-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, July 13, 2011

Nikmat : Terima kasih sesangat

 
(tangan sebelah menepuk tangan sebelah)
Apa itu nikmat..?

Ia melibatkan Seseorang (KITA) dengan sesuatu perkara ,baik benda, perkara, situasi, makhluk atau peristiwa yang menyebabkan otak kita merembeskan enzim-enzim dan hormon-hormon yang seterusnya akan mengalir laju masuk ke dalam darah kita menuju ke tempat-tempat khusus seperti pipi, mulut, mata, tangan, kening dan perut dan meyebabkan organ-organ ini bertindak-balas dengan sewajarnya; pipi akan menampakkan lesung pipit, mulut akan tertarik ke kiri dan kanan, mata akan bersinar-sinar, tangan akan mendakap bahagia, kening akan terangkat-angkat, dan perut akan berasa sangat selesa. Iyeah!!

Dengan kata mudahnya, sesuatu nikmat itu akan menggembirakan kita dan menyebabkan kita berasa Masya Allah Bestnya...! Eh.


[Kredit Basyir]

Seperti nikmat berUkhuwah ke "Wet World a Famosa" - Ikhwah je kot, akhwat kalau ke tempat ni??
(bagi mereka yang belum pernah sampai, Amaran!! agar hadirkanlah diri anda bersama - sama lebih daripada 20 orang, fuh!! nikmat dia, luar biasa, rasa seperti dipukul sempoi - sempoi ombak , gelunsur pelampung 90 Darjah dan tidak hairan apabila di ajak bermain Go-Kart masih asyik)

Dengan pengorbanan awal, berbayar sekian - sekian ringgit hanya semata - mata nak masuk dan akan keluar . . . , nikmat ini akan dirasai oleh mereka yang berjaya meng"Gelungsur" di tempat yang paling tinggi (walaupun di sogok oleh ikhwah lain yang dah naik kali ke-3,dan alhamdulilh berjaya juga turun), nak tambah kenikmatan apabila setiap mereka yang terlibat dalam penggelunsuran ini merasai nikmat gelungsur dalam keadaan sedar dan terbuka matanya di tambah dengan skill jatuhan di dahulukan kepala, dan paling penting merasa diri dalam keadaan selamat dengan usaha berkali - kali dan bertawakkal setiap kali penggelungsuran berlaku. . . .

Nikmat yang lagi besar, dengan kita merasai Iman dan Islam kita tidak tergugat dengan pancaroba makhluk sekeliling/ cabaran kehilangan pelampong dan kunci bahkan Iman meningkat terhadap Istighfar kita, kesabaran, kewarasan untuk husnuzon dan bantuan persaudaraan dengan menghulurkan material ganti rugi kehilangan kunci terhadap Ikhwah lain... sama sekali diri ku tidak hingin Nikmat ini ditarik dan digauli..

Nikmat yang hilang,
Dalam kes di atas : Nikmat akan hilang tatkala setiap kali penerjunan, air masuk ke Otak... Peh!



Apa itu ukhuwwah..?

Ukhuwwah adalah perhubungan atau pertalian yang dijalin berasaskan sesuatu faktor. Boleh jadi kekeluargaan, sekolah, kampus, agama, kerjaya dan sebagainya. Bezanya ukhuwwah dengan persahabatan atau perkawanan adalah ukhuwwah ini ditaut dengan perhubungan hati; maka taraf ukhuwwah dengan persahabatan adalah ibarat I-Phone Daeng yang ingin dipegang dan ditenyeh oleh jari semua orang (peminat berterusan) dengan Hp sony Uda yang hanya boleh dikeluarkan ketika call dan msg disamping ruang sentuhan jari limited untuk seorang sahaja (peminat kadang-kadang ada).

Dan apa itu ikhwah (Akhawat, for that matter..)..?

Ikhwah adalah orang-orang yang berukhuwwah tadi. Literalnya, ikhwah membawa makna saudara. Seperti firman Allah di dalam surah al-Hujurat:

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara.."

Orang-orang Mukmin saling bersaudara walaupon berlainan bangsa, latar belakang atau derajat keturunan, kerana tautan hati yang menghubungkan mereka adalah lebih kuat dan erat daripada hubungan darah; mereka dihubungkan dengan hubungan aqidah yang cukup mantap.

Dan gelaran ikhwah ini dikuatkan lagi persatuan atau kesamaan fikrah. Lebih spefisik lagi, fikrah haraki, atau fikrah dakwah. Boleh je nak panggil Pak Abdul Azizam Ali si penjual sayur atau En. Azim Umar si peguambela dan peguamcara tu sebagai ikhwah, tapi jarang orang selalu buat  Sebab panggilan ikhwah ini macam special dan Unique; dikhaskan untuk orang-orang yang bergerak di atas jalan dakwah. 

