-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, April 9, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya #19




Whatsup (plan data). Aku bukan fanatic, tapi menyeru, alat yang serius memudahkan! lihat keperluan!

sebuah Dialog di WhatsApp


Akh(A) : Assalamualaikum, ana Akhuka fillah (A)

Akh(B) : Waalaikumsalam, ahlan ya Akhi amhbub sallim Afillah

Akh(A) : Huhu, sungguh janji Dia pastikan ?

Akh(B) : yUp, ah. . . ah pasti akhi

Akh(A) : Sape yang all out Allah akan kasi kemuliaanya padanya . . . sungguh pemergian beliau membekas pada ana, pada "inti" nya .  . . Wallah hi, ini tazkirah paling besar dan paling basah dalam hidup ana!

Akh(B) : Memahami anta akhi, lagilah anta yang dapat sentuhan direct sebagai mutarobbinya.

Akh(A) : kami se-halaqoh, sungguh terkesan, alhamdulillah .  . . . akhi, anta ada di jemput jadi muwajjih mana - mana tak, nak join? he

Akh(B) : erk! ana nak berhenti disebabkan pemergian beliau, boleh tak macam tuh?

Akh(A) : Mana boleh nanti akhi Iman marah.

Akh(B) : Macam mana pulak Bilal tak adzan selepas baginda pergi? sebak akhi . . . (shuh . .  pergi jauh - jauh perasaan ini), macam ni, ana sekarang di Johor, hari tuh dah masuk kuliyah seminggu, then ana colleps semula, masuk wad emergency. PiPi um

Akh(A) : What Akhi! then . . .

Akh(B) : Betul - betui ana keluar wad, terus dapat berita tentang Akhi Iman, apa lagi . . terus pecut ke sana malam tu juga (HUKM)

Akh(A) : Oh, so sekarang anta di mana akhi?

Akh(B) : Esoknya, baru ana pulang ke Johor masuk "penjara" semula, kalau ana stay KL lagi, memang makhluk asing la jumpa mutarobbi, basuh Ikhwah. Tu yang nasihat ikhwah biar mereka tidak di basuh seminggu, then bila ana balik semula ke KL, baru basuh kow - kow, hu, sebabnya agar ana dapat full rest, makan terjaga, tidurnya cukup, beruzlah seketika dari melihat manusia, supaya cover lebih cepat. . . .  Akhi, Dakwah yang berat ini hanya mampu di tanggung oleh tubuh badan yang sihat!, mana aci, ana nak juga, tu yang fokus "cover" sekarang nih!

Akh(A) : Ini quote siapa?, I mean "Dakwah yang berat ini hanya mampu di tanggung oleh tubuh badan yang sihat"

Akh(B) : Quote dari syeikh Hamid dalam mengulas muasafat Tarbiyah part "Qawiyul Jism", antara sebab kenapa ISHAB letak dalam majmu' rasail, Qawiyul Jism yang pertama, sebab inilah akhi!

Akh(A) : Wah! jeles - jeles, andai dapat sedut hammasah dan Ruh antum!

Akh(B) : Insya Allah akhi, ana juga terasa cukup nak menitis air mata, ana biasa bergerak, namun kini, ana di fatrah perlu pasif, ada ikhwah ingatkan ana begini, "Akhi, ada orang kena mujahadahuntuk bergerak,namun ada juga orang yang kena mujahadah untuk berehat" . . . . . Bismillah, untuk enjin lebih tahan lama, ana tahan nafsu lagi seminggu untuk "rehat". Allah hu Akbar!

Akh(A) : Ada juga eh orang yang kena mujahadah untuk berehat! Allah hu~

Akh(B) : Ana bila first dapat word ni, berlinang juga la, sebab seminggu baru masuk U, terus masuk emergency semula! Dr. kata badan ana masih lemah, "u r weak!", ana kata balik, "saya bukan nak tahu sekadar sakit saya, but how to solve it?", So tu yang Dr. bagi rest lagi seminggu. Apa lagi, ikhwah terus Qoror-kan ana, Wajibat ana untuk datang KL semula bila "dah sihat". Ini gampang!, Doakan yang terbaik untuk dakwah ini Akhi!, jika perlu ana awal, maka awalkanlah, jika perlu lagi masa untuk ana "rehat", Allah sabarkanlah diri ana ini.

