-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, April 29, 2014

Anda bebas pakcik Badi' dan kaliannya



683 penyokong IM di hukum mati, termasuk Dr. Badi', Hakikatnya kalian di sana Bebas, merdeka, sejahtera dan gapai kemenangan yang hakiki.

Maka berkatalah Dr. Badi’ :

"لو أعدموني ألف مرة والله لا أنكص عن الحق، إننا لم نكن نهذي حين قلنا إن الموت في سبيل الله أسمى أمانينا.. اللهم فاقبل.. اللهم فاقبل".

"Andai mereka menghukumku dengan gantungan sebanyak 100 kali pun, demi Allah aku tidak akan berundur, sesungguhnya kami tidak pernah merasa gembira melainkan apabila kami katakan sesungguhnya mati di jalan Allah itu cita-cita tertinggi kami! Ya Allah terimalah! Ya Allah terimalah!".



Bergembiralah buat antum, Aku mendoakan diriku, kalian untuk kita sama – sama bertemu dengan Rasulullah dan para sahabat di syurga dengan dijab kabulkan dengan Syuhada'. 

Kerana, kami terpaksa berhadapan mujahadah dengan memenjarakan nafsu kami, memenjarakan impian wahan kami, memenjarakan hobi yang tidak berkesudahan, memenjarakan alasan - alasan untuk menangguh all out dalam membina manusia (SH), memenjarakan Jahiliyah yang merosakkan amal kami, memenjarakan bermanjaan dengan si isteri dan si suami sehingga lupa iLlah hanya kepada mu. Dan banyak lagi. cukuplah.... kerana itu ya Allah....

Perkenankanlah Ya Allah. agar kami menempah tiket syuhada' itu juga.

Untuk melihat wajah mu. untuk bersama para Rasul mu dan sahabat. Aku sangat rindu. Rindu yang Amat ya Allah !

Friday, April 25, 2014

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 49#



1 semester !

Tiada tempat menginap, kerana mengunakan bayaran sewa dan kolej tersebut untuk urusan Tarbiyah dan Dakwah katanya.

Maka, penginapannya bersepah selang seli bermalam di bilik madu',

Duit makannya, cukup belanja madu'nya setiap hari. Puas.

Duit minyakya cukup untuk ulang alik - alik utara selatan.

Baki, cukup untuk Infaq dan Tabungan.

Bukunya, bertebaran berada di tangan madu' dan ikhwahnya, menjadi sebab untuk mentasmi' bacaan anak buahnya.

Setiap hari, dapat qiam kerana tiada penginapan tetapnnya.

Berbaki tidornya, di atas motor car.

Setiap hari, Tahjud dan Subuh boleh menyerang madu', meng-Check ikhwahnya dan mengejutkan mereka kerana penatnya mereka "berkerja" seharian semalam.

Kesan dilihat, Laju membina diri dan membina anaknya.

Rasa berdosa, sambil menumbukkan tangan kelantai bila ada bilik, dan berada di dalam bilik sehingga tertidor 1 jam, kadang - kadang 2 jam.

Justeru, awalnya berbuat demikian kerana risaukan tiada pelapis dakwah di tempatnya lagaknya, maka dibuat gila - gila, moga niat itu bukan sekadar itu, tapi total tajarrud untuk Tarbiyah dan Dakwahlah ia berbuat begitu. Lillah.

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 48 #



"Kalau hidup ni suka tido dan Asyik tidur je, baik mati"

Thursday, April 3, 2014

Ungkapan buat pendidik dan anak didik



Ingatan buat para mutarabbi dan murabbi....

Buat para mutarabbi :
"Sejauh mana pedih dan peritnya tarbiyah dan latihan dari seorang murabbi terimalah dengan jiwa yang lapang dan terbuka kerana tidak ada harapan yang lebih tinggi pada diri seorang murabbi melainkan mahu melihat mutarabbinya terbang gah bak Si Helang membelah dada langit bumi bagi memuji dan bertasbih buat Sang Pencipta"

Buat para murabbi... 
Ingatlah pesan Rabbul Izzah : 
"لا نريد منكم جزاء ولا شكورا"
- kami tidak mahu dari kamu balasan ataupun terima kasih
"ان أجري إلا على الله"
- sesungguhnya balasan untuk tidak lain hanyalah dari Allah

Allah hu Ghayatuna !

Akh itu Menyentuh Qalb Akhnya 47#




Akh A : Akhi bagaimana pelapis anta?

Akh B : Tu lah, lama dah ana fikir, cuma tak ada idea yang muntuj bagaimana nak cari orang dan lahirkan rijal dalam masa yang singkat.

Akh A : “Terlalu berfikir sebelum beramal lebih teruk daripada tidak bergerak”.

Akh Itu menyentuh Qalb Akhnya 46#



Sembang-sembang dengan seorang akh :


"Akhi ana peninglah sekarang banyak benda nak kena fikir, banyak benda tak terurus, tak tau nak mengadu pada sape"



Akh menjawab :



"Akhi . . Ar Rasul dan salafussoleh mengingatkan kita akan betapa peritnya mereka dalam menegakkan Islam . . Siang malam memikirkan dan diinfakkan seluruhnya untuk Islam dan ummat . . langsung jauh dari kepentingan diri mereka sendiri



Kita ini apalah sangat jika nak dibandingkan . . tak habis-habis yang kita fikir masalah peribadi kita . . masalah amal fardhi dan mutabaah yang tak selesai-selesai dan masih berada di takuk lama . . tilawah Qurannya, solat jemaahnya, ibadah malamnya..