Jadi, kalau nikmat campur ukhuwwah jadi apa..? Dalam bahasa formulanya:

Nikmat + Ukhuwwah = ?

Semalam diberi peluang oleh Allah untuk bertemu sebahagian Ikhwah, bertentang mata dan berkasih mesra dengan ikhwah seluruh Malaysia; ramai antara mereka yang dah lama tak berjumpa.

Nimatnya bertemu mereka.. Aduhai. Tak tergambar oleh kata-kata. Memang Iyeeeaah!! la senang kata. Hilang segala perasaan ke "colleps"an. Malah mata yang rasa mengantuk pun celik secara tiba-tiba apabila dapat bertemu dengan ikhwah ini. Fenomena ini disebut juga sebagai kehangatan ukhuwwah. Huhu.. 

Perasaan ini hanya dapat difahami oleh mereka yang menghargai ukhuwwah di atas jalan dakwah ni. Seriyes, kalau ana tulis satu kitab sekali pun, semata-mata nak perihalkan betapa nikmatnya bertemu ikhwah ini, nescaya ana tidak dapat menggambarkan seratus peratus secara tepat keasyikan ini.  melainkan anda sendiri perlu merasainya...

Jadi anda sudah boleh menjawab persoalan sifir ana tadi bukan..?

Nikmat + Ukhuwwah = ?

Nikmat yang dicampur dengan ukhuwwah jadilah NIKMAT UKHUWWAH..!
(Bergantung kepada keadaan dan situasi, nikmat ukhuwwah ini boleh jadi juga berkuasa tiga, lapan atau tujuh belas)




Terima kasih Allah. Senyum kenyit mata.

"Dan Dia telah menyatukan hati-hati mereka. (Dan ingatlah) walaupun kamu membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya, nescaya kamu tidak mampu menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
[al-Anfal, 8:63] 

( "Dalam Ukhuwah kena ada kenikmatan, baharu kedua-dua tangan saling menepuk, Iyeah!! " )

Tuesday, July 12, 2011

Teori untuk Praktikal,. Iyeah!!


Bismillah,

Teori  untuk  Praktikal… Iyeah!!



Ramai manusia boleh menyebut  “satu hari nanti nak jadi……..”

Itulah istilah teori (eh.. tak menafikan iye, memang untuk bagi semangat motivasi pada diri, itu impian semua orang berhak untuk melafazkan Impian masing-masing, ni kan “Human right” – terpengaruh Ayat seseorang ketika Debat BI MUSLEH 2011)

Ana bawakan analogi yang lebih mudah di damping dan rasa disayangi…. Islam itu mudah, Insya Allah…

"Bayangkan anda mendapat Result  SPM 12A+ daripada 12 subjek yang diambil, Wah!! Sume A+,
pastinya, anda ingin berkongsi dan menceritakan saat bahagia ini pada sahabat yang lain kan! Bahkan… ada yang lebih advance, dengan senang hatinya menceritakan kejayaan yang gemilang tersebut kepada sesiapa sahaja tanpa ditemuduga, tatkala diberi ruang dan peluang berucap di khalayak, akan diselitkan unsur kejayaan SPM nya itu… “saya memperolehi SPM 12 A+ dengan usaha saya sendiri, bukankah anda juga ingin Berjaya, dan berkongsi cerita kejayaan tersebut dengan orang tersayang”, masakan tidak, khalayak se isi dewan ingin Berjaya dan melaksanakan misi yang sama, iaitu berkongsi dan pastinya menceritakan kejayaannya  kepada orang lain”

Maka…..

Boleh ana katakan : sesuatu yang baik itu mesti nak dikongsikan dengan orang lain kan!!
Kan!...kan!!
 
. . . .  . . . . .
. . . . .
. . .

Iyeah!!  Itulah juga Dakwah, bukan kah ia benda yang baik yang perlu dikongsikan dengan manusia lain…
Adakah anda masih Fobia mendengar kalimah “Dakwah” ?
. . . . . .
. . . . .

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." 
(Aali Imran 3:104)

Ayat tersebut, jika di nilai umum, maka hanya refer kepada sebahagian je kan yang akan buat Dakwah…
Jom lihat next..

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"
 (Aali Imran 3:110)

Ok…ianya refer kepada KITA… umat Nabi Muhammad… ke ada Ummat yang lain lagi??…


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan."
(Al-Maaidah 5:35)

Hmm… dah tahu rasanya jawapan ni, jika anda muslim masih belum rasa, tapi.. jika KITA meletakkan diri pada golongan Mu’min (Orang-orang beriman), inilah kita… ingat juz’ 29, 30, banyak di sebut orang mu’min karana fasa Mekah…


"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
(Al-Hujuraat 49:15)

Iyeah!! Yang pada akhirnya… Allah melimpahkan ganjaran yang, fuh!! Peluh yang dititis, rasa nak banyak kan titisan..


