-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, October 30, 2014

Akh Itu Menyentuh Qalb Akh-Nya 58#



KETIKA INTERVIEW KERJA.

Boss : Awak boleh ke buat semua kerja-keja ni walaupun awak lain bidang?

Al-Akh : Saya yakin saya boleh sebab saya memang jenis cepat belajar sesuatu benda, bagi sahaja apa sahaja, saya siap sedia.


KETIKA DENGAN MURABBI

Murabbi : kita ni kadang-kadang kena upgrade amal kita jugak, termasuklah amal fardi dan amal dakwi kita.


Al-Akh : Akhi, ana rasa kene bagi ana masa. Sebab ana rasa ana jenis susah nak buat mende tu, lagi pun mende ni kan suatu proses.

Saturday, October 25, 2014

Pepatah (lawan kepada orang hitam)



" Every morning in Africa, a gazelle wakes up. It knows it must run faster than the fastest lion or it will be killed. Every morning a lion wakes up. It knows it must outrun the slowest gazelle or it will starve to death. It doesn’t matter whether you are a lion or a gazelle: when the sun comes up, you’d better be running "
-Pepatah orang lawan hitam-

Nah... Haiwan juga melaju seawal paginya, bekerja lebih laju dari serangan jahiliyahnya,

Jika terlambat atau slow seminit, maka di bunuh iman si kijang dengan jahiliyah atau mangsa katil, tido berlebihan, sambil lewa, malas, kalau tengok movie, korea atau main game itu melampaulah buat sang yang menggelar dirinya Daie, seperti ummat ini telah berjaya di selamatkan !!

“lex rr, okok lu main game... sekali sekala kot”

Pembunuh senyap. Syaitan itu menghias, syaitan kot, lama dah syeikh dia okok dulu, lebih profesour dari PHD...

Pembunuh dalam selimut. Syaitan dia tak bagi tahi, dia letak tahi bawah selimut syeikh... selimut kot, menarik kita ketika subuh atau lepas subuh, bila dah masuk bawah selimut, tak nampak dah tahi tu, bergelimpangan terus kita.

Jadilah seperti sang kijang, dalam diam, dia semakin hari semakin laju melaju, kerana, sang singa itu juga semakin belajar yang teknik jahiliyahnya kena lebih awal menyerang, jika tidak si jahiliyah akan mati dan tiada pelapis sebab mati kebuluran.

Selamat tahun baru islam, teruslah improve diri, baiki momentum kelajuan seperti sang kijang, sunnatullah atas jalan dakwah ini, makin kita memahami Ad-deen ini, makin hebat ujian yang Allah datangkan, lihat sahaja seerah.

Sehingga bila nak terus berlari, pancit nanti... ?

Tadabburlah ayat ini sebagai menguatkan momentum larian itu, sehingga kita di situ.... (25:24). Sila buka Al-Quran !!


Monday, October 20, 2014

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 57#




Akh A : Alhamdulillah, tanda syukur ana, ana ceritakan pada antum, moga antum mendoakan ana terus thabat, dan ini jugalah kekuatan dari Allah,

Akh A : Sejak ana ikut tarbiyah masa belajar, sehinggalah sekarang ada delapan orang anak, ana boleh kira berapa kali ana tertinggal Qiammullail, kalau tertinggal akhi, ana cukup menyesal dan kecewa, ana akan Qodo’ semula.

Akh A : Juga sekarang, bila dakwah mula berkembang, tilawah Al-Quran ana juga ana tambah, sekarang setiap hari ana pastikan sebelum lelap mata, 2 Juz’ Al-Quran ana habiskan dalam sehari.


________________________

Kerana Dakwah ini suci, maka perlu di pikul oleh dai’e yang bersih juga.

Tarbiyyah itu mengubah, bukan semakin menjauhkan kita dari "Rabb"

Wednesday, October 1, 2014

Sesal kemudian hari dalam pepatah melayu tu apa ye?



   ãAqà)tƒ ÓÍ_tGøŠn=»tƒ àMøB£‰s% ’ÎA$u‹ptÎ: ÇËÍÈ   7‹Í´tBöqu‹sù žw Ü>Éj‹yèムÿ¼çmt/#x‹tã Ó‰tnr& ÇËÎÈ   Ÿwur ß,ÏOqムÿ¼çms%$rOur Ó‰tnr& ÇËÏÈ  

Berkata : "Alangkah baiknya kalau Aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!", Maka pada hari itu tiada sesiapapun Yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. Dan tiada sesiapapun Yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

[Al-Fajr : 24 – 26]

Sesal!

Dalam tafsir Al-Azhar, perkataan ( ÓÍ_tGøŠn=»tƒ ) dalam ayat ke-24, membawa maksud, “penyesalan yang tidak mungkin dapat kembali semula ke dunia”,

seperti kita sedang berkata , "Aduhh, menyesalnya aku tak bersungguh beramal dakwah gila -  gila dulu, menyesal betul tak all out dalam setiap masa masa hidup dulu, serius Ya Allah, kau bagi aku sejam hidup semula pun, cukuplah aku akan buktikan amal yang terbaik, dalam masa yang singkat itu, aku akan melakukan setiap 60 minit itu semua amalan, dan semua tu juga amalan yang terbaik (muntij), kembalikan aku semula ya Allah...."

