-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Friday, March 1, 2013

Akh itu menyentuhi Qalb Akhnya #1

[ Dalil, seorang Akh yang kini boleh berkata dengan Amalnya ]


Di sebuah progrm Tarbawi, Akh (A) meminta izin dari masul program untuk kerehatan, kerana penyakit yang mengidapnya datang berulang,


Maka, untuk tidak mnyusahkan ikhwah yang lain, Akh (A) mengambil keputusn menerjunkan diri ke dalam kereta (sebab masih awal pagi lagi, nak kena tunggu klinik buka) hingga tertidurlah iya.


Betapa obsesnya Ikhwah yang lain, tidak sama sekali merelakan Akhnya futur dan tak rela dan tak nak ada dalam kamus hidupnya kalimah gugur dari jalan Dakwah ini hakikatnya, lantas berlakulah travelog explorace mencari Akh (A) ini (mungkin masul terlupa bagi tau kot, kerana masalah ummat lain lagi banyak dan lebih penting dihadapankan)



Call dan mesej beeterusn, doa tak pernah padam, Bukan Akh(A) tak nak respond, tapi beliau tertidur, tidur yang lama seakan Ummat tak de masalah!!



Sehingga, masuk 1 masej yang mengiurkan ukhuwah itu :

"Akhi, tolongla angkat hp anta, dalam masa 10 minit, kalau tak respond, kami call polis! Plz akhi"



Tatkala berjaya didakap Akh(A) ini, ramai yang dtng menjengah sehingga akhirnya Akh(A) bersuara:

"Afwan ikhwah, sebenarnya sama sekali tak nak menyusahkan antum, tak sangka jadi mcm ni"



Reply seorng Akh :

"Akhi, memang Ikhwah itu dilahirkan untuk menyusahkan Akhnya yang lain"



Reply Akh ke-2 pula:

"Akhi, inilah peluang kami nak rasa susah untuk anta, lepas ni, nurse2 pula yang ambil alih tugas pahala kami"



Serius! Sejak itu, Akh(A) itu bertambah CINTA dengan Tarbiyah dan Dakwah.



Apa! ingat ikhwah itu seperti malaikat, ia juga perlukan penyentuh hati untuk terus Thabat!!

Akh itu juga memerlukan doa - doa yang ikhlas dari ikhwahnya yang lain.



Ramai yang mengikuti gerabak TnD ini, namun berapa ramai yang betul - betul CINTA dengan TnD.



Tanda CINTA dengan TnD, seseorang Akh itu akan "push to the limit", untuk tidak miss dari wasail tarbiyah (usrah, daurah, mukhym dll) walau apa keadaan dan akan laksanakan SH bersungguh!!



(kisah benar)

Surat : Kisah dari Akh itu zaman "couplenya"



[ Kisah ini : adalah sebuah story, Ibrah pengalaman dari seorang Al-Akh yang sedar, ini adalah statment bahawa bukan kisah saya ]

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar. Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lain la.

Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti). Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~ Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya. Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak. Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha . .

Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya. Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini, terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.

Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya. Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia, menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah. Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak

Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je. Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7, ayat ke 164 :

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu. Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

“Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?”
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlahkamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui”.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu . . cakap je berapi . . gaya alim, tapi couple gak . . sama aje kau dengan kami . . tegur orang konon . . " Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali, saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu Daurah (seminar) dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga . . saling ingat-mengingati . . "

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.

Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu . . tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan? "Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk.

Lepas tu saya tanya: "Sebenarnya . . couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab: "Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yang ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang, saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia”. Saya tak mahu mengalah.

“Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam”.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?

"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?” Saya menduga, beliau mengangguk.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati.

"Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu.

Abang tu jawab,"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.

"Saya terdiam lagi." Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri”.

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'.

"Tiba-tiba saya terfikir,"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la.

Lalu dia jawab,"Anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du, surah ke-13, ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan.

"Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya . . Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri."Semuanya dah jelas . . buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu . .

"Assalamualaikum . . Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send]. Lepas tu tertera di skrin..SENDING..MESSAGE SENTMasa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang . . "

"Takpe, dah tanggungjawab . .

"Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216 :

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak.

Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat, "Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yang terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan Ilahi . . seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya . . Assalamualaikum . Saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan. Lagi satu, Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir-"

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA..


-MaSiH aDa WaKtU_
 p/s : nukilan tahun 2007, check - check dalam hard disc ketemu, moga membantu dan memberi manfaat pada mereka untuk lebih yakin, adik - adik yang baru-baru dan nak cuba-cuba, moga membuka mata hati

Wednesday, February 13, 2013

Lakonan pengantin baru KITA !

Baitul Muslim


Dulu kebanyakan dari kita belum kahwin. Mereka mendapat dakwah dan tarbiyyah semasa belajar. Mengenal erti Islam semula ketika single. Belajar erti iman, adab, ibadah, pergaulan, sosial dan bagaimana hidup sebagai seorang muslim mengikut Quran dan Sunnah. Kita cuba sedaya upaya untuk beramal dan praktikkan apa yang kita belajar dari murabbi-murabbi. Murabbi berada di tepi kita, bersama-sama makan minum setiap hari, menegur apa yang sepatutnya.
Kini ramai dari kita telah berpindah ke alam baru. Alam yang lebih ‘privacy’ dari sahabat-sahabat lain dan bahkan murabbi sendiri. Banyak perkara baru yang kita perlu hidup sendirian tanpa teman murabbi yang akan menunjuk itu dan ini. Sebahagian besar dari kita telah memasuki alam ‘BM’ !
Apa yang terperasan oleh sahabat yang belum ‘melangkah’ ialah lakonan-lakonan ‘kurang sopan’ dari pengantin-pengantin muda ini. Maybe ianya bukan di sengajakan dan memang ia maybe tidak diperasankan oleh pelakonnya, tapi ia di perasani oleh penontonnya.
Sejak hari pertama mereka hanya diikat oleh ‘pertunangan’, telah ada hubungan-hubungan yang kurang enak didengari dan sampai ketelinga penonton. Sedangkan movienya belum sampai ke sinema ‘panggung wayang gambar’. Telah ada perbualan telefon melebihi had, telah ada emel melebihi huruf-huruf akal dan lain-lain yang maybe juga tidak di sedari oleh pelakonnya.
Setelah hari menjadi ‘raja’, memang ada berlaku solekan dan perhiasan. Tapi ianya maybe tidak dapat dielakkan kerana desakan famili dan adat pe-putih atau temenggung tua yang bertukar menjadi muda dan moden. Tetapi iklan kahwin di FB dengan gambar ala artis menghiasi laman foto FB. Ini tentunya bukan budaya kita dan bukan budaya orang tarbiyyah. Setelah di paksa bersolek, maka siapa pula memaksa kita menjadi penghias laman majalah dunia FB? Gambar-gambar aksi kasih sayang berdua juga tidak ketinggalan.
Setelah hidup kembali normal sebagai BM, timbul pulak lakonan lain. Lakonan gelak ketawa, gurau-gurauan fizikally atau cakapan suara, dekat mendekat, panggilan manja dan lain-lain berlaku di depan penonton sahabat-sahabat lain tidak kira sesama KITA atau bukan. Gambar-gambar lebih manja menghiasi Majallah FB lagi dengan lebih banyak.
Mencemburukan orang yang belum ber’BM’ ? Bukan masalah cemburu atau tidak, tetapi ia masalah adab dan akhlaq. Maybe perkara ini tidak sempat di ajar oleh murabbi semasa belum kahwin dulu kerana belum tiba masanya. Sekarang oleh kerana ia telah berlaku dengan hits yang tinggi, maka mana-mana murabbi patut mengajar kembali tajuk “ADAB DAN IKHTILAT SETELAH BM”.
Kerana kita ada ‘tamayyuz’nya !
Muntalaq
_______________________________
Seperkara lagi, majlis yang dibuat adalah untuk menguarkan kepada tetamu dan dunia, bahawa tiada fitnah lagi keatas dirinya dan sang isteri, bahawa beliau bukan lagi single dan couple yang sah.
Majlis di jemput mula jam 11am, namun, pengantin baharu hadir bersama "kompang Tolaal badru alaina" adalah selepas Zohor, jadi majlis sepatutnya mula selepas zohor, kerana tetamu yang hadir untuk bersua, bertaaruf, bersuai kenal dengan pengantin. Jika sekadar makan je untuk datang, erk. . . . hadafnya tidak tercapai.
Wahai ini seruan,
Tatkala majlis bermula, ketika itu jugalah seharusnya pengantin sudah ada!!
Aku bertekad satu masa nanti dengan Izin-Nya!

