-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, January 18, 2015

Dialog zainab Al-Ghazali dengan suaminya



“Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T."

________________

Dialog Zainab Al Ghazali dengan suaminya

Zainab Al Ghazali:
"Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?"

Suami:
"Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr)."

Zainab Al Ghazali:
"Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:

Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu.

Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat. Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.

Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. 

si suami Lalu berkata,
“ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”.

Zainab Al-Ghazali :
"Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….

Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.

Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?"

Suami:
"Ya."

Zainab Al Ghazali:
"Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung."



----------------------------------------------------------------------------------


Ukhti..

Mampukah antunna menjadi seperti Zainab Al Ghazali ini . . Tidak inginkah kita untuk menjadi sepertinya . . Yang menyerahkan segala-galanya kerana dakwah . . Tatkala sudah berumah tangga, adakah kalian masih ada mindsetting seperti ini, untuk kita menjadi seperti dia?

Akhi,

Tidakkah kau ingin memiliki zaujah sepertinya . . Yang sentiasa bersama-samamu di medan ini.. Yang memberikan pahala lebih kepadamu? Maka persiapkanlah diri di kau, juga antum sudah berumah tangga, berilah zaujah anda bergerak untuk menggerakkan dakwah ini.

Ikhwah wal Akhwat,

Kita mungkin bukan seperti mereka, tetapi kita berusaha untuk menjadi seperti mereka.. Kita mungkin tidak mampu menjadi seperti Zainab itu.. Yang diseksa, yang diherdik, di rentap, dibiarkan digigit dengan anjing, dibiarkan kelaparan, perempuan kottt.. Sungguh luar biasa pengorbanan dia.. Kita mungkin tidak mampu menjadi seperti suami Zainab, yang merelakan isterinya berjuang seperti itu.. Tetapi kita boleh meniru sedikit sifat itu.. Apakah ada beza antara kita dengannya?.. Tidak ada beza.. Bezanya cuma suasana ketika itu. Zainab Al Ghazali itu berada dipemerintahan Jamal Abdun Nasr sedang kita berada di zaman kejahilan ummat yang berkecamuk.

Ikhwah wal Akhwat,

Marilah kita bersungguh-sungguh di atas jalan ini.. Diwaktu bujang, atau diwaktu sudah menikah... Hanya sedikit orang yang faham seperti kita.. Jika kita tidak bersungguh, siapa lagi yang akan perbuat... Paksakan diri, jauhkan diri, bermujahadah lah.. Janganlah kita berbuat alasan yang tidak-tidak..

Buat yang masih bujang. . . Sebelum menikah ini, all outlah segala-galanya.. Lepaskanlah penatmu itu diatas jalan ini.. Jadikanlah itu sebagai latihan kita, moga-moga apabila sudah menikah nanti.. Semangatmu masih lagi membara seperti sebelum menikah..

Kepada yang sudah menikah.. Teruskanlah perjuanganmu suami isteri.. kerana anda telah membina batu dakwah ketika individu  muslim dahulu, kini anda kena buktikan baitul dakwah ini berhasil untuk membina masyarakat dakwah. Ya, ramai diluar sana memerhatikan Baitul dakwah yang anda imani, jika gagal, maka anda memberikan salah faham maksud baitul muslim itu. Teruslah melaju dengan pantas.. Kerana kamu berdua sudah ada yang saling menguatkan.. Patutkah jika kita terus melemah sedang kita ada insan yang kita sayangi bersama-sama dijalan ini...

Teruslah melaju wahai Ikhwah wal akhwat.. Tidak kira kamu diposisi mana.. Kuatkan iman, kuatkan amal.. Kejayaan bersama kita.. InsyaAllah..

Monday, January 12, 2015

Respond segera, isu K-Pop dan seangkatan!



