat meluangkan masa Embok bersama Ibu sehingga ibu meninggal ketika Embok  di tahun 6....
Embok bersyukur, semenjak peristiwa itulah yang banyak menyedarkan Embok.....
......
....
Mad memandu laju kereta kancil melalui jalan lebuh raya..
Tepat sampai di depan pintu rumah,... Mad bersuara pada Abid(adik Mad) yang ketika itu kebetulan berada di pintu...
Abid!! Mana Umi...”
Abid terkejut ketika itu, siapa yang tidak terkejut!!, tiba – tiba bersuara seakan teriak...
Adik ku, Abid seakan bermonolog, “kenapa abang ku sorang ni... tak pernah sebelum ni macam ni”
“Abid!!... kat mana Umi”, Mad bersuara untuk kali ke dua...
“Ada kat sana...ruang tamu kecil”, sambil menuding jari...
Mad melihat umi dari jauh.....

Itulah Umi....
Tekun menanda kertas anak murid sekolahnya...
Dahulu Umi tidak berkaca mata...., hari ini... Umi menanda kertas dengan bantuan cermin mata...
Umi semakin berusia... tapi itu dan selamanya, tetap Umi mad..
Mad melangkah laju ke arah umi dan mendakap erat...
Seorang Ibu...., pasti menanti dakapan dari anaknya, andai ketika saat kita masih kecil dahulu,ibu kita lah selalu menenangkan kita, memujuk tangisan kita dengan dakapan kasih sayang..., pada ketika itu jugalah, ibu kita membayangkan, “adakah anak ku masih sanggup mendakap erat Ibu ketika saat engkau sudah dewasa”.
Kata-kata ku pada Umi, “Umi, maafkan Mad umi..., Mad sedar yang Mad ini anakUmi, Mad berterima kasih sangat kerana Umi dan Abi sanggup menjaga Mad sehinggalah saat ini tanpa meminta sebarang bayaran, Umi dan Abi tabah dalam mendidik Mad, hatta ketika zaman nakal mad pun, Umi dan Abi tetap bertahan dan mererima sikap Mad....” (umi hanya mampu tersenyum)...
Aku menyambung kata-kata : “Umi... Mad yang hari ini, hadiah untuk Umi”, pada saat ku melafazkan perkataan ini, mengalir air mata dari seorang Ibu mengenaipipi ku... pelbagai peristiwa flashback bermain di minda ku, “beza aku yang dulu dan kini”... akhirnya, aku kalah dengan emosi, berlinang air mata ku juga apabila Umi menyebut, “mad.... Umi rasa ringan hari ni, dapat lihat Mad Berjaya dan menjadi lebih daripada yang Umi inginkan”



Minggu ke-3
               
"wa makaru wa makrallah, wallah hu khairul makirin"
(Kita merancang, Allah juga merancang, tapi Allah sebaik2 perancang)
cukup cepat dan hebat..., baru je kita jalan sama2,
suap sama2, tengok pawagam kat bilik tingkat 2 sebelah kanan sama2,
esoknya colleps sama2,
bila lambat sorng, tak ada sorang, nak panggil/msg sama2,
Dengar Tazkirah Dari Asyraf tentang masanya telah tiba Umur-20 ni sama2,
Belajar lompat renang tengok dan ambik semangat basyir sama2,
Renang sama2,
kena campak masuk kolam,2 orang je,tapi baling sama2,
cari kunci dalam kolam sama2,
Gol futsal paling cantik 1-2 sama2,
kejar ke dinding sama2,
Lumba Go-kart sama2,
mesej dari Ustzh,"slow2 bawak kete", kite baca sama2,
Berlumba atas lebuh raya nak kejar lutfi bising/berdebar sama2,
Sampai Surat saman, kena tanggung sama2,eh!!huhu..,
sempat baca/tengok/reply msg dari FB daus"best nakal-nakal masa sekolah" sama2..
Moga Ukhwah terbentuk ini dirasai untuk bekorban bersama2..

hari Mad opperate, saiful Islam Ahmadon juga kemalangan

Bila balik sampai ahad malam, kita dapat kenal rumah muadz dan ustazah Norhaniza sama2(ustzh baru berhenti kerja)...
masing2 balik untuk rest, msg terakhir seakan-akan send dalam mimpi "esok posmoterm, jam 10am",..