Akh(A) : Allah. Allah. Sungguh ana dapat iktibar dari kisah ini!

-ME-

Tuesday, April 2, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya #18



Alhamdulillah berat ana turun 8 Kg,

Hafalan semakin bertambah dan menguat,

qiyamullail semakin panjang,

2 - 3 buku terbaca dalam 1 hari.

"Benarlah kata paraSalafus Shalih bahwa dipenjaranya aktivis dakwah adalah kesempatan ia berkhalwat dengan Rabbnya..."

-Ustadz Luthfi Hasan Ishaaq di tahanan Guntur, Manggarai.

Akh Itu menyentuh Qalb Akhnya #17





Ha-ana-za : Iqah pergi tak perjumpaan penggerak-penggerak dakwah semalam?

Iqah : Iqah tak pergi la. Ada hal dengan kawan semalam . . . Lagipun naqibah tak cakap pun. Mungkin sebab iqah tak bawa usrah lagi.

Ha-ana-za : Tak bawa usrah? Iqah hidup ni, ada matlamat hidup ke? Nak mati dengan kertas-kertas peperiksaan tu ke? Serius ke nak syurga ni?

Iqah: ???

Tidak lama kemudian, Iqah sudah berubah menjadi penggerak di IPT beliau.

Saturday, March 30, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 16#






Ha-ana-za : Along tengok angah ni score semacam je Medic. Result asyik 90, 98, 100! Senang ke Medic ni...?

Angah : Ha'ah, angah rasa senang la pula dunia Medic ni. Dulu orang cakap bukan main susah lagi. Amacam terer tak angah? Bangga tak? Puji laa, puji laa...

Ha-ana-za : Bangga apanya?! Buat malu along aje. . . Macam ni ke result seorang daeiyah? Macam tak buat dakwah je nampak gayanya. . . Angah bawa berapa usrah sekarang ni?

Angah : Er? Satu je. . . 

Ha-ana-za : Sebegitu banyak akhawat, angah bawa 1 usrah je? Jangan jadi penjual ikan ya angah.

Angah : Ye la, ye la. Tak payah la sindir angah lagi. . .

Ha-ana-za : Lepas ni along nak angah bawa 3 usrah! Pointer tu kasi kurang sikit. Tak nampak macam berdakwah pun... Tambah ria' je apa gunanya...

Angah : Ye la, ye la

Friday, March 29, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 15#





[Muhasabah]

"Sunnah Terawal & Terbesar yg Rasulullah tinggalkan pada kita adalah Dakwah, bukan bersugi dll" -Sollah hu alaihiwasallam.

"Ramai orang mampu berdakwah, namun berapa ramai yang telah jatuh CINTA dgn dakwah?"

______________________


Aku datang ke TTS awal hari tu. Usrah jam 9, aku datang jam 6.

Malam ini akan bincang sirah, aku bawa buku-buku yang aku suka untuk dihadam habis-habisan tajuk yang bakal diperbincangkan.

1) Sejarah Hidup Muhammad (Haykal Husaini)
2) Manhaj Haraki (Munir Ghadban)
3) Fiqh Sirah (Ramadhan Buti)
4) Raheeq Maqtum (Mubarakfuri)
5) Sirah Nabawiyah (Mustafa Sibaei)
6) Tarikh ikhwan (Jumah Amin) - untuk kaitkan dengan pembinaan ikhwan

Sedang aku baca-baca buku tu, tiba-tiba datang beberapa ikhwah Indonesia yang datang untuk ziarah. 

Pertemuan tidak formal, mereka sangat santai. Mereka ini boleh dikatakan 'pakcik' lah untuk aku. Aku panggil mereka 'Ammu'. 

"Panggil akhi aja...", katanya yang berstatus Dr itu sambil gelak-gelak

"Di kawasan X ada berapa Orang yang bekerja?"

"Lebih kurang 1000 orang", jawab aku dengan yakin.