p/s : mabruk, ramai sahabat ku satu batch mulai melangkat ke tingkat berikutnya, bila mengambil ibrah dari mereka, bukan makin nak ber"BM", Tapi makin nak
"hold", banyak lagi nak kena prepare, solat khuyuk ku! qiam yang istiqamah basahnya! bahan dan buku yang belum habis di cove,  PDF bagaikan nak rak!

Tuesday, February 5, 2013

Kau ingatkan Aku



Aku ingatkan akan di kau,

Satu ketika dahulu, muka itulah dahulu selalu mengingatkan ikhwahnya!

Gelaran bagaikan nak rak, "Qowiy, Makhluk asing, supper dupper sayya, Ghuraba, Ansar, Briged - Militen"

Beliau jugalah yang menjadi motivasi kepada ikhwah yang lain,

Beliau jugalah memberikan semangat kepada kumpulan bola itu walau tidak reti bermain, beliau turun juga, memberi suntikan pada yang lain.

"kerana di dunia tiada benda yang mustahil, kecuali orang yang mustahil"

Ikhwah itu jugalah, paling awal bangunnya, memberi tempias pada ikhwah lain agar tahajud bersama.



"kerana dalam beramal, ikhwah itu meletakkan dirinya di saff hadapan, Salahudin hanya memilih tenteranya dalam kalangan mereka yang menghidupkan malam!"


Ikhwah itu, dilihat Khusyuk solatnya, panjang doanya, menangis rintihan dalam tahajudnya.

"Belum tibakah waktu bagi orang - orang yang beriman, untuk secara Khusyuk mengingati Allah . . . . (57 : 16) "

Ikhwah itu jugalah mengingatkan, kerja jangan ditangguh, tepati masa kerna ummat sedang derita wabak dunia. Serius sikit ikhwah!

Ikhwah itu jugalah menyeru agar selipar perlu disusun, memandu dengan cermat, beli power bank supaya tak menyusahkan ikhwah lain nak kena call banyak kali, biar teratur dalam urusannya.

Ikhwah itu juga pernah diberi gelaran militan, tiada erti penat lelah dalam kamus hidupnya, laugan "Allah hu ghoyatuna setiap masa ketika dalam program"

Ikhwah itu juga, dipanggil dengan Quran bergerak, mana tidak ditebuk muwajjih, selalu namanya naik dan jawapannya tepat, jika salah, mungkin tersasul satu atau dua ayat beza.

Ikhwah itu jugalah berpesan, sentiasa pesan, "Mujahadah akhi, kerna Syurga itu manis, Tiada akhawat-akhawat cantik untuk menambahkan semangat bekerja, tapi Jannah akhi"

sehingga "Aku mencintainya kerana Allah"


Akhi!!

Amal kita, kalau di tulis di FB, yang baik-baik belaka, Yang malaikat tulis?


Dengarlah rintihan ini, Jika kalian mencintai seorang akh itu kerana Allah.

kini, dan selamanya,

Ikhwah itu juga, perlukan bantuan!

Ikhwah itu, juga perlukan sentuhan dari Murobbinya, diingatkan oleh mutarobbinya.

Ikhwah itu perlukan doa Rabitah dari Ikhwahnya,

Ikhwah itu juga, pernah melalui solat terasa kering, kering air mata.


Akhi!!

Ketahuilah, Akh itu sangat memerlukan doa dari kalian.

Akh itu perlu bantu dibina Tarbiyah Dzatiyah yang kuat pada hak Ruhinya,

Akh itu juga perlu diingat akan pengambilan makanan khasiat, riadah yang sihat.

