-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, April 3, 2014

Akh Itu menyentuh Qalb Akhnya 46#



Sembang-sembang dengan seorang akh :


"Akhi ana peninglah sekarang banyak benda nak kena fikir, banyak benda tak terurus, tak tau nak mengadu pada sape"



Akh menjawab :



"Akhi . . Ar Rasul dan salafussoleh mengingatkan kita akan betapa peritnya mereka dalam menegakkan Islam . . Siang malam memikirkan dan diinfakkan seluruhnya untuk Islam dan ummat . . langsung jauh dari kepentingan diri mereka sendiri



Kita ini apalah sangat jika nak dibandingkan . . tak habis-habis yang kita fikir masalah peribadi kita . . masalah amal fardhi dan mutabaah yang tak selesai-selesai dan masih berada di takuk lama . . tilawah Qurannya, solat jemaahnya, ibadah malamnya..



Mereka semua sudah melepasi tahap dan ujian ini . . sebab itu mereka dengan mudahnya menghadapi benda ini . . ujian dan tahap mereka hanyalah syahid atau hidup mulia . . kesemua inilah seharusnya memotivasikan kita untuk terus thabat dan lebih jiddiyah"



" Allah akhi..jauhnya kita.."

Tuesday, March 18, 2014

Mana penyelia?



9.36 am, (Lewat 6 minit dari masa yang sepatutnya mula PdP)

Pelajar bertanya, "mana penyarah yang menyelia ustaz?, guru praktikal kami tahun lepas dia buat strategi, penyelia datang, dia ajar tajuk yang dah kami belajar, tapi ustaz.... ustaz tak ada bagi apa - apa pun".

"oh... inilah strategi ustaz, sekarang bermula", Jawab si ustaz.

.....................

Qiamman !
"Assalamualaikum WBT dan selamat pagi ustaz.... Bismillah....."

"Baik pelajar boleh duduk...."

....................

10.05am
"Ustaz, dah habis masa ustaz, terlebih 5 minit, tapi habiskanlah dahulu ustaz ana rasa tak cukup belajar pendidikan islam, ana nak kembali kepada islam yang sebenar", rayu salah seorang pelajar tingkatan 2, kelas 2 Brutal itu"

Ustaz bertanya semula untuk pastikan, "jalan dakwah kita masih panjang, eh silap... tajuk kita ni, panjang lagi ni, bukan habis 10.10am ke?"

"Pengawas sekolah kena keluar 10 minit awal ustaz untuk bertugas, tapi takpe ustaz, habiskan je sampai 10.10am", sambung penolong ketua kelas yang asyik melihat makhluk dihadapan papan puteh.

"Jika begitu, kita habiskan 5 minit lagi ye, hmm . . . ada apa - apa yang antum nak tanya ke?"

"ustaz.... kami peliklah, mana penyelia yang ustaz kata tu?", tanya seorang pelajar yang rasa pelik.

Tersenyum simpul si ustaz itu, sambil perhatikan anak didiknya yang semakin mula membesar untuk menghadapai hari - hari yang sulit sebagai remaja, berkata si ustaz, "penyelia itu ada di sini".

"Hah!! ustaz biar betul, pandai ustaz bergurau dengan kami sekarang..." sampuk salah seorang muslimen kelas tersebut (oh ye, saya mengajar dengan melatih pelajar guna perkataan arab, seperti ana, anta, anti, muslimen dan muslimat, mereka bukan jurusan Bahasa arab, tapi mereka gembira praktikkannya, cubalah beri peluang untuk mereka guna)

"Ya, penyelia tersebut adalah antum semua, antum di hadapan ustaz inilah penyelia bagi ustaz"

pelajar, saling melihat antara satu sama lain.

Sambung si ustaz,
"Antum lah yang akan tegur dan nasihat perlakuan, akhlak ustaz, jika apa yang ustaz buat tidak sama dengan apa yang ustaz katakan. Apa guna ustaz minta antum berlakon untuk sebuah markah, sedangkan ketika itu ustaz sebenarnya sedang mendidik antum untuk berlakon di hadapan Allah. Apa gunanya ustaz buat secara bersungguh (Itqan), hanya apabila dihadapan manusia dan untuk manusia (si penyelia), mana mujahadah ustaz untuk buat sesuatu hanya untuk Allah?. Apa guna ustaz dan antum berlakon semata - mata untuk sebuah lakonan yang palsu bukan yang bukan mendidik kami, tapi bazirkan 40 minit masa pengajaran antum sekadar untuk raikan, dan puaskan ustaz. Apa guna antum jadi baik sekadar di sini, di dalam kelas, dihadapan ustaz di sekolah sahaja, tapi di hadapan ibu ayah, Allah antum kembali kepada kemurkaannya. Apa yang ustaz nak jawab di hadapan Allah kelak kerana di sana peperiksaan dan penyeliaan yang sebenar. Sungguh, ustaz nak antum belajar pendidikan islam ini bukan teori, tapi amalkanlah untuk hidup, untuk sebuah kehidupan yang pasti di akhirat".

