-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, August 20, 2015

Wahai sang Engineer! Jangan futur ye!


Buat akhi ku, ukhti jua, yang mengambil bidang Engineer dan Doktor

Aku sayangi kalian seperti mana aku mengasihi diri ku kerana Allah.

Maka, Aku tuliskan rencana ini untuk anda.

Ewaaah, berbunga di situ.

Baik, terus pada point saya.

[ Warning buat yang mengikuti gerabak Tarbiyah ]

Kerana anda orang bijak, orang yang Allah anugerahkan kecerdikan IQ. Maka, saya yakin anda boleh rasional berfikir, meletakkan emosi di tepi sebentar.

Letaklah pada neraca kita yang sama, Tarbiyah dan Dakwah.

Oh ya, sebelum itu, saya nak buat desklimer . . .
Saya akhirnya tidak bertanggungjawab jika apa - apa yang berlaku, kerana akhirnya inilah saya, saya menulis khusus buat ikhwah akhwat yang mengikuti tarbiyah untuk ambil pena ini sebagai muhasabah. Saya ulang, sebagai muhasabah kerana anda orang tarbiyah!, Jika anda nak pertahankan juga, atau datangkan hujah - hujah anda, silakan . . . tapi ia tidak akan habis. . . kerana saya lebih risaukan ia adalah sebab hawa Nafsu.

Melainkan, anda mengambil secawan air vico, minum, hiruplah ia dengan tenang sambil berfikir panjang semula sebelum membuat keputusan . . .

Jika masih study, berfikir. . . . untuk berhenti?

Begini, perasan atau tidak.

Niat anda belajar bidang Enginer dan Doktor sebenarnya sebab nak menjamin pekerjaan yang selesa. Untuk pastikan anda dan keluarga anda hidup bahagia, benar kan? Jujurlah pada saya.

Wahai engineer, cuba tanya diri anda, anda nak kerja dengan siapa bila habis belajar nanti? Petrones? atau TMB? atau Shall. Lihat jawapan anda. Adakah anda terfikir untuk buka syarikat minyak milik ikhwah sendiri?

Wahai Doktor perubatan, ketika anda sudah bekerjaya, apa yang anda impikan? tinggal di rumah banglo, yang ada security guard? kerana apa . . . . kerana anda risau anak, isteri dan harta anda terancam bukan?. Bukankah itu akan lebih menjarakkan jurang hubungan sosial dengan madu', mutarobbi? Anda! Pergilah lihat berapa ramai doktor yang mesra rumahnya dengan masyarakat.

Maafkan saya, Jika benar ia ada di benak anda.

Ketahuilah, Ia bukan salah anda pun, kerana daripada kecil, kita di sogokkan dengan cita - cita sebegitu, boleh jadi daripada ibubapa, pihak sekolah atau dari media. Contohnya iklan minum susu, bila besar jadi Pilot, Doktor, Angkasawan, Enginer, tapi ada tak yang akan jadi Ulama'?

Pelik, tapi benar, kerana ada hidden agenda di belakang tabir. jeng . . jeng . .jeng.

Ok, kita undur, semua di atas itu adalah kisah sebelum di tarbiyah.

Namun, hari demi hari, tetiba di bentes oleh mak cik hidayah dengan Follow up tarbiyah yang kemas, anda pun join gerabak Tarbiyah dan Dakwah (TnD) ini.

Alhamdulillah.

Anda mula di fahamkan dengan tujuan hidup, peranan kita dalam menyelamatkan Ummat yang sarat dengan masalah sosial yang meruncingkan.

Dan anda cuba men"justifikasi", jadi Doktor dan Engineer sebab dakwah. Anda nak tarbiyah ummat, itu adalah medan Fardhu kifayah bagi ummat Islam. Anda siap kata, ia "alat" untuk mencapai matlamat untuk laksanakan tujuan hidup. Anda kata lagi, bila jadi doktor boleh merawat pesakit dalam waktu yang sama boleh nasihat mereka kepada Islam. (hmm, cuba tanya mereka yang dah jadi doktor, berlaku tak macam ni!!). Tapi, ok lah, saya setuju dengan memberi peluang pada justifikasi anda.