Isu Ummat ini, perlu di stresskan seawalnya, 

Baru baru ini, kita umat islam dijentik lagi dengan isu yang menyimbah air di muka kita sendiri. Walaupun, bukanlah diri kita yang terlibat namun, perasaan kesatuan sesama islam membuatkan diri ini ingin mengatakan sesuatu, kerana jika gadis tersebut diancam dan dinoda, saya juga diancam hakikatnya. Ingin disalahkan orang yang terbabit, kita juga ada silapnya, makanya, sekurang kurangnya, titik persamaan yang patut ada adalah kita serah pada yang berkuat kuasa untuk jalankan apa yang termaktub dalam perundangan.


SEGERAKAN MENJELASKAN TENTANG AL-HAQ.

Nak kena tunggu sehingga berlaku secara jelas di depan mata baru nak kelam kabut. Sedangkan jelas juga sumbangan hedonisme dalam kejatuhan empayar Islam. Adakah di kau sudah lupa sebab kejatuhan khalifah zaman Abbasiyah kerana hiburan telah masuk di baghdad, di bawa oleh Ibnu Ziryab yang memperkenalkan tali gitar yang ke-6, sehingga semangat jihad pemuda di andalus jatuh merudum dan hilang. Apakah di kau juga sudah lupa, kejatuhan Khalifah Uthmaniyah, apabila Kamal antartuk memperkenalkan cara hidup islam yang jauh memisahkan Al-Quran dan hadis, tapi mengikut logik, berlandaskan candu Al-Hawa’, Al-Quran mula di jauhkan, yang di dekatkan adalah kebebasan, alat elektronik, keseronokkan, sehingga di malaysia tahun 60-an, sakan bermain silap mata yang di bawa dari barat, lihatlah siaran saloma dan pramlee, yang mengetengahkan fesyen pakaian bagaimana, kesan dari ancaman luar.

Kembali pada K-Pop, bagi extrimis pro-Liberal, ini mungkin tiada masalah kerana itu adalah hak muslimat tersebut. Lebih parah kalau ada yang kata rahmatan lil 'alamin.

Para pelindung agama pula akan dilabel extrimis kerana menyekat hak asasi wanita tersebut. Cuba kita perhatikan baik – baik kata – kata sahabat nabi ini, iaitu Huzaifah r.a, beliau berkata, “Mayat hidup ialah orang yang tidak menentang kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah atau hatinya”, sahabat nabi ini menyambung lagi katanya, “jika hatinya telah sedar, tetapi dia masih membisu dan mendiamkan (apabila melihat kemungkaran), maka dia sebagai orang yang sakit tenat dan lumpuh hampir mati” (Rujukan : Ihya’ ulumuddin, jilid 2, m/s 311).

Ini yang gagal difahami oleh segelintir masyarakat tentang tujuan syariat Islam diturunkan.
Apabila kita sekat, maka kita bakal dikatakan konservatif, fundamentalis, dan extremis tanpa mereka mendalami tujuan sekatan dan sandaran yang digunakan. Sedangkan islam itu sendiri adalah terus terang, bukannya provokasi suasana. (untuk lebih faham, boleh Rujuk : Muntalaq, Bab 13).

Pandanga kami (yang menyelia blog ini). Ya, Aib seseorng dalam islam perlu di jaga, namun, apabila ia telah dipublisitikan, dia menjadi satu perkara yang perlu di tegah secara jamai', untuk melihatkn serangan hari ni dari  liberalis,  sekular dll. Sepertimana dalam mualifi toriq mnjerit, bahawa "yang jahilyah perlu di jelaskn bentuk jahiliyh itu, supaya dapat bezakan Jahiliyh dan Al-Haq". Isu ini perlu dijelaskan, supaya jelas antara Al-Haq dan bathil itu mana mungkin boleh bersama, bila kita memandang ringan, sambil berkata “boleh kot”, ketika itu kita membuka ruang yang sangat luas untuk unsur jahiliyah menganggu kehidupan “islam” sebenar kita.


