-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, August 19, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 23#

[ Lasso ]


Sekiranya kita berhasil merekrut satu orang sahaja, nescaya sudah cukup.

Akh B pernah berkata:

Pada suatu kesempatan, saya pergi bersama Akh A ke kota Thukh di Qalyubia.
Undangan tersebut dari jauh terdengar sambutan riuh rendah. Di perjalanan Akh A bertanya kepadaku :

Akh A : Apa pendapat mu tentang acara tadi?

Akh B: “terlalu bising dan suara – suara yang keras itu tidak  membuatkan ku tenang, seperti gendering kosong.

Akh A : Dengar, kita mengikuti jejak Rasulullah saw. Nabi mendatangi orang – orang di pasar dan tidak mendapatkan sambutan kecuali hinaan dan gangguan. Mari kita bersabar atas lambatnya respon yang baik. Sungguh, andaikata kita boleh merekrut satu orang sahaja di antara ribuan orang itu nescaya hal itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Akh A : Hassan Al banna
Akh B : Umar Timisani

m/s 44

Wednesday, July 31, 2013

kesyahidan jauh lebih besar dari kami mencintai kehidupan





[ Ramadhan : Syahidah di Misra ]

Innalillah wa Inna Ilaihi Roji'un

Berikutan serangan samseng di Mansourah. Di antara yang terkena sasaran ialah :

Hala Mohamed Abu She'sha (20 Tahun)

Telah syahid dalam serangan samseng semasa perarakan menyokong legitimasi di Mansourah Jumaat semalam, 10 Ramadhan 1434H.

Status terakhir beliau di akaun facebook peribadi miliknya :

" Kami mencintai kesyahidan jauh lebih besar dari kami mencintai kehidupan, oleh itu jangan cabar kami, bagi kami syahid itu adalah cita-cita tertinggi kami "

Aku si Pencinta Syahid




Bismillah 

Ikhwah fillah

Saya mohon kaum muslimin dan muslimat terus mendoakan saudara kita yang sedang berjuang di Syria dan Mesir serta di tempat lainnya di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan ini . . . . khusus saya mohon bantu doa anak saya yang sedang berjihad di Aleppo (sudah sembilan bulan kurang lebih ) semoga dilindungi Allah Ta'alaa selalu atau diberi pahala syahid jika gugur . . . dan di jadikan beliau ikhlas berjuang untuk kalimat Tauhid saja . . . barakallahu fiikum.
(Gambar dibawah anak saya no 3. Namanya Ibnu Abdurrahim Ayyub )

 -Mesej dari seorang Ikhwah-

__________________________________


Sedang berdoa di Raudhah, terdengar orang di sebelah teresak-esak mendoakn saudara di mesir, berlinangan airmata dibuatnya, semoga Allah makbulkan kesungguhan doanya.
-Mesej dari seorang Ukhti-


Kita ni, serius ke bersungguh!!

Wednesday, July 17, 2013

Tit Tot mesej senyum berDakwah



" Tit Tit "

Masuk mesej :
"Akhi, orang yang hafiz Al-Quran, dapat memberi syafaat pada 10 orang ahli keluarganya, Orang yang syahid dapat memberi syafaat pada 70 orang ahli  keluarga. . . . Tiba - tiba nak mati syahid, boleh bawa ramai orang masuk syurga. . . . cuma, ana terfikir, kalau syahid cuma dapat selamatkan 70 orang dan hanya ahli keluarga, tapi dengan Dakwah dapat selamatkan seramai mungkin!"

Monday, July 15, 2013

Matematik boleh Tadabbur?


Bila Matematik itu, kita mampu untuk Tadabbur, maka melahirkan kefahaman TnD.

Berapa banyak, ilmu yang kita belajar hanya untuk di muntahkan dalam dewan peperiksaan?, dalam temuduga?, hafalan hanya untuk lepas grade? dan hafal fakta untuk menang pertandingan debat dan pidato?