Setelah itu, anda mula sedar akan peranan Syahadatul Al-Haq yang sangat merisaukan kita di akhirat kelak, jika bermain - main jika tidak mentarbiyah diri dan mentarbiyah orang lain, kerana tahap dakwah itu bukan sekadar menyampaikan tapi kena mencederungkan, yakni sehingga orang tersebut berubah dan dia melakukan sesuatu (Rujukan kamus Al-Muhit)

Ketika itu, anda mula jelas, bahawa study di IPT itu hanyalah sebuah "alat" untuk melaksanakan tugas Tarbiyah dan Dakwah.

Anda bersungguh menjayakannya dengan bersemangat, membuat perancangan, timeline dakwah, buku - buku fikrah mula di bedah satu demi satu, hafazan Al-Quran semakin meningkat untuk kapasiti diri dan me-lasso madu', zikir Al-Mathurat mula di hafal dan diulang - ulang, bangun malam semakin hebat di hidupkan, tazkirah sesama ikhwah ikhwah dan akhwat akhwat tidak lekang, pantang melihat manusia, nak sahaja berbual tentang tujuan hidup, di kala melihat dan memikirkan akan ummat, kita menangisi sama - sama. Ah . . . rindu saat itu.

Begitulah di kala, kita berusaha merasai seperti mana yang di rasai dan dilalui oleh para sahabat. (walaupun tak sejibak atau se"rasai" mereka)

Tahun demi tahun, maka tibalah alam pekerjaan.

Yang menuntut kita sebenarnya terus lebih kuat beramal, bekerja berbekalkan tarbiyah yang pekat di IPT dahulu.

Medan amal sebenar di uji. Fikrah kefahaman anda selama ini yang dibina mula di uji. 

Sedikit demi sedikit, anda semakin lesu, ada yang hanya ikut usrah tarbiyah sahaja, bahkan ada yang seperti chips more, datang kadang - kadang, mula memberi alasan penat letih. Usah cerita tentang bawa Usrah, atau melasso orang baru lah, itu jauh sekali. Bahkan ada yang mula futur dan menghilang. Semua kefahaman dahulu hilang, seperti baca buku sejarah dan di ulang tayang. Maka, anda mengulangi sejarah dahulu, anda memutuskan mata rantai dakwah ini untuk sampai kepada ummat yang dahagakan tarbiyah. Anda lupa pada janji awal kita dengan Allah di alam Ruh. Tunggulah pada hari perhintungan yang pasti kelak! 

Oh ya, saya belum jumpa sehingga hari ini, Ikhwah atau akhwat dalam bidang geologi yang masih istiqamah buat tarbiyah dan dakwah bila masuk dunia pekerjaan dan bila sudah berkeluarga. Tidak pernah ku temui. Jika anda salah seorang daripadanya, bakal ahli geologi, jangan sahut cabaran saya, tapi sahut cabaran ini daripada Allah, agar anda mampu thabat buat Syahadatul Al-Haq ini sehingga bertemu dengan Allah. Di akhirat kelak kita bersua (doakan saya thabat).

Tatkala di atas ini telah berlakulah, saya nukilkan ini!

Saya tuliskan pena ini di tengah pagi.

Menangisi, memikirkan keadaan ummat hari demi hari.

Bermuhasabah pada amal - amal dakwah kita yang sudah masuki puluhan tahun.

. . . . . . .

. . . .

. . 



Buat para Engineer tarbawi yang saya kasihi kerana Allah, Saya analogikan anda begini.

Sistem pendidikan kita telah berjaya "memerangkap" anda,

Ketika anda dahulu di sekolah Rendah, anda miliki kawan 100 orang,

Bila anda masuk sekolah menengah yang hebat seperti MRSM, telah di filter, pemilihan yang ketat untuk pastikan yang 5A, murid yang terkehadapan, bijak cerdik sahaja masuk MRSM. Akhirnya 50 orang terpilih daripada 100 orang.