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." "(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar."Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."
(As-Saff 61: 10-13)

.................
Ana tertarik dengan satu seminar yang di jalankan baru ni, kata salah seorang syeikh Pak Arab,Syeikh Jum’ah namanya yang menjadi ahli Panel, beliau menekankan bahawa Islam tidak akan tertegak dengan usaha individu, bahkan Islam tertegak dengan usaha secara kolektif iaitu dengan jamaah. Tanpa usaha secara kolektif, tidak akan akan tertegak syariat Islam secara menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Tambahnya, Islam bukanlah milik individu atau jamaah, tetapi Islam adalah milik setiap Muslim yang wajib diperjuangkan dan dibela oleh mereka.

Jadi anda berani masuk ke gelanggang “Dakwah”…. !!

beberapa dialog :
“memang meremang bila saya lah yang kena lakukan”, kata lain…

“em.. memang nak.. tapi, tak de skill…” lain nya..

“nak jadi puak lagi satu je lah,yangt idak menyeru mana-mana , sekurang-kurangnya saya tidak mengajak melakukan maksiat…,” oh..begitu, jadi rela melihat maksiat (kata pembaca lain)..

“Iyeah… nak..nak, tapi macam mana ek cara nya nak menyampaikan Dakwah…”
. .  . . . . .
. . .
Cuba berfikir sejenak, Dakwah ini pasti melalui pemulanya….
. . . .
 . . . . . . . .
Ilmu dan Tarbiyah… Iyeah!!
Bagaimana Rasulullah didik para sahabat dengan menjadi Murobbi di rumah “Arqam bin. Abi Arqam”
Begitu juga Khabbab menjadi Naqib kepada, “Umar al-Khattab, Fatimah, said(suami Fatimah)”
Itulah Tarbiyah yang di semai bermula dari seerah lagi..

. . . . . 

. . . 

Tidak sihat lah jika hanya menerima Ilmu, bila nak di kongsikan.. macam belajar untuk exam semata (bila nak dipraktikkan)

Tatkala ada praktikal itulah baru langsai satu kitaran sihat (teori dan praktikal)
Saat Tarbiyah itu di penuhi dada-dada Iman, saat itu jugalah Dakwah di sebarkan..

. . .  . . . . . 

. . . . . 

. . .
tapi bagai mana caranya untuk ber Dakwah!

. . .  . . . 

 . . . . 

. . .

wah !! dah tak sabar la ni iye ,(mari ana mengusap rambut si Unais), baik... cuba anda fikirkan cara sejenak yang terlintas, walaupun satu sebelum click ke bawah (saya pula merayu, selepas anda merayu pada saya tadi, baru jadi deal yang berjaya=)

. . . . . . . 

. . . . 

hah!! belum fikirkan lagi ke? bismillah, Allah lebih Maha mengetahui ....

. . . . 

. . . 

iyeah!! apa yang anda fikirkan tadi, itulah "Dakwah"

Cara berDakwah adalah “Seni”

Seni itu harus di cari dan di experimentasikan..

ianya bukan Fixed kepada 1 cara, tetapi kepada cara yang digunakan anda . . . . . .

sebab Allah berikan "Dakwah dan Tarbiyah" ini, hanya ada pada Manusia...

kata hikmah Saiyidina Ali r.a. iaitu “Sesiapa yang lembut kata-katanya, maka wajiblah mencintainya.”

Moga Allah permudahkan, selamat beramal..
"Jika seseorang Dai' itu Ikhlas melakukan kebaikan dan kebajikan, dia akan gembira dan senang hati melihat sesiapa sahaja yang membuat dan mengajak melakukan Amar ma'ruf Nahi mu'kar"

Sunday, July 3, 2011

Kenapa Tak Ramai Ikhwah Yang Ensem?

Ikhwah  : Saudara lelaki
Akhwat : saudara perempuan
(Nota satu: Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang pernah dan sedang menyertai bulatan gembira. Tetapi kepada anda yang berdegil untuk membacanya, boleh je. Cuma jangan paksa saya untuk memberikan penjelasan lanjut,hu~)

Nota dua: Artikel ini mungkin sedikit kontroversi. Pastikan anda baca sehingga habis dan hadam poin-poin yang cuba saya sampaikan sebelum anda mula mencaci-maki memuji-muji. Wah!)
[Kredit Gambar]


Saya tidak tahu dengan akhawat, tapi anda perasan tak dalam kalangan ikhwah yang menyertai gerombolan dakwah ni, sedikit sahaja yang ensem, kacak dan bergaya..? Bukan..., saya bukan sedang bercakap tentang ensem perangai atau ensem budi bicara. Tetapi ensem dalam erti kata yang sebenar; ensem rupa paras dan tubuh badan.