Isnin (pagi)
umi tanya "puasa ke hari ni, nak makan lauk apa?"
"ah..ah puasa, em... sotong Kuning masak sambal", 
“Wah..wah, tak apa.. hari-hari terakhir sebelum Mad masuk UMKL... berapa kali agaknya, Mad rasa masakan umi dalam tempoh 2 minggu ni?,
hari ni ada nak kemana ke??.. kalau tak ada umi cadangkan...
Mad terus mencelah...
"ada umi..., tapi tak apa, apa umi suruh mad buat..."

cancel posmoterm, kurang tenaga orang yang dapat hadir, tidak mengapa.. bagi ku.., biarlah masa berbincang dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit..., new plan ditubuhkan..., buat medical check up di UTM sebelum masuk UMKL ahad ni...

(Di pendekkan cerita)
sampai sana... darah tak kene ambik(Bestnya~)...., tapi test Lab untuk Urine test ada..., sorang nurse menghampiri ku dan bertanya, "adik.., urine adik ni bercampur dengan Blood, mungkin proses nak pisahkannya ambil masa",mad menjawab "em.. mungkin sebab saya puasa rasanya nurse",  tempoh tahanan reman tersebut 2 orang Insan rapat menelefon ku, aku jawab selamba, "tengah medical check up ni, tapi urine test dok lepas (sambil gelak ketawa) "akhirnya.. setelah 2 jam tunggu, dapat result..
Doktor terakhir, mengesahkan diri ku kena neutral kan semula keadaan sekarang sebelum daftar kemasukan ke UMKL, sebab ada bakteria yang di jumpai dalam Urine tersebut...., MUKA Dr. tersebut tidak serius, jadi aku jangkakan dengan Hipotesis sendiri, "dah memang Urine, memangla ada bakteria sebab kotor" (hah.. kalau Dr. falsafah, nak jadi Dr. perubatan)

Sampai di rumah tepat-tepat  waktu azan maghrib, atas meja ada susu dan Kurma, Ibad(adik bongsu) tanya "abg mad pergi mana tadi, asyik balik lewat aja"(dengan nada suara manja adik bongsu)..
“ha... ni kan bang Mad dah ada, Jom teman abang Mad makan”
selepas maghrib baru dapat ku rasa nikmat "Sotong sambal", "makan mad, yang lain dah makan, khas untuk mad tu" umi melihat dari jauh...
sedap.. subhanallah, masakan ibu tiada yang dapat dilawan, ditentang di gusti dan sinonim dengan nya..
seusai makan,abi bertanya, "aik.. lewat mad balik hari ni, ada plan mengejut ke (dengan wajah senyuman yang semakin lebat misai abi)", "buat medical check up tapi doktor kata ada bakteria, Dr, cakap muka x serius"...,
"ada sakit mana-mana tak??" abi bertanya, mula wajah ku diperhati
"ada... abi, kat bahagian pinggang ada sakit sikit2, masa bawak kete ada 2,3 kali jugak kaki tersentak"
"pegi minum air barli, banyak minum air kosong, mintak umi rebus beras barli abi"

beberapa langkah selepas masuk dapur..

