-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, March 5, 2013

Surat untuk teman di Oversea

[ Basyir. Hensemkan! Khabar yang ku terima, beliau makin macho dalam TnD, Aku cemberu, kamu? ]



Sejak media ada. Alat ini banyak membantu, mempercepatkan urusan Dakwah.

Kami pernah mengirim surat bersama, ketika itu beliau ingin serap hammasah ku,
(hey hey, nak serap juga, anta hutang dengan ana pulak basyir,he)



Surat ku, untuk mu Akh basyir yang berada di University of Illinois :

________________________

Waalaikum salam WTB.

Allah hu Robbi, adakah benar ana "orang yang anta nak terima nasihat" ?

Moganya ana mengharap, diri anta, ana sendiri dan ikhwah yang lain moga thabat dan terus istiqamah berada atas jalan ni.

Maka benarlah, bahawa hidayah itu milik Allah, Hatta ar-Rasul junjungan kita yang,mulia tidak terdaya untuk meyakinkan bapa saudaranya. Ye hidayah miliknya,

Ada dalam kalangan sahabat rasulullah sendiri, belum berani melepaskan dunia ditangan mereka ketika Ghazwah Tabuk memanggil, tatkala itu jiwa merka inilah yang paling menyesal kerana menangguhkan kehadirn mereka sendiri dalam gerombolan perang Tabuk. Namun selepas itu, ketaqwaan mereka cukup hebat.

Di kisah yang lain dalam buku Seerah Raheeq makhtum (m/s 210) ketika musab mengajak kepada Islam pada penduduk di Yathrib(madinah), semua memeluk islam kecuali seorang lelaki bernama al-Usayrim yang masuk islam agak terlewat iaitu semasa peperangn Uhud. Dia masuk islam pada hari peperangn itu dan terus mara ke medan perang lalu terbunuh. tentangnya, Nabi bersabda "Dia beramal sedikit tetapi dberikan ganjaran yg banyak, syurga bagi mu".

Islam sebenar yang kita Faham walaupun masih baru, itulah sebenarnya nikmat pada kita, setiap amal kita, kita yakin, setiap ajakan kita matlamatnya pada Allah, Islam yang kita rasai, itulah juga yang ingin dikongsi, kalau tak berkongsi, maksudnya rantaian dakwah itu terberhenti pada kita, seakan kita menzalimi hak tarbiyah yang sepatutnya madu'/DF kita terima, tapi kita masih nyorokkan.

Kelemahan Ikhwah kita, terlalu banyak teori.

Walaupun sedikit, maka beramal lah. Best. Nyam. . . Nyam.

Ana yakin, bila anta masuk semester depan, maka akan ada junior dibawah anta. Usahalah untuk DFm itu kerja murni kan? Kalau tak dapat orang pun, kita tak akan gagal sebab kita dah berusaha, dan mesej dakwah itu telah kita sampaikan. Alhamdulillah Iyeah!! 

Andai kita kata gagal, maka kita telah mengatakan bahawa Ar-Rasul gagal. Nah! nabi Nuh alaihissalam, hidup 950 tahun, berapa kerat je yang join? kurang 50 orang, kan sedikit hasilnya nak dibandingkan dengan tahun!! Namun, Allah menilai usaha, bukan pada hasilnya.
Senyum berita gembira.


Buat ibu ayah anta di malaysia, mereka akan bahagia sampai ke syurga!!
Mafhum hadith, "apabila meninggalnya anak Adam, maka terputus semua link, kecuali 3, salah satunya, Doa dari anak yang Solleh"

Hah!! Nak bongkar rahsia ni, kalau lah anak yang solleh pun, ibu ayah dapat saham, apatah lagi anak yang Musleh (yang mendidik hati manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya)
Walaweh!


Juga ana masih merangkak di medan ini, namun Ana bersyukur diberi kefahaman sebelum ana pergi. Nasihat ini juga khusus buat ana, moga terus Ya Allah pilih hati kami ini thabat bersama di dalam bahtera penyelamat.

uhibbukum fillah.
UM, Malaysia

Monday, March 4, 2013

Akh itu menyentuh Qalb Akhnya #6




Ha-ana-za : Amacam usrah Ateh sekarang? Ok ke?

Ateh : Alhamdulillah, naqibah pun bersemangat. Tapi kawan-kawan yang lain macam bermasalah.

