-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, January 29, 2012

Cerpen : Gelaran seorang Anak



Gelaran seorang Anak

Mad Ingat lagi cerita ini, ketika itu Mad menjadi guru ganti seketika di sekolah Menengah Islam Hidayah, perjalanan Mad dari rumah ke sekolah mengambil masa 45 Minit, Tarikh yang dirindui bagi semua Ibu adalah “Hari Ibu”....,

pagi sebelum Mad pergi kerja, umi tegur, “Mad....Mad balik rumah tak hari ini, lewat ke awal?”
“Insya Allah umi, Mad balik...., bila kerja siap, mad akan cepat-cepat balik, mad kan anak umi~”,
Mad terlupa yang hari itu adalah “Hari Ibu”...

5pm
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,
Mad mendengar Radio IKIM dot FM pilihan Utama anda~
kebetulan, slot tentang ucapan untuk hari Ibu...
Ibu... Umi~ “Oh......., padanlah umi Tanya pagi tadi... Ya Allah”
Nah...sepanjang perjalanan diceritakan oleh anak-anak yang menelefon semua tentang pengorbanan  seorang Ibu, antara yang Mad betul-betul tersentuh kisah anak dan penjual karipap...

Anak ini mengelarkan dirinya embok, kerana kini umur menjangkau 55 Tahun,
Embok mempunyai ramai adik-beradik kerana ayah nya berkahwin empat,
Kali terakhir Embok dapat merasai kasih sayang dari seorang Ibu ketika berumur 12tahun,
Embok suka dengan masakan Ibu, sepanjang persekolahan, Embok tidak pernah makan makanan dikantin sekolah melainkan makanan yang dibekalkan oleh Ibu, Ibu pesan, “jangan membazir, guna apa yang ada sahaja,kalau bekal tidak habis, bawa balik rumah..., banyak lagi makhluk Allah yang kelaparan” (dengan wajah senyum, Embok hanya terfikir waktu itu, mungkin Ibu maksudkan ciptaan Allah yang lapar tersebut,haiwan-haiwan peliharaan)

Embok ingat lagi, satu peristiwa yang masa itu, Ibu tidak sempat sediakan bekal untuk Embok, ketika ditahun empat Sekolah Rendah, Ibu kata...., tamat sesi persekolahan, kalau lapar terus balik rumah....

Hujan turun renyai – renyai dan semakin lebat..
Embok terus meredah hujan,... kerana asyik terbayang masakan yang dimasak Ibu...
Lapar.... lapar sangat~
walaupun masakan Ibu sederhana, tapi sedap sangat...
Ketika berlari....,tidak jauh dari situ...
mata Embok melayang melihat seseorang perempuan yang sedang berteduh dibawah pokok besar sambil memegang raga berisi makanan, mungkin bekas yang berisi makanan tersebut untuk dijual....

Embok bermonolog, “kesian mak cik tu, hujan-hajan ni pun masih menjual lagi, mesti susah hidup mak cik ni”
laluan yang Embok redah ini, akan melalui depan pokok besar tersebut...semakin dekat langkah ku menghampiri pokok tersebut, semakin jelas wajah perempuan tersebut....

. . . . . . . . .

. . . .

Astaghfirullah, rupanya susuk tubuh yang sedang berteduh di bawah pokok tersebut, merupakan seorang Ibu yang setiap hari Embok mencium pipi nya sebelum pergi dan selepas pulang dari sekolah....

Itulah Mak Embok....

Sejak itulah Embok mengerti...Rupanya selama ini, setelah Embok tinggalkan rumah untuk ke sekolah, bermulalah rutin harian ibu menjual karipap....

Dan ibu kata... Ibu akan pastikan, Ibu pulang ke rumah dahulu sebelum Embok tamat sesi persekolahan, mengaharapkan rezeki dari jualan tersebutlah, ibu membelanjakan untuk menyediakan juadah tengah hari Embok.....

Dan.....