Jawapannya : "No"

sebelum semua itu Chectmate! maka, 

Bersedialah dengan amal, dan hujah - hujah yang akan di dakwa oleh seluruh manusia yang pernah kamu temui, yang pernah mereka melihat engkau pergi program tarbiyah tapi tak pernah meng-offer padanya,

Bersedialah di tayang semua jahiliyah dan maksiat yang kau nyorokkan daripada manusia, tetapi Allah melihat dan makhluk lain memyeksikan (seperti dinding, bajua yang anda guna, hp, laptop dll menjadi saksi), ketika itu penyesalan tidak berguna...,

"Lah, macam ni rupanya enkau wahai sang daie!, Dah tahu dosa pun buat lagi, dan ulang lagi.. dan lagi..!,

"peh.. buat benda sia - sia lagi, tidur berlebihan daripada manusia yang suka study dan kuat bekerja untuk dunia, tu lagi ok seh daripada tido je, ok apa, at les Aku buat sesuatu, berkata sang manusia awam itu".

Allah hu,

Risau untuk menulis lagi, 

Yang tinggal hanya amal yang boleh menyelamatkan kita,

Hanya amal lah yang akan membicarakan tentang kita,

Hanya Amal lah yang boleh mengubah manusia, tidak cukup sekadar doa, kerana Rasulullah dan para sahabat juga berusaha bersungguh. Cukuplah seerah menjadi saksia akan amal mereka.

Hanya Amal lah yang boleh mematikan hujah manusia, ketika mana mereka akan mendakwa, "kenapa sekadar cakap, kenapa sekadar doa, kenapa tidak tarik aku dengan amal - amal mu"

Kerana qudwah daripada Rasulullah jugalah, baginda turun ke padang dengan beramal, bersama dalam saff peperangan, memakai baju perang untuk beramal, di uji dengan segala mehnah, kerana baginda beramal.

Tidak cukup sekadar sedeqah harta dan Infaq harta, siapa yang akan sentuh hati manusia? siapa yang akan turun ke medan mengubah manusia? itulah ia, amal dan bekerja terus bekerja.

Beramal lah selagi masih ada di dunia!!

Agar tidak menyesal seperti ayat Al-Quran di atas.

Supaya tiada penyesalan di hari muka. Beramallah seperti esok akan tiada.

“Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".
[ 32 : 12 ]

“penyesalan yang tidak mungkin dapat kembali semula ke dunia”

_____________________

Woi, dah tu, pergilah beramal!!


Saturday, September 27, 2014

Hati akhi... hati-hati

[Langkah bermula, Abu Ammar]

Akhi. . .

Jagalah hati mu, 

Aku ingatkan ini juga untuk ingatkan aku dan kamu,

Kerana Aku sayang niat, Iman Aku lah aku menulis, menegur Aku dan Engkau.

Kerana "hati" lah segala - segalanya akan hidup dan Mati.

Kerana hatilah, Allah terima atau tidak pandang amal kita.

Kerana hatilah, manusia terima atau menolak dakwah kita.

Jagalah "Hati" dengan sepunuh hati, dengan punuh hati-hati,

Risau engkau mati, putus asa dari jalan ini, risau engkau futur sehingga tidak kembali.

_______________________

Akhi,

Bagaimana pembinaan diri mu akhi? pembinaan Iman mu? di kau peduli kan ke akhi?

Hebat engkau bercakap, namun manusia tidak dapat fahami kata - kata mu, mungkin kerana hati mu sedang sakit akhi. Engkau sendiri tidak beramal dengan kata-kata mu.

Hebat engkau mentajmi', yang akhirnya satu langkah sahaja lagi untuk mengungkap kata -kata, "jom liqo' ", namun tidak terkeluar, mungkin Allah kelu kan lidah mu, kerana Hati mu munngkin tidak telus akhi.

Hebat di kau mentaqwin, namun mutarobbi mu masih tidak bergerak, dan tidak memahami lagi kata mu, mungkin tahajjud mu tiada akhi.

Di Siang hari, engkau terus bekerja, bermuayasyah, berjumpa manusia, namun masih tiada yang terkesan dengan mu, mungkin kerana lewat Dhuha mu akhi.

Di setiap malam, engkau padat penuh jadual malam mu dengan halaqah dan muayasyah, namun halaqoh berikutnya masih ada yang tidak datang dan assigmnt Liqo' masih anak - anak buah mu tidak di buat, mungkin kerana kurang rintihan mu pada Rabb akhi, kurang engkau menyebut nama - namanya dalam Doa mu akhi.

Di kau sering mengadu, melihat pembacaan anak buah mu seringkali tidak membaca kitab dan buku - buku, mungkin muhasabah buat mu akhi, bagaimana 1 juz' Al-Quran mu sehari? Engkau sendiri terlompong - lompong.