Ha-ana-za : Diorang tu slow ke? Ateh tak tolong diorang ke?

Ateh : Takde la slow, tapi agak berat sikit. Naqibah Ateh yang uruskan mereka kan?

Ha-ana-za : Semenjak bila tarbiyyah kita menjadikan kita ni pentingkan diri sendiri. Dakwah ni bukan untuk mereka yang hanya memikirkan perut dan nafsu mereka sahaja. Mana pergi slogan rukun usrah tu? Mana definisi amal taaruf? tafahum? takaful?

Ateh : Dah tu? Ateh pun kena buat sesuatu ke?

Ha-ana-za : Takkan Ateh nak biarkan diorang macam tu je? Nanti bila akak-akak tu dah grad, Ateh nak bekerja sorang-sorang je ke?

Mana pergi amal jamaei? Amal jamaei bukan pada syura nak buat program perabis air mata je!

Ateh : Oh macam tu... Ok la...

Ha-ana-za : Kalau macam ni la sikap kita... Sangat jauh lah kita dari itsar ansar muhajirin. Apatah lagi ithsar nyawa Ikrimah dan 2 sahabatnya.

Tu belum kira Jaafar si pemegang panji. . . Come on la Ateh!

(Kisah Benar)

Akh itu menyentuh Qalb Akhnya #5




Akh(A) : Akhi, ana rasa jiwa kacau sangat ni, dah lah banyak kerja nak kena buat sampai pening kepala. Hati pula rasa tak tenang. Aduh. Akhi, anta leh bagi kata-kata semangat sikit tak kat ana. Tengah bingung gile ni.

Al-akh(B) : Akhi. . . . . . anta dah tilawah belum hari ni . . .?



________________________


Akh(A) : Akhi, dalam liqa' atau daurah, orang asyik-asyik quote ayat Quran; "sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara" (49 : 10). Tapi asal jumpa ikhwah je, ana masih tak dapat nak rasa lagi lah kemanisan dan kebasahan ukhuwwah tu. Ada benda yang something wrong ke pasal ukhuwwah ni ???

Al-akh(B) : maybe kita belum betul-betul beriman kot. . . .

Akh itu menyentuh Qalb Akhnya #4

[ Buku yang harus di miliki bagi mereka yang ingin lembut hatinya, sangat sesuai bagi mereka yang baru nak men-DF ]



Dahulu, sbelum Akh(A) mengenal cara-cara islami dalam berdakwah, beliau guna Qaedah Redah(QR), untuk men-DF madu' nya.

Akh(A) itu akn berijtihad sendiri untuk mulai perkenalan.

Akh(A) itu sungguh terngiur dengan manusia, pantang melihat "logam",


Tahu kenapa! Dengan Dakwahlah, menyelamatkan diri seorng Dai'e itu dari jurang api neraka!

Pernah dengan sengaja, Akh(A) itu memijak kaki orang yang berdiri disebelahnya yang dinampak "logam" sewaktu di dalam "train".

Akh(B) : "auu, ko buta ke??"
Akh(A) : "Jangan terburu marah wahai saudaraku, memang saya ini seperti orang buta, kerana penglihatan saya makin lemah dan kambur"

Lalu, Akh(B) itu pula yang meminta maaf.

*hakikatnya, dengan bertambah umur, penglihatan mata kita akan melemah :-) 

(kisah benar, tercatit dalam buku di atas)

Akh itu menyentuh Qalb Akhnya #3






Ketika ziarah tokoh satu masa dahulu, di tanya pada syuyukh, bagaimana cara hendak melakukan Dakwah Fardiyyah.

Dijawabnya :
Zaman pemuda ustaz, buku-buku / daurah DF ni tiada, naqib/ah mudah sahaja, taklah macam antum, cikit - cikit nak di daurahkan, demand bahan tu tak dapat lagi la, banyak sangat teori, amalnya tak bersungguh jugak.
 ____________

Naqib : "Akhi mansur anta kenal tak pelajar baru kat bilik no.1 aras 1 tu",


Mansur : "ah...ah, dia orang yang selalu di gerumuni teman - temannya, kenapa akhi?"

Naqib : "alhamdulilh"



minggu depan dalam bulatan men-gumbira-kan hey :

Naqib : " Mansur, anta dah kenal ke dengan pelajar bilik 1, aras 1 tu?, dah ta'ruf dengannya?"

