-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, May 7, 2015

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 71#


Akh A : (Kejut Akh B untuk bangun qiam)

Akh B : Z Z Z z z z 

Akh A : (Kejut Akh B untuk tutup malam dengan witir)

Akh B : Z Z Z z z z (masih lagi)

Akh A : (Kejut lagi untuk ajak subuh berjemaah di surau)

Akh B : Z Z Z z z z (masih lagi) , kemudian bangun juga, solat subuh di rumah, kemudian sambung Zzzz

. . . . . . . .

Ketika hendak keluar sama - sama bertebaran di muka bumi....

Akh A : Akhi, boleh ana tanya soalan?

Akh B : Silakan akhi sambil senyumnya yang manis pada Akh A.

Akh A : Kenapa anta tak dapat bangun qiam dan subuh berjemaah ye, anta penat sangat ye?

Akh B : Ah . . . ah penat akhi (Jawapan spontan)

. . . . . . . .


Tak lama kemudian, Akh B menitis air mata,

Hanya dengan pertanyaan Iman oleh Akh nya,

Teringat kata - kata ini,

"Jika tidak mampu berlumba dengan para solehin dalam ibadahnya,

Saingilah para pendosa dalam Istighfarnya" -Ibnu Rejab al-Hanbali

Ah...

Kerana berpaginya beliau dalam Iman yang lemah, jawapan spontan iman menjawab kerana letih dengan dunia, barangkali dunia merasukinya, sedangkan malam tadi boleh bertahan untuk halaqah hingga 3am, dalam halaqahnya mengingatkan tentang Allah, di basahkan dengan Ayat - ayat Al-Quran, di tutup dengan check mutabaah amal, penghujungnya doa Rabithoh hanya yang menguatkan hubungan ukhuwah itu datangnya daripada Allah.

Namun, pagi itu gagal dalam menguatkan hubungan dengan Allah, gagal bangkit melawan sedikit keletihan dunia,

Gagal dalam merebut erti mujahadah dalam ibadah.

Gagal menjadi pejuang kerana Qiam dan subuhnya tidak berjemaah, sedangkan syarat tentera Salahuddin al-ayubi, malamnya hidup dengan zikrullah.

Betapa hati Akh B ini sengsara, merindui sangat pengaduannya pada Allah.

Risau - risau, hatinya sudah mula mengeras.

Mana mungkin boleh melembutkan hati manusia lain diluar sana.

Ya Allah, Aku dan kami semua memohon agar di ampunkan dosa - dosa kami, agar tidak menjadi hijab, agar merasai saat manisnya iman dalam beribadah dan beramal.


Terima kasih akh, moga di kau bersabar dan tidak pernah malas dalam mengingatkan ku menuju tuhan ku.

Wednesday, May 6, 2015

Neraca Hebat !



[UBAH MENTALITI KITA DALAM MENILAI "kehebatan sebenar" DALAM HIDUP]

Ini Kalilah Ubah Neraca!

Hari ini, manusia lihat kehebatan pada “Benda”, bukan pada “Jiwa”

Kerana, manusia yang tidak ada bimbingan dari wahyu, akhirnya salah menilai "kehebatan" dalam hidup.

Bukan salah mereka, dan diri sendiri, kerana dari kecil kita di momokkan bahawa akan di lihat mulia dengan “benda”, jadi Doktor, jadi Engineer, jadi Sainstis untuk cipta benda baru, jadi pemain bola supaya menang, jadi pendebat supaya orang lihat, jadi pelawak supaya jadi penghibur, pakai seluar jens supaya tidak skema, kena ada couple baru tak nope, kena merokok barumacho, kena pakaian seksi dan ketat baru orang lihat, yang perempuannya kena gelak ketawa dengan lelaki baru orang pandang, dan bla . . bla . .  bla

Bahkan ada makhluk begini, rasa hebat bila manusia “mampu” menjadi seperti burung dengan boleh terbangnya, kangroo dengan potensi lompatnya, dolphin dengan potensi renangnya, cheetah dengan potensi kelajuannya dan lain-lain kehebatan pada makhluk lain. . . jika boleh tiru seperti haiwan ini, kira hebat.

Tahukah anda!