Apa yang Akh ini lakukan satu ketika dahulu, adalah hak kalian wahai ikhwah,

Kini, Akh itu membutuhkan hak dari kalian pula,

Apakah kalian masih membiarkan mutarobbi mu ketika cuti ini tidak difollow up?

Apakah kalian, bersangka buruk pada ikhwah yang lainnya yang tidak datang ke program tanpa ditanya dahulu, ketiadaannya kenapa?

Apakah kalian pernah mendoakannya dalam doa mu?

Apakah kalian hanya mengharap diberi? beromong manisnya ukhuwah jika sekian . . .. . .sekian, namun tidak pula hingin memberi?

Apakah kalian mengharap bi'ah yang baik sahaja, tanpa berusaha membina bi'ah itu?

Ada sahaja berkata, "Akhi, ana futur~"

maka akhi, : "Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat"

Yang lainnya, "Akhi, ana terasa kosong sekarang, ada cadangan?"

Maka akhi, : "Nak dapat dosa ini bukanlah sesuatu yang susah, bahkan sangat senang. Dengan membuang masa sahaja, kita sudah dikira berdosa"

Pelik jika masih ada masa kosong. Dan aku kasihan akan diri ini, jika masih mengambil hak Ummat iaitu melebihi dalam tidurnya.

Tiada erti penat lelah dan rehat dalam kamus hidup seorang yang hidupnya dengan Dakwah!

Monday, February 4, 2013

Bangkitlah! Karanglah bahasa jiwa buat bangsa!



Menyeru rakan-rakan untuk kembali menulis untuk ummah. Kita pernah memungut banyak jiwa di ruangan ini suatu ketika dulu.

Ketika itu naiknya banyak penulis ternama seperti APG dan Muharikah. 


Apabila kita sudah mula sampai kepada masyarakat umum, Muharikah pun dah masuk radio. APG pun dah mula terkenal melalui FB etc, ramai ikhwah akhawat mula meninggalkan keyboard mereka dengan alasan sudah ada orang lain yang menyantuni ruang maya.


Dan kita sama-sama melihat semakin banyak blog menjadi bangkai, dan ramai yang beralih kepada micro-blogging. Tak produktif pun sebenarnya, kita kehilangan penulis.


Berapa ramai yang tahu yang ikhwah perlukan ramai penulis, lagi-lagi bila kita sudah berada dalam mihwar sya'bi, sudah mula menyerlahkan media. Sudah mula ada majalah yang sangat-sangat memerlukan kalian. Sudah mula ada filem.


Seruan ini khusus kepada gen Y yang beramal di medan. Ya, anda!

Jangan kasi alasan, aku buat usrah, ada meeting. Adakah kita menyangka ikhwah akhawat yang menulis semuanya sekadar duduk di depan laptop sahaja. 


Jangan sekadar melepaskan tangan, membiarkan mereka bekerja berseorangan.



Bangkitlah! Karanglah bahasa jiwa buat bangsa!

Monday, January 14, 2013

Basuh dan Cuci


Bergaya sungguh ikhwah ni, 

Boleh bagi daurah di Melaka balik hari,

Boleh buat bulatan gembira di Pahang setiap minggu,

Boleh korbankan masa tidur untuk usrah online dengan ikhwah di benua yang berbeza,

Boleh mengorbankan masa dan pemikiran untuk menulis baik-bait motivasi seperti Sir Iqbal agar dakwah ini sentiasa segar bertenaga,

Namun, apa ertinya dakwah dan kata-kata jika ia gagal menumbuhkan iman di hati !!

Apa ertinya dakwah dan kata-kata jika ia gagal membuatkan kita semakin gigih beribadah taqarrub kepada Ilahi !!

Apa ertinya dakwah dan kata-kata jika ia gagal membuahkan akhlak mulia, adab dengan para duat dan orang tua, adab dengan orang yang berbeza jantina, dan segala amal amali kita !!