Bila selepas PMR, anda berpindah ke SBP pula, daripada 50 orang, 25 orang sahaja yang berjaya masuk ke SBP, dengan mengambil kira keputusan 9A dalam PMR, kokurikulum mantap, aktif dan cerdik. . . . Saya ulang, "cerdik". 

Akhirnya, bila masuk ke degree, pihak Univeristi pula melakukan tapisan, untuk 10 orang daripada 5 orang sahaja yang terpilih untuk masuk ke bidang Engineer. Bayangkan course chemical Engineer.

Anda pulun sehabis baik, sekuat yang boleh untuk score dalam akademik, sebab apa? sebab nak bekerja di bawah syarikat minyak yang ternama, seperti Petrones, Shall dan lain - lain.

Agak - agaknyalah, jika ada 10 orang yang tinggal tadi, berapa orangkah pihak Petrones akan pilih untuk bekerja di bawah mereka? dan ciri - ciri yang dipilih mesti yang terbaik dalam kalangan yang terbaik!

Akhirnya, 5 orang sahaja yang terpilih. Anda bayangkan, anda sturgle selama 25 tahun, hanya untuk berjuang, berusaha "gila - gila" untuk kerja dengan bawah orang sebenarnya, iaitu petrones!, lebih teruk lagi, sebenarnya, anda "bertuhankan" cita - cita, tujuan hidup anda sebenarnya untuk kerja! 

"Wei, agak - agak ah, memang kena kerjalah untuk tampung makan minum der"

Ok fine, kalau sebab nak cite tentang makan minum kena kerja, anda boleh sahaja berhenti selepas SPM dahulu teruslah kerja, kenapa kena tungggu lepas Degree, sebab apa? sebab tujuan hidup anda nak kejar cita - cita Engineer itu! Itu yang saya katakan tadi, hidup anda sebenarnya "bertuhankan" cita - cita Engineer anda itu!.

Ambil nafas, seperti saya kata seawal pena ini ditulis, ambil lah untuk muhasabah jika ia berlaku pada diri anda!, jika tidak berlaku Alhamdulilah.

Baik, kembali pada 5 orang tadi, apa berlaku selepas itu?

Akhirnya 5 orang yang terbaik, cerdik dan briliant ini dalam kalangan 100 orang tadi, "terperangkap" sebenarnya, mereka di perbodohkan. Orang yang bijak ini, yang di harapkan dapat menyelamatkan ummat kerana kecerdikan mereka, akhirnya tenaga mereka minimum pada tarbiyah yang dicanangkan - canangkan di bibir - bibir mereka suatu ketika dahulu, kerana hampir sepenuh masanya pada kerjaya.

Bayangkanlah, keadaan kerja mereka, yang akhirnya duduk di tengah laut berminggu - minggu, berbulan - bulan, tidak turun mentarbiyah bermasyarakat. 

Kemudian, setelah anda pulang ke darat, anda mesti nak  spend masa dengan isteri, anak - anak, keluarga, sedara mara di kampung, sepupu bagai kahwin, kemudian pergi semula ke tengah laut yang jauh dari manusia, di dubai, delhi, arab saudi dan lain - lain. pfft

Anda tahu bukan, ummat ini semakin parah, anda tinggalkan seminggu pun, orang yang ikut tarbiyah boleh futur dan tidak dapat di hubungi. Lagilah berbulan - bulan anda di tengah laut, apakah makin baik pada ummat ini? 

Tarbiyah ini telah membina anda satu ketika dahulu dengan fikrah yang jelas, mengharapkan agar anda suatu masa nanti dapat turun sehabis baik membina ummat, sepenuhnya menggunakan "logam" anda untuk menyelamatkan ummat, untuk follow up setiap rijal - rijal, untuk membina para murobbi/ah.