Mungkin anda mahu memberi izin laluan dan berkata pula yang ensem tu subjektif, bergantung kepada citarasa dan pandangan masing-masing. Mungkin ada juga yang akan menempelak dan mengatakan yang tak penting ensem rupa paras, yang penting hati ensem dan akhlak bergaya. Kan..?

Tapi itu bukan poin saya di sini. Poin saya, kenapa tak ramai dalam kalangan para dua't lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ensem? Ensem dalam definisi yang konservatif dan arus perdana. Maknanya, kulitnya bersih dan licin, tiada jerawat, ada lesung pipit, hidung seludang mancung, bibir merah, rambut kena dengan bentuk muka, muka yang simetri, dagu lekuk, tubuh badan yang cantik... Dan seterusnya. Kiranya pakej penuh la..! Sempurna!

Kebanyakan ikhwah yang saya jumpa, biasa-biasa sahaja. Yang tak ensem pun ramai. Yang betul-betul ensem, kacak dan bergaya.. Err. Rasanya tiada. Yang rupanya boleh tahan dan sedap dipandang mata, mungkin boleh dikira dengan tangan campur jari-jari kaki yang ada. 

Hish penulis ni, anda mendengus. Jangan merepek boleh tak..? Allah tidak melihat pada rupa paras! Bukan siapa yang lebih canteque dan ensem yang akan melangkah masuk ke syurga, tetapi mereka yang diredhai Allah..! huh..!

Sabar, sabar, jangan cepat melompat. Saya setuju dengan poin itu, yang menentukan keredhaan Allah ke atas kita bukanlah rupa paras, harta, pangkat, keturunan, anak-beranak dan siapa kita di dunia ni. Saya setuju sangat dan tiada bantahan mahupun izin laluan.

Tapi anda, anda masih tidak dapat menangkap maksud saya manulis artikel ini bukan..? Adakah orang yang ensem dan canteque tidak mahu masuk syurga seperti kita semua..? (Eh, seolah-olah saya membuat kesimpulan semua yang membaca belog ini tidak ensem dan canteque..! huh! ) Pastinya mereka juga menginginkan keredhaan Allah yang hakiki bukan..?

Jadi kembali kepada persoalan saya yang utama; mengapa tidak ramai di kalangan mereka yang dikurniakan Allah dengan wajah yang hampir sempurna menyertai pasukan dakwah ini..? Atau dengan kata mudahnya, mengapa tak ramai ikhwah yang kacak bergaya..? Hu. 

Saya tiada jawapan yang pasti. Tetapi saya ada satu teori dan saya menjangkakan yang teori ini bakal menimbulkan kontroversi yang panas lagi sensasi. Anda bersedia..?


Begini. Pada pandangan dan pemerhatian peribadi saya, mereka yang kacak, ensem dan tampan ini, ujian yang mereka lalui adalah lebih getir dan besar. Hanya dengan rupa paras mereka yang hampir sempurna itu, mereka telah pun diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian dari pelbagai arah. Maka kebarangkalian untuk mereka tewas kepada ujian-ujian tersebut adalah lebih tinggi daripada lelaki-lelaki yang tidaklah sekacak mereka.





Apakah bentuk ujian-ujian tersebut..? Baaaannyaaaakk. Antaranya, apabila mereka memiliki rupa paras yang menawan, menarik tertarik kau memang debomm!, pastinya ramai anak-anak gadis yang memuja mereka, yang merelakan diri mereka untuk 'dikapelkan' atau yang lebih ekstrem lagi, menyerahkan tubuh badan mereka untuk diratah secara percuma dek tertawan dengan rupa paras si jejaka yang ditawan. Arakian bagi lelaki yang tidak cukup kuat imannya, ini adalah promosi jualan runtuh yang amat sukar untuk mereka tolak mahupun pandang dengan sebelah mata.

Antara ujian lain termasuklah tawaran-tawaran berlakon, sama ada di dalam filem atau drama, atau pon dalam iklan-iklan komersial yang lain. Lagi ensem diri seorang lelaki itu, maka lagi hebatlah tawaran yang diterimanya. Kemudian mulalah cucukan-cucukan syaitonirojim yang maha hebatnya, dan ini termasuklah berlakon bersama perempuan menggiurkan yang bukan mahramnya, membuka aurat sini sana tanpa batasan dan memakai aksesori-aksesori yang diharamkan bagi seorang lelaki. Dapat pulak tawaran berlakon dengan firma antarabangsa. Ala, setakat berbogel sekali-sekala, takkan sanggup nak tolak wang dan harta berjuta ringgit dan wanita cantik sekeliling pinggang..?? hu.


