-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, November 4, 2012

Wajibat Al-Akh




“Akh Yang Benar adalah Seorang Murobbi”.-Ustaz Dr. Abdullah Qadiri Al Ahdal.


38 Wajibat Al-Akh
  1.    Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
  2.   Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  3.   Jagalah kesihatan.
  4.   Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejaskan kesihatan.
  5.   Sentiasa berada dalam kebersihan.
  6.   Jangan bercakap bohong.
  7.    Jangan memunkiri janji.
  8.    Jadilah seorang yang berani.
  9.    Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  10.    Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  11.    Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  12.    Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat (menawarkan kebajikan).
  13.    Milikilah sifat – sifat yang dengannya disenangi oleh orang ramai.
  14.    Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  15.    Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
  16.    Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
  17.    Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
  18.    Bersegera menunaikan hak – hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
  19.    Jauhi diri dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
  20.   Jauhi riba.
  21.    Bantu tingkatkan ekonomi Umat Islam.
  22.    Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
  23.    Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
  24.    Praktikkan budaya islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
  25.    Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari islam.
  26.    Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
  27.    Sentiasa dalam keadaan bersuci.
  28.   Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
  29.    Tunaikan puasa Ramadhan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
  30.   Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
  31.    Selalu bertaubat dan Istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri diri setiap hari.
  32.    Berjihad melawan nafsu sehingga kita mampu memimpinnya.
  33.    Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
  34.    Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang – sarang maksiat dan dosa.
  35.    Tinggalkan sikap berpoya – poya dan bermewah – mewah.
  36.    Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong – pendokong islam.
  37.    Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
  38.   Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat. 

    "Nahnu fi 'asyri at-takwin fakawwinu anfusakum"
    "Kita sekarang ini berada di abad pembentukan peribadi, maka bentuklah diri kalian masing-masing"
    -Pak Hasan Al Banna-

    "Dakwah tidak akan ada nilainya jika para Daienya sendiri tidak menjadi bukti yang mendukung dakwah ini"
    -Pak cik Sayid Qutb-


    "Sekalipun di Mesir kini kita memerintah dan berusaha ke arah kerajaan Islamiyah sepenuhnya, namun pembinaan Individu Muslim itu perlu di teruskan selamanya kerana itu asasnya"

    - YB Dr. Morsi, Prime Minister of Egypt-

“Dia lah (Allah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Walaupun Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
(Al-Anfaal : 63)

Thursday, November 1, 2012

Ku inginkan : 'Ainul Mardhiyyah





Ada yang bertanya, akhwat yang bagaimana idaman kalbu ana? Soalan ni senang sahaja untuk dijawab. Tentulah 4 sifat yang disabdakan Ar-Rasul dalam hadis riwayat bukhari (Harta, Keturunan, Kecantikan, Agama). Tapi, cukup ke semua tu?

Mana boleh ek?

Kita dah la nak tatap muka dia setiap hari. . Pagi, petang, siang, malam. Mana boleh kita amik mudah je perkara ni..

Sudah pastinya, seorang akh yang ditarbiyyah dan faham memahami kehendak masing-masing. Suka hati la kan? Pilihan di tangan kita (Asy-Syam:8-10).



Kalaulah diberi pilihan, ana nakkan isteri yang sangaaat cantik, secantik Puteri Diana atau Miss Universe 2008. Matanya jernih, secantik mutiara, seanggun mata Zinnirah. Dahinya licin bersih, bebas dari sebarang inflamasi, apatah lagi jerawat batu. Pipinya putih gebu, berlesung pipit. Tang tersipu, berubah merah ibarat Aisyah Humaira. Semestinya seanggun Ratu Cleopatra, menjadi buah mulut seluruh bumi agung Mesir. Lagi muda lagi bagus, paling kurang 5 tahun la lagi muda.



Kalau diberi pilihan, ana impikan isteri yang sangaaat kaya. Tidak kalah hartanya dek harta Ratu Balqis. Berderet pesuruh yang akan menyenangkan kehidupan ana ni. Baru boleh ana fokus dakwah ni. Takyah fikir pasal kerete, servis kereta, minyak kereta, tol, sewa rumah etc. Bila-bila masa je boleh buat jaulah, daurah etc. Boleh infaq duit banyak-banyak untuk ikhwah. Supaya makin licin dakwah kami ni. Biiznillah.



Kalau diberi pilihan, ana mendambakan isteri yang sangaat hebat! Seorang hafizah, fikrahnya mantap, Fiqh dakwahnya jelas, tarbiyyahnya teliti. Kefahamannya memandu setiap gerakan dakwahnya yang tidak kenal henti. Setiap kata-katanya sarat makna, ucapannya penuh semangat, menggetarkan sekalian audien yang mendambakan tarbiyyah.



