-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, February 23, 2014

Bedah : Hadiah buat seorang yang bernama Murobbi





مسند أحمد (32/ 204)
 عَنْ رَاشِدِ بْنِ حُبَيْشٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ يَعُودُهُ فِي مَرَضِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَعْلَمُونَ مَنْ الشَّهِيدُ مِنْ أُمَّتِي فَأَرَمَّ الْقَوْمُ فَقَالَ عُبَادَةُ سَانِدُونِي فَأَسْنَدُوهُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ الصَّابِرُ الْمُحْتَسِبُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيلٌ الْقَتْلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْغَرَقُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ شَهَادَةٌ وَالنُّفَسَاءُ يَجُرُّهَا وَلَدُهَا بِسُرَرِهِ إِلَى الْجَنَّةِ


Dari Rasyid bin Hubais, Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam menemui ‘Ubadah bin Shamit untuk menjenguknya ketika dia sakit. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Apakah kalian tahu, siapa yang diistilahkan syahid di antara umatku?” Semua terdiam. ‘Ubadah berkata; “Sandarkanlah saya”, mereka pun menyandarkannya. Lalu Ubadah berkata; “Wahai Rasulullah, yang dinamakan syahid adalah orang sabar yang mengharapkan balasan dari Allah”. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Kalau begitu orang yang syahid dari ummatku sangat sedikit, padahal orang yang terbunuh di jalan Allah Azzawajalla adalah syahid, orang yang mati terkena wabah adalah syahid, orang mati tenggelam adalah syahid, orang yang mati karena sakit perut adalah syahid, wanita yang meninggal karena melahirkan anaknya, anaknya menariknya dengan tali pusar untuk masuk ke surga”. (H.R. Ahmad)

Lafadz yang berbunyi;
وَالنُّفَسَاءُ يَجُرُّهَا وَلَدُهَا بِسُرَرِهِ إِلَى الْجَنَّةِ
“Wanita yang meninggal karena melahirkan anaknya, anaknya menariknya dengan tali pusar untuk masuk ke surga”


Lafadz ini menunjukkan wanita yang mati kerana nifas, yakni setelah melahirkan anak mendapatkan pahala mati syahid sebagaimana orang yang mati karena wabah, tenggelam, dan sakit perut. Wanita yang mati karena nifas akan di tarik anaknya menuju syurga.

________________________________________

Ayuh kita Tadabbur dalam Analogi Tarbiyah dan Dakwah, begini :

Ikhwah ti fillah, kenapa kisah ini, Baginda Rasulullah berbicara ketika bertemu sahabatnya lelakinya yang sedang sakit. Ya, Lelaki.

Perhatikan.

Ketahuilah, untuk melahirkan seorang anak itu cukup payah, sukar, terpaksa menahan sakit, emosi, banyak masanya berfikir kepada kandungannya, bila detik kelahiran si anak, si ibu akan berfikir ingin lahirkan dimana? Apa yang hendak di beri makan pada si anak dalam tempoh mengandung?,  Apabila saat hendak di lahirkan, si ibu akan bertarung nyawa, bukan 2 minit, bukan juga setengah jam, tapi berjam jam, dengan meneran, dengan mujahadah untuk melahirkan si anak, dari satu saluran yang kecil, untuk melahirkan sebesar botol 1.5 liter. Allah sukar hendak di gambarkan dan begitu perit detik - detik tersebut, jika berjaya dan hidup si ibu Alhamdulillah. Jika meninggal, syahid gelaran buatnya.

Para Murobbi, murobbiah sekalian,

Begitu jugalah dalam proses hendak melahirkan seorang mutarobbi, ianya bukan suatu proses yang mudah, bukanlah boleh dinikmati hasil padinya dalam masa yang singkat, jika seorang ibu itu mengambil masa 9 bulan, apatah lagi hendak membina madunya, ia bukan hanya sekadar kita berdoa, tapi usaha kita, muayasyah kita, jagaan hak tarbiyah mereka, sensitif keadaan ruh tarbawi mereka, me-muwajjih cara fikir mereka, follow up hari – hari dalam hidupnya, bermimpikan mereka, mendoakan dalam solat doa kita.