SALAH DAN BETUL TIDAK BOLEH 'BERKESEDUDUKAN'

Apakah isu kpop baru baru ini layak menjadi isu? Haruslah!! Kerana telah langgar hukum Allah secara jelas. Kita tidak boleh lagi bermain cak-cak dengan isu mana betul dan mana salah. Yang salah perlu dituding itu adalah salah, dan yang betul harus diangkat. Namun, disebalik perbincangan hukum semata mata ada isu lain disebalik isu k pop ini yang patut menjadi perhatian. JIKA ANDA ORG YANG BERAQAL. 


GADIS MELAYU KITA

Gadis melayu kita barangkali saya yakin mereka di golongan mangsa keadaan. Ya,  saya yakin! Mana mungkin orang yang jelas kefahaman islam akan terdetik untuk jejakkan kaki ke tempat tersebut, apatah lagi untuk mengetahui setiap update tentang kpop. Kita hanya menghukum yang zahir.

Kenapa mereka adalah mangsa keadaan? Siapa pemangsanya? Di sinilah kerisauan yg mendasar timbul. Bukan setakat aksi peluk dan cium dan hiburan lagha isunya, tanpa menafikan isu tersebut, Isu yang lebih kritikal adalah isu ketidak sedaran kita sebagai umat islam yang sebenarnya kita ni dipijak pijak, diludah, dimaki hamun dan diperkotak katikkan dalam segenap perkara. Sama ada isu masyarakat dalam malaysia kita digugat, isu luar negara juga kita digugat, sehinggakan dalam skala yang kecil seperti pendidikan  kanak kanak juga kita diserang dengan mudah dan tanpa kita sedar. Dan malang sekali, kita langsung tak perasan yang usaha ini disusun rapi dan dirancang bertahun lamanya.


K-POP BERSALAH?

Kpop itu sendiri saya tak pasti mereka adalah penentang islam atau mereka juga dipergunakan oleh barisan pejuang kuffar (golongan follow the flow) atau mereka bertindak sedemikian kerana tidak faham budaya kita dalam keadaan merasakan perkara tersebut adalah normal. Maka, Ini saya tidak pasti.

Tetapi selagi mana kita yakin ada usaha yang padu untuk hancurkn umat islam agar jauh dari pegangan islam (tidak semestinya kene murtad), kita akan lebih berhati hati untuk berinteraksi dengan dunia luar. Sikap hati hati ini perlu diseimbangkan dengan merelakn tanpa redho apa yang perlu sahaja untuk meneruskn kehidupan atau pun kemaslahatan umat dengan memanfaatkn dunia luar.

Bukan hanya pada isu kpop, ia termasuk apa apa hiburan yang langsung tidak memberi kesan kepada kebangkitan islam mahupun penerusan hidup, maka perasaan kita sepatutnya terasa diancam kerana hakikatnya kita telah membazirkan masa walhal usaha puak kuffar berterusan sehingga mereka sendiri sanggup menggadaikan harta mereka demi perjuangan mereka yang terkutuk itu.


MENCEGAH LEBIH BAIK

Kita harus mencegah walaupun sebelum tenat menjadi lebih parah. Kelihatan kemunculan page-page fb berunsurkan dakwah dan rancangan realiti islam yang begitu banyaknya  sepertinya hanya berlegar legar dalam kalangan orang yang sama, apatah lagi penyebaran mereka juga tertakluk dan terbatas pada orang atasan yang bersatu atas dasar bisnes semata mata. bilangan likers juga tidak jauh beza antara pages fb, yakni orang yang memang dah baik barangkali,  Pusat pusat tahfiz pula tiada penerusan selepas lanjut pelajaran di sana, kerana akhirnya dibiarkan mereka meratah dunia sendirian. Sekolah sekolah pula tidak membentuk jati diri muslim malah disajikan kepada murid acara acara konsert dengan nama majlis sempena atau majlis sambutan. Golongan yang jihadnya adalah ekonomi pula tidak dpt menjamin kethiqahan orang yang berada di atas nanti tidak mengulangi perkara yang sama, mungkin di pentas bisnes pula masalahnya bukan pelukan tetapi 'ciuman duit' pula nanti. Dunia ini memang serabut.