"1000 orang? Bukan ada 100,000 manusia kah di situ?"

"Ya"

"Ah, itu futur namanya!!! Haha", katanya sambil gelak-gelak. Aku tertunduk malu. Ya, kami di Malaysia memang tak serius buat dakwah.

"Akhi, anta masih pakai buku untuk usrah?", tanya akh tersebut.

"Ya, hehe. Lepas ni ana usrah"

"Kami di Indonesia sudah tidak guna buku, semua di sini aja (jari menunding kepala)"

"Oh", aku tak faham sebenarnya. Aqaliyun ke apa mereka ni. 


***


Setelah 5 tahun berlalu, baru aku faham. Penguasaan ilmu itu sangat wajib sehinggakan kita kena baca, faham dan hafal. Datang ke usrah hanya untuk perbincangan bagaimana impaknya kepada amal.

Bukannya dalam usrah baru nak buka buku. Yang lagi malang, para nuqaba, dalam usrah baru nak baca bahan yang anak usrah bentang. Shame on you!

Patutlah kejayaan itu sayup-sayup je menyapa kita. Patutlah... Patutlah mereka di negara lain mampu memenangkan islam melalui usaha mereka.

Dakwah, bukan hanya kepada tahu. Bukan hanya kepada cakap. Tapi amal!

*Beberapa hari selepas itu baru aku tahu yang akh yang jumpa aku itu ialah ketua dakwah ikhwah Indonesia. Beliau hari ini Presiden PKS


Akh Itu menyentuh Qalb Akhnya 14#





Pagi selepas ke masjid, eksiden motor.

Pagi itu juga, dalam keadaan cedera di kedua belah kaki, kedua-dua belah tangan, dan tubuh badan, ke meeting bersama ikhwah lain.

Bila ditanya kenapa cedera? 

"Takpe, Ana dah bubuh minyak gamat"

Tengahari jumpa ikhwah lain, ada perjumpaan.

Malam ada usrah dan beraktiviti macam biasa.

Sepanjang malam kesakitan keseorangan. Tiada siapa tahu, tiada siapa peduli.

Esok hari, bila tiada tanggungjawab dakwah, barulah berjumpa doktor di pusat kesihatan.

Aku kagum. Sayu.

Masih ada yang nak beri alasan-alasan peribadi?

Thursday, March 28, 2013

Akh Itu menyentuh Qalb Akhnya 13#





Sehari sebelum Akh(A) dibedah. Ohh, dia tu adalah Akh(A).


Saya call dia. Tak angkat. Saya call 2 kali. Still tak angkap. Saya anggap dia mesti tengah tenang kan diri. Saya buat kerja saya. Sekali dia ada call dan mesaj. Saya terkejut. Sekali buka mesaj dia lagi lah saya terkejut.



Akh(A) : " Asif akhi, apa khabar? Enta sihat? Macam mana dengan adik-adik enta?" dia bertanya.



Akh(B) : " Erk, sepatutnya ana yang tanya enta sihat ke tak. Ni terbalik pula. T_T" saya terkedu.



Hmm, disaat dia bakal bertarung dengan nyawa keesokan harinya, dia boleh bertanya perihal adik-adik saya. Saya hairan, manusia ke apa dia ni, dah sakit tu, fikirlah pasal diri sendiri dulu, tak yah fikir pasal orang lain.



Tapi, saya silap, dia bukan orang yang sebegitu. Dia sememang nya suka mengutamakan orang lain. Sampaikan tengah sakit pun boleh tanya khabar orang lain. 



Akh(A), enta pelik!



.........................................



Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Akh(A). Tidak pasti sama ada Allah mendengar doa kami ataupun Allah mendengar doa Akh(A) supaya Akh(A) dipermudahkan urusan, tetapi, sekarang ni berita gembira buat kami. Opperation Akh(A) berjaya.



Akh(A), ana taktahu lah sama ada anta tahu atau tidak, seriously, semalam memang ramai mendoakan anta wahai Akh(A). Ana tersangat yakin. Alhamdulillah, Allah mendengar.



Akh(A), semoga cepat sembuh.