Maka, bersabarlah dalam membinanya, boleh sahaja Allah nak lahirkan anak itu dalam masa 1 hari, atau seminggu, tapi 9 bulan itu menunjukkan tempoh masa, fasa tarbiyah ini, ada tahap-tahapnya, tidak boleh gopoh dalam pembinaannya, tidak boleh petik buah sebelum masak dengan ranumnya. Maka, kata kuncinya, bersabarlah dalam membinanya. . .

Lantas, ganjarannya apa ikhwah?, jika kita belum sempat melihat hasilnya sekalipun, namun ditarik ruh dari jasad ini tatkala kita sedang membinanya. Allah. Syahid ikhwah ganjaranya.

Syahid itu, tidak perlu dihisab amalnya.

Syahid itu, tiket short cut ke kampong asal kita, Syurga.

Syahid itu, sepatutnya di dambakan seharian kita.

Kerana syahid itulah, motivasi saya setiap kali operation, setiap kali perbualan saya, setiap hari dalam detik hidup kita.

Selamat memilih jalan menjadi murobbi/ah, ianya satu pilihan yang sukar, namun ganjarannya juga setimpal dengan kesukarannya. “Asma amanina”


Kenapa masih menanguh! Pilihlah menjadi murobbi sekarang!



*kelmarin, 2 berita yang ku terima, ikhwah yang dalam perjalanan pergi dan pulang dari usrah kemalangan, seorang di kuantan, Malaysia dan 3 orang di USA. Moga ganjaran besar di berikan buat mereka, jika di tarik ruh mereka, pengakhiran mereka cukup mulia. Sungguh aku cemburu dengan mereka.

Saturday, February 22, 2014

Apa yang besar dalam hidup mu!



Akhi ku, Apa yang besar dalam Hidup mu!
Jika subuh pun engkau liat untuk mujahadah bangun.

Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika program kolej, fakulti, persatuan engkau boleh bersengkang mata bertahan,
Kenapa program Tarbiyah di kau tidak sanggup komit dan rela.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika majlis keramaian, hari jadi, walimah kahwin boleh di dahulukan,
Kenapa bukan usrah dan program tarbiyah di dahulukan dari yang lain. Sehingga bila usrah nak dijadikan rangking no. 2 dan 3.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika peperiksaan, engkau boleh berjaga malam, pulun sehabisnya.
Kenapa qiammullail engkau tidak kelihatan oleh malaikat.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika engkau tahu jadual akademik kuliyah dan kerja masuk dan keluar jam berapa.
Kenapa engkau tidak buat jadual untuk bertemu madu, mutarobbi mu, subuh jumpa seorang, zohor jumpa seorang lagi dan seterusnya.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika engkau boleh adakan masa untuk membaca buku study sehingga habis hanya satu malam, dan membaca akhbar harian.
Kenapa bukan buku seerah dikau habiskan sedangkan sudah membelinya setahun yang lalu.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika kesalahan engkau, engkau mudah merayu, menuntun di maafkan,
Kenapa bukan kita dahulu yang memaafkan kesalahan ikhwah, dan manusia yang lain.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika engkau masih berfikir dan berkira – kira untuk diri sendiri,
Kenapa masih tidak ada Ithar dan berfikirkan saudara kita yang lain.


Akhi ku, Apa yang Besar dalam hidup mu!
Jika engkau boleh menunaikan janji manusia,
Kenapa tidak menunaikan janji Allah terlebih dahulu, Syahadatul Al-Haq, “Qolu bala Syahidna”.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika di kau masih boleh pergi kerja seawal pagi, balik kerja lewat malam, kata mu untuk mencari rezeki,
Kenapa tidak boleh adakan masa, seminggu sekali untuk ke usrah kerana rezeki Allah dah putuskan.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika masa IPT, di kau kata nak fokus study, masa kerja akan All out.
Kenapa bila kerja, engkau masih tidak laksanakan katamu, bahkan sebahagiannya sudah tidak kelihatan.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika dikau sanggup menukar gajet yang menelan kos sekian banyaknya,
Kenapa tidak sanggup membaiki asset dakwah dan membeli asset untuk dakwah yang pasti jaminannya.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu,
Jika boleh ber-Facebook, me-reply segala mesej whatsapp,
Kenapa masih tidak boleh habis mutabaah amal mu, tidak istiqamah bacaan Al-Quran mu.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika dikau gembira berada atas jalan Tarbiyah dan Dakwah ini,
Kenapa dikau masih menangguh menjadi murobbi untuk berkongsi gembira tersebut pada manusia sekeliling mu.