Ibu selalu nasihatkan, berhenti makanan sebelum kenyang....
Bila Embok tidak habis, Ibu lah yang menghabiskan nya
rupanya.....,selama ni, sisa baki dari makanan Embok tersebut lah, merupakan makanan tengah hari ibu....

“kenapa selama ni,Ibu rahsiakan dari Embok”,

Ibu sentiasa senyum bila bercakap dengan Embok.... Ibu kata..

“Inilah yang Ibu mampu beri,Biarlah ibu yang merasa susah untuk anak-anak Ibu...., tapi kemudian hari, anak-anak ibulah yang mengembirakan Ibu”...
Semenjak hari itulah, Embok akan selalu menemani Ibu ke kebun untuk menoreh getah seawal subuh, walaupun hanya mampu teman...., tapi itulah kegembiraan dapat meluangkan masa Embok bersama Ibu sehingga ibu meninggal ketika Embok  di tahun enam....

Embok bersyukur, semenjak peristiwa itulah yang banyak menyedarkan Embok.....

Anda! sedap suapan Ibu, cubalah. kenapa malu ! !

. . . . . .

. . . .

Mad memandu laju kereta kancil JHY melalui jalan lebuh raya..
Tepat sampai di depan pintu rumah,... Mad bersuara pada Abid(adik Mad) yang ketika itu kebetulan berada di pintu...

“Abid!! Mana Umi...”

Abid terkejut ketika itu, siapa yang tidak terkejut!!, tiba – tiba bersuara seakan teriak...
Adik ku, Abid seakan bermonolog, “kenapa abang ku sorang ni... tak pernah sebelum ni macam ni”

“Abid!!... kat mana Umi”, Mad bersuara untuk kali ke dua...

“Ada kat sana...ruang tamu kecil”, sambil menuding jari...

Mad melihat umi dari jauh.....

Itulah Umi....
Tekun menanda kertas anak murid sekolahnya...
Dahulu Umi tidak berkaca mata...., hari ini... Umi menanda kertas dengan bantuan cermin mata...

Umi semakin berusia... tapi itu dan selamanya, tetap Umi mad..

Mad melangkah laju ke arah umi dan mendakap erat...

Seorang Ibu...., pasti menanti dakapan dari anaknya, andai ketika saat kita masih kecil dahulu, ibu kita lah selalu menenangkan kita, memujuk tangisan kita dengan dakapan kasih sayang..., pada ketika itu jugalah, ibu kita membayangkan, “adakah anak ku masih sanggup mendakap erat Ibu ketika saat engkau sudah dewasa”.

Kata-kata ku pada Umi, “Umi, maafkan Mad umi..., Mad sedar yang Mad ini anak Umi, Mad berterima kasih sangat kerana Umi dan Abi sanggup menjaga Mad sehinggalah saat ini tanpa meminta sebarang bayaran, Umi dan Abi tabah dalam mendidik Mad, hatta ketika zaman nakal mad pun, Umi dan Abi tetap bertahan dan mererima sikap Mad....” (umi hanya mampu tersenyum)...

Aku menyambung kata-kata : “Umi... Mad yang hari ini, hadiah untuk Umi”, pada saat ku melafazkan perkataan ini, mengalir air mata dari seorang Ibu mengenai pipi ku... pelbagai peristiwa flashback bermain di minda ku, “beza aku yang dulu dan kini”...
akhirnya, aku kalah dengan emosi, berlinang air mata ku juga apabila Umi menyebut :
“mad.... Umi rasa ringan hari ni, dapat lihat Mad Berjaya dan menjadi lebih daripada yang Umi inginkan”

Friday, January 13, 2012

spirit menulis setelah sebulan




Memulakan dengan kata-kata Uztaz Zaharuddin kepada Ku :

"web/Blog yang tidak kerap diupdate seperti sesuatu yang telah mati". Nah!

Baik, agak ter-Head shoot disitu,

Blog yang saya link-kan ini, memotivasikan diriku. sila baca supaya tidak menampakkan saya terheadshooot sorang,hu

Ambillah Ibrah / pengajaran / dari Side Positif.