Kehebatan manusia yang Allah anugerahi yang paling mulia dan tidak ada pada makhluk lain ialah hati dan akal. Inilah tempat kehebatan manusia. Dan inilah potensi utama yang perlu dibangunkan. Di fokuskan.

Jika badan kita berotot, lentik sebab gym bagai, jika kita hebat sukan dengan kehebatan kesukanan kita, mahalnya baju yang menghiasi tubuh jasad kita, canggihnya peralatan dan teknologi kita, tahukah anda? Ini semua poya. Haha...

Erk sila fokus, ok, begini . . . .

Potensi-potensi yang anda terkinja – kinja itu, sudah ada pada makhluk lain seperti kuda dengan kekuatan ototnya, alam dengan keindahan sanubarinya, tumbuh-tumbuhan yang tumbuh yang jauh lebih unik dari teknologi yang ada, mudah kata kalau kita nilai kehebatan pada kerangka yang bersifat dzohir, maka makhluk lain jauh lebih hebat dari manusia.
Saya ulang, Makhluk yang tiada “Hati dan Akal” jauh lebih hebat.

Kalau itu kehebatan yang kita buru dalam hudup ini, maka di mana istimewanya makhluk bernama manusia ni? Sedangkan makhluk lain mendahului dari aspek itu.

Maka sedarilah kekuatan manusia itu adalah pada “Ruhnya atau jiwanya”. Ruhnya yang beriman, ada hubungan yang akrab dengan Pencipta, inilah kehebatan kita. Lihatlah sirah generasi awal yang sememang terkenal dengan lemahnya bilangan tentera dan senjata di medan perang, tapi kenapa boleh membuahkan kemenangan? Kerana kekuatan iman dan ruh mereka yang kemuncak. Hubungan dengan Allah dekat, taubatnya tiada henti, patuh pada arahan dan larangan-Nya bukti iman. Ya, mutabaah amalnya berjalan, semakin manis dalam melaksanakan tujuan hidupnya.

Ah . . . puasnya. Ketika manusia lain penat mengejar “benda”, merancang hal akademik, kerjaya untuk dunia. Sang daie itu, dunia yang datang kepadanya, kerana perancangannya jelas untuk bergembira di Sorga, bertemu dengan Sang Pencipta. Ruhnya, jiwanya hidup dengan Zikrullah.

Kedua akal. Akal yang berilmu yang membawa manusia itu kenal pencipta, tahu tujuan hidup, hidup ini nak ke mana, nak buat apa. Akal yang memahami agama, syariat sebagai cara untuk hidup selaku hamba. Dan ilmu keduniaan yang menjadikan dia bergerak sebagai khalifah yang akan mentadbir bumi dengan baik. . . .Dia jelas pada “alat” dan “matlamat”

Inilah hakikat kehebatan manusia !

Jangan kita tiru kehebatan yang dinilai oleh Barat dan manusia yang tak dapat bimbingan wahyu. Kita akan tertipu dan tersilap. Nanti rugi umur,pengorbanan dan wang ringgit kita dihabiskan kepada memburu kehebatan yang ada pada makhluk lain.

Justeru nak nilai kita ini hebat atau tidak, nilailah bagaiamana Hati dan Akal kita?

Sejauhamana hubungan kita dengan Allah? Bagaimana ibadah kita? Sejauhmana kita ikut sunnah Rasulallah? Bagaimana ilmu kita tentang makna hidup? Berapa banyak dah buku yang kita baca? Dan lain-lain . .

Inilah penilaian yang perlu kita ukur. Kalau hebat aspek-aspek jiwa dan akal, maka hebatlah kita. Kalau lemah aspek kedua – dua ini, maka lemahlah kita.

Jangan jadi burung, kuda, cheetah, pokok, dan lain-lain makhluk. Jadilah manusia sebenar.


Dan jadilah diri anda, yang di pandu dengan Al-Quran dan As-sunnah.

Buat Akh yang futur !




Buat Akh yang futur,

Bingkaslah segera bangun dalam perjuangan semula,

Risau ketika futur, di tarik Nyawa, pergi menjadi hina menghadap tuhan,

Dan moga kita tidak menjadi mereka yang berjatuhan selepas diberi peluang berada di jalan ini.