Akhinya, yang kembali membina anak bangsa kita, adalah saki baki manusia, yang tidak berminat pun menjadi pendidik (guru), namun itulah kerjaya yang mudah dan masih ada. Hanya sekadar mengajar untuk di bayar gaji. Masuk ke kelas men-transfer ilmu, bukan daripada hati. Kemudian, anda menyalahkan guru atau pendidikan kita, sedangkan sikap anda sendiri? tidak memberi masa yang banyak pada pentarbiyahan! yang telah di fahami, bahawa fasa sekarang ini membutuhkan komitmen kita yang luar biasa dalam membina rijal, sedangkan kerjaya anda tadi, memang sangat minimmum dalam membina rijal.

Bahkan, anda sendiri seharusnya faham, jika dahulu study, hanyalah "alat", ketahuilah juga, "kerja" itu juga adalah “alat” untuk melaksanakan tujuan hidup!

Buat sang duktur, berapa ramai selepas belajar, boleh terus membawa usrah? boleh terus infaq "gila - gila" duit, tenaga dan masa sama seperti ketika masa belajar dahulu? ataupun anda sudah memikirkan untuk berkahwin dua? tiga dan empat? atau mula memikirkan hidup yang selesa berumah besar banglo untuk tidak mahu di ganggu? atau mula fikir nak menjadi pakar untuk menambah lagi gaji, lagi dan lagi?

Ah. . . . cukup anda tuan duktur ambil ibrah buat masa ni dari Inche Gabanna, pada pena dia, (Wahai Tuan duktur, Jangan Futur). Lain masa saya nukilkan dari pihak saya pula tentang Duktur yang tidak berkesudahan ini.

Kerana sayangkan pada Duktur dan Engineer ikhwah akhwat kitalah, saya tuliskan ini.

Sayang potensi anda, "logam" anda, dan kecerdikan anda yang sepatutnya dapat melajukan lagi Tarbiyah dan Dakwah di malaysia, tapi anda "terperangkap"

Maka, yang masih study bidang Duktur dan Engineer, fikirkan semula.

Buat yang sudah bekerja sebagai Engineer, daurahkan lah bahan "kerja vs Dakwah", atau ingatlah semula niat asal anda.

"Akhi . . . . banyak kot ikhwah akhwat kita yang Engineer dan Doktor sumbang duit untuk dakwah kita"

Medan menyumbang duit, tidak pernah sama menyumbang amal tenaga!

Duit itu material, siapa ingin menyentuh hati manusia?

Ya, saya tidak nafikan usaha dan sumbangan mereka dari sudut kewangan, tapi berapa ramai yang mampu dan sanggup turun ke padang, menyumbang tenaga? follow up setiap mutarobbinya? tidur bersama dengan mutarobbinya? kejut qiam di bilik/ rumah mutarobbinya? sanggup bertahan mendengar rintihan mutarobbinya sehingga tengah malam?

Kerana tarbiyah yang kita fahami, bukan sekadar usrah seminggu sekali! di luar usrah itulah sebenarnya "Usrah".

Bagaimana mungkin, anda dapat bantu qiammulailnya, jika tidak tahu apa yang diperbuatkannya dengan pergi membantu mengejutnya sendiri?

Bagaimana mungkin anda tahu habitnya, jika tidak datang ziarah mengejut di rumah atau biliknya?

Bagaimana mungkin anda tahu mutarobbi anda solat berjemaah di awal waktu di surau, jika tidak turun bersama ke surau tempat tinggalnya?

Bagaimana mungkin anda dapat bantu, tunjukkan cara beliau berdakwah, menegur jika salah jika tidak turun melihat sendiri mereka menggauli manusia?

Jika sekadar cakap lisan dalam halaqoh, mutabaah amal dalam usrah. Itu masih kering, itu bukan didikan kita!, Rasulullah lah Qudwah kita, Bagaimana baginda follow up, dan mentarbiyah sahabatnya! 

Apa anda redho dengan semua di atas?

Apa anda rasa rela dan selesa?

Ok fine, kita main matematik sikit!

Jika anda graduate dari IPT umur 25, kemudian kerja, anda bayangkan pencen umur 70 tahun, jadi anda tahu tak, anda kena bertahan 45 tahun di alam pekerjaan!

Anda sanggup pergi ke tengah laut selama 45 tahun!

Anda sanggup jadi duktur yang robot selamat 45 tahun!