Ini hanya kata kata tanpa data, malah tak perlu data bagi seorang daie kerana ianya cukup jelas pada masyarakat kita, masakan tidak, beribu ribu wang dan masa telah di peruntukkan namun, jauh di sana ada lagi golongan yang lebih ramai yang lebih tertarik dengan tarikan al hawa.

Kita harus mendekati jiwa pemuda pemudi ini yang kekeringan akan ruh islam itu sendiri. Mendekati, menyantuni, membina sehingga betul betul mengamalkan islam dalam kehidupan seharian mereka. Rawatan yang menampal tidak akan menyelesaikan masalah, hanya mengubah kepada kemungkaran yang berwajah lain, maka perlulah kembali kepada gerakan menyelamat yang menyeluruh seperti mana apa yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Iaitu tarbiyah dan dakwah.


SEERAH TERLALU IDEAL

Seerah adalah panduan, panduan yang memberitahu kita prinsip prinsip dalam gerakan operasi menyelamatkan umat yang parah ini. Ia adalah prinsip Ilahi, Selagi mana prinsip prinsipnya kita ikuti, nescaya kemenangan menghampiri kita lebih dekat. Ada pun, teknik dan cara adalah mengikut kreativiti seseorang dan adalah dibolehkan selagi tidak lari dari prinsip prinsip tersebut.

Makanya, “tidak dapat tidak, perlu tertegak sebuah nagara islam yang merdeka di bumi ini, yang melaksanakan hukum hakam dan sistem sosial islam. Sebuah negara yang mengisytiharkan prinsip mantap islam dan menyebarkannya kepada semua manusia. Selagi negara ini tidak wujud, selagi itulah seluruh ummat islam berdosa, Mereka akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kerana kecuaian dan tidak berusaha mewujudkannya. Adalah suaru pencabulan kepada hak – hak kemanusiaan terutama dalam keadaan yang tidak menentu ini tiba-tiba wujud negara – negara melaungkan dasar –dasar kejam dan menyebarkan fahaman sesat (termasuk k-pop), tetapi tidak wujud sesiapa pun yang berusaha menegakkan sebuah negara kebenaran, keadilan dan keharmonian” ( Rujukan : Baina al-Amsi wa Al-Yaum, al-mujmuah rasail, m/s 225).

Kata-kata al-maududi pula mengatakan, “gerakan islam yang haraki perlu komited dengan tarbiyah, yang dibina di atas pandangan hidup dan fikrah islam yang sejati. Tarbiyah tegak di atas prinsip, nilai-nilai akhlak dan proses yang sesuai dengan roh islam serta sesuai dengan tabiatnya”. (Rujukan : Manhaj al-Inqilab al-Islami, Majmu’ah Nazariyah al-islam wa Hadiyah fi al-Siyasah wa al-Qanun, m/s 82-83).

“Ketahanan dan kesabaran mereka (golongan tarbiyah), mengelorakan lagi erti pertarungan haq dan batil pada diri individu masyarakat yang memerhatikan ketahanan mereka. Setiap hari, pertarungan itu tiba ke kemuncaknya dalam diri individu – individu ini dan mereka dengan berani mengambil keputusan untuk bersama – sama dengan jemaah tarbiyah yang bertahan itu. Begitulah bilangan kumpulan dakwah ini terus bertambah.

Mereka yang rosak nalurinya dan para pengikut nafsu dan syahwat, lama kelamaan suara mereka semakin hilang, pengaruh dan kekuasaan mereka mula merosot sedikit demi sedikit berdepan arus harakah islam yang mengalir deras ini” (Rujukan : Manhaj al-Inqilab al-Islami, m/s 84 dan Muntalaq, bab Al-Misak, m/s 189)

Teruslah melasso manusia dan perkasakan tarbiyah, kerana akhirnya gerakan dakwah yang bekerja keras, dan berterusan akan mematikan golongan yang perjuangan kebatilan. Berdoa agar insiden ini tidak mengundang bala daripada ALLAH SWT dan menyeru agar umat Islam berwaspada dengan racun-racun yang boleh merosakkan akhlak umat Islam.