Thabatkan kami Ya Rabb !

Moga video ini, "menggeletekkan ketiak" untuk kembali bergerak semula.


Jika tidak boleh buka, tekan link ini:


Friday, May 1, 2015

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 70#



1 Mei.

Era Balik kampung, semalam. 

Semasa saya tengah berborak-borak dengan sepupu sepapat saya di bilik saya sambil main laptop dan kurang smartphone,

Tiba-tiba ibu saya masuk bilik.

Saya terus tutup laptop, dan alihkan smartphone ke tepi dan berborak sekali dengan ibu.

Masa tu sepupu - sepupu saya pandang saya pelik sikit. Lepas tak lama tu, ibu pun keluar bilik.

Kemudian seorang sepupu tanya,

"Hah ! Kenapa abang tutup laptop terus? Apa yang abang nak nyorokkan? Haa...."
dia tersengih kat saya.

Yang lain pun semua pandang saya nak tahu kenapa. Saya jawab,

"Kualiti masa"

Abang jarang balik kampung,

Jadi, sedarlah diri bila abang jumpa dengan ibu, abang akan letak tepi semua smartphone dan laptop, dan fokus pada ibu. Sampailah ibu keluar bilik atau takde kat depan abang.

"Kalau nak tahu, TANDA seorang anak biadap dan kurang ajar pada ibu bapa adalah, dia main smartphone atau laptop masa ibu bapa tengah bercakap dengannya."

Semua terdiam.

- - - - - - -

p/s :

1. Sepupu saya semua lelaki masa tu.

2. Bagilah masa kualiti pada mak ayah walau hanya tatkala balik kampung.


Tak cukup lagi ke, kita dah luang masa berjam-jam pada smartphone dan laptop kita?



Monday, April 27, 2015

Bedah : Aku Nepal



Sila jawab soalan ini dengan jujur dan saksama!

Apa yang anda tahu sekarang apa yang berlaku di sana sekarang (Nepal)?

Sekadar gempa bumi?

Apa anda sudah lihat videonya?

Apa anda sudah lihat gambarnya?

Apa anda berada di sana merasainya?

Jika belum sila lihat sekarang sebelum baca berikutnya

. . . . . . .

Tolonglah ada Iman !, sila lihat gambar atau video sekarang!
. . . . . . .
. . . . .
 . . .
. .

Tahniah jika sudah! Kerana itu amanah kita sebagai saudara seislam, kena tahu mereka di sana bagaimana.

Tapi jika belum lihat lagi, anda teruskan pembacaan. Kata saya, anda mustaajilun!

Akhirnya soalan saya, saya tanya anda, apa anda rasa selepas lihat video, gambar dan baca sebab dan kesan yang berlaku?

Apa perasaan anda kini?

. . . . . . .

Sekurangnya bagi yang melihat video, atau mendengar kisah, mereka akan lebih lama merasai dalam beberapa tempoh berbanding dengan yang sekadar melihat gambar.

Apa analogi saya?

Baik begini, perhatikan!

Berapa banyak dalam Al-Quran Allah sebut tentang hari keimat dan peristiwanya?

Nama Surah sahaja telah menggerunkan kita!

Surah zalzalah, Al-Qoriah, Al-Bayyinah, Al-Ghasyiah, Al-Insyikok, Al-Infitor, Al-Takwir, An-Naziat, An-Naba’ (semua ini baru Juz 30)

Apa yang kita rasa?

Tiada.

Jika ada, mungkin setelah beberapa ketika sudah tiada. Ah .  . . nipis sungguh iman kita, senipis kulit bawang.

Anda tahu!

Peristiwa di Nepal ini sebenarnya sangat dekat dengan kita, Negara Nepal adalah dalam bumi yang sama, bila – bila masa kita boleh kena, tapi sebab kita rasa jauh, kita menangguh.

Sama juga dengan kiamat, ianya sangat dekat dengan kita, namun sebab tidak berlaku lagi di tempat kita, kita berasa jauh seperti tiada kaitan dengan kita.