Salman Khan, Sharukh Khan(my name Is Khan) dan Aamir Khan (3 Idiot). Pelakon 'Muslim' yang gah di arena Bollywood. Mereka amat kacak bukan..?? [Kredit Gambar]


Belum lagi dikira ujian hati. Anda rasalah, apa agaknya yang lelaki-lelaki ensem dan kacak ini rasa setiap kali mereka dipuji dan dipuja atas kecantikan rupa paras mereka? Hatta lelaki yang kuat iman sekali pon boleh jadi akan tewas dengan pujian-pujian yang datang bertalu-talu, lebih-lebih lagi sekiranya pujian tersebut datangnya daripada makluk bernama hawa. Cair cair. Kalau hati pon dah susah nak jaga, apatah lagi anggota badan yang lain kan..? Uhm uhm.

Makanya, tidak hairanlah sekiranya ramai dalam kalangan jejaka-jejaka kacak yang memilih kehidupan berhuha-huha, penuh dengan noda dan maksiat kerana tewasnya mereka dengan pelbagai jenis ujian yang melanda. Ya, mereka lahir dengan rupa paras sedemikian rupa dan bukan mereka yang meminta untuk lahir ke dunia dengan rupa yang menawan dan tampan (walaupun saya sangat yakin yang mereka suka dan gembira dilahirkan sedemikian rupa) itulah ujian buat mereka. Saya amat yakin sekiranya mereka berjaya melepasi ujian ini, ganjaran yang menanti mereka juga amat besar dan lumayan.

Mujahadah mereka untuk berhadapan dengan ujian-ujian ini lebih besar dan hebat daripada lelaki-lelaki yang biasa-biasa sahaja dan tidak berketerampilan menarik seperti mereka. Tidak ramai yang sanggup untuk terus bermujahadah kerana terpaksa mengorbankan perlbagai kepentingan diri dan nafsu di hati. Maka ramai antara mereka yang memilih jalan yang lebih mudah dan kelihatannya seronok dan menguntungkan, kehidupan dunia yang indah dan mengasyikkan, tetapi malangnya penuh dengan dosa dan noda. Astaghfirullahal adzim..

Maka tidak hairanlah, Nabi Yusuf a.s., salah seorang daripada Nabi dan Rasul yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah Allah dan terkenal dengan rupa parasnya yang hampir sempurna berdoa untuk dijauhkan daripada godaan-godaan dunia yang menggugah keimanannya:

"Yusuf berkata: 'Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.'"
[Yusuf, 12:33]

Sebab itulah saya amat kagum apabila melihat adanya ikhwah yang berupa paras cantik dan menarik, kerana saya tahu bukan mudah untuk mereka terus berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah. Benar, banyak lagi bentuk ujian lain yang menimpa seseorang manusia itu, seorang akh yang tidak smart rupa parasnya mungkin ditimpa dengan pelbagai jenis ujian lain yang juga mencabar (rupa paras yang tidak cantik itu juga sebenarnya satu bentuk ujian). Tetapi pada pendapat saya, ujian yang dihadapi oleh seorang lelaki yang ensem dan kacak bergaya adalah lebih besar dan menyusahkan, kerana cabaran-cabaran yang datang bersama dengannya adalah lebih dekat dengan hati dan nafsunya. Bukankah begitu..?

Menelusuri sirah para sahabat Nabi SAW, anda akan mendapati ramai antara mereka yang kacak, ensem dan tampan rupa parasnya. Dan sebelum Islam masuk dan mengetuk pintu hati mereka, merekalah pujaan wanita-wanita di zaman itu. Merekalah Justin Bieber, Brad Pitt dan James Franco di era itu. Nama-nama seperti Mus'ab, Hamzah, Saad bin Abi Waqas dan Zubair al-Awwam meniti di bibir-bibir anak-anak gadis Mekah. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang yang amat kacak dan ensem orangnya. Namun selepas Islam menjadi cara dan tujuan hidup mereka, pengorbanan untuk mereka meninggalkan jahiliyyah yang lampau adalah amat besar kerana mereka tahu hanya dengan rupa paras yang cantik, mereka tidak mungkin dapat membeli tiket ke syurga.

Kerana itu jugalah saya amat suka merenung dan mahu bertaaruf dengan ikhwah yang kacak dan tampan (Err...), kerana saya tahu perjalanan mereka untuk berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah bukanlah jalan yang mudah dan dihamparkan dengan karpet merah. Uh tidak bermakna saya meminggirkan ikhwah yang kurang kacak dan ensem tahu..?? Bunyinya seperti amat salah dan sesuatu, tetapi jagan khuatir, saya tahu batas-batasnya. *huhu*

Begitulah. Kini anda tahu mengapa saya katakan tidak ramai ikhwah yang ensem dan tampan bukan..? at list di Malaysialah. Ni Arab sana nun mungkin ramai je yang kacak bergaya. Senyum sedikit nakal. Atau mungkin juga saya belum berkesempatan bertemu dengan ikhwah yang ensem dan bergaya. Huhu..

