-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, June 25, 2013

Adakah Aku berada di Planet yang silap?






Assalamu’alaikum…
Kepada ikhwah yang dikasihi…
kadangkala aku terfikir….

ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?
Bila maksiat di anggap baik dan tak jadi masalah . . Bila beramal dengan Islam dianggap extreme dan jumud . . Bila yang melakukan maksiat menyalahkan si pemberi nasihat kerana tidak pandai memberi nasihat . . Bila yang melakukan maksiat marah kepada pemberitahu bahawa maksiat telah berlaku. sedangkan dia melakukannya terang-terangan . . tanpa segan silu . . di depan ratusan mata . . dengan rakaman AV.  Bila si da’i yang silap kerana tidak belembut dalam dakwahnya. Bila si da’i silap kerana tidak memberitahu setiap kali ada program baik. Kesemuanya silap si da’i . . sedangkan semua kita adalah da’i . .
ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?

Bila masing-masing manusia muslim mengaku itu adalah maksiat . . katanya perubahan perlulah slow. . perlahan-perlahan seolah mati hanya akan berlaku 20 tahun lagi . . 40 tahun lagi . . Perlahan-perlahan sedangkan tangan diangkat sepontan bila tersentuh api . . kenapa perlahan-perlahan dengan api neraka . . ?
Bila masing-masing mendongak melihat apa aku akan jadi selepas 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun . . sedangkan kematian sentiasa mengintai-ngintainya . . berada di atas ubun-ubunnya . .!
Cukup ! . . aku memang bukan di planet yang betul…

Adakah anda semua perasan?
Wassalam

Tuesday, May 21, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya #20





Akhi, 

Demi sesungguhnya, sesebuah negara tidak sempit kerana penduduknya. Namun akhlak penduduknya yang membuatkannya sempit. 
-Petikan Majmu' Rasail-

Akhi,


kita mungkin tak mampu bahagiakan orang dengan harta benda kita. Paling kurang, bahagiakanlah manusia dengan kelembutan, kesantunan dan kebaikan yang ada pada diri kita. 

Rugilah kita akhi, apabila orang menjauhi kita kerana jeleknya akhlak kita. 

Moga kamu memahami.

Wednesday, May 15, 2013

Pertemuan malam itu




Jika aku luahkan ini,

Ketahuilah, Betapa berdebarnya saat sebelum bertemu dengan kalian.
kita rungkaikan untuk "Duduk sejenak, kita beriman Sejenak" tepat jam 2215.
Di saat jam 2200 lagi debaran itu semakin memuncak,
Sangat kangen ingin bersua, namun merasai sebuah amanah bagi membentangkan fikrah, agar kalian mendokong fikrah ini, mengambi berat untuk sebarkan fikrah ini, tidak kurang untuk membina pada diri kalian rasa kasihan dan kuat membantu menyelematkan Ummat hari ni dan memberi gambaran akan Asas-asas dakwah. Sehingga rapat dan kukohlah saff ini. Ia perlukan kepada mereka yang benar-benar serius sahaja.

Ya. kalian yang hati nan suci datang merelakan diri untuk di tarbiyah,
Masakan tidak diri ini perlu lebih rendah diri, Sabar mujahadahnya dan perlu besar pengorbanan.
Tidak putus-putus, niat di tajdidkan, amalan yaumiyan di islahkan, tidak henti - henti membayangkan setiap wajah kalian, agar Robithah terhunjam kukuh antara kita. Agar gerakkerja kita lebih melaju tersusun, gampang ukhuwahnya dan hebat Takafulnya dengan saling memahami.

Ya, Dakwah ini memerlukan kader - kader yang serius untuk melihat masa depan islam itu kembali menang, Aku yakin akan itu. Sekurangnya usaha ku menjadi murobbi kepada Khalifah - khalifah itu.

Ketika saat bermulanya "pertemuan" kita malam tersebut, aku masih merindui wajah - wajah yang belum menjelang tiba, masih tinggi harapan ku dan yakin "pertemuan" ini mampu mengugah kezaliman dan Jahiliyah yang pekat membekas di sekeliling, dengan kehadiran kader - kader tangguh yang ikhlas dan siap siaga di pacukan demi Al-Haq

Detik itu, 2245 masih belum kelihatan semuanya, namun ku tetap tekad akan harapan itu!