Pelajar tertunduk... terdengar sedu.

Ustaz menambah lagi,
"Apa sebab antum lewat 6 minit? sedangkan ustaz juga naik tangga yang sama, rehat masa yang sama. Mana kesan dari kita belajar "tepati masa " dari kelas semalam?”. makin ramai tertunduk.

"Pelajar ku, jujurnya, Ustaz tak kisah berapa markah yang penyelia pensyarah ustaz nak bagi, Jika cemerlang Alhamdulillah, yang penting ustaz dapat mendidik antum, ustaz sebagai pengantara yang memberi harapan pada antum, agar antum semua menjadi manusia muslim yang bermanfaat buat islam dan orang lain. Dan ketika mana kamu berjaya mengamalkan islam sebenar, ketika itulah hujah telah ustaz persiapkan untuk jawab di hadapan Allah kelak, ketika itu jugalah antum semua sedang menghiburkan ibu dan ayah yang telah pergi, itulah doa dari anak yang solleh"

............................

ring..... ring (rehat habis),

"baik..... rehat kita adalah nasihat ustaz tadi, inilah makanan antum, makanan yang akan bertahan sampai bila - bila selagi mana kita amalkan, itulah juga makanan rehat buat ustaz, baru adil"


"Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah Aku berserah diri . . . . "
(Yunus : 71)

Sunday, March 16, 2014

RI yang di idamkan 1




Tatkala masa itu tiba untuk di bina RI, fikirkanlah semula....

Apakah Hadaf RI ditubuhkan?

Apakah RI sudah menjadi satu keperluan di tempat anda?

Apa bentuk /  konsep RI yang anda harapkan?

Siapa mereka yang selayaknya diberi amanah untuk tinggal, mengepalai RI?

Apakah disiplin setiap ahli RI yang perlu dipenuhi dan iqob keatas kesilapan?

Apakah semua ahli mempunyai hadaf yang sama, dan fikrah yang sama?

Apakah persediaan sebelum RI di tubuhkan?

Apakah kemungkinan - kemungkinan yang akan berlaku bila RI di wujudkan?

Siapakah pelapis yang akan mewarnai RI kelak?


Maka, berbahagialah mereka yang apabila membina RI, tiada kepentingan peribadi jauh sekali untuk semakin beralasan, dahulu kata tiada tempat, maka setelah ada, masih tidak beramal dan menangguh menjadi murobbi. Dahulu kata jauh, apabila RI ada, maka di beri alasan baru tiada kenderaan pula. Dahulu kata RI untuk mandi dan tempat program sahaja, kini RI menjadi tempat tidor dan menyorok dari manusia......

Maka "alat" itu hangus !! hanyut dari hadaf asal mereka yang awal yang telah berbaiah di bawah pokok aqobah satu masa dhulu.

sedangkan, Daie itu faham bahawa dirinya telah bernazar dan mentajarrudkan seluruh hidupnya untuk Allah dan Dakwah.

Kerana, aku juga mempunyai impian sebuah RI, RI yang . . . . . . . (bersambung)

Wednesday, March 12, 2014

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 45#



Kelihatan Akhnya menangis.

Ditanya "kenapa kau menangis?


Akhnya menjawab "kerana hari ini aku tidak bertemu manusia dan memberi peringatan"

-----

Bagi seorang dai, tidak bertemu manusia dan berdakwah adalah dosa, kesalahan dan kelemahan pada dirinya.

Tuesday, March 11, 2014

Bedah : three ayat Insan



Tadabbur surah Al-Insan, ayat 8 – 10.

Sekilas lalu, Ayat dalam surah  ini, antara yang paling banyak menceritakan Nikmat Sorga, berbanding Azab. . .