Akhi ku, Apa yang besar dalam Hidup mu!
Jika pengisian membakar sudah di beri, teori telah hadam di capati, cara telah di tunjuki,
Kenapa masih tidak membuahkan amal, tidak cukup lagikah kisah dari para sahabat yang sidikit dalilnya, banyak amal mereka.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika masih melayan dosa dan Jahiliyah,
Sedangkan kamu telah faham azab dan pengakhirannya, Kenapa masih bertangguh hah.


Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!

Mana janji, kata faham mu pada Tujuan Hidup !!
Mana janji, kata faham mu pada tugas Ibadah dan Khalifah !!
Mana janji, kata faham mu pada Solat dan Zakat !!
Mana janji, kata faham mu pada Tarbiyah dan Dakwah !!

Friday, February 21, 2014

posto posto



Berfikir fikir,

Adakah menulis ini, masih menjadi medan aku lagi, sedangkan "sentuhan cendikiawan" itu lebih di butuhkan. Seerahnya, Di fasa mekah dahulu, boleh sahaja Rasullullah hendak hanya menghantar surat-surat ke Yaman, dan madinah untuk melakukan dakwah, namun betapa pentingnya manusia bertemua manusia itu, akhirnya Rasulullah menghantar muadz b. Jabal dan Musab bin Umayr untuk menyentuh hati - hati daisana, itulah Fiqh Dakwah yang cuba di sampaikan,

Post dan share di Facebook, buat video, siapkan lagu nasyid, dan yang lainya sebagai perantara mesej yang bukan melalui manusia sebagai sumber primer, semua itu suatu yang baik, namun manusia bertemu manusia itu lebih muntij, lebih terbina hubungan hati, lebih dekat untuk menyentuh hati, kerna dakwah kita perangi hati madu' kita terlibih dahulu, bukan akalnya dan jasadnya.

Namun, kerana rasa, pengalaman dan kefahaman itu perlu sentiasa di kongsi dan di semak, ini menjadi salah satu tempat, tapi bukan fokus utama.

Aku butuhkan komen kalian.


Wednesday, January 15, 2014

Tarbiyah Rijal Dakwah 1


Kerana Tarbiyah itu mengubah jutaan manusia, mengubah cara amal manuisa dan mengubah dunia.

Tarbiyah itu, ia membuatkan seseorang itu Himmah yang tinggi, jiwa dan ruh nya hidup dan menjadi harapan buat Ummah, sehingga menghidupkan fizikal yang sudah tidak bermaya.

Tarbiyah itu, ia membuatkan seseorang itu hanyut dalam keseronokkan dakwah, luhur susuk tubuhnya untuk di wakafkan buat Ummat semata - tiada, tiada kepentingan peribadinya langsung, yang ada dihadapannya adalah adalah untuk memastikan islam menjadi "Rahmatan Lil alamin" iaitu kiblat semula (UA).

Tarbiyah itu, mengubah nafsu hidupnya daripada berkiblatkan wanita cantik wajah gebu, jejaka tampan hidung penyek kepada tidak bernafsu kerana hanyut dalam merawat madu'nya, rasa kasihan melihat realiti Ummat, tidak senang melihat manusia, hubungan dengan Allah akrab dan mengingati kematian sangat dekat dalam benaknya !

Tarbiyah itu membuatkan, manusia sekelilingnya melihat diri rijal itu pelik, kerana setiap perbuatannya dilakukan serius, tiada masa bermain - main dalam sehariannya apatah lagi bergurau kosong dan bercerita perihal dunia, manusia pelik melihatnya kerana tidak bermain game, DOTA, Blackshot, Candy Cram, baca komik. Jahiliyah seakan tidak diberi peluang dan nafas untuk hadir dan hidup walaupun sesaat pada rijal itu.

Akhirnya, nikmat "wahan" itu di tarik pada Rijal yang hidup kerana dakwah Ilallah ini, Rijal yang ikhlas ini, Rijal yang benar dan membenarkan Al-Haq ini, Rijal yang meyakini islam akan menang suatu masa nanti dan dirinya menjadikan salah satu bata usaha, Rijal yang bersabar dan mengambil tindakan yang tidak tergopoh gapah ini. Rijal yang sensitif melihat manusia. Inilah Rijal yang merdeka !