Oh ini teori saya sahaja faham ke..? Ada kemungkinan teori ini sesat baghat dan tidak ada asas-asasnya. Tetapi ini berdasarkan pemerhatian saya yang lemah ini dan tidak dapat tidak, saya sering memikirkannya. Agak pelik mengapa lelaki-lelaki yang ensem kebanyakan berada di dada-dada akhbar dan majalah hiburan, juga di kelab-kelab malam serta iklan-iklan komersial, tetapi amat kurang yang berada bersama gerombolan dakwah dan tarbiyyah.

Kebetulan ketika sedang menulis artikel ini, terbaca tentang kisah seorang sahabat Nabi SAW yang hodoh di sini. Uhm.. Tiada konsep kebetulan kan..? 

Monday, June 6, 2011

Alat Episod 3: IQRA'

Assalamualaikum WBT, 

~:: Allahumma baariklana fi rajaba wa sya'ban wa ballighna ramadhan. ::~

[Bukanlah dari Hadith yang sohih doa tersebut, tetapi boleh digunakan untuk Fadhoil Amal]

Moga bermanfaat :

(1) Quranic Audio [MP3]
Bacaan imam (Jibreel /AbdulBaset /Al-Ghamidi /Sudais /dll )

(2) Bahasa Arab [Word by Word]
Belajar Bahasa Syurga ni...



moga bulan-bulan Islam ini (Reejab/ Sya'ban/ Ramadhan) ini,
kita penuhi dengan Amalan Sunnah dan Solleh.

Wednesday, June 1, 2011

Bermulanya AKU dengan di GEMPUR



  
*Kamus,
Islah : Pembaikian

Al-Awwalun : Mula-mula Islam

“Iman dan Ukhuwah satu asset yang sama sekali tidak boleh dipisahkan, bahkan kita membutuhkan untuk momentum mengharungi kehidupan”.

Teringat bagaimana golongan al-Awwalun, Rasulullah dan para sahabat [Ukhuwah kerana Allah]

Review kehidupan ku selepas tamat pengajian menengah di sekolah,

Katakanlah pada mereka,
"Di Dalam kelalaian/ gurauan berlebihan/ kata-kata dalam perbualan/ pelajaran yang diperlukan percampuran/ suasana persekitaran/ boring di taip di FB di kala bersendirian, pasti terbit dalam diri yang merasakan kelemahan dikala itu "IMAN" dahagakan makanan dan siraman serta sahabat solleh menjadi penasihat dan peneman".

"Aku boleh mencari di mana sahaja majlis ilmu yang ingin aku cari".

Bahkan, ianya datang di jemput, lagilah setiap kali kuliyah di Fakulti, lecture selalu kaitkan dengan Agama,

kata mudahnya, ilmu akan datang pada diri ku sendiri

tapi.. sama ada masuk diQalbu atau sekadar lalu...

kepastian Iman zid wa yankus (turun, naik) ini, diri ku perlukan yang memberi penguat..,

sehinggalah...
Saat ini, aku merasakan perubahan demi perubahan pada usaha segolongan mereka terhadap diriku,
Usaha mereka dalam memberikan kefahaman dan ilmu di zahirkan dengan Amalan..
Aku sendiri makin lama di santuni oleh mereka, semakin aku hormati dan  menjaga adab tatatusila.
Sehingga beberapa bibit Ukhuwah yang di tunjukkan membuatkan jiwaku makin berbunga pada kecantikan Islam. Sama sekali tidak pernah di ajar pada ku perkara yang bertentangan dengan Aqidah, Islam dan Akhlak. Yang di didik pada ku, makin hari penjelasan dan kefahaman itu sendiri tentang Islam dan yang aku mengerti itulah Amalan ku terhadap kefaham dari Ilmu tersebut.

Mereka yang menggempurku,
Di kala  aku kehilangan barangan kesayangan, Di hadiahkan pada ku barang kesayangan mereka “ASUS”
Di kala aku “Down”, saat itu hadirnya mereka tanpa pengetahuan.

Kini, aku bersyukur dapat berada bersama dengan mereka sekalipun kehadiran itu lewat ku kira dalam hidup ku, tapi… "Hidayah itu akan hadir pada hambanya yang berusaha untuk mencari", bersabarlah...

Penilaian ku, apabila belajar sejarah Islam,
Rumusannya. Kini, Kita sama situasi seperti yang berlaku di zaman Mekah iaitu kejahilan yang parah, tetapi di islahkan dalam pembentukan "Qaedah Sulbah" oleh Rasulullah dan para sahabat di rumah Arkam bin Abi Arqam, dengan motif untuk membentuk biah, Susana solleh, Iman dan Ukhuwah… aku merasakan inilah juga yang aku butuhkan di kala masih di zaman belajar, bergaul dan serumah dengan mereka yang solleh dan Musleh.