Namun, point yang akan saya ketenggahkan untuk sama – sama mengambil ibrah adalah pada skop TnD, lebih focus pada Pengorbanan, Pengharapan dan Dasar pada segala tindakan.

Ikhwatifillah, Ayuh renungkan pada ayat ke-8:

“Mereka memberi makan makanan Yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”
(Surah Al-Insan : Ayat 8)

Dalam Ayat ini Allah mem”belasah” dengan menggunakan perkataan “Makanan” dan “di sukainya”, Wahai anda, Katakanlah pada sesiapa pun manusia, Apakah benda yang keperluan dalam hidup seorang manusia, pasti di jawab salah satunya adalah “makanan”. Namun Allah sebut, makanan tersebut perlu diberikan pada manusia yang lain pula, hah Apakah!, bahkan bukan sekadar itu ikhwah, Allah sambung lagi dengan memberikan makanan itu dari jenis “yang kita sukai”.

Lantas, manusia yang bagaimana yang perlu kita berikan “makanan” tersebut?

Maka, Allah sambung dalam ayat yang sama, “iaitu pada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan”.

Ayuh kita tadabbur,
      
      1)     Orang miskin:
Jika di akhirat kelak, siapakah yang dipanggilkan sebagai golongan “muflisin”? orang tersebutlah yang kita perlu selamatkan dengan memberikan makanan selagi ia masih ada, orang tersebut ada penyakit “wahan” dalam dirinya. Justeru, kita perlu dakwahi dan mentarbiyah mereka supaya “hati yang wahan” itu, diberikan hak makanan, dan makan makanan dari jenis  yang kita sukai iaitu tidak muflis.

      2)     Anak Yatim:
Siapa anak yatim yang di maksudkan? Jika anda masih ingat lagi dalam surah Al-Maun ada di ceritakan, tapi takpe, bagi peluang la untuk di jelaskan, eheh.

Apakah, yang dibutuhkan oleh seorang anak daripada Ibu Ayahnya? Jika anda kata, tempat tinggal, duit belanja, makanan, hantar ke asrama, itu masih tidak cukup dan masih dipanggil “Anak Yatim”, kerana didikan atau tarbiyah masih tidak dapat dari ibu ayahnya, kerana itulah, seorang ayah dan ibu perlu memberikan Hak yang secukupnya pada anak mereka, dari segi tilawah, tazkiyah dan Taalim.

Justeru, jika hendak di “bumi”kan, anda lihat sahaja sekeliling anda, berapa ramai yang masih belum di tarbiyah? Mereka semua itulah adalah “Anak Yatim”, dan anda, Ya Anda, perlu memberikan hak “makanan tarbiyah” kepada mereka, susah ke?? Sebab itulah, Allah guna perkataan hajati dan di sukai, jika anda rasa selamat, sejahtera dengan tarbiyah, maka perkara itu perlu di rembeskan pada madu’ sekeliling anda “supaya jadi mutarobbi”.

      3)     Orang tawanan
Anda pernah menawan atau menjala orang?? Selepas tawan, apa yang anda lakukan pada mereka? Perhatikanlah Seerah sahaja, jelas menunjukkan layanan terhadap tawanan sehingga ramai yang masuk islam, kerana apa? Kerana “hati” mereka telah tertawan. Kita pula bagaimana? berjayakah dalam menawan hati para madu’ kita, atau menghukum mereka ketika kefahaman islam masih belum menghunjam kukuh? Atau Memaksa mereka membuat kata putus ketika hak mereka masih belum diberi? Program - program tajmi’ yang dilakukan, bersiri – siri, makanan yang telah menelan banyak kos, adakah telah mula di follow-up? Atau tiada hadaf untuk menawan hati mereka? Betapa jauhnya perbezaan di antara dua usaha, iaitu ;
          1)      Usaha hanya semata –mata untuk menjaga kebajikan manusia meskipun penat manapun, dan
               2)     Usaha untuk bersama – sama mentarbiyah dan Dakwah secara syumul, penyertaan yang mengorbankan jasmani, memenatkan fikiran dan menyentap nyawa dan ruh. (1) Langkah bermula, Bab 10. Tansiq & syumul

Aduhai Daie. Dakwah kita, adalah Dakwah Taghyir (yang mengubah), Dakwah kita, Dakwah kasih sayang, kerana itu yang merubah, dan kasih sayang itu perlu di tackle dengan tawan “hati”nya, dan perlu di follow up. Apakah Makanan bukan keperluan hidup? Dan Adakah Tarbiyah bukan keperluan manusia? Jika anda  setuju, dan masih belum memberi pada manusia, maka anda sedang membunuh mereka, Anda sedang membunuh para tawanan.

