-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, November 21, 2013

Jika ia ditanya pada ku


[Adakah Dia di hati mu?]

Ketika seorng sufi di ajukan soalan,
"Apakah dikau takutkan Allah?"

Dia menangis & menjawab:
"Aku serba salah untuk mnjawab Ya atau Tidak, jika aku katakan tidak, aku akn mnjadi seorng kufur, sebaliknya andai Ya, aku terasa menjadi seorng munafiq. Sikap ku amat berbeza-beza dengan kata-kata"

Jika ia ditanya pada ku, aku mampu menjawab :

"Aku seorng Insan yang sedang bermujahadah agar ada Dia di hati ku, aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya swpenuh jiwa & kudrat ku"

"Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya"

"selangkah aku merapat, seribu langkah Dia merapat"

"Di mana Dia di hati ku bukan menagih satu jawapan, tetapi satu mujahadah & membutuh pengorbanan"

"Aku yakin satu masa nanti, akan ada Dia d hatiku scara totalitas, jua di hati mu duhai pembaca. . . ameen"

-Aku sangat kangen sama mu, Ya Allah !!-

Sasuka itu



Sasuka,

Sasuka adalah namanya.

Manusia, seperti aku dan engkau.

Beliau, satu susuk tubuh yang kuat Jiddiyahnya.

Not yet Muslim, but attitude like a muslim, not Muslim, but real muslim.

Aku dengar kisahnya, kisahnya sebagai seorang penjual kerepek, dalam pada seorang pelajar, Manusia seperti aku dan engkau.

Sasuka itu menjual produk kerepeknya,  di bahagikan kepada 2 fasa, pagi dan malam.
Untung sehari, dalam RM20, katanya duduk di KL, cukup untuk beliau hidup sebagi seorang pelajar, manusia seperti aku dan engkau.

Seawal 4am Pagi,
Sasuka itu akan bangun, untuk pusing satu Universiti, mengambil baki kerepek yang di letakkan dan duit jualan.

Tengah hari,
Beliau akan pusing satu Universiti untuk meletakkan kerepek yang baru, panas.

Lantas, Kenapa mathurat perlu dibaca 2 kali sehari? kerana tidak cukup madu' yang baru sahaja nak berjinak itu perlu kita ketemu sekurangnya 2 kali sehari, ye 2 kali sehari, perkara yang di ingatkan pada waktu pagi, bila petang dah mula mencair, tapi di ingatkan lagi petang maka dia akan segar bugar sehingga ke malam, begitulah hari - hari berikutnya.

Sasuka itu,
Akan mambuat muhasabah dan retreat jika ada yang tidak menguntungkkan beliau, beliau buat jika perlu bukan kerana KPI, melihat perhati pada jenis kerepek yang kurang laris itu, untuk di tukar dengan jenis kerepek yang lagi kuat magnet menarik madu' pada kerepeknya. Seperti tiada "stand" kerana menukar jenis kerepek, tapi itulah usahanya untuk memastikan produknya laris, jika kurang untung ditukar di tukar dan di tukar.

Namun, sasuka itu,
Tetap untung sehari RM20, kerana usahanya, jiddiyahnya, cuma yang sayang dia menjual produk yang berbeza, tapi itu yang beliau imani, bukan salah beliau, bahkan beliau tidak bermain - main, buktinya Hasil yang konsisten...

Aku dan engkau sama produk Bisnessnya. Tapi bagaimana usaha kita? Padanlah dengan muka Hasilnya begini kerana kita sendiri sedang bermain - main...

Monday, November 18, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 39#



Business Ikhwah, Ikhwah yang menajalankan Business


Dilema ikhwah buat bisnes...

Syeikh Abbas As-Sissi pernah bercerita, ada ikhwan nak beli barang pada seorang ikhwan ni.

Akh yang penjual ingin beri harga murah,

Akh pembeli pula ingin bayar mahal pulak.

Masing-masing tak nak beralah.

Sampailah dua-dua bersetuju untuk ambil harga pertengahan...

Akh Itu Menyentuh AkhNya 38#



Adakah salah seorang yang mengadu kepadamu.

Diantara kebiasaan Akh A ialah duduk di sel penjara dengan bersila.

Pada suatu hari, Shalah Dasuqi asy-Syasytari, salah  seorang general kepada Jamal Abdul Naseer masuk ke dalam sel penjara Akh A. Tetapi Akh A tetap bersila.. dan tidak berdiri.

Kemudian asy-Syasytari marah lalu berkata : “Apakah kamu senang menjalani hal ini wahai !!”

Akh A menjawab : Ya, saya menikmati.

Asy-Syasytari : Apakaha kamu senang melihat mereka? Sambil menunjuk kepada ikhwan. “Aku telah membawa mereka ke dalam penjara, Aku timpakan seksaan, dan pengusiran. Aku juga telah menyebabkan keluarga mereka menderita.

Akh A berkata : Adakah ada di antara mereka yang mengadu kepadamu tentang kehimpitan tersebut? Jika ada salah seorang di antara mereka yang mengadu kepadamu, maka bawakan kemari dan beritahukan kepadaku. Sekarang, Pergilah kepada setiap seorang daripada mereka dan tanyalah.

Asy-Syasytari pun terdiam

Akh A : Pak Hudaibi
m/s 79