Jika dituruti kisah ku,
Cukup dhoif ku kira Akhlak anak muda hari ini seawal sekolah menengah sudah mula merokok, pergaulan sosial yang serius, aurat terdedah, bahkan di peringkat sekolah rendah lagi sudah boleh dinilai bila dinampakkan di khalayak, Bukanlah aku salahkan mereka semata, tetapi tugas ini di bahu atas mereka yang lihat dengan mata Hati,
Laman sosial di jalur lebarkankan tanpa sempadan sesekali melihat mereka yang perumpuan dieksploitasi tubuh mereka gara-gara mereka sendiri yang memulakan dengan meng”upload”, si elaki dengan penampilan, tuntasnya…Berbalik kepada "Hati", Gempurlah dengan hati dan ke hati kerana keikhlasan yang melahirkan,kesyukuran, ketabahan, kesabaran,
inilah yang sangat sedikit berlegar di fikiran ku sebelum ini untuk melihat kerisauan Ummat,

Yang paling terdekat "Sesiapa" yang mengaji jurusan Agama, walhal mereka inilah seharusnya melajukan dan merancakkan dalam mempromosi dan laksanakan tugas “Amar Ma’ruf Nahi Mun’kar”.

Aku yang hari ini ligat memikirkan ini dan aku coretkan dalam pena ini kerana,...aku di GEMPUR, dan alangkah gembiranya jiwa-jiwa lainnya dengauli dengan lebih awal. Mereka ini hanya berusaha, tetapi aku yakin usaha baik ini, Hidayah dari Allah pastinya di ilhamkan.

"Aku tertarik dan cinta akan Akhlak yang ditunjukkan oleh mereka,"
kata-kata mereka nasihat menginsafi kesalahan ku, perbuatan mereka menguatkan aku bersama melakukan solat Tahajud, kerajinan mereka membuatkan ku belajar tadarrus Al-Quran, pengorbanan mereka mengajar ku erti jimat dan pembaziran, perjumpaan bersama mereka membuatkan keseronokan Iman dikongsi bersama.

"Terjagakah iman mereka sebelum kita bertanya mampukah mereka berdakwah di sana?"
[Hidup dalam tarbiyah Itu lazat], tanpa mereka aku akan sentiasa lemah

Tuesday, May 10, 2011

sesama Imam Muda Qaryah


 *Dai'e : penyeru/pengajak kepada kebaikan

Assalamualaikum, moga kesempatan kali ini, membolehkan diri kita untuk lebih banyak menggunakan deria yang lebih Verstyle, post kali ini... akan ana sisipkan sebuah Video,(suara sahaja bersama black) yang kebetulan ana diberi peluang untuk berucapa ketika mengikuti Program Imam Muda Qaryah 2011 genap 2 bulan,

Pembaca budiman,
      Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.

      Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya. Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: “Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.

Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”… Bukankah cinta itu bererti memberi?
(Fullstop ketika ini menyebut tentang Cinta).


Baik kita mendengar.....


ketika ini slot pengucapan Awam, diriku memilih Tajuk berkaitan dengan "Ukhuwah", sahabat ku dari UM juga, Faiz Hanafi, memilih tajuk tentang "Rasuah".

Rasulullah sebagai pendengar yang baik,

Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!, Ingatkah kalian ketika peperangan Khandak, dicadangkan membina Parit?

      Dai'e yang baik tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya. Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita.

Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu… Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan.

Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap ingin "mendengar" yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan. 

Pesanku untuk ku dan untuk mu… Jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!


Saturday, April 9, 2011

Alat Episod 2: sistem "rangkaian Hand Phone,salamFone"


Bismillah wal hamdulilh,

Ana : aku/ saya/ gua/ kamek
ikhwah akhwat : saudara-saudari

Alat bagi mecapai matlamat

Era hari ini menuntut satu sistem yang mengantikan satu sistem jahiliyah, bahkan merugikan pihak yang sepatutnya tidak rugi (yang berada dalam sistem jahiliyah tersebut).

Hari ini aku mengerti bahawa perlu belajar protokol!  ada baiknya mengikuti sistem!

“Berdakwahlah secara hikmah”
"Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik..." (An-Nahl : 125) 

Hikmah bukan sahaja dilihat dari satu sudut bahawa kita yang menyampaikannya perlu di kondisi yang baik, tetapi perihal, perbuatan, akhlak kita yang baik mampu “memagnet”kan logam sekeliling kita menarik dan tertarik sehingga mampu menjadi baik yang terbaik.

Madu’ adalah “logam”


Perhatikan Sistem pendidikan , kenapa di atur begini :

2 tahun di Tadika, 6 Tahun sekolah Rendah, 5 Tahun sekolah Menengah. pada penghujung sesi di tingkatan 5, Majoriti berumur 17 Tahu, Ya 17 tahun. Apa yang KITA dapat?
Wah!! memang bersistem pembelajaran kita.