“(sambil berkata Dengan lidah atau Dengan hati): "Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”
(Surah Al-Insan : Ayat 9)

Masya Allah, Ikhwatifillah,
Apakah masih ada  lagi sungutan dan rasa down kerana tidak ada respon dari madu’, mesej tidak di reply berasa lemah, call tidak di angkat mula bersangka – sangka, di kritik oleh madu’ mula meletakkan tiada harapan buat si dia? Apakah masih ada lintasan – lintasan ini?. Maka, ayat inilah seharusnya merawat sang murobbi dan Daie.

Ketika lintasan seperti di atas itu datang, maka terujilah sebenarnya, sang Daie itu ikhlas atau tidak, hanya berkehendak balasan dari Allah semata-mata atau ada mengharapkan pada manusia. Jika mengharapkan sesuatu dari madu’nya atau ingin madu’nya berterima kasih dengan penat lelah usahanya selama ini memberikan sentuhan dan mentarbiyah si madu’, maka ketika itu, habislah keikhlasan itu. Hilanglah Hidayah itu, Muflislah amal – amalnya.

Oleh kerana itulah, kesyumulan dakwah merupakan satu ketinggian. Hanya mukmin yang kuat sahaja yang mampu mendokongnya.

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut ia kenakan Kami azab hari Yang padanya muka orang-orang Yang bersalah: masam berkerut-kerut".
(Surah Al-Insan : Ayat 10)

Kerana akhirnya ikhwatifillah,
Apa yang kita imani ini, beramal dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan ini, Hanyalah keyakinan kita pada waktu yang pasti tiba, kita semua pasti hadapi, setiap seorang dari kita. Kerana kita takutkan Azab pada hari yang Maha dahsyat itulah, kita melakukan kerja yang sangat “Dahsyat ini”. Inilah dasar segala tindakan kita. JELAS. Apakah yang lebih di impikan oleh seorang mukmin itu selain tidak ingin di Azab dan ingin bersegera bertemu Allah, melihat wajah Allah. Dan mendapat hasil yang pasti atas usaha yang “dahsyat” tadi di dunia. Allah hu akbar.

Ikhwah, sedikit masa lagi kejayaan itu tiba, sedikit masa lagi Hari perhitungan itu bakal tiba, sedangkan kita masih berada di hadapan komputer dan boleh membaca lagi. Apa tunggu lagi!! Berhubunglah dengan madu’ mu, seranglah mereka dari setiap sudut, seperti mana juga si Syaitan menyerang Hamba Allah dari setiap genap.

Jika Syaitan dan musuh boleh serang setiap inchi hidup kita, Kenapa Daie itu tidak rela lagi menyerahkan setiap genap hidupnya untuk dakwah ilallah ini demi menegakkan Al-Haq dan mengembalikan Ustaziatul alam? Apakah yang lebih di inginkan oleh seorang Daie dan Murobbi melainkan mengorbankan segala inchi yang ada dalam hidupnya untuk para Madu’ dan Mutarobbinya !!


Thursday, March 6, 2014

Akhi dan Baitul Dakwah


Buat Akh yang bakal menerima ku,

Akhi,
Nikmat Tarbiyah dan Dakwah inilah telah memberikan hidup ini penuh bermakna, bila merasai kasih sayang Allah melalui nikmat ini.

Ketika mana, Ana membedah tafsir Ibnu Kathir berkenaan surah Al-Mudathir ini, dalam Liqo', ini yang ana temui dalam khazanah ilmu, ini juga harapan, bila kita di izinkan ber-BM kelak, namun hadamkanlah ia terlebih dahulu..



Akhi,
Pernahkan akhi menghadami ruh surah Al-Mudathir?

Apakah yang akhi harapkan dengan ber-Baitu lMuslim kelak?

Masih samakah lagi, kefahaman mu untuk berkeluarga sebelum mengikuti tarbiyah dan selepas bersama atas jalan Tarbiyah dan Dakwah ini?

Moga perkongsian ini, menambahkan Himmah, Hammasah buat akhi dan diri ku ini, serta dirasai oleh keluarga besar dan anak - anak kita kelak, sehingga terbina masyarakat islam yang kita idamkan, sehingga akhirnya menyumbang kepada Ustaziatul Alam.