Jika kita muntah, adakah ingin kita makan muntah kita semula?

Belajarlah untuk lebih dari itu, untuk faham benda "two"!!

Surat Pak cik Solah pada Mursi dan Tentera



[Pesanan Dr Solah Sultan kepada Dr Mursi dan Para Tentera]

Ketika ditanya oleh wartawan, sekiranya diberi peluang untuk beliau menulis surat kepada Dr Mursi, apakah yang akan diperkatakan kepadanya?

Dr Solah Sultan menjawab :
"Akanku katakan padanya; Dr Mursi, sesungguhnya Allah bersama kamu, dan bersama kamu jua kehendak rakyat yang telah mengundi kamu, mereka di belakangmu dan bersamamu di setiap pelusuk Mesir, teguh lah! Dan kau akan kembali menjadi pemimpin Mesir, tapi hendaklah kau menjadi pemimpin yang melayan pembuat-pembuat kejahatan selayaknya"

Dan pesanan buat tentera-tentera Mesir :

"Saya memohon kepada kalian, demi Allah percayalah bahawa kami sebahagian dari kalian dan kalian adalah sebahagian dari kami. Kami menyayangi kalian dan menghargai jasa kalian dalam mempertahankan kubu pertahanan dan kami diingatkan dengan peringatan perang "Asyir min Ramadhan" (Perang Oktober).

Kami tidak akan lupa pada sejarah, perjuangan dan perlindungan yang kalian berikan dalam mempertahankan kubu-kubu ini.

Ingin aku katakan bahawa tembakan-tembakan kalian ini sepatutnya menakutkan tentera-tentera Zionis dan dihalakan kepada tentera-tentera Zionis, bukan dihalakan kepada rakyat dan saudara-saudara kalian.

Sebagaimana hadith nabi ada menyebut :
"Meruntuhkan Ka'bah satu persatu itu lebih rendah dari membunuh seorang Muslim tanpa hak"

Di dalam hadith Nabi lagi menyebut :
"Sesiapa yang berkomplot dalam membunuh seorang muslim walau dengan sepatah perkataan, dia tidak akan menghidu bau syurga".

Jangan sia-siakan dunia dan akhirat kalian dengan membunuh saudara-saudara Mesirmu. Aku memohon kepada kalian demi Allah, fahamilah bahawa kami adalah saudara-saudaramu, bahawa kami adalah orang-orang kesayanganmu.

Kami tidak akan membalas kepada kalian kecuali cinta dan kasih sayang melainkan Al-quran yang selalu kami bawa bersama ini akan berada di antara kami dan kalian semua.

Maka bertaqwalah kepada Allah dalam muamalah anda bersama kami sebagaimana kami bertaqwa kepada Allah dalam bermuamalah bersama kalian"

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya #22



Akh A : Akhi, bantu ana sikit, ana asyik bermasalah dengan ahli Liqo' ana je, geram pun ada. Ana pun kadang - kadang rasa, naqib ana tak Carring ana, hari jadi ana pun dia lupa, Penyelesaian akhi?

Akh B : Bawa Liqo.

Akh A : eh, ana ni jenis panas baran akhi, kurang sabar ni, jadi macam mana pula?

Akh B : Conduct Halaqoh.

Akh A : Akhi, apa yang ana fikir, sekitar tu je, tentang naqib, ahli liqo' ana, sikap ana, jadi....

Akh B : Jadi Murobbi, supaya anta nampak benda yang lebih besar, Ummat perlu dibantu akhi, bicara masalah anta tidak berubah seperti sebelum ini.

___________________________________

Buat pemuda yang berjiwa merdeka dan berjiwa besar...

Apabila dikatakan padanya, : "kami ada huwaijah (hajat kecil) untuk kamu tolong selesaikan",

Dia enggan menyelesaikannya dan berkata: "Carilah lelaki yang kecil untuk menyelesaikannya"

*lelaki yang kecil akan berpuas hati dengan kerja yang kecil dan remeh -Muntalaq-