Mereka semua sudah melepasi tahap dan ujian ini . . sebab itu mereka dengan mudahnya menghadapi benda ini . . ujian dan tahap mereka hanyalah syahid atau hidup mulia . . kesemua inilah seharusnya memotivasikan kita untuk terus thabat dan lebih jiddiyah"



" Allah akhi..jauhnya kita.."

Tuesday, March 18, 2014

Mana penyelia?



9.36 am, (Lewat 6 minit dari masa yang sepatutnya mula PdP)

Pelajar bertanya, "mana penyarah yang menyelia ustaz?, guru praktikal kami tahun lepas dia buat strategi, penyelia datang, dia ajar tajuk yang dah kami belajar, tapi ustaz.... ustaz tak ada bagi apa - apa pun".

"oh... inilah strategi ustaz, sekarang bermula", Jawab si ustaz.

.....................

Qiamman !
"Assalamualaikum WBT dan selamat pagi ustaz.... Bismillah....."

"Baik pelajar boleh duduk...."

....................

10.05am
"Ustaz, dah habis masa ustaz, terlebih 5 minit, tapi habiskanlah dahulu ustaz ana rasa tak cukup belajar pendidikan islam, ana nak kembali kepada islam yang sebenar", rayu salah seorang pelajar tingkatan 2, kelas 2 Brutal itu"

Ustaz bertanya semula untuk pastikan, "jalan dakwah kita masih panjang, eh silap... tajuk kita ni, panjang lagi ni, bukan habis 10.10am ke?"

"Pengawas sekolah kena keluar 10 minit awal ustaz untuk bertugas, tapi takpe ustaz, habiskan je sampai 10.10am", sambung penolong ketua kelas yang asyik melihat makhluk dihadapan papan puteh.

"Jika begitu, kita habiskan 5 minit lagi ye, hmm . . . ada apa - apa yang antum nak tanya ke?"

"ustaz.... kami peliklah, mana penyelia yang ustaz kata tu?", tanya seorang pelajar yang rasa pelik.

Tersenyum simpul si ustaz itu, sambil perhatikan anak didiknya yang semakin mula membesar untuk menghadapai hari - hari yang sulit sebagai remaja, berkata si ustaz, "penyelia itu ada di sini".

"Hah!! ustaz biar betul, pandai ustaz bergurau dengan kami sekarang..." sampuk salah seorang muslimen kelas tersebut (oh ye, saya mengajar dengan melatih pelajar guna perkataan arab, seperti ana, anta, anti, muslimen dan muslimat, mereka bukan jurusan Bahasa arab, tapi mereka gembira praktikkannya, cubalah beri peluang untuk mereka guna)

"Ya, penyelia tersebut adalah antum semua, antum di hadapan ustaz inilah penyelia bagi ustaz"

pelajar, saling melihat antara satu sama lain.

Sambung si ustaz,
"Antum lah yang akan tegur dan nasihat perlakuan, akhlak ustaz, jika apa yang ustaz buat tidak sama dengan apa yang ustaz katakan. Apa guna ustaz minta antum berlakon untuk sebuah markah, sedangkan ketika itu ustaz sebenarnya sedang mendidik antum untuk berlakon di hadapan Allah. Apa gunanya ustaz buat secara bersungguh (Itqan), hanya apabila dihadapan manusia dan untuk manusia (si penyelia), mana mujahadah ustaz untuk buat sesuatu hanya untuk Allah?. Apa guna ustaz dan antum berlakon semata - mata untuk sebuah lakonan yang palsu bukan yang bukan mendidik kami, tapi bazirkan 40 minit masa pengajaran antum sekadar untuk raikan, dan puaskan ustaz. Apa guna antum jadi baik sekadar di sini, di dalam kelas, dihadapan ustaz di sekolah sahaja, tapi di hadapan ibu ayah, Allah antum kembali kepada kemurkaannya. Apa yang ustaz nak jawab di hadapan Allah kelak kerana di sana peperiksaan dan penyeliaan yang sebenar. Sungguh, ustaz nak antum belajar pendidikan islam ini bukan teori, tapi amalkanlah untuk hidup, untuk sebuah kehidupan yang pasti di akhirat".

Pelajar tertunduk... terdengar sedu.

Ustaz menambah lagi,
"Apa sebab antum lewat 6 minit? sedangkan ustaz juga naik tangga yang sama, rehat masa yang sama. Mana kesan dari kita belajar "tepati masa " dari kelas semalam?”. makin ramai tertunduk.

"Pelajar ku, jujurnya, Ustaz tak kisah berapa markah yang penyelia pensyarah ustaz nak bagi, Jika cemerlang Alhamdulillah, yang penting ustaz dapat mendidik antum, ustaz sebagai pengantara yang memberi harapan pada antum, agar antum semua menjadi manusia muslim yang bermanfaat buat islam dan orang lain. Dan ketika mana kamu berjaya mengamalkan islam sebenar, ketika itulah hujah telah ustaz persiapkan untuk jawab di hadapan Allah kelak, ketika itu jugalah antum semua sedang menghiburkan ibu dan ayah yang telah pergi, itulah doa dari anak yang solleh"

............................

ring..... ring (rehat habis),

"baik..... rehat kita adalah nasihat ustaz tadi, inilah makanan antum, makanan yang akan bertahan sampai bila - bila selagi mana kita amalkan, itulah juga makanan rehat buat ustaz, baru adil"


"Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah Aku berserah diri . . . . "
(Yunus : 71)