 _____________________


Akhi,

Di awalan bahagian Ruh surah Al-mudtahir itu sendiri, mensyuruh kita agar melakukan dakwah gila - gila, ketika mebedahi surah ini, ana menjumpai satu hadis yang sangat membekas dalam diri, jika ketika kita bergerak berseorangan kita telah padu hebat dalam Dakwah ini, sehingga makan, minum, pakaian dan tempat tinggal kita, kita  tidak sempat ingat akan diri kita sendiri kerana madu' kita, Maka apabila telah berbaitul Muslim kelak, maka seharusnya menjadikan ia Baitul Dakwah yang hidup dan Mati kita untuk Dakwah ini.


Melihat kelibat seorang sahabat Rasulullah yang mengembirakan ana akan kisahnya, ketika Baginda sedang bermuayasyah dengan para sahabat, di tegurnya Banginda ke hati Abu Dzar dengan satu hadis ketika turunnya surah Al-Muadathir ini, Abu Dzar ini merupakan salah seorang sahabat nabi yang tinggi cita - citanya, Taiko dalam Amalnya, bila makcik hidayah menerpanya, beliau menggenggam seeratnya, dan bersungguh itqan dalam bekerja, sehingga pernah berjaya mentarbiyah, pada awalnya hanya seorang sahaja iaitu Abu Hurairah, kemudian berjaya mentarbiyah satu kaumnya. (untuk lebih details tentang beliau, Daei itu seharusnya telah hadam buku 65 sahabat, ana kira akhi telah mengahadamnya untuk diceritakan pada anak - anak kelak dengan kisah - kisah sahabat yang hidup dan juga seerah Raheeq al-Makhtum)

Akhi!
Rasulullah sedang menuturkan hadis power ini, pada orang yang kita tahu telah buat beramal sehabis baik, bukan buat sekadar untuk lepas tangan, jauh sekali untuk bermain - main kerana risaukan azab Allah dan mengharapkan janji Syurga-Nya kelak, itupun Rasulullah masih sebut, :

"ketahuilah, jika kamu nampak/ rasa apa aku rasa, nescaya ...

Engkau tiada masa untuk berlebihan tidur,
Engkau tiada masa untuk gelak ketawa,
Engkau tiada masa untuk berchating mesej sia-sia,
Engkau tiada masa untuk pergi membeli belah hujung minggu berkilometer jauhnya,
Engkau tiada masa untuk bersuka-suka bersama isteri apatah lagi,
Engkau tiada masa untuk, melakukan dosa, maksiat di depan dan belakang manusia,
Engkau tiada masa lagi, untuk sekadar jadi keyboard warrior,
Engkau tiada masa lagi, untuk menonton movie, bermain komputer,
Engkau tiada masa lagi, untuk pergi McD beli peluru bunuh saudara kita,
Engkau tiada masa lagi, untuk berputus asa, hanya bersusaha dan berusaha kerja kita,
Engkau tiada masa lagi, untuk fikirkan diri sendiri, hanya untuk ummat manusia,
Engkau tiada masa lagi,untuk membuang masa, berkhayal benda sia - sia apatah lagi berdusta,
Engkau tiada masa lagi, mengharapkan pada manusia, tapi pada Janji Allah yang pasti,
Engkau tiada masa lagi, untuk tidak menerima dakwah itu, kerana kita yang memerlukan dakwah ini,
Engkau tiada masa lagi, fikirkan benda yang remeh, kerana setiap saat engkau akan melakukan perkara yang besar.
Engkau akan banyak menangis dan Rapat dengan-Nya.
Engkau tiada masa lagi, untuk meraih dan mengejar keuntungan dunia sahaja.
Engkau tiada masa lagi, untuk berlengah melaksanakan tugas Syahadatul Al-Haq itu,

Akhi,
Ketahuilah juga, ganjaran golongan awal ini, tidak sama dengan mereka yang berikutnya... Di fasa Mekah juga ada keluarga dakwah seperti Khadijah, Sumayyah, Abu bakar dan anak - anaknya. Moga kita juga menjadi keluarga dakwah yang awal, yang hidup dan matinya untuk Tarbiyah dan Dakwah.