Anda tahu tak, apa jadi pada ummat jika sesat selama 45 tahun di sebabkan anda ni!

Anda tanggunglah ia kelak.

Anda ada pilihan, anda sendiri memilih untuk melambatkan lagi proses islah ini !

Tarbiyah itu sampai mati! Tarbiyah itu adalah aset, asas dan kekuatan, Ia bukan sekadar berhenti ketika zaman study sahaja.

Tanpa tarbiyah dan dakwah, apalah erti kemaknaan hidup?

Saya telah sampaikan, moga ini sedikit Syahadatul Al0Haq Qauliyah saya kepada yang membaca. Sahutlah cabaran! atau fikirkan semula!

Maka, saya akhiri dengan sepotong Ayat Allah, Surah At-Taubah, ayat 26.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

[ 9 : 26 ]

Risau, akhirnya kita ada penyakit "wahan",dan jika kita lebih cintakan 8 perkara di atas ini lebih Allah dan Rasul, lebih dari melaksanakan tujuan hidup yakni Ibadah dan Khalifah, atau melebihkan berbanding Tarbiyah dan Dakwah, takut - takut akhirnya Allah tidak memberi hidyaha pada kita seperti mana dalam ayat di atas. nauzubillah

Yang telah korbankan cita-cita dunia, untuk beroleh janjinya di akhirat kelak,
Al-Mutarobbi.
0536
21082015.


Tuesday, August 11, 2015

Alat : Page FB kami?


Bismillah !

Moga Allah jaga hati, amal. Blog dan page ini tetap mengekalkan serius tapi manja santai pada pembaca, khususnya pada ikhwah dan akhwat yang mengikuti tarbiyah, maka kami wujudkan page Facebook untuk teruskan fikrah kefahaman kami.

Tapi, fokus tetap pada ikhwah akhwat yang mengikuti Tarbiayh!!

Moga sedikit usaha "alat" ini, dapat menyebarkan fikrah islam bersama.

Moga juga menjadi asbab.

Juga, hujjah ku di akhirat kelak. 

Tatkala membuka FB, Scroll, scroll dan scroll, membaca fikrah pelik dan jahiliyah.

Risau pada syahadatul Haq qauliyah yang tidak di manfaatkan sehabis baik, untuk menyebarkan fikrah islam.

Terbayang, bagaimana Al-Maududi, syed qutb dan ikhwan berterusan menulis akhbar, risalah untuk menyebarkan fikrah ISLAM, Di haramkan Akhbar A, di terbitkan baru Akhbar B, Dan seterusnya... Fikrah jailiyah sangat kelabu dan mengelirukan, mana boleh Aku dan kita redho fikrah yang mengelirukan fahaman Islam sebenar di susahkan !

Dengan syarat, telah tungkus lumus dan tidak mengurangkan pada kerja asasi, Syahadatul Haq Fiiliyah !

Tatkala, kami lupa, alpa, sila PM dan tegur kami!!

Bismnillah ... ini Page kami : Al-mutarobbi (Boleh klik)

Moga Allah Redho. Doakan kami ikhlas dan istiqamah.

wallah hua'alm.

Sunday, August 2, 2015

Bertahanlah akhi ukhti!




Ya akhi,

Kerana engkau telah bermula, habiskanlah Ia.

Engkau bukannya tidak tadabbur AQ,

Malah engkau bacanya saban hari,

Apakah engkau tidak yakin akan janji tuhan?

Apabila syurga buat mereka yang bertahan

Apakah engkau tidak yakin akan manhaj ilahi?

Apabila sahabat melalui jalan TnD bersama nabi.

Adakah yang lebih baik daripada tawaran Tuhan?

Apabila perkara yang terbaik adalah 'yufaqqihu fiddeen'

Adakah yang lebih menggerunkan daripada murka Tuhan?

Apabila dulu omongan kamu kini hanya debu yang berterbangan

Barangkali engkau lupa ya akhi,

Dunia ini sementara,

Yang diperjuang orang hanyalah 'perut' mereka,

Namun, yang diperjuang nabi hanyalah sistem Ilahi,



Saturday, July 25, 2015

Muhasabah harian setiap Muslim


Ramdhan, para ulama' 4 mazhab tiada yang menulis, mereka praktikkalkan ibadah dan Syahadatul Haq.