Mungkin ada yang berceloteh, “Tidak kesampaian masa”, “Tanggungjawab lebih dari masa”, bahkan tidak kurang yang brutal kata, “Medan Ini tidak berapa Muntijah!”, Rentetannya ada yang mengklasifikasikan, “Blog itu perlu diletakkan Priority dalam Urusan Dakwah. Kerana ini salah satu wasilah dari banyak lagi wasail”. Benar

Saya ulang, Jadikanlah kata-kata ini(warna merah di atas) sebagai positif!!

Harus di ingatkan, Generasi hari ini kian ditakluki dengan semarak Media, kerana mereka, KITA generasi XY.

“Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi”.

Yakinlah!

Semua manusia perlukan motivasi. Nabi Muhammad s.a.w diberikan motivasi melalui Isra Mikraj.

Nabi Ibrahim juga memohon motivasi dari Allah. Lihat bagaimana permohonan Nabi Ibrahim :-

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن قَالَ بَلَى وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي

Ertinya : "Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: ""Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati"". Allah berfirman: ""Belum yakinkah kamu?"". Ibrahim menjawab: ""Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)"". ( Al-Baqarah : 260 )

Kita semua perlukan motivasi, motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan redha dan syurga Allah.

Sebagaimana nabi dan sahabat baginda. Allah s.w.t mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan dan syurga Allah dengan firmannya :-

خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

Ertinya : "tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba" ( Al-Mutaffifin :26 )  

Lihat Allah s.w.t ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Berlumba-lumba.

Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.
Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari. Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.
Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.
Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.

JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.

Saya bermotivasi untuk membuat pengisan di Blog ini hanya kerana merasakan ia mampu membantu akhirat saya. Saya dan keluarga ingin selamat di akhirat, saya ingin selamat di barzakh, saya tahu saya perlu letih untuk itu. Saya amat gembira kerana melalui wasilah ini, saya mampu menyampaikan ilmu walaupun saya sedang tidur, ketika saya sedang bertugas. Setiap detik pelawat memanfaatkan ilmu di laman sesawang  ini.

Jika masih belum membaca, bacalah, ambillah ruang masa untuk perbaiki niat dalam penulisan, sekurangnya 30 minit. "Saya dan motivasi diri"

Moga Blog ini kembali laju dalam menghidup dan membina Ruh-Ruh

Murobbi kepada khalifah-khalifah

Saturday, December 17, 2011

Fasa yang lebih enak untuk Kita


Bedah : menggunakan Gaya Bahasa "Enginear"

      Dunia hari ini sedang melihat perubahan pada “gaya” dan “budaya” kerja-kerja penyelenggaraan, atau lebih famous disebut menggunakan bahasa Inggerisnya, maintenance. Jika dulu, manusia terbiasa melakukan Corrective Maintenance (CM) iaitu suatu perkakas atau komponen akan diganti hanya apabila ianya telah rosak.

Akibatnya, industry akan mengalami “down time” yang tinggi, yakni selang masa yang mana industry tidak dapat beroperasi kerana menunggu kerosakan tersebut diperbaiki. Jika alat ganti atau spare part takde, maka lamalah down timenya.

Menyedari hal ini, manusia beralih kepada Preventive Maintenance (PM), di mana untuk budaya atau gaya maintenance sebegini, industry akan menggantikan sesuatu perkakas atau komponen pada suatu tempoh yang telah ditetapkan, sebelum ianya dijangka mengalami kerosakan. Contoh aplikasi PM ini yang paling mudah adalah pada maintenance kereta saya JHY, maksud lain, kereta Kita. Minyak hitam diganti setiap 5,000km. Timing belt diganti setiap 100,000km misalnya. Ertinya, sebelum perkakas atau komponen itu rosak, kita sudah menggantikannya dengan yang baru, lalu dapat meneruskan operasi kehidupan kita seperti kebiasaannya.

