-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, July 15, 2013

Ucapan Mursyidul Am IM buat Mesir & Mursi



[Isi kandungan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin Dr. Badi'e di hadapan jutaan penyokong Presiden Mursi]

Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah-darah para shuhada'.

Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.

Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir, 

Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,

Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan,

kamu telah korbankan para syuhada', saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara-penjara melalui penangkapan yang dibuat ke atas kamu, thaurah tidak akan disia-siakan.

Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang mencetuskan revolusi.

Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya, maka kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat2 kecemasan,mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan bersama pembantu2 mereka.

Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang-orang islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan kamu membantu kami.

     penunjuk perasaan melaungkan :
"kami mahukan mursi! berambuslah wahai sisi!"

Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk berbincang, keislaman kami kebih kuat dari butiran peluru dan kereta2 kebal. Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan ikhwan muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.

Saudara A'kif dalam tahanan sekarang. . Allah malu untuk mengazab orang tua. . Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu. . bagaimana bisa kamu menyeksa orang tua. .

Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi Revolusimu. . Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka?. . . . Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat. dan anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih.

Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya

Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama(agama)nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr. Mursi.
Kita yakin dengan janji Allah :
“Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada siapa yang membantu (agama)Nya”.


Kepada orang-orang kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agama islam dan akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah mengkhianati agamanya, tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah mengarhkan kami untuk menjaga kesucian kamu, nyawa-nyawa kamu, harta-harta kamu dan kami tetap berpegang dengan janji ini.

Aku menyeru kepada seluruh rakyat mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan untuk menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu Dr,Muhammad Mursi.


Terjemahan dari ucapan Mursyidul Am

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya #21



Dalam group wassap. Sorang akh bertanya.

Akh A : 'Antum terawih dimana?'

Sorang akh membalas.

Akh B : 'Ana di hospital.'

Akh A : 'Allah, la tahzan. Ikhwah kita kat mesir lagi lah tak tahu camne keadaan terawih mereka. Subuh berjemaah saja sudah mahu dibunuh.' Mereka di Palestin, Syria dan Mesir punya dua kebaikan, kebaikan berpuasa di bulan Ramadhan dan kebaikan berjihad.

Doa kan mereka saat kita berqiyamullail, dhuha, dan selepas solat. Semoga kita ada jawapan dihadapan Allah nanti.

Pray for Palestine, Syria and Egypt.

_____________________


Akh ini bertanya : Apa target Ramadhan anda kali ini? 20 rakaat setiap hari? Berapa surah hafazan baru? hadith Nawawi dan mula hafal riyadus solihin? Berapa buah buku fikrah? Berapa buah buku di luar bidang? Infaq harian mu? Iftar hari ni, dengan madu' / mutarobbi yang mana satu?


Deringan Handphone siapa



sorang syuyukh.

Beliau diminta untuk memberi taujihat kepada muharrik (penggerak). Tajuknya ada perkataan Daie.

Sebelum mula program, beliau menyuruh semua peserta meletakkan hp masing-masing diatas meja. Tanpa silentkan hp tersebut.

Selepas itu, beliau call satu-satu nombor peserta dan terdengar deringan hp dari peserta. Lagu deringan yang keluar bila panggilan dibuat adalah lagu yang tak melambangkan seorang daie. Pakai jubah, pakai niqab, jadi muharrik, tapi lagu yang digunakan adalah lagu orang putih yang tiada makna dalam kehidupan muharrik tersebut.

Ini boleh menjadi keaiban kepada daie itu kerana, sekiranya mad'unya mendengar naqibnya punga ringtone yg sedemikian, barangkali boleh hilang thiqah.

Dan beliau 'mencantas' kesemua peserta selama 20 minit.


p/s: mungkin ada yang akan kata ni sangat syadid, tapi bagi saya ini memang perlu ditegur kerana menjadi qudwah adalah mesti bagi seorang daie.

Tuesday, June 25, 2013

Adakah Aku berada di Planet yang silap?