aku terduduk..
"umi tergamam tiba-tiba"
"Umi mad sakit perut umi, banyak kali dah mad ke tandas hari ni..."
      "mad.. minum air kosong ni dulu.."
"(teguk air), tapi x rasa nak buang air"
(azan Isyak berkumandang), tepat - tepat di pintu grill rumah...
Astaghfirullah hal azim.... hanya Allah yang tahu kesakitan nya bagaimana..
"umi..., umi....(dengan nada tersekat-sekat)"
       "ye nak... umi datang ni.. (dengan berpakaian telekung, bersiap untuk sembahyang)....,"
"sakit umi....,umi pegang tangan mad umi, tersekat- sekat nafas"
       "mad..., jangan macam ni nak,tangan sejuk ni,
umi telefon abi kejap iye,
umi ambik kan air zam-zam iye,
umi dengan mad ni,mengucap nak..
umi berlari ke dapur ambil air zam-zam, 
"Allah..Allah""uwek..., air zam-zam yang disuapkan umi, muntah bersama makanan berbuka tadi"
Mad... jangan macam ni nak.. umi risau ni..
umi berlari ke dapur untuk ambil baldi dan kain iye,
(umi hampir tergelincir/jatuh terpijak bekas yang ku muntah tadi)...
air mata mula terpancar...teresak-esak adik ku Ibad, "abg mad.....abg mad" yang cuba memahami situasi saat itu,mengerti pengorbanan, ulang -alik seorang Ibu waktu itu, dan kata - kata yang tidak henti ku ucapkan "Asyhadu allah ila haillahlah, wa ash hadu annamuhammad darrasul lullah",
aku ingat lagi, antara cita-cita aku, adalah untuk menjaga  Umi dan Abi suatu hari nanti, tapi.. inilah kasih sayang seorang ibu yang tiada nilainya,
kalau dulu ketika aku kecil-kecil abi dan Umi lah yang menjaga ku,
kini... pada saat aku sakit yang sudah melangkah ke alam Dewasa, umi masih terus menjaga ku...
Umi kembali tiba dengan wajah yang aku tak dapat nak gambarkan dengan kata.... risau dan gelisahnya seorang Ibu bila aku sakit, apatah lagi andai berjauhan jarak, adakah Umi begini juga...
Umi menyuruh Ibad melaungkan Azan, “Allah hu akbar Allah hu Akbar”, Ibad berhenti azan dan bertanya kepada Umi, “Lepas tu apa umi... Ibad tak ingat”, umi menyambung sedikit, “Asyhaduallah ila ha ilallah”, Ibad tetap bertanyakan sambungan yang berikutnya pada Umi,umi terus menyambung dan menyambung setiap perkataan awalnya sehingga lah habis, aku cuba mengusap tangan ku pada linangan air mata di pipi Umi dan senyum memandang arah umi,
akhirnya suara ku menyebut.."Ibad...pergi masjid, selepas solat ajak abi balik rumah cepat-cepat iye.., abg mad sakit..., sakit Ibad",
Ibad mengambil kunci rumah sambil menangis ke masjid..

kata - kata seorang ibu...

"Umi..., tangan Mad mula kebas, maaf kan kesalahan Mad iye", "cakap pada abi, Mad tak sempat ucap selamat hari bapa, Mad sayang abi dan Umi, nanti... pastikan keluarga kita ada yang HAFIZ dalam Al-Quran iye, terima kasih kenal kan Mad dengan Islam"....

Umi terus mendakap erat badan Mad yang mula longlai,sambil teresak... seakan-akan mengerti kata-kata akhir dari anak nya,"nak..., hari ni, Mad puasa, muntah Mad tadi ada berkat.. Umi Redho.., Mad..., makanan yang Umi buat, khas permintaan dari Mad,ingat tak!!, pagi tadi Mad minta Umi masak kan, Umi syukur dapat bagi juadah buka puasa pada Mad, Umi sayang Mad juga... Umi tak nak mad tinggalkan Umi... Mad kan anak yang soleh baik... sabar iye nak..., banyak ingat Allah nak...

"Ketetapan Allah,pasti datang, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha Tinggilah ia dari perbuatan syirik Yang mereka lakukan.
Ia menurunkan malaikat membawa wahyu Dengan perintahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia Bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".
(Surah An-Nahl : 1-2)

-Alhamdulillah... aku masih diberi peluang,
-Aku berazam untuk Hafiz Al-Quran dalam tempoh 4 tahun Degree ini...

Para Hafiz iaitu orang yang menghafal al-quran dan yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya. Disebut dalam hadith daripada Anas r.a. :
“Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka."

-Aku tak layak masuk ke Syurga namun tak pula aku sanggup masuk ke Neraka Mu





Diceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf, diceritakan kepada kami Malik daripada Sumyyin daripada Abu Salih daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“syuhada itu ada lima iaitu orang yang mati terkena demam campak, orang yang mati kerana sakit perut, orang yang mati kerana tenggelam, orang yang mati tertimpa runtuhan dan orang yang syahid di jalan Allah”.
(Riwayat al-Bukhari no. 2617)



            Mati syahid adalah impian setiap jiwa orang yang beriman. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “sesiapa memohon syahadah(Mati dalam keadaan syahid) dengan sungguh-sungguh, maka sungguh ia akan diberi pahala seperti pahala mati syahid walaupun dia tidak mati syahid.”
(Riwayat Muslim no.3531)

"Adakah kita sudah bercita-cita mahu mati sebagai syahid"