Tarbiyah ini mengesani diri Rijal itu, tanpa disedari dirinya.

Tadabburlah ayat ini, yang mampu menggugah peluh jantan anda dan mengubah kefahaman anda terhadapat tarbiyah.

Berdiakah?


................. bersambung .............

Wednesday, January 8, 2014

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 44#



Musim hexzem la kebiasaan Mood "suasana" ini berlaku. Ramadhan lebih kurang satu kisah yang lain, "suasana"nya hampir serupa.

Akh A : Macam mana Lasso anta musim hexzem ni?

Akh B : Entah la, susah nak cari orang, semua sibuk je jadi "Robot", habis ana serang tempat orang berkumpul, macam di surau, tempat makan, tapi tak ketemuan orang yang AT yang di cari.

Akh A : Oh . . . tempat yang memang orang betul - betul kerumun, anta dah pergi Lasso ke?

Akh B : Di mana itu?

Akh A : Dewan hexzem la . . .

Akh B : Hok oloh, ye tak ye jugak kan !!

Akh A : Lasso ni, tujuan hidup kita yup, jangan mengulangi kesalahan sebelum - sebelum ni, bila hexzem je, hilang tujuan hidup. Kalau anta nak tahu siapa "hamba study ni", cuba tengok kesungguhan dia, kalau exam ada dan takde, sama tak kesungguhannya untuk study.

Akh B : Tapi ana sepanjang hexzem ni, Liqo tak de, di "rehatkan"...

Akh A :  . . . . . . (baik tak payah bincang tentang Lasso, kalau nucleus pun takde, hampeh)

Tuesday, January 7, 2014

Apa Teori BM yang diperjuangkan?

[Buku yang saya sarankan baca sebelum di nikahi]



Tulisan kali ini, agak serius. Maka perlu baca word by word.

Apa sebab kamu ingin ber-BM?
Apa yang diharapkan bila ber-BM?
Rela untuk sedikit berada di rumah kerana kesibukan mu pada Dakwah?

Buat akhwat, jika akad itu telah sah, maka relakanlah jual beli Zauj mu dengan Allah tersebut, bahkan kalian bantulah melajukan dakwah itu. Kerana Akad jual beli dengan Allah itu telah termetrai jauh lebih awal dan serius.

Aku risau, jika aku semakin belajar mahir seni bergoyang kaki dan bertambah skill menguap, kerna banyak masa di rumah bersama isteri, anak, saudara mara.

Al-Quran ada menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang ber"matlamat"kan hidup mereka hanyalah hiasan dan kesenangan hidup yang fana. Allah berfirman :

"Dihiaskan (dan menjadi indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak seta kebun-kebun tanaman. Kesemua itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah, pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baik (iaitu syurgaaaaaaaa)”
 [Al-Imran : 14]

Nah, terkadang kita ingin ber-BM atas dasar matlamat di atas, sehingga perbualan harian kita tidak pernah berhenti merisaukan tentang jodoh, perihal mengusik ikhwah BM menjadi topik pertama, jauh… jauh dari berbicara soal kematian, soal madu’, soal takungan tarbiyah, soal ummah. Ya, ia berlaku pada ikhwah akhwat kita. Aku tidak mendengar, ia menjadi perbualan buat generasi awal.

Kerisauanku adalah, apabila selepas ber-BM, hilang….. hilang dari jalan Dakwah ini, kerana apa? Kerana itu matlamat kita. Astaghfirullah. Masih ingatkah kita dengan Hadis pertama Imam Nawawi, yang matlamatnya adalah untuk ber-BM? Maka, ditempelak oleh Allah dan Rasulnya dalam hadis tersebut? (sudah bedah ke dalam Liqo fikrahnya? sila minta pada Naqib segera, wohoho)

Ikhwah ti fillah,  

Bilamana kita menyakini ayat ini (9:111), seharusnya kita fahami bahawa, orang yang beriman itu telah menjual jiwa dan hartanya kepada Allah. Ini bermakna tiada apa-apa lagi yang dikira sebagai haknya. Segalanya telah diserahkan demi kejayaan dakwah ini dan supaya dakwah ini sampai ke “hati” manusia. Ini di nyatakan dalam firman Allah :

"Sesungguhnya Allah telah beli dari orang - orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan peroleh Syurgaaaaaa"
[Al-Taubah : 111]