Kalau diberi pilihan, ana mendambakan isteri yang penuh nilai seorang suri rumah. Setiap masa tanpa kenal penat lelah menjaga anak-anak. Setiap masalah anak-anak diteliti dan segala makan minum pakai kami anak beranak dihiraukannya. Bab memasak, tak perlu beritahu laa. Segala jenis masakan dikuasainya. Dari masakan timur ala minangkabau dan padang besar, hinggalah masakan barat moscow semuanya di hujung jari insan bernama isteri ini. Dialah naqibah di rumah, mentarbiyyah anak-anak, dari segala aspek.


Banyak lagi ciri-ciri idaman yang ingin ana tulis, sekadar ingin mewakili diri menyatakan betapa besarnya cita-cita yang tertanam sejak bergelar lelaki bujang ni. Apa yang ditulis di atas sekadar menulis sedikit yang kini terfikir di benak pemikiran ana.



Ikhwah akhwat sekalian,

Sesungguh ana tahu, hanya seorang sahaja yang mampu memuaskan nafsu liar seorang lelaki, jika itulah pemandu hatinya.

Jika inilah dia garisan syarat-syaratnya... hanya seorang sahaja yang mampu memenuhinya:::

Al-Bidadari

Ya Allah, alangkahnya tertipunya aku ya Allah dengan dunia ciptaan-Mu yang fana ini!

Alangkah aku menyangka aku akan hidup selamanya di dunia ini. Menipu diri ini. Sedang kelak ia akan sirna, seperti yang lain jua.

Sungguh aku lupa yang bukan dunia ini matlamatku, sekadar jambatan ke akhirat.

Mustahil akan ku ketemu seorang insan sesempurna kerana tetaplah ia insan kerdil di sisiMU.

Yang ada hanya syurgaMu yang tak tertanggung enaknya. Betapa lazatnya setiap sungai yang mengalir, indahnya bidadari yang menghiasinya.

Layakkah aku untuk, walaupun sekadar untuk berniat memilikinya kelak? Betapa rendahnya diriku ini disisi-Mu.

"Sungguh, orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan"

"Kebun-kebun dan buah-buah anggur"

"Dan gadis-gadis montok yang sebaya"

"Dan gelas-gelas yang penuh"
"Di sana mereka tak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta"

(An-Naba':31-35)



"Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan"

"Dan dia memberi balasan kepada mereka kesabarannya surga dan sutera"

Di sana mereka duduk bersandar di atas dipan, di sana mereka tidak melihat matahari dan tidak pula merasa dingin yang berlebihan"

"Dan naungannnya dekat di atas mereka dan dipermudahkan-semudahnya untuk memetiknya"

Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksanan kristal"

"Kristal yang jernih terbuat dari perak, mereka tentukan ukuran yang sesuai"

"Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur jahe"

"Sebuah mata air yang bernama Salsabil"
"Dan mereka dikelilingi oleh pemuda-pemuda yang tetap muda..."

(Al-Insan: 11-19)



*ketika manusia yang lain sarat berbicara perihal manusia, pasal pertunangan, nikah dan sumpamanya, kau jagalah hati ku Ya Allah agar terus berbicara perihal Mu. Blog ini direka khusus untuk orang yang bukan syok sendiri nak tarbiyyah diri sendiri sahaja semata-mata. Tapi untuk individu yang nak tarbiyyah diri, keluarga, masyarakat, kerajaan, negara, khilafah, alam. TnD ini bukan berhenti sekadar membina BM tahu!!

Thursday, October 18, 2012

Bedah : Surah An-Nas

Rahsia nak kejut manusia nih, sentuh dengan membisik / belai hatinya



Bedah surah An-Nas :

Pastikan Al-Quran yang berhabuk dalam almari tu anda gunakan, ehem.

Bersediakah anda!!

Mindset kan, perbincangan ini bukan hanya Ilmu, kerana Aku berusaha untuk memberi Fikrah dari surah An-nas ini untuk kita mem”bumi”kan dalam kehidupan kita.

Ini bukan Tadarrus, Tilawah, Tafsir, Tapi Tadabbur.

Beza Tarbiyah dan Ta’alim itu ketara.

Hasil Tarbiyah itu di “Bumi” kan dalam kehidupan, di praktikalkan.