Pesanan saya, jangan kecewa jika di komen, ada sahabat handai anda yang bersetuju dengan k-pop dan seangkatan dengannya, kerana sunnahnya Al-Haq ini, pasti ada sekelompok manusia yang menentang, seperti mana Abu jahal, Abu lahab, firaun, Jalut, yang menetang Al-Haq. Penentang ini akan ada sehingga kiamat. Yang pasti, Allah bersama Al-Haq (yang benar), dan Allah akan memenangkan Al-Haq

Wallahualam.


p/s : Nasihat saya pada yang ada blog (blogger), ada FB dan segala macam alat, viralkan/ sebarkan kebenaran, apa guna ada alat tapi menyorokkan, lebih teruk yang membisu, bayangkan jika di cepat sebarkan, berjayalah gerakan yang menggugahkan kebatilan, seperti mana penulisan Al-Banna, syed qutb dan ceramah - cerama Al-Maududi yang menggerunkan penyokong kebatilan. Moga Allah Redho

penulisan lain yang bagus : http://www.tarbiahsentap.com/2015/01/6-sebab-kenapa-kpop-haram.html




Thursday, January 8, 2015

Betapa mahalnya sebuah kefahaman 3T ?




Post kali ini, Buat mereka yang beramal membina manusia sahaja, yang akan lebih merasai.

Kefahaman Perlaksanaan Marhalah dakwah. Satu kesilapan?

Betapa mahalnya sebuah kefahaman.

Penyakit orang yang tidak ikhlas tidak akan berjangkit. Tetapi bahaya nya penyakit kerana ketidakfahaman menyebabkan ramai orang dijangkiti. Lebih parah jika yang tidak faham itu somebody di mata masyarakat.
__________________________

3T

T - ta'rif(pengenalan)

T - Takwin(pembinaan)

T - Tanfiz(pentauzifan@tugasan)
__________________________

Ianya Konsep yang mudah pada penulisan, pada pertuturan. Namun susah pada perlaksanaan. 

Dalam mencapai muratib amal yang tertinggi, konsep 3T ini terletak pada proses terawal iaitu pembentukan peribadi muslim. Jika permulaannya salah pertengahan dan akhirnya kokak.

Dini hari, Masalah yang berlaku dalam 3T adalah fokus yang banyak diberikan kepada T yang pertama (taarif) dan T yang terakhir (tanfiz).

Akhirnya, lahirlah mutarabbi yang hadir semangat bukan pada kefahaman dakwah, tapi pada keseronokan dan aktivisme.

Contoh realiti begini,

Hari ini, jika di offer, untuk menjaga booth palestin, untuk kumpulkan team bola, untuk buat flash mop, untuk hasilkan video islamic, untuk menolong gelandangan, untuk bernasyid, pegang jawatan dalam persatuan dan kelab, pasti ramai yang rela dan sanggup.

Namun, apabila di offer, jadi murobbi... krik . . . krik . . krik, (banyak songeh dan alasan mula keluar 1 sampai 1000)

Kenapa begini??

Kepentingan Takwin adalah selamanya terpenting dalam pembinaan manusia. Proses takwin yang dimulai usrah dan wasilah-wasilah tarbiyah yang lain adalah proses anjakan perubahan from zero to hero.

Mutakhir ini, ramai mutarobbi yang dinaikkan tahapan bukan kerana kefahaman, tapi penglibatan dalam aktivisme. Akhirnya, bila ditanya tentang asas-asas dakwah, qawaid dakwah, kitab-kitab fikrah, seolah tiada yang pernah didengari. Dan untuk menjadi murobbi di bandingkan dengan bahagian dakwah yang lain, terasa berat untuk menjadi murobbi. Ya, kerana fasa takwin itu kita meringankan.