Maaf tiada post untuk Ramdhan, cukuplah muhasabah bawah ini, untuk membuatkan kita bertaqwa dan bangkit 11 bulan, sebelum bertemu Ramdhan berikutnya Jika di Izinkan!


1.       Apakah anda sudah solat berjemaah di masjid? (bagi lelaki)


2.      Apakah anda selalu menjaga solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid? (Bagi lelaki)


3.      Apakah anda hari ini membaca Al-Quran?


4.      Apakah rutin anda membaca zikir setelah usai melaksanakan solat fardhu?


5.      Apakah anda selalu menjaga solat sunnat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu?


6.      Apakah anda hari ini khuyuk dalam solat, menghayati apa yang di baca?


7.      Apakah anda hari ini sudah mengingati mati dan kubur?


8.     Apakah anda hari ini sudah mengingati hari kiamat,segala peristiwa dan kedahsyatannya?


9.      Apakah anda sudah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali untuk di masukkan ke dalam Syurga?


10.  Apakah anda sudah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar di selamatkan dari api neraka? Kerana hadis ada menyebutkan , 
“Barangsiapa yang memohon Syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, “Wahai Allah! Masukkanlah ia ke dalam Syurga, dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar di selamatkan dari api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, “Wahai Allah, selamtkanlah ia dari api Neraka”. “ (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6)


11.   Apakah anda hari ini sudah membaca Hadis Rasulullah?


12.  Apakah anda pernah terfikir untuk menjauhi teman – teman yang tidak baik?


13.  Apakah anda telah berusaha menjauhi banyak ketawa dan bergurau?


14.  Apakah anda hari ini menangis kerana takutkan Azab Allah?


15.   Apakah anda selalu membaca zikir pagi dan petang?


16.  Apakah anda hari ini telah memohon ampun di atas dosa – dosa yang anda telah perbuat?


17.   Apakah anda telah bermohon dengan sebenar – benarnya kepada Allah agar di kurniakan mati Syahid? Kerana  Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai Syuhada’ meskipun ia meninggal di atas tempat tidurnya.” (HR. Muslim)


18.  Apakah anda telah berdoa kepada Allah agar ia menetapkan hati anda di atas agamaNya?


19.  Apakah anda sudah mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di waktu – waktu yang mustajab?


20. Apakah anda telah membeli buku – buku islam untuk memahami islam yang sebenar?


21.  Apakah anda memintakan ampun kepada Allah untuk  saudara – saudara mukminin dan mukminag? Kerana mafhum sepotong hadis, “dengan mendoakan mereka, anda mendapat kebaikan juga”. (Shahih Aj-Jami’ No. 5902)


22. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya di atas Nikmat Islam?


23. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya di atas Nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat yang lainnya?


24. Apakah hari ini anda sudah bersedeqah kepada fakir miskin dan orang – orang yang memerlukannya?


25.  Apakah anda dapat menahan amarah yang disebabkan kerana urusan peribadi dan berusaha untuk marah hanya kerana Allah semata?


26. Apakah anda telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri dari sikap sombong dan membanggakan diri?


27.  Apakah anda telah mengunjungi saudara – saudara seiman dan seagama ikhlas kerana Allah semata – mata?


28. Apakah anda telah berdakwah kepada keluarga, saudara-saudara, jiran tetangga, dan sesiapa sahaja yang ada hubungannya dengan diri anda?


29. Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?


30. Apakah anda selalu berbuat baik kepada jiran tetangga?


31.  Apakah anda selalu membersihkan hati dari sombong, riya, hasad dan dengki?


32. Apakah anda telah bersihkan lisan anda dari perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kosong dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya?


33. Apakah anda selalu takut kepada Allah dalam hal penghasilan, makanan, minuman dan pakaian?


34. Apakaha anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebanr – benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?