Kalam Al-Fathihah dan Diteruskan juga dengan "batu bata" yang hadir. Kebiasaan, Doa Rabithoh di baca di hujung "pertemuan", kali ini ia berbeda, seawal "pertemuan" lagi telah di bacakan, di bacakan dalam kehangatan, dalam kerendahan, kader-kader yang hadir mengungkap nama - nama kalian dalam doanya. tidak putus - putus, ketika usainya pengharapan. Di hadapan ku kelihatan sebuah harapan.

Harapan itu mula meyakinkan, apabila Kader kader itu menceritakan amal Dakwi masing - masing, melihat realiti hari ini yang goblok dan perlu kepada penyelesaian, kader askari itu berbincng untuk menawan semula mereka yang belum kelihatan dengan memerangi dengan perang gerila kasih sayang.

Sehinggalah selesai jam 2am, selesai dalam keadaan belum usai, tamat dalam kondisi berfikir harapan hari esoknya, Tangguh dalam selesai mengapai resolusinya untuk di kerjakan esok lusa dan mendatang. Bacaan Hamdalah dalam keadaan merasa banyaknya tanggungjawab melebihi masa yang ada.

Aku rasa rendah diri dengan hammasah kalian, mujahadah kalian, betapa sayangnya kalian pada Ummat untuk membina "aset/ objek/ alat" yang memberi saham pada kita, dengan "objek" tersebut membina jambatan yang kukuh kepada Ustaziyatul Alam.

Juga, kalian tidak rela membiarkan jahiliyh terus menjadi penghalang pada perjuangan. Kerana Dakwah ini suci, justeru perlu kepada pembawanya yang suci dan bersih.

Ketahuilah, yang gembira dan ganjaran itu, Akhirnya Allah yang akan menganjarinya.
Disana Syurga nan indah, jalan ini tiada Ikhwah akhwat yang menjadi motivasi, risau niat itu seperti Ummu Qais, yang akhirnya perempuan dan dunialah yang di gapainya. Namun,  jika sabar dan Ikhlas, Dakwah Ilallah, ketahuilah bidadari syurga sedang menanti. Aiwah!!

Tuesday, May 7, 2013

Siasah itu perlukan pendukung TnD




Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji...


Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti...



Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati



Jelas sekali jalur siasah perlukan dukungan Tarbiah dan Dakwah. 



Yang 'jauh' kita dekati dengan dakwah. Yang 'dekat' kita perkukuhkan dengan tarbiah.



Di Taif, Allah menunjukkan ada zuriat Islam dalam perut Jahiliah.



Di Uhud, ada gamitan dunia yang menggugat keikhlasan mujahadah.



Di Hunain, ada kebanggaan yang menyekat nusrah dan barakah.



Jika kita belum upaya memindahkan pemerintahan kepada iman...mari terus berusaha memindahkan iman kepada pemerintahan. 



Dan alangkah indahnya jika kita usahakan kedua-duanya sekali!



Dengan pujuk kasih sayang... bukan dengan amuk kebencian.



Mungkinkah kerana belum teguh keikhlasan? Atau belum kukuh kebijaksanaan? Atau kedua-duanya sekali? 



Tidak ada istilah kalah di jalan Allah.
-Ust Phahrol Juoi-
___________________________

Aku menantikan saat-saat bahagia kemenangan dakwah ini. Aku ingin berada pada masa itu, ia semakin hampir. Kejayaan itu semakin hampir.

Aku semakin percaya dan percaya. Semakin optimis masanya akan tiba.

Kita masih mahu bersedih kerana kalimah 'inikalilah'? Bukankah kita melihat politik ini dari kaca mata yang berbeza? TnD!!


Tuesday, April 9, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya #19




Whatsup (plan data). Aku bukan fanatic, tapi menyeru, alat yang serius memudahkan! lihat keperluan!

sebuah Dialog di WhatsApp


Akh(A) : Assalamualaikum, ana Akhuka fillah (A)

Akh(B) : Waalaikumsalam, ahlan ya Akhi amhbub sallim Afillah

Akh(A) : Huhu, sungguh janji Dia pastikan ?

Akh(B) : yUp, ah. . . ah pasti akhi

Akh(A) : Sape yang all out Allah akan kasi kemuliaanya padanya . . . sungguh pemergian beliau membekas pada ana, pada "inti" nya .  . . Wallah hi, ini tazkirah paling besar dan paling basah dalam hidup ana!

Akh(B) : Memahami anta akhi, lagilah anta yang dapat sentuhan direct sebagai mutarobbinya.

Akh(A) : kami se-halaqoh, sungguh terkesan, alhamdulillah .  . . . akhi, anta ada di jemput jadi muwajjih mana - mana tak, nak join? he

Akh(B) : erk! ana nak berhenti disebabkan pemergian beliau, boleh tak macam tuh?