Mansur : "Oh . . . kena jumpa ke? (rupanya dia suruh ana jumpa ke. dush!!)"

Naqib : sekadar senuym . . . 



Minggu depannya : 

Naqib : "Mansur gimana pelajar tersebut?"

Mansur : (dah agak akan ditanya) alhamdulilih ustaz ana dah jumpa dia, hmm. . ., ustaz kenal ke siapa dia?"

Naqib : dia adalah madu' anta (DF)

Mansur : Wah!! ana tengah DF ke sekarang, yehaaa!!

______________

*Afwan, kelemahan ikhwah yang aku lihat, banyak sangat berteori!

Sunday, March 3, 2013

Kesan Debat adalah pada pilihan awal kita.



Pena ini digarap Tahun 2013.

Ketahuilah, Permulaan yang banyak membantu diri ini ialah pada Tahun 2006. Aku bermula berdebat dengan memakili kelas 4 Abqari, Sekolah Menengah Islam Hidayah sehingga masuk ke final.

Iya.

Aku dahulunya seorang yang pendiam, kurang pandai untuk bersosial dengan manusia apatah lagi janggal dan pelik bila berada dihadapan.

Perhatian!
Tentang debat ini, ramai sahaja teman – teman ku di luar sana, Dengan join debat beliau dipuji dan di puja oleh manusia lebih dari menyembah Allah. Jangan terkejut! Ada yang tinggalkan tarbiyah! Kononya dahulu kata nak guna untuk berdakwah!, Jika menang membangga diri dan kata “menang sebab ana!”, jika kalah akan berkata ni sebab anta lah kumpulan kita kalah! Belakang manusia akan terus perlekehkan orang kemudian buka mulut pada yang lain, gossip perkara biasa buat para pendebat. Rasa geram dan salahkan diri bila tak dapat best speaker, sehingga berlarutan merajuknya dan tidak percaya pada Qoda’ dan Qadar. Ada yang join nak kan nama disebut-sebut dan popular, huh! Ini penyakit yang biasa, cuba tanya diri anda, pernah tak terlintas begini?. Solat di lewatkan dan di tinggalkan bagai tak rasa berdosa. Ahha ada yang jadikan berbohong dan menipu suatu lumrah kerana debatlah aku berlatih menipu fakta, hmm menipu untuk menang, gadaikan prinsip akhlak islam. Tak sedikit yang join debat, awal - awal bermesej berlainan jantina, kemudian mula larut, bergayut, muqaddimah zina dengan berjumpa dan akhirnya terlanjur, satakat ambil gambar dekat-dekat, rapat – rapat dah biasa. Terasa hebat kerana analah yang melatih dia, tanpa ana tak akan sampai ke peringkat ni, Ya debat jugalah melahirkan individu seperti lalang, makin lama makin tinggi meninggi diri!. Ada yang ku kenal langsung tidak pulang membantu dan hilang begitu sahaja selepas berjaya dalam kerjaya. Ada, bahkan ramai yang sanggup berdebat sehingga sanggup akhlak islam tergadai. Astaghfirullah.

Nah! Ini berlaku dalam dunia debat.

Tahun 2006 itulah aku diberi pluang untuk berada bersama “mereka”, ini juga pilihan ku! Mereka itu yang baik perbualannya dan mesra dengan manusia, mudah kata pimpinan sekolah. Aku bersama mereka bermula di Debat (Kini dah menjadi Kelab Debat, Mabruk!!), dengan latihan, pertandingan, posmoterm akhlak pada kemenangan dan kekalahan, ngeteh yang membolehkan aku mula berbual mesra, bermalam bersama bila penat berlatih, Qiam dan Al-Quran dijadikan Dzikir dan kekuatan, bermusafir bersama ke pertandingan – pertandingan, sekaligus pertemuan – pertemuan ini membuatkan ukhuwah kami makin cair, kalaulah ukhuwah itu dah secair ais krim, mana mungkin ditinggalkan salah seorang, masing – masing saling dipimpin dan Insya Allah memimpin.