Assalamu’alaikum…
Kepada ikhwah yang dikasihi…
kadangkala aku terfikir….

ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?
Bila maksiat di anggap baik dan tak jadi masalah . . Bila beramal dengan Islam dianggap extreme dan jumud . . Bila yang melakukan maksiat menyalahkan si pemberi nasihat kerana tidak pandai memberi nasihat . . Bila yang melakukan maksiat marah kepada pemberitahu bahawa maksiat telah berlaku. sedangkan dia melakukannya terang-terangan . . tanpa segan silu . . di depan ratusan mata . . dengan rakaman AV.  Bila si da’i yang silap kerana tidak belembut dalam dakwahnya. Bila si da’i silap kerana tidak memberitahu setiap kali ada program baik. Kesemuanya silap si da’i . . sedangkan semua kita adalah da’i . .
ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?

Bila masing-masing manusia muslim mengaku itu adalah maksiat . . katanya perubahan perlulah slow. . perlahan-perlahan seolah mati hanya akan berlaku 20 tahun lagi . . 40 tahun lagi . . Perlahan-perlahan sedangkan tangan diangkat sepontan bila tersentuh api . . kenapa perlahan-perlahan dengan api neraka . . ?
Bila masing-masing mendongak melihat apa aku akan jadi selepas 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun . . sedangkan kematian sentiasa mengintai-ngintainya . . berada di atas ubun-ubunnya . .!
Cukup ! . . aku memang bukan di planet yang betul…

Adakah anda semua perasan?
Wassalam

Tuesday, May 21, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya #20





Akhi, 

Demi sesungguhnya, sesebuah negara tidak sempit kerana penduduknya. Namun akhlak penduduknya yang membuatkannya sempit. 
-Petikan Majmu' Rasail-

Akhi,


kita mungkin tak mampu bahagiakan orang dengan harta benda kita. Paling kurang, bahagiakanlah manusia dengan kelembutan, kesantunan dan kebaikan yang ada pada diri kita. 

Rugilah kita akhi, apabila orang menjauhi kita kerana jeleknya akhlak kita. 

Moga kamu memahami.

Wednesday, May 15, 2013

Pertemuan malam itu




Jika aku luahkan ini,

Ketahuilah, Betapa berdebarnya saat sebelum bertemu dengan kalian.
kita rungkaikan untuk "Duduk sejenak, kita beriman Sejenak" tepat jam 2215.
Di saat jam 2200 lagi debaran itu semakin memuncak,
Sangat kangen ingin bersua, namun merasai sebuah amanah bagi membentangkan fikrah, agar kalian mendokong fikrah ini, mengambi berat untuk sebarkan fikrah ini, tidak kurang untuk membina pada diri kalian rasa kasihan dan kuat membantu menyelematkan Ummat hari ni dan memberi gambaran akan Asas-asas dakwah. Sehingga rapat dan kukohlah saff ini. Ia perlukan kepada mereka yang benar-benar serius sahaja.

Ya. kalian yang hati nan suci datang merelakan diri untuk di tarbiyah,
Masakan tidak diri ini perlu lebih rendah diri, Sabar mujahadahnya dan perlu besar pengorbanan.
Tidak putus-putus, niat di tajdidkan, amalan yaumiyan di islahkan, tidak henti - henti membayangkan setiap wajah kalian, agar Robithah terhunjam kukuh antara kita. Agar gerakkerja kita lebih melaju tersusun, gampang ukhuwahnya dan hebat Takafulnya dengan saling memahami.

Ya, Dakwah ini memerlukan kader - kader yang serius untuk melihat masa depan islam itu kembali menang, Aku yakin akan itu. Sekurangnya usaha ku menjadi murobbi kepada Khalifah - khalifah itu.