Sebulan yang akan datang kita tidak ketahui apa yang akan terjadi. Mungkin dalam sebulan ini, Allah telah tetapkan ajal kita, sebelum tiba masa hari akad nikah, sesungguhnya ana sangat tidak sabar hendak berjumpa dengan Allah... tetapi bila melihat amal diri sendiri rasa takut pula datang berjumpa dengan Allah... Allah hu..

Akhi,
Ana berdoa minta Allah persiapkan diri ini untuk dakwah dan ana minta Allah kurniakan ana mati syahid. Namun, selepas itu, Allah takdirkan proses BM ini berlaku, dan ana bermuhasabah, "Adakah Allah nak persiapkan diri ana untuk Dakwah dengan ber-BM ini?", Ana putuskan untuk meneruskan Baitul Dakwah ini, sebab ana thiqah dengan pegangan fikrah dan kehidupan Tarbiyah dan Dakwah akhi, kemudian ana tawakkal kepada Allah dengan sangat yakin. Ana yakin, Allah pasti telah menentukan yang terbaik untuk ana terus thabat atas jalan dakwah dan thabat dengan fikrah Tarbiyah dan Dakwah ini.

Akhi,
Harapan ana sangat besar dengan Baitul Muslim yang bakal didirikan ini, agar lebih melaju dalam Tarbiyah dan Dakwah ini. Akhi juga mempunyai harapan yang sama. Tatkala ini, kita harus perbanyakkan doa, moga Allah menjadikan Baitul Dakwah ini wasilah yang mengikat diri kita dengan Tarbiyah dan Dakwah lebih kuat lagi.

Allah yang Maha berkuasa sahajalah yang mampu menentukan apa sahaja untuk kita seperti mana kehendaknya.

Moga Allah memelihara niat yang benar hanya kerana Tarbiyah dan Dakwah kita ber-BM. Moga juga, Allah memilih kita untuk bersama Rasulullah dan sahabat, untuk bersama di hari esok.

Wednesday, February 26, 2014

Oh Thaif !




Oh Thaif

أللهم إليك أشكو ضعف قو تى ، وقلة حيلتي ، وهو ا ني على النا س ، يا أرحم الر ا حمين ، أنت رب المستضعفين ، وأنت ربي ، إلى من تكلنى ؟ إلى بعيد يتجهمني ؟ أم إلى عد و ملكته أمري ؟ إن لم يكن بك علي غضب فلا أبلى ، ولكن عا فيبك هي أو سع لى ، أعو ذبنو ر و جحك الذي أشر قت له الظلما ت ، وصلح عليه أمر الد نيا والآ خرة من أن تنزل بي غدبك ، أو يحل علي سخطك ، لك العتبي حت تر ضى ، ولا حو ل ولا قو ة إلا بك.

 “Ya Allah, kepadaMu juga aku mengadukan kelemahan kekuatanku, kekurangan siasatku dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai Yang Paling Pengasih, Engkau adalah Rabb orang-orang yang lemah, Engkaulah Rabbku, kepada siapa hendak Kau serahkan diriku? Kepada orang jauh yang bermuka masam kepadaku, ataukah musuh yang akan menguasai urusanku? Aku tidak peduli asalkan Engkau tidak murka kepadaku, sebab sungguh teramat luas afiat yang Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung dengan cahaya wajahMu yang menyinari segala kegelapan dan yang kerananya urusan dunia dan akhirat menjadi baik, agar Engkau tidak menurunkan kemarahanMu kepadaku atau murka kepadaku. Engkaulah yang berhak menegurku hingga Engkau redha. Tidak ada daya dan kekuatan selain denganMu.”

Ohhoi.