Di kau mungkin perlu lihat juga akhlak mu, husnuzon mu pada perancangan Allah dan melihat manusia. Barulah anak buah mu dan manusia sekeliling akan perbaiki Akhlaknya.

Dan mungkin, anak buah mu sering beralasan, kerana engkau selalu beralasan dengan Tuhan mu akhi, mungkin engkau masih bermain - main dengan jahiliyah dan maksiat akhi. Mungkin engkau bermain dengan taubat mu akhi. Nauzubillah.


" Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? "
 [ 2 :44]

Tidak kena setepek ke kamu dengan ayat ini?

Aku malu akhi, malu dengan Allah.

Malu kerana rasa tiada peningkatan diri dehadapannya barangkali.

Namun, Allah belum temukan syahid, kerana Allah sedang ingatkan agar segera kembali, jangan bertangguh tingkatkan diri, tarbiyah iman mu. Allah beri lagi nafas untuk engkau terus bangkit dan jaga Hak Tarbiyyh untuk di kau sendiri.


Farfirlana ya Rabb.

Wednesday, September 24, 2014

Bedah : "Kami! Kami turunkan & Kami ingatkan"






(إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ)

[Surat Al-Hijr : 9]


Tadabur skit. 

Dalam ayat di atas, terjemahan Melayu lebih kurang; 

"Sesungguhnya Kami yang menurunkan al Quran dan Kamilah yang menjaganya" 

Ok, muqaddimah cikit. Al Quran mempunyai beberapa nama. Antaranya, Quran sendiri yang bermaksud sesuatu yang dibaca. Atau nama lain nur, syifa, al kitab, piemisah antara Al-Haq dan Bathil dan bermacam lagi. 

Setiap nama ini membawa mesej kefungsian al Quran yang berbeza, sesuai dengan ruh namanya itu. 

Ayuh, jump kepada penggunaan yang Allah guna dalam ayat di atas. Kali ini, Allah memilih menggunakan perkataan "az zikr". Allah memberi jaminan untuk memelihara dan menjaga al Quran in the sense of Quran sebagai peringatan, bukan helaian mushaf al Quran. 

Faham ke?

Apa pula maksudnya peringatan? Baik begini, nak mudahkan, peringatan itulah dakwah. Maknanya, dalam ayat tersebut, Allah sedang memberi tahu bahwa Allah akan memelihara dakwah di muka bumi ini, meskipun kita menolaknya.

walaweh. 

Yang lebih macho,

Memandangkan islam bukan agama ajaib, tetapi sangat praktikal, az zikr ini tidak boleh stand alone, ia pasti didokong oleh manusia di muka bumi. 

Maka dapat kita simpulkan juga dalam ayat ini, Allah nak bagi tahu, bukan sahaja az zikr Allah akan pelihara, tetapi mereka yang mendokong dan memastikan az zikr terus berlegar dalam umat manusia hari ini. Allah akan pastikan akan ada sang daie! Allah akan pastikan pembawa risalah itu akan terus wujud!

Jadi buat kita yang mahu hidup dalam pemeliharaan Allah, rahsianya adalah dengan memelihara az zikr, sampaikan kepada yang lain. Berdakwah lah kalian ! Subhanallah

Jika mahu dapat pemeliharaan-Nya, berdakwahlah!, Lasso lah!, binalah manusia!

Serius nikmat. nyam nyam...

wallah hua'alm

Monday, September 15, 2014

Bedah : Jam dinding



Bedah dari jam dindiing

Dilihat orang atau tidak, ia tetap berdenting, bergerak dan haroki.

Dihargai orang atau tidak, ia tetap berputar dan melaksanakan tujuan hidupnya.

Walau tak seorang pun mengucapkan terima kasih, ia tetap bekerja, dan konsisten bekerja.
Setiap jam, setiap menit, bahkan setiap detik. 24 jam sehari, 7 hari seminggu all out.

Ianya, Terus berbuat baik kepada manusia, meskipun perbuatan baik si jam itu tidak di nilai dan diperhatikan oleh orang lain.

Tapi, ketahuilah, manusia akan perlukan masa itu juga, satu masa nanti!

Ibarat jam dinding, yang terus bekerja,

Walaupun tidak dilihat, tidak dikenali, namun sentiasa memberi manfaat buat ummah.

Kerana apa yang dia buat adalah tujuan hidupnya, untuk Allah dan manfaat manusia,

Begitu juga seorang Akh yang ditarbiyah, apa yang perlu di buah usaha, bekerja dan terus bekerja…

Ianya tidak glamour pada pandangan mata manusia, tapi makhluk di langit ternanti-nanti untuk menyambutnya, dan ketahuilah juga, manusia itu akhirnya perlukan kepada tarbiyah itu juga, ya jam diding.. mereka akan tengok dan lihat juga…


Daie lah yang kena terus bekerja, terus konsisten. Jangan mengalah, jangan mematikan battery jam itu, atau future (baca : tanggalkan batteri jam). sehingga manusia itu lihat jam dinding itu agar menjadi hujjah bahawa kita sudah semampunya bekerja..