Ayuh memahami  ayat yang penting dalam surah An-nas :


1) Tiga ayat yang awal adalah isi “Tarbiyah” itu,

Itulah yang kita seru, dan kita perlukannya!! bahawasanya manusia itu perlukan perlindungan, perlu di kuasai dibawah jagaan-Nya dan kita hanya sembah kepada-Nya!! Itu yang paling di butuhkan dalam kita nak berubah, dan perubahan itu perlu dari dalam keluar, (details bacalah 4 Istillah dalam Al-Quran, Al maududi).

Tambahan part 'ILAH' itu boleh berkait isu couple, kaki game, dan se-geng dengannya tahu!

Bagaimana tuh?

Hah, ayuh lihat Definisi ILAH dahulu, seperti di bawah.. (sangat - sangat penting untuk faham definisi ILAH, kerana ianya adalah perkara AQIDAH yang mesti KITA faham, kerana takut tanpa KITA sedari KITA seolah - olah menyekutukan Allah dengan makhluk lain dalam hati KITA. Nauzubillah)

*Ilah = kecenderungan, pusat tumpuan hati, sumber pengharapan, pusat kerinduan, enggan berpisah, sumber ketenangan, sembahan etc.

ILAH boleh wujud dalam pelbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk wanita, wang, harta, batu, pokok, dan seangkatan dengannya, kerana ilah tak ilah sesuatu itu terletak pada hati seseorang itu.

2) Pada ayat ke Empat itu,

First yang kena tahu, kuasa bisik ni lagi hebat dari kita jerit, tak percaya sila buat experiment, cari mana-mana Ikhwah kita yang susah qiammullail, atau member kita yang susah solat subuh berjemaah, pagi esok kejut dia dengan cara, “bisik” kat telinga dia. Subhanallah, lihatlah keajaiban!!  sebab tu kuasa syaitan nih, membisik, Allah dah bongkarkan Rahsia ni. Seterusnya, kejahatan akan automatik reduce dan hilang jika kita terus berada dalam kawalan “Tarbiyah”, difollow up oleh naqib kita, ada Mutabah amal yang mengawal kita (dengan syarat konsisten la brader), jika itu kita mampu istiqamah, kejahatan itu akan terus tenggelam, sebab tu tak pelik sahabat Rasulullah jadi Hard core dalam Tarbiyah dan Dakwah, sebab setiap hari kena Brain wash (ditarbiyah) berterusan oleh Rasulullah. Musab’ bin Umayr pun minta kat sahabatnya yang lain agar duduk sejenak, kita beriman sejenak.

Ketahuilah, wahai ahli rumah bujang ku orang beriman, niat ku hanya hingin mengajak kalian bersama merasai kegembiraan ini bersama, aku perlukan biah itu, syaitan itu bisikannya kuat untuk terus menonton movie, ber-game, ketiduran, berangan – angan panjang sebelum dan selepas subuh, pada buku – buku, dll, kerana itu kekadang aku tidur di Kampus untuk Ilah kan pada Rob ku, bukan untuk tidak bersama dengan kalian, Cuma aku perlukan kekuatan itu. Kesyahduan~ (Mood, terkadang lemah). Khabab juga pernah mengadu pada Murobbinya Rasulullah, Apakah salah aku mengadu agar kalian ketahui Ilah kita yang sebenar!!

3) Pada Ayat kelima,

ketahuilah perilaku kita, atau perbuatan kita hasil dari Iman kita, iaitu dari “hati” kita, sebab tu syaitan dia tak hasut kat otak, sebab Syaitan pun tahu, kalau attack otak manusia, kesannya akan menyebabkan manusia gila, dan akhirnya orang gila itu tempatnya di Syurga. Fuh!! Melenting si Syaitannirrojim tuh.

Hmm bisikan lain,

Contoh titik kelemahan lain manusia yang Allah potretkan melalui nabi Adam ialah manusia nak hidup kekal dan suka kepada kekuasaan, Sehingga menyebabkan nabi Adam tertipu dengan bisikan syaitan tersebut,

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" (20:120)

Wahai, ini Just tambahan sahaja kalau nak tambah rempah-ratus dalam bulatan Gum-Gumbira =)

4) untuk kes syaitan dalam bentuk jin Kaitkan dengan ayat ini,

“Syaitan MENAKUTI - NAKUTI kamu dengan KEMISKINAN dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (KIKIR); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

(Al-Baqarah : 268)

Point yang kene di stress kan ialah strategi syaitan menghasut dan membisik ke dalam hati manusia ialah dengan menggunakan titik kelemahan manusia, Iaitu manusia takut kepada kemiskinan, Apa yang nak kita nak kaitkan isu kemiskinan kat hadek2 comey & abang Machoo kite ni?