Akh(A) : Mana boleh nanti akhi Iman marah.

Akh(B) : Macam mana pulak Bilal tak adzan selepas baginda pergi? sebak akhi . . . (shuh . .  pergi jauh - jauh perasaan ini), macam ni, ana sekarang di Johor, hari tuh dah masuk kuliyah seminggu, then ana colleps semula, masuk wad emergency. PiPi um

Akh(A) : What Akhi! then . . .

Akh(B) : Betul - betui ana keluar wad, terus dapat berita tentang Akhi Iman, apa lagi . . terus pecut ke sana malam tu juga (HUKM)

Akh(A) : Oh, so sekarang anta di mana akhi?

Akh(B) : Esoknya, baru ana pulang ke Johor masuk "penjara" semula, kalau ana stay KL lagi, memang makhluk asing la jumpa mutarobbi, basuh Ikhwah. Tu yang nasihat ikhwah biar mereka tidak di basuh seminggu, then bila ana balik semula ke KL, baru basuh kow - kow, hu, sebabnya agar ana dapat full rest, makan terjaga, tidurnya cukup, beruzlah seketika dari melihat manusia, supaya cover lebih cepat. . . .  Akhi, Dakwah yang berat ini hanya mampu di tanggung oleh tubuh badan yang sihat!, mana aci, ana nak juga, tu yang fokus "cover" sekarang nih!

Akh(A) : Ini quote siapa?, I mean "Dakwah yang berat ini hanya mampu di tanggung oleh tubuh badan yang sihat"

Akh(B) : Quote dari syeikh Hamid dalam mengulas muasafat Tarbiyah part "Qawiyul Jism", antara sebab kenapa ISHAB letak dalam majmu' rasail, Qawiyul Jism yang pertama, sebab inilah akhi!

Akh(A) : Wah! jeles - jeles, andai dapat sedut hammasah dan Ruh antum!

Akh(B) : Insya Allah akhi, ana juga terasa cukup nak menitis air mata, ana biasa bergerak, namun kini, ana di fatrah perlu pasif, ada ikhwah ingatkan ana begini, "Akhi, ada orang kena mujahadahuntuk bergerak,namun ada juga orang yang kena mujahadah untuk berehat" . . . . . Bismillah, untuk enjin lebih tahan lama, ana tahan nafsu lagi seminggu untuk "rehat". Allah hu Akbar!

Akh(A) : Ada juga eh orang yang kena mujahadah untuk berehat! Allah hu~

Akh(B) : Ana bila first dapat word ni, berlinang juga la, sebab seminggu baru masuk U, terus masuk emergency semula! Dr. kata badan ana masih lemah, "u r weak!", ana kata balik, "saya bukan nak tahu sekadar sakit saya, but how to solve it?", So tu yang Dr. bagi rest lagi seminggu. Apa lagi, ikhwah terus Qoror-kan ana, Wajibat ana untuk datang KL semula bila "dah sihat". Ini gampang!, Doakan yang terbaik untuk dakwah ini Akhi!, jika perlu ana awal, maka awalkanlah, jika perlu lagi masa untuk ana "rehat", Allah sabarkanlah diri ana ini.

Akh(A) : Allah. Allah. Sungguh ana dapat iktibar dari kisah ini!

-ME-

Tuesday, April 2, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya #18



Alhamdulillah berat ana turun 8 Kg,

Hafalan semakin bertambah dan menguat,

qiyamullail semakin panjang,

2 - 3 buku terbaca dalam 1 hari.

"Benarlah kata paraSalafus Shalih bahwa dipenjaranya aktivis dakwah adalah kesempatan ia berkhalwat dengan Rabbnya..."

-Ustadz Luthfi Hasan Ishaaq di tahanan Guntur, Manggarai.

Akh Itu menyentuh Qalb Akhnya #17





Ha-ana-za : Iqah pergi tak perjumpaan penggerak-penggerak dakwah semalam?

Iqah : Iqah tak pergi la. Ada hal dengan kawan semalam . . . Lagipun naqibah tak cakap pun. Mungkin sebab iqah tak bawa usrah lagi.

Ha-ana-za : Tak bawa usrah? Iqah hidup ni, ada matlamat hidup ke? Nak mati dengan kertas-kertas peperiksaan tu ke? Serius ke nak syurga ni?

Iqah: ???

Tidak lama kemudian, Iqah sudah berubah menjadi penggerak di IPT beliau.