Woi! Anda tahu tak, itulah ayat yang sama sahabat baca (Al-Quran), menyebabkan mereka ketakutan untuk terus tidak lunak dan jinak dengan jahiliyah, yang menyebabkan mereka juga tidak senang duduk, dan tidak lena tidur. Kerana merasakan kiamat sangat dekat dengan mereka. Ya, sangat hampir dan mereka rasainya.

Bukti mereka rasai, mereka buahkan dengan amal, mereka lebih bermunajat dengan Allah, mereka gila – gila beramal dakwah dan Lasso manusia, mereka menggila menguatkan mutabaah amal supaya tiadak goyah, dan mereka buat bukan untuk melihat hasil dan perhatian manusia, tapi untuk mencari radho Allah semata, dan menyelamatkan diri dan manusia.

Dan sebab apa saya katakan kisah atau video lebih memberi kesan daripada gambar.

Ya begini, jika anda sekadar baca terjemahan Al-Quran, mungkin sedikit kering, namun jika anda membuka tafsir, anda tadabbur, anda mendengar kisah seerah dan sahabat, anda berbincng dengan Murobbi dan sesama ikhwah, anda akan berasa sangat dekat, sebab itu Al-Quran, 1/3 daripada Al-Quran adalah kisah, supaya ianya membekas dalam hati dan amal kita. Ya itulah Iman. Ia bukan sekadar sayu dan sedih, tapi ada amal selepas itu.

Kisah nepal, gempa bumi kecil yang Allah bagi.

Sebagai tanda amaran, kerja kita kena lebih kuat dan serius.

Banyak sudah tanda – tanda Allah bagi.

Kerja kita buka mengira berapa tanda sudah ada, bukan buat kajian tahun bila qiamat tiba, bukan juga menjadi mereka yang menunggu bila Nabi isa turun, bukan juga terus berada depan laptop, hp sambil scroll membaca pena ini, kemudian sedih dan sambung relax lagi. . . pfft

Tapi, kita yakin bahawa kiamat itu pasti tiba, dan ketika kiamat itu tiba, kita hidup mulia atau mati syahid.

Kerja kita, terus menyedarkan manusia kerana mereka rasa mereka bukan “nepal”

Kerja kita, terus beramal sehingga hari itu tiba,

Kerja kita, bukan ingin melihat kejayaan dalam masa sehari, sebulan, setahun atau 10 tahun, tapi sampai orang melihat islam sebenar, dan islam berada di tempatnya. “ustaziatul Alam”

Kerja kita, sehingga semua juga bersama bekerja.

Kerja kita, hanya untuk Allah semata.

Kerana kerja ini tidak popular.

Maka ketahuilah, jika sedikit yang buat, mereka itulah sebenarnya yang popular hakikatnya.

Allah tidak pernah mensiakan setiap zarah usaha hambanya.

Bekerjalah sehingga hari itu tiba.

Kita berpeluk tubuh bersama di syurga.

Saya dan anda, kita bertemu disana ya.

Ah . . . habuk masuk mata, habuk . . oh.

Moga hayat kita di tarik, ketika berada di puncak amal sunnah yang besar ini.

Sunnah mengeluarkan manusia daripada menjadi hamba manusia kepada hamba Bertuhan pada Allah semata.

Moga Allah mengampuni dosa saya, dan anda, atas keculasan kita yang bermain – main dengan dakwah ini, moga ini sedikit usaha untuk saya berhujjah kelak, walaupun saya yakin tidak cukup hujah lagi untuk menjawab dakwaan saudara – saudara saya kelak. . .


Allah.


Monday, April 20, 2015

Bedah : makna Zikrullah




Apa makna zikrulLah?

Rujuk ( 13 : 28) dan jawab.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia”

Ditanya lagi. . . Berikan makna ZikrulLah?

Anda jawab, terjemahan dalam Al-Quran saya :

“Mengingati Allah?”

Baik, bahasa Arab sikit,

Setiap kalimah yang datang selepas harf jarr dalam kategori apa?

(krikk  . . . . krikk)

Ok lah, saya bagi clue sikit, :

“Ism (kata nama) atau fi'l (perbuatan) ?”


Baik, anda jawab Ism . . ..