Nah!
Bukankah hadek kite risau bahawa pergi bulatan Gumbira/ daurah/ program islam/ etc akan mengganggu study mereka?

Kronologi ketakutan miskin, Persepsi hadek – adek :

Pergi Bulatan gembira ->fail or result teruk -> kene buang kolej -> tak dapat ijazah -> tak dapat kerja -> tak dapat gaji/duit -> miskin

Dan itulah bisikan syaitan yang menakut - nakutkan kita...

Padahal, Masalahnya, kenapa pulak tatkala fail atau result teruk salah kan benda-benda islam? Apsal tak salahkan main fesbuk berjam - jam, tido banyak (termasuk sebelum dan selepas subuh tidur yang berpanjangan), main futsal, pergi velli kat mid valley, tonton movie sekali lebih 2 jam, buang masa etc? Padahal Bulatan yang gembira itu paling koma sejam, paling ada zuk at lesast 2 Jam dalam SEMINGGU, sedangkan main fesbuk etc berjam2 DALAM SEHARI !!!

Bahkan itu menyumbang kepada Jahiliyyah kot!!

Astaghfirullah,

So jangan lah KIKIR/ KEDEKUT MASA untuk SEJAM sahaja untuk islam, apatah lagi kita sangat membutuhkan Tarbiyah diri dalam membina Individu muslim yang solid (QS)...

Pergi bulatan gembira dan fail takder relationship pun sebenarnya...

Isu ini sangat extreme, so kene pandai - pandai present supaya hadek - adek tak salah faham... Kene keep repeating skrip ini, "ini sekadar contoh sahaja, bukan akak/abang suruh korang fail exam ye"

In case kalo kalian dah present surah an-nas, boleh sahaja bersahaja pinpoint semula berkenaan point ni dalam BG yang lain sebagai mindset kepada hadek – hadek.

5) untuk kes syaitan dalam bentuk manusia sentuh ayat ini,

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan suatu MUSIBAH kepada suatu kaum kerana KEBODOHAN kamu yang menyebabkan kamu MENYESAL atas perbuatanmu itu” 

(Al-Hujurat : 6)

Beri mindset supaya selalu rujuk kedua - kedua belah pihak jika mendapat suatu berita kerana kita tidak tahu kebenarannya, Kerana di takuti kita menimpakan MUSIBAH kat org lain atas KEBODOHAN diri kita yang menyebabkan kita MENYESAL.

Tak kire berita itu daripada siapa, ustaz ke, doktor ke, bisnesman ke, student ke, abg/akak ke, MESTI double check...

Ini ringkasan sahaja, selamat berbulatan Gumbira.

Pssst : masa time sekolah dulu,

“Dulu, bila diingatkan semula, apa kesan halaqoh di sekolah kepada ku, hampir tak ingat sebab barangkali berasa sekadar Ta’lim bukan Tarbiyah, sekadar di suapkan dengan Ilmu, namun bila dibawa dalam bentuk fikrah, bukan ilmu, baru sebenar-benarnya rasa, Wah! Bestnya bulatan gembira ini!! “

Jom, rasai ke-gembiraan itu !!

Moga bermanfaat...

Hadis Rasulullah :

"Apabila manusia menyebut nama Allah, ia akan mengundurkan dirinya dan apabila
manusia lalai, ia akan membisikkan kejahatan."

Monday, October 15, 2012

Mulia bukan pekerjaan ini! Bersabarlah

Jaulah ke Terengganu, merasai sentuhan dari mereka


Aku terus mengunyah, dalam benakku, banyak yang mahu aku tanyakan. Ini benar-benar peluang untuk aku mencari jawapan semua soalan yang selalu melegari setiap sel otak ini.


"Akhi, bolehkah kalau kita katakan jalan tarbiyah dan Dakwah ini mudah?"

Akhi Mutarobbi berpaling kepadaku. Terus dia berhenti mengunyah. Kemudian cuba melebarkan senyumannya. Dia kembali merenung dan mengunyah semula makanannya
. Lalu melihat wajahku, dengan nada yang sungguh semangat, dan gaya tangannya, mulutnya mahu dibuka, seolah-olah mahu memberitahu sesuatu. 


"Akhi, jalan dakwah dan tarbiyah, kalau mudah, sahabat-sahabat tak akan dibelasah, Umar, Khabab, Abu Dzar, Sumayyah, Bilal tak akan kena belasah."