Ketika saat bermulanya "pertemuan" kita malam tersebut, aku masih merindui wajah - wajah yang belum menjelang tiba, masih tinggi harapan ku dan yakin "pertemuan" ini mampu mengugah kezaliman dan Jahiliyah yang pekat membekas di sekeliling, dengan kehadiran kader - kader tangguh yang ikhlas dan siap siaga di pacukan demi Al-Haq

Detik itu, 2245 masih belum kelihatan semuanya, namun ku tetap tekad akan harapan itu!

Kalam Al-Fathihah dan Diteruskan juga dengan "batu bata" yang hadir. Kebiasaan, Doa Rabithoh di baca di hujung "pertemuan", kali ini ia berbeda, seawal "pertemuan" lagi telah di bacakan, di bacakan dalam kehangatan, dalam kerendahan, kader-kader yang hadir mengungkap nama - nama kalian dalam doanya. tidak putus - putus, ketika usainya pengharapan. Di hadapan ku kelihatan sebuah harapan.

Harapan itu mula meyakinkan, apabila Kader kader itu menceritakan amal Dakwi masing - masing, melihat realiti hari ini yang goblok dan perlu kepada penyelesaian, kader askari itu berbincng untuk menawan semula mereka yang belum kelihatan dengan memerangi dengan perang gerila kasih sayang.

Sehinggalah selesai jam 2am, selesai dalam keadaan belum usai, tamat dalam kondisi berfikir harapan hari esoknya, Tangguh dalam selesai mengapai resolusinya untuk di kerjakan esok lusa dan mendatang. Bacaan Hamdalah dalam keadaan merasa banyaknya tanggungjawab melebihi masa yang ada.

Aku rasa rendah diri dengan hammasah kalian, mujahadah kalian, betapa sayangnya kalian pada Ummat untuk membina "aset/ objek/ alat" yang memberi saham pada kita, dengan "objek" tersebut membina jambatan yang kukuh kepada Ustaziyatul Alam.

Juga, kalian tidak rela membiarkan jahiliyh terus menjadi penghalang pada perjuangan. Kerana Dakwah ini suci, justeru perlu kepada pembawanya yang suci dan bersih.

Ketahuilah, yang gembira dan ganjaran itu, Akhirnya Allah yang akan menganjarinya.
Disana Syurga nan indah, jalan ini tiada Ikhwah akhwat yang menjadi motivasi, risau niat itu seperti Ummu Qais, yang akhirnya perempuan dan dunialah yang di gapainya. Namun,  jika sabar dan Ikhlas, Dakwah Ilallah, ketahuilah bidadari syurga sedang menanti. Aiwah!!

Tuesday, May 7, 2013

Siasah itu perlukan pendukung TnD




Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji...


Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti...



Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati



Jelas sekali jalur siasah perlukan dukungan Tarbiah dan Dakwah. 



Yang 'jauh' kita dekati dengan dakwah. Yang 'dekat' kita perkukuhkan dengan tarbiah.



Di Taif, Allah menunjukkan ada zuriat Islam dalam perut Jahiliah.



Di Uhud, ada gamitan dunia yang menggugat keikhlasan mujahadah.



Di Hunain, ada kebanggaan yang menyekat nusrah dan barakah.



Jika kita belum upaya memindahkan pemerintahan kepada iman...mari terus berusaha memindahkan iman kepada pemerintahan. 



Dan alangkah indahnya jika kita usahakan kedua-duanya sekali!



Dengan pujuk kasih sayang... bukan dengan amuk kebencian.



Mungkinkah kerana belum teguh keikhlasan? Atau belum kukuh kebijaksanaan? Atau kedua-duanya sekali? 



Tidak ada istilah kalah di jalan Allah.
-Ust Phahrol Juoi-
___________________________

Aku menantikan saat-saat bahagia kemenangan dakwah ini. Aku ingin berada pada masa itu, ia semakin hampir. Kejayaan itu semakin hampir.

Aku semakin percaya dan percaya. Semakin optimis masanya akan tiba.

Kita masih mahu bersedih kerana kalimah 'inikalilah'? Bukankah kita melihat politik ini dari kaca mata yang berbeza? TnD!!