Itu adalah Sabda Nabi S.A.W yang berbentuk doa yang sungguh menyayat hati tatkala baginda keluar dari Thaif dan singgah sebentar di sebuah kebun anggur milik Utbah dan Syaibah. Ketika itu baginda merasakan perasaan duka dan lara yang memenuhi hatinya kerana penduduk Thaif menolak sama sekali da’wah baginda kepada mereka. Bahkan tolakan mereka diikuti pula dengan cercaan dan maki hamun serta lemparan batu kepada baginda dan Zaid bin Haritsah yang menemani baginda. Di sini diperlihatkan satu bentuk mehnah psikologi dan mental yang amat berat buat Murobbi agung, baginda sehinggakan baginda S.A.W. dalam satu hadith riwayat Al-Bukhari dengan sanadnya dari Urwah bin az-Zubair daripada Aisyah r.a menyatakan bahawa ia merupakan saat yang paling berat dalam hidup baginda. Di dalam teks Raheeq Makhtum diceritakan bagaimana penduduk Thaif dari golongan hamba sahaya, anak-anak kecil dan orang-orang jahat dari kalangan mereka mengekori beliau sehingga tiba ke kebun anggur itu, iaitu kira-kira tiga batu dari bandar Thaif sambil mencaci dan melemparkan batu kepada baginda dan Zaid. Ikhwah bayangkan dari semua lapisan manusia membuli, mencerca, meraging para Duat dan pembulian tersebut bukan sekejap, namun jauh dari Thaif hingga ke kebun… Allah hu. Pada ketika itu dikisahkan terumpah baginda yang basah dengan lelehan darah sedang Zaid bin Haritsah mengalami luka-luka yang amat banyak di kepala dan badannya demi melindungi Rasulullah S.A.W. Tahukah anda, berapakah umur Zaid ketika itu?? Sangat muda terjebak dalam gerabak Tarbiyah dan Dakwah ini, Justeru, jangan di banding usia Tarbiyah seseorang, yang penting amalan terhadap kefahamnnya itu.

Dakwah baginda di Thaif ini merupakan satu contoh daripada sirah baginda yang luas bagaimana manusia sanggup bertindak dalam menentang da’wah islam yang mengakui kekuasaan Allah S.W.T dan segala ruang lingkup kehidupan yang berteraskan kebenaran akidah islam.

Demikianlah keadaan baginda dalam usahanya untuk menyampaikan risalah islam kepada umatnya. Baginda menempuhi mehnah, tribulasi yang hebat namun baginda tetap bersabar dan tidak pernah sekalipun berputus-asa melainkan terus menerus memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar diberikan kekuatan kepadanya. Beginilah karakteristik yang ditonjolkan oleh Nabi S.A.W kepada umatnya yang ingin membawa dan menyambung usaha da’wahnya di muka bumi ini. Atas kesedaran yang jelas bahawa tugas ini adalah tanggungjawab setiap individu muslim dalam apa jua keadaan dan situasi, haruslah usaha dan kefahaman itu dialurkan dengan tukjukan dari da’wah Nabi S.A.W. serta segala sunnahnya dalam da’wah. Itulah langkah da’wah yang panjag tetapi asli, langkah yang jauh tetapi pasti. Bahkan, dapat kita ambilkan sebagai pengajaran akan sikap Nabi yang tidak menyetujui akan cadangan malaikat Jibril dan malaikat penjaga gunung untuk meratakan – Akhsyabaini.

Sebaliknya baginda mengharapkan agar Allah S.W.T mengeluarkan dari kalangan mereka yang menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Di dalam keadaan baginda yang kesedihan dan kedukaan, baginda tetap mengharapkan kebaikan dari mereka. Itulah satu bentuk pemikiran yang ideal bagi para da’ie yang ingin memperjuangkan kalimah لاإله إلاالله di muka bumi ini. Tindakan Rasulullah ini merupakan satu bentuk tindakan yang memaparkan rasional Rasulullah yang tetap berfungsi dalam keadaan yang mana emosi baginda terganggu. Inilah yang diperlukan dalam diri da’ie; rasional dalam apa jua keadaan, selari dengan sabda baginda S.A.W :

 لا يؤ من أحدكم حت بكون هواه تبعا لما جئت به 

untuk umatnya tidak mengikut hawa nafsu. Begitulah yang dimahukan oleh baginda bagi mereka yang mendukung Ad-Deen Allah ini agar senantiasa memupuk rasa belas kasihan kepada mereka yang tidak memahami Ad-deen ini dan agar kita terus menerus memohon dari Allah agar kebaikan dikeluarkan dari sisipan kezaliman dan kejahilan mereka.

Kata-kata baginda di dalam doa tersebut merupakan kata-kata yang mengharapkan redha Allah semata-mata. Kata-kata yang menggambarkan kelemahan manusia serta rayuan dari kekuasaan Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih agar menghulurkan kekuatan dan keteguhan iman. Doa tersebut juga menggambarkan kebergantungan Rasulullah S.A.W kepada kurniaan dan afiat Allah S.W.T. serta harapan yang menggunung tinggi agar tidak dimukai Allah S.W.T.