Doom! Suasana seolah-olah bertukar gelap, guruh sabung menyabung. Seperti dalam sinetron-sinetron petang. Degup degap jantungku terasa makin kencang. Aku terpana. Tapi dia tidak memberhentikan kata-katanya di situ. 



"Kalau kita kata jalan dakwah ini mudah, nescaya ramai yang akan lalai dan buat sambil lewa."



Aku terdiam. Berfikir sejenak. Dan terus mengunyah. Terima kasih akhi!



______________________________

Namun, ketahuilah. . .

Sunnah terbesar Ar-Rasul wariskan kepada kita, bukan solat, bukan puasa, bukan zakkat, haji, bersugi, berdebat kerana ia datang kemudian, Namun Sunnah terbesar dan Mulia adalah Tarbiyah dan Dakwah, itulah yang Ar-Rasul lakukan sejak bermulanya baginda menjadi rasul.

Mulia bukan, ayuh mengikuti Sunnah mulia ini!!

-Murobbi kepada kahlifah-Khalifah-

Wednesday, October 3, 2012

Wahai Kader - Kader

Allah Butuhkan praktikal kerna itu bukti Iman mu Akhi. Ikhlas.



Wahai kader-kader manja,
Maunya selalu meminta dan nak di isi, tapi enggan memberi. Maunya diperhatikan, tapi tak mau memperhatikan. Maunya dihargai, tapi tak mau menghargai.
Wahai kader-kader manja,
Merasa paling diperlukan dalam Tarbiyah dan Dakwah hingga tinggi hati/riak/takabur/ujub/thul'ah menyerang niat nan suci. Merasa paling banyak bekorban tapi lupa diri, bahawa yang diperbuatnya tidak berarti disisi Ilahi.
Wahai kader-kader manja,
Masalah peribadi jadi masalah lembaga. Harusnya fokus memikirkan umat, tapi sibuk mengungkit masalah internal yang dibuat buat. Bila kita akan gerak akhi?
Wahai Kader-kader manja,
Selalu tidak datang halaqoh/daurah/ taalim/kuliyah/ mabit/ andaipun datang, pasti mengatakan “afwan lewat”.
Wahai kader-kader manja,
Inginnya selalu senang dan mudah. Ingin dapat memegang jawatan. Ingin terlihat hebat segak. Jika tidak berhasil usahanya, mula menjauh dari perkumpulan. Barisan patah hati pun jadi bermunculan. Berjayanya Syaitan!
Wahai kader-kader manja,
Ingin ini ingin itu tapi tak mahu bergerak. Hanya boleh berteriak- bersuara, duh sampai suaranya serak, tak banyak manfaat.
Wahai kader-kader manja,
Senangnya mengkritik tapi tak memberi solusi, panjang lebar berdiskusi, bermeeting tapi tak ada aksi.
Wahai kader-kader manja,
Ternyata usia tak selalu seiring dengan kedewasaan. Bersikap seperti anak-anak padahal beban dakwah semakin banyak. Umat ini sedang memerlukan pengorbananmu, jangan kau tambah lagi masalah umat dengan kemanjaanmu. Ingat, Komitmen kita di jalan Tarbiyah dan dakwah ini akan Allah bayar, jauh lebih mahal dari harta yang selama ini kita kejar. Jadi jangan beralasan meninggalkannya hanya karena disibukkan dengan permasalahan-permasalahan peribadi. Syurga itu amat mahal takkan dapat dicapai dengan usaha ala kadar sahaja. Buanglah sifat manja, buktikan bahwa kita kader-kader dakwah yang siap siaga bekerja untuk umat kerana Allah.
Kader - Kader,
Ketahuilah juga,
Kerja-kerja amanah dari Allah bukan sebenarnya bebanan dari Allah untuk menyusahkan kita, tapi sebagai offer tiket pantas untuk ke surga!

Tak mahu? Ramai lagi Allah boleh bagi..


Moga kita tergolong dalam kalangan mereka  yang Mukhlisin


"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang Yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang Yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka Bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja Yang mereka lakukan".

(Al-Kahfi : 103-104)

Wednesday, September 5, 2012

Mana Tabuk Mu!!

[Aku diciptakan agar manusia mengambil Ibrah dari Sifat ku yang mujahadah]


Ayuh mengambil Ibrah dari Tabuk ! !

Kenalkah anda, siapa Ka’ab bin Malik?