Alangkah malangnya daei. Jika amalnya diteraskan oleh semangat membuta tuli, melahirkan riak dan takabbur yang menghancurkan amal, dan menjadikan dirinya takassur pengikut dan kuli.

Marilah sama-sama kembali kepada Allah. Marilah sama-sama buat apa yang kita cakap.

Banyak yang terucap memekakkan telinga. Biarlah amal yang berbicara.

Allahu musta'an

________________________

Diceritakan bahawa Imam Sya'rawi yang tersohor itu pernah menyampaikan ceramah di satu tempat. Usai ceramah itu, beliau diusung oleh para kadernya sebagai tanda kecintaan mereka terhadap ulama agung itu. Setelah beliau masuk ke dalam keretanya, beliau meminta pemandunya memberhentikan beliau di sebuah masjid berdekatan. Di situ, Imam Sya'rawi yang hebat itu telah membersihkan tandas masjid tersebut dengan tangannya.

katanya:

"Aku bimbang aku berasa bangga diri dengan apa yang telah berlaku tadi. Jadi aku mendidik hatiku dengan merendahkan diri membersihkan tandas ini".

_________________________

Pernah di kisahkan, Pak Hassan yang sepatutnya menyampaikan Taujihat nya di malam hari, telah tiba lebih awal dari penjadualannya, ketika itu dewan masih kosong dan dalam penyusunan kerusi, beliau turut sama mengatur membinaan binaan kerusi tersebut sehingga akhirnya disedari oleh si penyusun kerusi yang lain. "eh Tuan penyampai malam ini, sepatutnya tenaganya di all outkan pada malam ini"

ISHAB kemudian berkata :

"Aku tidak pasti mana satu amal aku diterima, Aku takut penyampaian ku sia-sia di sisinya, kerana itu mungkin susun kerusi inilah yang Allah terima di sisinya kerana Ikhlas di situ"

_________________________

Berhati-hati dengan cahaya dari pentas dan kamera-kamera itu

Itu boleh memuliakanmu di hadapan manusia,

Tapi membinasakan dirimu di hari muka.

_________________________

Lazimilah, cuci dan bersihkan hati !!

"Wahai anak muda, lazimilah awal pagi anda sebelum Subuh dengan solat sunat tahajud dua rakaat. Rasailah kemanisannya dan kelazatannya."

"Tatapilah dan bacalah Al-Quran setiap hari walau bagaimana pun keadaan antum."

“Dai’ ini mimpinya juga adalah mimpi dakwah.”

“Dakwah tidak boleh didukung dan dipikul oleh orang-orang manja, namun pada mereka yang ikhlas, sabar, tidak gopoh dan kader Tangguh (Tahan lasak)”

“Kita tidak boleh memanjang usia kita justeru, kita perlu berusaha memanjangkan usia dakwah ini”


p/s : Akhi ku, jika antum kasih dan sayang akan diri yang Dhoif ini, sentiasalah ingatkan aku!! Ingatkan aku akan seksaan Azab Allah yang sangat mara bahaya!! Janganlah menceritakan akan ku apatah lagi aib ku, kerana Aku takut timbangannya di Akhirat kelak dan itu jualah tanda Aku kasih dan sayang kepada mu. Namun ambillah isinya dan beramallah juga dengan kata-kata ku.

Thursday, January 3, 2013

Lunch ISn!


Merenung keluar jendela,

Kau berikan ku kekuatan,

Untuk terus sabar, istiqamah membina manusia. kerana itu adalah asasi, tapak, foundation untuk sesebuah bangsa atau tamadun itu untuk berdiri.

Kini, aku melihat ianya berhasil,

Iye, aku hanya pengusaha atau alat untuk membolehkan menara KLCC itu dibina,
Aku tidak pernah meminta untuk di ambil gambar,
Kerja ini, tidak popular di mata manusia,
Manakan tidak, berduyun mad salleh dan si solleh, datang ke KL untuk mengambil gambar KLCC dengan wajah tomey - tomey,
Sungguh, menara yang kukuh gah tersergam indah itu keberhasilan dari "lama"nya untuk membina tapak tersebut.