Sedangkan sejarah islam telah memperlihatkan aset usia kita di cakna kan di mana,
Umur 1-10 :
1 peringkat (Huffaz “Hafaz Al-Quran”, conferm keluarga masuk syurga)


Umur 11-20 :
peringkat ke-2 (belajar ilmu bidang lain, contoh : ibnu sina, imam syafi’ keluar fatwa),
 

Umur 21-30 :
kepimpinan (salahudin, al-fatteh)

*Bolah rujuk post sebelum ini
http://muhasabahwaktu.blogspot.com/2010_12_01_archive.html

 Kisah sang Murobbi




Ada baiknya kita mengikut sistem, maaf jika tidak sependapt, kerana ramai individu yang dilahirkan dari sistem ini, ana sendiri lahir daripada flow KBSR, Tadika, Sekolah Rendah, Menengah, Universiti…
Yang akhirnya, individu yang akan berada di tampuk sistem ini sebenarnya dipilih dalam kalangan mereka yang suruti segala sistem yang “mereka” atur, jika kalian ingin berkhidmat dalam kerjaya di medan subur IPTA, Maka lulusan cemerlanglah(Master/ PHD) yang di ambil untuk mengajar disana, tetapi berbeda dengan khidmat mihwar sya’bi yang sebahagian kita ingin berkhidmat dalam amal tanpa menggunakan sistem ini, iaitu bisnes, bengkel, syarikat sdn. Bhd, klinik sdn. Bhd,

Sistem kewangan :
Mata wang kertas,hilang lesap ringan, koyak, dan dah adapun hari ini,sekeping RM 1juta duit dolar), yang semuanya boleh bertukar harganya bukan menaik, tapi boleh menurun jika mahu, sebab di kawal… oleh siapa… inilah sistem,

Berbeza dengan dinar emas/ emas : asetnya tidak akan menurun, bahkan sentiasa menaik…, bukan itu ke yang di inginkan… sebab sistem jugalah yang mengajar, apabila keperluan utama naik, maka memberi impak kepada harga  barang yang lain juga akan naik, tidak relevan jika duit yang dikeluarkan(dibayar) jumlahnya menurun, tetapi perlu kepada yang seiring kenaikan, iaitu emas.

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham."
(The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

 
~Emas Harganya sentiasa Naik~


Sistem Rangkaian HP :
Inilah pointnya, kena dengan tajuk di atas, atas permintaan salam, maka di wujudkan “SalamFone”, ia merupakan rangkaian baru HP di Malaysia sekarang.

Copy paste tema syarikat, “Perkhidmatan Mudah Alih pertama berasaskan Syariah”

Rangkaian Top yang biasa dengar : DG, SELLcom, MAXIM
Maka,di wujudkan rangkaian terbaru, yang menjadi alternatif bagi rakyat Malaysia Khususnya warga Muslim "salamfone".

Kelebihan
  • 1 sen akan di infaqkan/dermakan oleh salamFone setiap kali berlaku perhubungan/ transaksi (call/ msg), 5sen SMS, 1Sen akan di infaqkan  
  • Program Infaq adalah derma yang akan diberi oleh SalamFone kepada badan kebajikan Ummah.
  • Hanya Tambah nilai RM30 setiap bulan, untuk terpilih 4 orang setiap bulan untuk mengerjakan Umrah, kecuali bulan Ogos 14 orang untuk mengerjakan Haji.
  • Talian Hidayah (khidmat Nasihat Agama, Rujukan Fatwa, Direktori Halal).
  • Tazkirah Jumaat percuma.
  • Hari kebesaran islam (dapatkan peringatan dan bonus istimewa dari SalamFone pada setiap Hari kebesaran Islam) 

Bukanlah kelebihan dunia yang dilihat, pasti dengan kelebihan dunia, kita akan memilih sms 10sen, boleh hantar kepada 10 orang, tetapi diriku memilih untuk ada amal jariah ku berterusan setiap kali aku menggunakan HP ini untuk bekalan Akhirat..

Jika ini kebaikan, maka Aku tidak ingin perolehnya berseorangan, maka ku kongsikan. 

Jika inilah juga peluang, maka aku kira telah di hadiah ke atas ku, untuk mengerjakan Umrah dan Haji dengan lebih mudah.

Yakinlah Ikhwah akhwat,
Bahawa sesungguhnya,Inilah alatnya, dan pasti matlamat kita moga setiap amal yang kita buat di Dunia, pasti tujuannya untuk mendapat Redho dan mendapat ganjaran di akhirat.

“Fastabikul Khairat”, berlumba-lumbalah untuk melakukan kebaikan dan kebajikan

ana link kan maklumat salamFone :
http://www.salamfone.my/

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0407&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

“Aku beriman, Maka aku berAmal”