Apakah yang terjadi kepada beliau?
Ya, beliau tidak berangkat ke Tabuk. Masyaallah, seharusnya beliau berangkat pergi. Sepertimana perang-perang sebelumnya beliau sertai bersama perwira gagah perkasa sahabat yang lain, bukankah beliau tidak pernah ponteng arena War sebelum ini?
Mengapa beliau tidak berangkat menuju Tabuk, sedangkan Nabi dan para sahabat yang lainnya telah berangkat ?
Pasti ada asbab dan situasi yang membuatnya tidak berangkat. Ada sesuatu di balik ketidak berangkatan beliau.
Wahai “kemudahan” Itu….

“Aku sama sekali tidak pernah ponteng mengikuti semua peperangan bersama Rasululah saw, kecuali dalam perang Tabuk. Ketidak ikut sertaanku dalam perang Tabuk itu disebabkan diriku dilalaikan oleh perhiasan dunia. Ketika itu keadaan ekonomiku jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Demi Allah, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta, akan tetapi pada waktu peperangan itu aku memilikinya”.
Masyaallah. Demikian jujur pengakuan Ka’ab, ulang suara muhasabah. “Ketidak ikut sertaanku dalam perang Tabuk itu karena diriku dilalaikan oleh perhiasan dunia”.

Ketahuilah!
Bukan hanya “orang awam” sahaja yang berjaya dilalaikan oleh perhiasan dunia. Seorang mujahid, sahabat Nabi, terlahir menjadi generasi terbaik sepanjang sejarah kemanusiaan, tetap terjerumus ditarik godaan mengancam yakni perhiasan dunia.
Khabarkan kepada ku! Apa yang Kurang pada Ka’ab. Beliau, tidak pernah terlepas dalam keseluruhan peperangan, ternyata benar-benar mujahid setia.
“Demi Allah, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan onta, akan tetapi pada waktu peperangan itu, aku memilikinya”.
Nah! bermakna, keselesaan, yang menyebabkan Ka’ab tidak berangkat ke Tabuk.
Di zaman kita kini, Tabuk itu tidaklah jauh. Sesungguhnya Tabuk kita lebih mudah dibandingkan di zaman Ka’ab. Namun “ketidak berangkatan” tetap sahaja terjadi. Cuba ukur, berapa jauhkah Tabukmu ?
Ada akh yang merasakan kesukaran ekonomi, yang menyebabkannya memiliki banyak keterbatasan dalam mengikuti kegiatan dakwah. Dengan mengatakan, “Andai aku punya motor, tentu akan lebih banyak kegiatan dakwah yang boleh aku lakukan”. Namun, Ketika punya motor ternyata ia masih merasa banyak keterbatasan. “Andai aku punya kereta, tentu aktiviti ku menjadi lebih luas, dapat memudahkan ikhwah lain guna, dan dapat men-DF adik-adik”. Tatkala, Saat memiliki kereta itu, tetap saja banyak alasan. “Andai kereta ku luas lagi, yang first hand agar tak meragam lagi, pasti tidak ada lagi kesusahan lain”. Allah hu !
Saat keretanya sudah besar, ber-ekon, masih lagi sedemikian, tidak tergerak untuk aktif berdakwah. Apa yang terjadi padanya ? Padahal sekian banyak mujahid dakwah berjalan kaki melakukan aktiviti, dan berlelah-lelah dalam keadaan lebih naïf, tidak mencukupi kenderaan juga kemudahan lainnya. Namun, Dakwah tetap berjalan tanpa bergantung kepada persediaan kenderaan yang cukup dan sangat minimum kelengkapan kemudahan.
Mengapa ada yang tetap tidak berangkat? Adakah perlu Naqib mu jemput baharu ingin berangkat?
Panas, Jauh, Lelah….