Di sini kita dapat lihat seorang muslim menjadikan dunia sebagai wakafan untuk dakwahnya, semata - mata untuk memperolehi kesenangan di akhirat nanti sebagai ganjaran kepada segala pengorbanan. Dengan itu, jiwa dan roh mereka bebas merdeka daripada kehambaan dunia. Bersih daripada segala kongkongan syahwat dan hawa nafsu. Tidak terlibat dengan soal yang remeh temeh dan matlamat yang terlalu remeh. Mereka berusaha mengembangkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya. Mereka tidak menjadikan tumpuan mereka pada sesuap nasi, kenderaan, hiasan, tidur yang nyenyak, wanita yang cantik, imej yang palsu dan gelaran yang kosong.[1]

Hina denga cita - cita yang kerdil ini.

Kerana tugas kita berusaha kearah Ustaziyatul Alam itu. Dalam undang - undang Dakwah, yang ada hanyalah perkataan "mengubah" iaitu Taghyir sahaja. Dakwah itu mestilah sehingga mengubah, untuk berubah, mestilah ditarbiyah.

Makanya,
Mestilah berhubung dengan manusia.
Mesti duduk bersamamereka untuk mendidik.

Untuk buat semua ini, anda mesti tinggalkan isteri, anak-anak, masjlis-majlis keduniaan dan kesibukan bisnes anda beberapa jam sehari. Berikan waktu itu untuk dakwah.[2]
 
Bersedikah kita untuk mengejar Ainul Mardiyah di Jannah!

Syeikh al-Kailani ada menjelaskan sifat-sifat Daie itu, iaitu sifat tajarrud kamil (bogel totalitas) dan tenggelam sepenuh dirinya ke dalam dakwah. Daie itu lupa dirinya. Dia tidak nampak kecuali madu'nya. Perkataannya hanya yang memberi kebaikan kepada madu'nya. Dunia daie adalah luas tanpa had, tanpa dipisahkan kedaerahan, tanpa perniagaan, tiada keinginan sendiri dan tiada mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam duniaanya.Yang ada di dalam dunia daie hanyalah para madu' yang di dakwahnya. Itulah perniagaannya, keseronokkannya dan pangkatnya.

"Dia seolah-olah manusia tanpa nafsu, tanpa keinginan dan tanpa keseronokkan dunia. Dia lupa makan, minum dan pakaianya (mandinya). Bahkan lupa dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makluk Allah yakni Madu'nya. Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Qada Allah[3].
 
Itulah Daie Contoh. Itulah sifat orang yang ingin menjadi "Qaedah sulbah", di mana Islam hari ini akan dapat dibina. Mereka yang Qaedah sulbah ini harus Muslim Extreme (ME)

"Demi Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai ke mana sekiranya kita hanya memberikan waktu lebihan untuk diri sendiri, dan kita belum melupai diri dan makan minum kita.[4]"

Jika sebelum ini, kamu kasihan pada akhwat yang sudah berumur, namun tidak di nikahi, kenapa kamu tidak memulakan sunnah hasannah ini? Bila tiba masa mu untuk ber-BM, mulalah berkata, kena mencari yang ideal, kena melihat pada fizikal dan manusiawi....bla..bla.. Bukan kah, teori itu telah kamu ada sebelum ini? kapan mahu Praktikal dari teori mu!

Ainul Mardiyah sedang menunggu mu wahai rijal Dakwah, tinggikanlah impian mu.

BM ini marotib amal, yang seharusnya melajukan Dakwah mu, mengencarkan Tarbiyah mu, melahirkan zuriat mujahid dan mujahidah, bukan menyebabkan kamu semakin bermanja, alpa dan beralasan pula.

Nasihat ini, banyak muhasabah untuk saya, saya dan saya.





[1]  Majmu’ Rasail, Bab kedua
[2] Titik Tolak, Bab 6 : Pelikan cendikiawan
[3] Abdul Kadir al-Kailani, al-Fathu al-Rabbani,m/s7
[4] Muntalaq, Bab 7:Jihad Hujjah, m/s 68

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 43#



Azzam Tahun baru.

Akh A : Akhi.... apa azzam tahun baru masihi anta ni?

Akh B : ermm, Azzam ana nak "rehatkan" malaikat sebelah kiri, nak bagi malaikat sebelah kanan pulak "busy"

Allah hu Ghayatuna !