35.  Apakah anda selalu mengucapkan, “Inna lillah hi wainna ilaihirajiun -  sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadanya”, jika anda mendapat musibah daripada Allah? Kerana Rasulullah bersabda : “Hendaklah kalian masing2 melakukan Istirja’ (mengucapkan Inna lillah hi wainna ilaihirajiun) pada setiap hal meskipun ketika tali sandalnya putus kerana halite termasuk musibah”. (Hadith Hassan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib, No. 140)


36. Apakah anda hari ini mengucapkan doa, “ Allahhumma Inni A’uzubika an Usyrikabika wa anaa A’alam wa Astaghfirukan Limaa laa A’alam -  Ya Allah, sesungguhnya Aku berlindung kepada mu dan menyekutukan-Mu sedangkan Aku mengetahui dan Aku memohon ampunan-Mu terhadap apa – apa yang tidak aku ketahui”. (Shahih Al-Jami’, No. 3625). Barangsiapa yang mengucapkannya, maka Allah akan menjauhkan darinya dari syirik besar dan kecil.



37.  “ Akhi muslim, jawablah pertanyaan – pertanya di atas dengan benar dan jujur, agar engkau mendapat redho Allah dan menjadi orang – orang yang beruntung di udnia dan di akhirat, Insya Allah”

Wednesday, June 3, 2015

Habuan Sebenar !



“Bersegeralah kamu mencari pengampunan daripada Tuhanmu, dan mendapatkan syurga yang luasnya segala langit dan bumi, yang di sediakan bagi orang – orang yang bertaqwa”

[ 3 : 133 ]

Sekali anda baca dan fahami ayat ini, apakah yang bermain dengan geliganya di sel-sel kepala otak dan hati dalam anda?

Apabila ada satu tawaran yang datang pada anda ketika saat itu anda terasa hina dina dengan dosa dan noda, tiba – tiba datang satu seruan, “meh datang sini,cepat cepat, ini sahaja peluang untuk diberi pengampunan!”, apakah anda masih menangguh peluang ini?

Dan Tatkala, anda merasa sempit dengan dunia, rasa banyak pembohongan dan tipu daya sana sini, tiba – tiba ada satu offer lagi datang, “meh datang sini cepat cepat, di sini tempat yang pasti bahagia, luas seluas-luasnya untuk anda seorang, tiada sebarang tipu daya di dalamnya, segala yang di idamkan dan di khayalkan terus ada beb, jomlah cepat!”, apakah reaksi sepontan anda ketika itu? Adakah masih menunggu untuk masuk ke sana?

Nah, Bila di sebut perkataan “bersegera”, apakah reaksi anda?

Itulah fenomena daripada ayat di atas, Allah menggunakan unjuran galakkan dengan “bersegeralah”, tapi bukan sebarang “segera”, ianya kata perintah, seperti bahasa klasik moden sekarang, “weiyh . . . . cepat, cepat . . . jangan menangguh lah weiyh”.

Satu kalimah sahaja, seharusnya telah menggugah kita iaitu “wasariu’ “, yang di situ adanya perintah segera, dan dalam maksudnya yang banyak,

Wahai anda, apakah perkara yang paling maksimum yang anda harapkan dalam hidup ini?
Adakah ada perkara yang lebih tinggi daripada di ampunkan dosa?, dan di masukkan ke dalam sorga?

Jika anda nak redho Allah, adakah Allah redho pada orang yang berdosa dan masih bergelumang dengan jahiliyah  dan maksiat? Kerana itulah, kita harus segerakan diri kita memohon pengampunan ini.

Siapakah yang boleh pengampunkan dosa kita?, Adakah Profesor? Ibu bapa? Guru sekolah? Ustaz ustazah? Jiran sebelah rumah? Kawan karib sehidup semati? Murobbi atau ikhwah akhwat kita?. Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah Allah. Dah tu, kenapa sombong? Kenapa menangguh? Ayuh segerakanlah! Kerana kita tidak pasti bila hayat kita di tarik, kerana Allah sayang kitalah, Allah menyuruh agar kita bersegera, selagi masih ada waktu.