“Peperangan ini berlangsung dalam kondisi panas terik matahari gurun yang sangat menyengat, menempuh perjalanan nan teramat jauh, serta menghadapi lawan yang benar-benar besar dan tangguh… Rasulullah saw mempersiapkan pasukan yang akan berangkat. Aku pun mempersiapkan diri untuk ikut serta, tiba-tiba timbul pikiran ingin membatalkannya, lalu aku berkata dalam hati : Aku boleh melakukannya kalau aku mau!”
Bukan panas musim kemarau seperti yang sering kita alami di Malaysia, namun panas terik matahari gurun yang sangat menyengat. Sangat panas, harus menempuh perjalanan yang jauh, dan “hanya” untuk berperang. Bukan untuk rekreasi, bukan untuk sonata melihat Cameron highland, bukan untuk menginap di hotel bulan dan bintang, bukan untuk temasya dengan keluarga. Sangat panas, sangat jauh, berselang-seli naik kuda atau unta, sungguh majoritinya berjalan kaki, tentu akan sangat lelah, dan di sana telah menunggu musuh yang sangat tangguh persis Incredible Hulk dan Hulk Ogan.
Tabuk di zaman Ka’ab sungguh jauh. Tidak ada pesawat terbang, tidak ada kenderaan ber-Air Cond, tidak ada sarana yang memadai untuk menempuh jarak yang sedemikian panjang dan cuaca yang sangat panas terik.
Di zaman kita sekarang, Tabuk itu tidaklah jauh, tidak panas terik. Ada pesawat terbang, ada kereta api eksekutif, ada bus eksekutif, ada taksi, ada kereta kancil viva dan kenari, ada MPV ber-Air Cond, ada motor, ada basikal. Tabuk kita bahkan tidak panas, namun “ketidakberangkatan” tetap sahaja terjadi. Sebenarnya, berapa jauhkah Tabukmu ?
Awalnya kita merasa “Aku boleh melakukannya kalau aku mau !” Ah, tapi apa yang aku dapat kalau berangkat ?
Tarbiyah itu, Murabbi satu tempat Universiti yang sama, bahkan kita hanya perlu melangkah berkumpul sahaja, naqib yang datang berjela Kilo Meter jaraknya ke tempat kita. Di tempat pertemuan tersedia banyak kelengkapan dan mengharapkan disudukan, tiada dibawa buku nota, Al-Quran terjemahannya, bahan bacaannnya. Berbagai agenda dakwah, seperti Bulatan gembira, mabit, daurah, bahkan mukhayam, semua full fasiliti. Apa yang menghalangi untuk datang ke berbagai agenda dakwah tersebut ? Apa yang menjadi alasan ketidakberangkatan ?
Apa sebenarnya perang kita ? Apa yang ada di Tabuk kita ?

Dahulunya, tinggal di kolej yang sama dengan ahli bulatan gembira yang sama, mudah berhubung, tidak sempat bermesej, muka dah hadir di hadapan pintu, kerana dekat, hanya berhadapan bilik, ahli bulatan gembira hanya berjiran, hanya perlu mujahadah dengan kaki, maka tibalah ke destinasi. sampai satu masa Tabuk itu pasti datangan menguji mu. kini, bukan lagi di kolej indah yang sama, jarak semua berbeza. Sampai satu masa, akan tiba mesej dari Nagib mu "Jom berbulatan gembira di jabal botak =)" hasutan dari musuh syaitannirojim pasti membisik "penat nanti, lex lu", "jauh tu, dah la kolej kat luar!!". ketika itulah Tabuk mu menguji. sama ada berjaya atau tergoda!!

Ahli bulatan gembira, ketahuilah, kami menanti kalian dengan penuh kesyukuran, jika tidak cukup bilangan, kami akan menunggu, menuggu dan menunggu. Tatkala cukup, barulah dimulakan dengan Bismillah. Menjadi sedih dan sayu andai belum berjaya menghadirkan mu untuk merasai kegembiraan ini bersama.
Dikuasai Kemalasan

“Akhirnya aku terbawa oleh fikiranku yang ragu-ragu, hingga para pasukan kaum muslimin mulai bergerak meninggalkan Madinah. Saat aku lihat pasukan kaum muslimin mulai meninggalkan Madinah, timbul di fikiranku untuk mengejar mereka, ketika itu mereka belum jauh. Namun, aku tidak melakukannya, kemalasan menghampiri dan bahkan menguasai diriku…”
Di zaman kita, ada Daie yang melihat penggerak lain yang sangat aktif dan dinamik dengan berbagai agenda dakwah, sempat terfikir “Adakah Aku masih boleh mengejar mereka”. Ya, aku akan menyusul mereka. Tapi mengapa tidak engkau lakukan ? Mengapa tidak engkau susul mereka ? Mengapa engkau tetap tidak berangkat ? Apa alasan ketidakberangkatanmu ?
“Kemalasan menghampiri dan bahkan menguasai diriku……”
Padahal kita tidak bertemu panas terik gurun pasir. Kita tidak bertemu jarak yang demikian jauh untuk ditempuh dengan kaki. Yang kita temui adalah sarana dan fasiliti yang lengkap. Acara dari Banglo KUANGpuas ke INTEGMAnis. Kegiatan dari rumah ke Pejabat. Rapat dari ruang ke ruang. Semua nyaman, semua menyenangkan, semua sejuk, semua penuh dengan kelengkapan.