Perjuangan yang murni ini, aku tidak dididik dengan kepuasan Nafsu untuk kemenangan peribadi, tetapi demi kebenaran. Tidak diracuni dengan akhlak sayyiah supaya ikhtilat ketika ini di halalkan, tetapi untuk berani berkata yang hak tetap hak, yang bathil tetap bathil, cukup berbeza dan jauh antara keduanya, mana  mungkin bersatu.

Latihan demi latihan membaca isu, menjadikan suatu hari nanti dikau tidak pernah ingin miss dari update Isu Ummat kerana akulah buktinya, Paksaan untuk berlatih menjadikan kau berkerja dan beramal ikhlas kerana Allah. Acara dan pertandingan, membuatkan di kau bergantung harap sepenuhnya pada si Dia, bersyukurlah kerana bukan semua manusia 24jam rasa takut dan berharap sedemikian pada-Nya walaupun hakikatnya perlu 24 jam  sehari sepatutny feel begitu. Kepenatan menjadi ibadah kepuasan, perjuangan bukan kerana semangat tetapi faham tujuannya.

Maka ketahuilah juga, dengan Debat jugalah melahirkan pemimpin yang lantang bersuara, lihatlah pemimpin Negara buktinya!. Ya dengan debat, Melahirkan orang yang hebat dalam Tarbiyah dan Dakwahnya, tidak perlu aku sebut orangnya, lihat sahaja Qiayadah, abang, kakak mu!. Melahirkan insan yang pulang semula dengan menyumbang kepada “tempat asalnya”, kalian boleh ketemu wajah mereka di mana sahaja acara dipertandingkan. Ia juga melahirkan hamba yang yang bergantung harap pada Allah sepenuhnya, tidakkah ini yang dikau di didik setiap kali pertandingan dan keputusan ingin di nobatkan!. Melahirkan individu yang baik akhlaknya, sopan bicaranya, dibuktikan dengan amalnya bukan dengan sekadar kata, kerana medan kata-kata dan amal itu suatu yang berbeza, lihatlah cara mereka bekerja!. Mereka ini, makin banyak acara, makin banyak pengalamannya, makin tawadhu’ seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk merendah diri. Debat ini melahirkan individu yang dapat membezakan antara yang hak dan yang bathil, lihatlah prinsip mereka ketika dalam pergaulan. Lihatlah, mereka ini insan yang besar pengorbanannya, luar biasa kesungguhannya, siapa yang dapat nafikan ini!. Jika pencalonan atau acara, mereka inilah ditolak kehadapan, menjadi Tokoh, Imam, membaca Doa, menjadi calon pilihan raya, menjadi ketua dalam organisasi, manusia menilai, merekalah yang layak dengan karisma pada ruh perjuangan mereka. Debat ini juga melahirkan insan yang Robbani, faham tujuan hidupnya!.

Justeru, ada dua pilihan dihadapan mu.

Pilihlah, Pilihan di tangan kalian !  kerana Aku telah membuat pilihan untuk diri ku! Aku menunggu dan akan melihat pilihan mu, semua makhluk penjadi saksi!


Pena ini di tulis khas untuk adik - adik Debat Sek. Islam Hidayah.



Insan yang juga bermula seperti mu,
Muhammad Talhah b. Ajmain @ Jima’ain
Batch ke-2 debat SMIH, Generasi 9 SMIH, SPM 2007
1316, 4 Mac 2013


Akh Itu menyentuh Qalb Akhnya #2




Dua ikhwah sedang berborak

"Akhi, share sikit pengalaman anta lepas kawin"

"Akhi, anta kena jaga mutabaah amal anta dari sekarang. Lepas kahwin, dah ada tanggungjawab baru, dapat anak pula nanti, susah nak jaga"

"Maksud anta apa ya akhi?"

"Ana sebelum kahwin, setiap hari insyaAllah dapat tadarus paling kurang 2 juz. Lepas kahwin dapat 1 juz sahaja"


***

"Akhi, cerita sikit apa yang best tentang kahwin"

"Alhamdulillah, perkahwinan telah melonjakkan amal ana. Semenjak bergelar suami, ana tak pernah tinggal qiam 11 rakaat setiap hari"


***

Ini kisah benar. Bukan nak menjaja amal orang. Dan ikhwah yang berkongsi itu pun tak tahu aku akan share dengan korang perkara ini. Sekadar nak share 'beta ajaibnya ikhwah'

Semoga menjadi motivasi buat kita semua.