Beginilah kehendak Allah S.W.T daripada hamba-hambanya agar merasakan kelemahan diri yang hina ini di hadapan kekuasaan Allah S.W.T yang mana disampaikan daripada perbuatan Rasul-Nya. Tatkala tiba di kata-kata :

  إن لم يكن بك علي غضب فلا أبلى ,

Tergambar satu bentuk perasaan dan pemikiran yang secara terang-terang menyerlahkan peribadi Nabi S.A.W yang ikhlas kerana Allah, tanpa mengharapkan apa-apa melainkan redha Ilahi. Di sinilah  terpancarnya satu sifat yang amat penting buat para da’ie yakni ikhlas kerana Allah, redha dengan segala tribulasi dan ujian asalkan Allah S.W.T tidak murka kepada diri kita. Di sini juga Rasulullah menunjukkan himmah dan keazaman yang tinggi dalam menyebarkan agama islam yang suci ini. Haruslah bagi kita yang ingin membawakan agama ini menyedari bahawa jiwa, perasaan suka-duka, dan diri kita ini adalah untuk membawa amanah yang besar ini, amanah yang tidak sanggup dipukul oleh bumi dan gunung-ganang melainkan manusia yang zalim lagi bodoh. Segala usaha kita hanyalah untuk menggapai redha-Nya dan atas setiap musibah yang menimpa, kita juga turut redha dengan kehendak Allah S.W.T.

Perkara pokok yang harus disedari oleh para da’ie adalah jalan da’wah ini tidak pernah lengang dan sunyi dari ujian dan dugaan. Inilah jalan yang sukar tapi pasti. Inilah jalan yang sakit tapi syurga menanti, Inilah jalan yang sesak dada terasa sempit tapi pintu Syuhada terbuka.

Oleh kerana itulah harus disemai sifat rela berkorban, bermula dengan kehendak dan himmah yang tinggi dari dalam diri demi tertegaknya kalimah لاإله إلاالله di segenap pelusuk muka bumi. Itulah pengorbanan jiwa dan fizikal yang dipaparkan oleh Rasulullah dalam kata-katanya itu. Ini selaras dengan kata-kata Imam al-Banna:

•      يبْذل كلّ مَالِه ، وَكُلَّ دَا مِه، وَكُلَّ نَفسِه ، فِى جهَا دِ سَبيلى عَقِيدَةِ التِى امَنَ بهَا

“Seseorang yang mengorbankan harta, darah dan semua nafasnya utk membela akidah yang di yakininya, dan ia menjalani kehidupannnya kerana akidahnya itu”

Di dalam Fiqh Sirah karangan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti, beliau menyatakan :

Di dalam do’a restu baginda ke hadrat Ilahi ketika baginda berehat dan penat lelah di pokok-pokok di dusun anak-anak Rabi’ah nampak sekali kelemahan dan keperluan manusia kepada pertolongan Ilahi dan inilah pengakuan kehambaan manusia kepada Tuhan Rabbul ‘Alamin; Di dalamnya juga menampakkan pengaduan RasuluLlah kepada Allah Subhanahu Wataàla di samping merestui pertolongan dan kurniaannya, juga terbayang kegelisahan apakah ini suatu kemurkaan dari Allah kerana sesuatu perintah yang telah terlanggar. Oleh yang demikian di antara do’a restu baginda “Sekiranya ini tidak mendapat murka maka tidaklah hamba hiraukan”.

Di sini digambarkan oleh Sa’id Ramadhan al-Buti bagaimana Rasulullah mengajarkan kepada umatnya untuk mengakui kehambaan kepada Allah S.W.T. dan kebergantungan dengan-Nya seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Demikianlah sifat-sifat yang terpapar di dalam sirah Nabi pada ketika baginda memanjatkan doanya itu kepada Allah S.W.T yang Maha Mendengar. Kasih terhadap mereka yang di da’wahi, bersabar atas ujian dan dugaan, redha dengan ketentuan Allah S.W.T walau apa jua bentuk dugaan yang menimpa, tidak berputus harap pada bantuan dan maghfirah Allah, serta berkorban apa saja demi memperjuangkan agama Allah yang suci dan benar ini. Inilah panduan buat para da’ie yang ikhlas dalam medan da’wah ini.

Moga hati yang menulis dan membaca mendapat pengajaran dan iktibar dari sirah Nabi S.A.W. ini. Wallahu’alam 

Tatkala Jalut dan tentaranya Telah nampak oleh mereka, merekapun (Thalut dan tentaranya) berdoa: “Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.”
(Al-Baqarah:250)