Cuma, di antara dis-advantage budaya penyelenggaraan ala Preventive Maintenance ini ialah;-

1)      Ada kemungkinan perkakas atau komponen akan rosak terlebih dahulu sebelum ia dijadualkan untuk ditukar, misalnya timing belt putus pada jarak perjalanan 80,000km sedangkan kita bercadang menukarkannya pada 100,000km.

2)      Perkakas dan komponen yang diganti itu, sebenarnya mampu beroperasi lebih lama, misalnya timing belt diganti pada jarak perjalanan 100,000km, sedangkan ianya mampu bertahan hingga ke 200,000km! Akibatnya, terjadilah pembaziran….
-Baik, seakan Rasa bersalah disitu (ini barangkali Fasa dahulu)

Untuk mengatasi perkara contra di atas, maka manusia kini telah bertukar kepada budaya penyelenggaraan menggunakan Condition Based Monitoring (CBM), di mana perkakas atau komponen akan sentiasa dipantau kondisi dan performancenya. Hanya apabila di dapati kondisi atau performancenya menunjukkan tanda-tanda mendekati akhir jangka hayatnya, barulah ianya akan ditukar atau digantikan dengan yang baru. Dalam kes timing belt, hanya ketika kita mendapati bahawa ianya sudah mula haus, barulah kita akan menukarnya. Tidak kisahlah pada jarak 20,000km atau 80,000km atau 100,000km atau 200,000km mahupun 300,000km! No need to fix it, if it’s not broken!

        saya yakin bagi ahli sesebuah gerakan Islam yang murni tersusun, mereka sudah memahami secara TEORI akan kepentingan sesebuah acara itu dijalankan sesuai dengan HADAF-nya, bukan asal buat kerana ia sudah ter-PROGRAM seperti itu. Oleh yang demikian, yang perlu kita fikirkan sekarang ialah bagaimana memastikan manusia akan “hadaf orientated”(yakni melakukan sesuatu sesuai dengan OBJEKTIF yang ingin dicapai) berbanding “program orientated” (yakni TAQLID semata-mata pada the norm atau kebiasaan melaksanakan sesuatu perkara/ program) secara PRAKTIKALnya. Pada saya, jawapannya adalah pada BUDAYA atau CARA kita bekerja/ ditarbiyah.

Beberapa budaya :
Kenapa agaknya orang Melayu sinonim dengan sikap tidak bertanya dan tidak pro-aktif di dalam kelas/kuliyah? Kerana budaya kita dibesarkan seperti itu.

Kenapa agaknya orang kampung tak reti speaking? Kerana anak Melayu di kampung yang speaking, akan terus dikutuk, diperli dan digelakkan oleh rakan sebaya.

Ertinya, BUDAYA sekitar turut menyumbang kepada semua itu.

Seperti maintenance tadi. Oleh yang demikian, saya menyarankan gerakan Islam yang bertujuan murni ini, agar “menukar” budaya tarbiyyahnya, daripada Preventive Maintenance kepada CBM tadi.

Terjadinya program yang dilaksanakan mengikut “jadual”nya, seperti menukar minyak hitam dan timing belt tadi. Walau pun minyak hitam tidak perlu ditukar, kita tetap menukarnya. Walaupun belum sesuai membuat mukhayyam misalnya, kita akan tetap melaksanakannya. oh...

Apa kata kita lebih Condition Base sekarang. Jika wadah yang kita sertai tidak mempunyai pakar di dalam bidang hadith, apakah salah kita belajar hadith daripada ustaz aliran Salafi misalnya, untuk memenuhi condition kita yang terlalu dhaif tentang ilmu hadith.

Jika ada pendapat daripada ustaz aliran sufi yang dapat mengingatkan kita pada Allah misalnya, apakah salah untuk kita mendengarnya?

Maka kita akan mampu mengambil input sesuai dengan “Condition” ketika itu. Dan kita akan melaksanakan program pun, sesuai dengan “condition” sewaktu itu.

Maka inilah cadangan. Harus menukar BUDAYA dahulu.

Wallahu a’lam.