Ah . . . puasnya, selepas kita benar-benar kembali kepadanya semula sepenuhnya. 

Percayalah.

Namun, ayat ini sangat menarik dan power full, ianya tidak sekadar berhenti agar kita benar – benar kembali kepada-Nya, memohon pengampunan kepada-Nya, tetapi di situ dititipkan harapan pada ayat yang sama, iaitu Allah menyuruh kita juga, “bersegera mengejar sorga yang luasnya seluas langit dan bumi”,

Begini, saya mengajak anda berimajinasi, cewah...

Anda bayangkan di tempat kerja anda, atau tempat belajar anda, adakah anda sudah habis pusing semua tempat dalam office atau kampus anda?

Tahniah bagi yang sudah, hehe... tapi tunggu dulu, berapa lama anda mengambil masa untuk habis pusing, setahun? 2 tahun? 4 tahun pengajian? Kenapa lama, luas bukan!

Baik, contoh lain, cuba anda melalui lebuh raya utara selatan. Sepanjang perjalanan dalam kenderaan tersebut, anda perhatikan kiri kanan anda, Adakah anda tahu penghujungnya di mana? Anda pun tidak pasti kerana luas bukan? Adakah anda sudah pusing satu malaysia? Pasti ada yang down sebab belum habis jelajah, baik jangan risau, point saya nak kata, luas dan jauh nak pusing. Siapa yang sudah keliling asia? Dan dunia? Luas bukan!

Anda!, perhatikanlah perkataan yang Allah guna dalam ayat tadi, “sorga yang luasnya seluas langit dan bumi”, nak katanya, jika anda sudah merasakan kampus itu dah cukup luas, tempat office yang besar pun mengambil masa untuk pergi, malaysia pun tidak habis pusing lagi semua negeri, Apatah lagi luas dan hebatnya sorga! Yang Allah bagi seluas –luasnya milik anda seorang, merdeka untuk bergerak ke sana ke mari, bebas untuk melakukan sebarang aktiviti yang di hajati. Impian nak miliki rumah, istana sendiri atau kenderaan paling mewah sendiri, atau taman bunga dan kebun buah tersendiri atau sungai yang perisanya air Milo yang anda telah menahan daripada minum ketika di dunia dahulu kerana boikot, kelak anda mampu rasai sepuasnya, dapatinya di sorga. Ah . . . nikmatnya, enak. Yakinlah hari tersebut!.

Jujur, jika di tanya pada anda sekarang, Apa yang anda rasa ketika ini?


Jika bertambah iman (yakin dengan berita kegembiraan ini), bersyukur dan berterima kasihlah dengan Allah, kerana apa ayat ini cerita (3:133), adalah benda ghaib, perkara yang tidak mampu di bayang dan dilihat bagi orang yang ragu – ragu atau tiada iman. . . Inilah tarbiyah yang Rasulullah bina kepada sahabat di fasa mekah dahulu, tarbiyah untuk menguatkan iman, ketika manusia lainnya sedang sibuk mengejar dunia dan habuan di hadapan mata, Anda pula tidak ter-efek, kerana anda mengejar yang sebenarnya, perkara yang pasti di sana. Percayalah, apabila anda kuat mengejar, bersegera bangkit untuk penuhi hak iman anda, semua lautan ujian di hadapan anda, dengan mudah anda mampu menghadapinya, kerana ada habuan yang jauh lebih besar di hadapan yang Allah janjikan buat kita. Wah! Bergembiralah. Buktinya, sahabat nabi yang awal jugalah yang mampu bertahan ketika perang uhud, perang hunain, ketika mana ada yang lari, mereka terus tetap berdiri dan tidak lari dari medan perang, sehingga ada sahabat Nabi, Anas b. Nadhir berkata, “aku terbau haruman syurga”. Hebatnya mereka yang mengejar habuan sebenar. 

Ayuh segerakan, tarbiyah diri kita, mutarobbi dan madu’ kita dengan habuan sebenar, kerana di situlah kunci iman sentiasa hidup, dan ujian dunia mampu kita hadapi dengan riang gembira ewah.