“Jika ism, apa terjemahan yang tepat bagi kalimah zikr”


Beberapa maksud :
“Peringatan”
“Penyebutan”
“Ingatan”



Ok, bagi jelas lagi ye, soalan untuk nampak lebih dekat dengan jawapan:
“Kalimah zikr dalam ayat ini nakirah atau makrifah?”


Saya tolong jawabkan, memandangkan buku fikrah pun kita masih baca dalam bahasa melayu lagi, Bahasa Arab kita tidak pernah meningkat, Awas ye, untuk memahami Al-Quran tiada cara lain, melainkan menguasai Bahasa Arab,


Oh ye, kembali kepada soalan tadi,

Jawapannya : “Nakirah”

Ianya akan memberi makna “Sebuah peringatan”.


Soalan tambahan, namun ini, soalan penting:
“Ism nakirah tanpa tanwin berfungsi sebagai apa?”

Jawapannya: “nakirah tanpa tanwin = mudhaf”

“Cun, baik . .Ertinya kalimah selepas itu ialah?”

“Mudhof ilaih”


ZikrulLah itu mudaf dan mudaf ilayh.


“Baik, Untuk terjmahan apa yang perlu diletak di antara mudaf dan mudaf ilayh?

Pilih salah satu di antara tiga harf: Min, fi @ li”

Makna dalam Bahasa melayu:
Fi : di atau dalam
Li : kepada

Adalak “ peringatan pada atau kepada Allah?”

Conferm salah, maka,

Kena masukkan “min”, iaitu “daripada”

Peringatan daripada Allah!

Justeru ayat ini : “Ala bizikrilLaah tathmainna al-Qulub”

Bermaksud :

"Adalah dengan peringatan daripada Allah, menenangkan hati-hati"

___________________________

Ayuh tadabbur.
“Ala bizikrilLaah tathmainna al-Qulub”

Bermaksud :
"Adalah dengan peringatan daripada Allah, menenangkan hati-hati"
(13 : 28)

Apakah peringatan dari Allah dari zaman nabi hingga sekarang?,

Jawapannya : “AL-quran”

Maka, untuk menenangkan hati kita, sebenarnya kembalipada Al-Quran.

Baca dan tadabburlah “Az-Zikr” itu,

Nama lain bagi Al-Quran adalah “Az-zikr”


Jawapan kepada ketenangan “hati”,

Bukan dengan mencipta zikir, atau menari sambil berzikir,

Atau menjerit sekuat hati bak kata psikologi,

Atau meminum air susu kambing bak kata minumam halal,

Bukan dengan mengendong anak bak kata orang yang berkeluarga,

Bukan dengan pergi melancong bak kata orang ada harta,

Bukan dengan melantak tido, bak kata orang pemalas.

Bukan dengan sedey dan menangisbak kata orang yang tinggi emosiaonal.

Bukan dengan mengimbau gambar-gambar lama bak kata orang yang touching,

Bukan juga dengan pergi gym bina badan bak kata orang yang dekat dengan serangan 
penyakit hati, “menunjuk” bulu ketiak.

Bukan dengan makan coklat bak kata orang kiut kiut konon,

Bukan juga dengan pergi main bowling, bak kata orang yang sempoi katanya...


Tapi, Allah sebut, hanya dengan kita mentadabbur az-zikr (Al-Quran), kita akan dapat ketenanganpada hati.


Jawapan ketenangan itu, ada pada “Al-Quran”.

Perkataan suruh sabar, ada dalam Al-Quran,
Perkataan suruh jangan bersedey ada dalam Al-Quran,
Kisah – kisah orang yang infaq harta dan jiwa, ada dalam Al-Quran.
Bab pengorbanan, ada dalam Al-Quran.
Bab hukuman dan qisas, ada dalam Al-Quran.

Apa lagi, sume dalam Al-Quran.



Dah tu, pi baca Al-Quran lah !!

Wednesday, April 8, 2015

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 69#





Hakim : "Aku sudah duduk di pentas kehakiman ini sejak tahun 60 an dan aku amat tahu erti keadilan".


Akh A : "Aku sudah duduk dalam kurungan tahanan ini sejak tahun 60-an dan aku amat tahu erti kezaliman"

Akh A : Dr. Badi'