Adapun yang lainnya, disebabkan disibukkan dengan perkara teknikal, maka keutamaan pada tarbiyah kau abaikan. Diletakkan pada tangga kedua dan ketiga. Terus mendahulukan program mu di kolej, persatuan dan program-program umum yang jauh diluar kampus juga engkau sanggup turun untuk bersua dengan Ustaz Azhar idrus, seminar fiqh dan bagai yang lainnya. Maka, pada mu melihat, "bulatan gembira" sebagai nucleus tarbiyah itu hanya apabila diperlukan sahaja, ketika masa kosong baru di isi, ketika haus baru mencari, ketika tidak clash dengan program hujung minggu baru terheggeh-heggeh nak kan di isi.

Namun, aku tetap disisi mu. sabar menunggu mu. kerana Ka'ab juga sedar akhirnya mana yang perlu di utamakan.
Mengapa tetap terjadi ketidakberangkatan ? Apa alasanmu ?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
(At-Taubah : 111)

p/s : post ini mengingatkan ku, pada Coference riang minggu lepas di sebuah Medan Taman (x wujud nama nih),  kelihatan ramai tidak berhidung apatah lagi jasadnya disitu? dimanakah anda? sedangkan andalah Allah pilih lebih awal daripada mereka yang baharu di lasoo atau sebenarnya, anda yang akhirnya mengelak untuk dipilih. Yakinlah, Allah akan ganti dengan mereka yang sangat berhajat dan pastinya lebih baik dari Anda. Itu Janji Allah!! Juga kepada Ikhwah yang bakal berkenderaan, ingatlah ia hanya alat, matlamat mu terus terpacu suci dihadapan.

Apabila ia menyebut anda. maka siapa pun pembaca termassuk saya. itulah muhasabah kita bersama.

Aku risau. Aku di tapis dalam menjadi murobbi kepada Khalifah.

Friday, August 24, 2012

Bulatan Gembira pentingkah!


Ditulis pada 14 ogos 2003 (setelah 10 tahun) kepada beberapa anak buah yang tidak mendatangi Bulatan Gemibira kerana pergi ke majlis sosial. ketika naqib datang dari jauh, tiba-tiba anak buahnya tidak ada. sungguh kecewa. lalu lahir tulisan ini:
Assalamu’alaikum.
saya rasa mungkin kita tak payah lagi mengadakan usrah untuk kali akan datang . . kerana rasanya majlis hari lahir lebih penting dari usrah, Selepas ni mungkin ada lagi majlis lain yang perlu dihadiri . . . usrah hanyalah untuk masa tak sibuk, tak ada kerja lain, lapang dan ketika tak letih.

Usrah bukan penting sangat. Kalau ada kerja lain..tak payahlah datang usrah. Saya boleh terima alasan orang tak boleh hadiri usrah kerana sakit, kerana pelajaran yang mendesak, kerana sebab yang munasabah… 
Tetapi tak boleh terima alasan hanya kerana hadiri majlis sosial.
Sampai bila usrah jadi kelas kedua dan ketiga… Kenapa orang tak boleh memberi alasan tidak dapat hadir majlis sosial kerana ada usrah tetapi boleh memberi alasan tak boleh hadir usrah kerana ada majlis sosial…?
Saya rasa tak payahlah kita mengadakan usrah jika ia hanya duduk ditangga kedua, ketiga dan keempat.
Anda semua telah mengecewakan saya….
Wallahu ‘a’alam.
Wassalam.
Ustaz yang masih menyanyangi mu lagi… walaupun apa yang berlaku.

-Syeikh Muntalaq-



__________________________________________


Tambahan dari pena ini,
Mungkin agak kertelaluan menulis contoh dibawah ini, namun rasa contoh ini paling masyuk ketika ini,
Bulatan Gembira itu juga ibarat "nak buang air Besar" 

Ketika kita sibuk melayan karenah pelanggan, ketika sedang memasak mee bandung muar favourite saya eh, ketika kira sedang kemuncak Bisnes kita, manatahu ketika itu juga ekonomi kita sedang merudum, sayu, pilu dan perlu mengatur meeting yang pangjang.
Tiba - tiba sakit peruttt!! Argh, tak tahan lagi,
Nah, mana pernah kita sanggup menahan pemulasan perut itu,
Maka, pecut ke tandas melepaskan dengan ke-lega-an.
berkata : "Ahhhhh~" (sebab Alhamdulilh tak boleh)
Begitu jugalah dengan Bulatan Gembira, sesibuk mana sekalipun kita, jangan di tahan-tahan, penyakit nanti. Ubatnya, pergilah lepaskan di tempat yang menggembirakan eh!
Maka berkata : "Alhamdulilillah hi rabbil A'lamin"