Ar-Rasul juga sabar dan tidak tergesa-gesa, 13 tahun tempoh yang di ambil untuk fokus membina tapak yang taff, tahan lasak, tidak manja, tahan lasak, besar pengorbanannya, kuat hubungannya dengan Rob, hebat doa Rabitahnya, manis Ukhuwahnya, banyak BBQ Iman-nya. tinggi mujahadah mereka membanteras jahiliyah, sedikt tidurnya. Hasilnya kini.

Tiada mereka (si pelancong) yang datang ke KLCC untuk mengambil lantainya,
Tiada mereka yang datang ke KLCC untuk berterima kasih pada buruh dan bangla yang siang malam bekerja lebih tekun berbanding mereka yang hanya sekadar berkata-kata tentang Itqan.
Tiada mereka yang datang ke KLCC untuk berfoto dengan besi-besi cerucuk.

Tidak pernah!!

Yang hanya menjadi bualan, hebatnya KLCC sehingga kini memegang rangking bangunan berkembar tertinggi di dunia, bijak sungguh perdana menteri Malaysia ke-4. Perdana menteri yang menerajui kejayaan KLCC ini jugalah yang mendapat nama kerana beliau terkehadapan mengistiharkan kepada rakyat dan dunia.

Namun, si sabar yang membina tapak ini, terus membina tapak, fokus dalam memberikan hak - hak pada wasail, tekun dalam menyemai keberhasilan muasafat, sabar melahirkan mereka yang boleh berkerja bersama-sama dengan sabarnya membina tapak dan tidak kurang, pabila cukup zat besinya, bangunan tersebut akan di naikkan untuk manusia melihat kebesarannya dan untuk kita mensyukuri segala nikmat.

[ menara Pisa juga ada maratib eh ]


             karna bagaimana keadaan sekalipun KLCC itu tidak mampu berdiri kukuh jika tapak itu tidak di titik beratkan, kesannya seperti bengkoknya menara Pisa. Kerja ini murni. Lebih murni sehingga Aku sendiri mula yakin kehebatan KLCC itu bukan pada bangunannya, bukan juga pada yang mengarahkannya, namun pada mereka yang sabar dalam Tariq Amal, merembes air mata dalam memasukkan cerucuk, Istiqamah dalam menyimen lantai, saling memberi motivasi dan dorongan, "sudah tidak lama akhi, sabarlah sedikit lagi, sabar itu suatu jihad akhi", namun tidak sedikit ikhwah yang boleh bertahan, ada yang menarik diri kerana belum bersedia, ada yang menghilangkan diri terus, ada yang ingin cepat langsung lari ke tempat lain selepas istiqarahnya. Sungguh aku percaya, kerja buruh ini Allah tapis, dan aku tidak berseorangan. Uwais Al-Qarni, namanya tidak popular di dunia, namun masyhur dan teliur - liur oleh makhluk di langit~~

Yang enaknya sehingga di dalam tidur si sabar itu, masih lagi memikirkan buruh-buruhnya:

“ Dai’ ini mimpinya juga adalah mimpi dakwah.”

Kini, masanya makin hampir dan akan di lunch 19 Januari.

Harapan dan doa ku, kerja ini masih fokus bahkan kita perlu lebih serius, kerana apa? kerana manusia fitrahnya akan datang mengambil gambar dan itulah dalil mereka, moga bangunan dalam gambar itu sama atau lebih cantik dari gambar yang diambil, penuhilah hak Isinya. Sekalipun UA kita capai kelak, tidak bermakna ketika itu kita berasa senang dan selesa, kerana Syahadahtul Haq itu wajibul ghunnah dilaksanakan sesungguh mungkin dan ada rantai penyambung. Jika tidak, penatlah, pak Abu A'la Almaududi menyampaikan syarahannya agar kerja SH ini perlu berfokus!! 

Fokus dan sabarlah akhi ku

Ikhwah dan Akhwat, penuhilah hak-hak Isi si mutarobbi !!

“ Wahai anak-anak muda, cepatlah dewasa dan membesar. Ingin kami serahkan amanah ini kepada generasi pewaris yang akan meneruskan kerja-kerja ini.”