Ini merupakan satu masalah yang sangat besar. Tarbiyah adalah asas kepada pembangunan jemaah. Jika adaptasi tarbiyah dalam diri mutarabbi sangat pincang, maka penerus jalan dakwah ini akan terdiri daripada mereka yang langsung tak memahami kepentingan tarbiyah mahupun asas-asas islam.

Maka, lahirlah pemimpin-pemimpin yang tidak membawa halaqah, tidak boleh menceritakan fikrah, tidak bijak membahaskan isu tarbiyah, namun hanya aktif utk amal am sahaja. Juga pengikut yang rancak dengan amal am juga, bukan pada pembinaan manusia di bawahnya.

Lahirlahlah juga jemaah yang mengatakan "penerimaan rakyat" sebagai tanda sesuatu tindakan itu benar.

Dan jelas, ini lari daripada fikrah ikhwan mahupun Islam. Islam datang untuk membetulkan, bukannya membenarkan. Dan ikhwan lahir mentarbiyah masyarakat, bukannya popular dalam kalangan masyarakat.

Jelas.

Segalanya bermula dengan 3T. Dan proses Takwin yang baik, akan melahirkan mutarobbi yang memahami kepentingan tarbiyah dalam masyarakat, bukannya kepentingan masyarakat dalam mentarbiyah.

Terjebak dengan Tarbiyah ini, membuatkan fahamnya Al-Akh / Al-Ukht itu pada kerja dan tanggungjawab  dakwah iaitu syahadatul Haq, Namun syahadatul Haq itu tidak cukup untuk kita melepaskan diri dari ditanya kelak, namun matlamat kita untuk sampai ke UA, Maka perlu kepada Murobbi untuk terus bina dan membina rijal.

Saya tegas pada pena ini, kerana ini perkara asolah (asli) yang perlu di bawa oleh mana – mana gerakan yang mengelar mengikuti manhaj Taghyir.

Wallahualam.

-Insan kerdil perlu ditarbiyah-

Amal perlu kepada kefahaman teori, Jika ada argue, silakan , Saya sertakan rujukan di bawah ini untuk kita lebih fahami 3T, yang akan saya ulas satu masa nanti jika di izinkan. Doakan.


__________

rujukan 3T :
1) Majmu' Rasail : Muktamar Khamis (m/s 129, 114)
2) Risalah taalim : Bab taat
3) Fiqh dakwah : (m/s 11 - 27)





Monday, January 5, 2015

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 66#



Akh A : Akhi, anta Apa khabar?


Akh B : Alhamdulilah, kalau ana datang surau ni, sihat la tu . . . kamu tu yang tak sihat!

Akh A : (Rasa Syukur dan rasa sangat terpukul, Syukur itu kerana ada orang ingatkan imannya, apabila tidak subuh berjemaah pada hari berkenaan, ye iman Akh A tidak sihat. Terpukul itu, Malu sangat, malu dengan Allah, Dia masih memelihara aib kita)

*mereka berdua bertegur ketika jumpa di surau untuk solat berjemaah di zohor
______________________________

Akh A : Akh muda
Akh B : Pak cik yang dah berusia, uzur



Thursday, January 1, 2015

Analisa : Banjir dan Bencana Alam



Analisa bencana Alam!

Baik, sebagai yang awal, saya treager anda dengan logik, jawab soalan ini :
     
     1)      Sebelum Rasulullah di utuskan, adakah pernah berlaku bencana Alam, atau azab Allah yang berkait dengan bencana alam?
   
    2)     Selepas Rasulullah di utuskan menjadi Rasul, ketika zaman bilakah bencana Alam berlaku?

Jawapan yang saya temui :
     
     1)      Untuk soalan pertama, adalah semua kebanyakan ummat nabi terdahulu kena bencana Alam, seperti bumi diterbalikkan untuk kaum Nabi Luth, Banjir ke atas ummat kaum Nabi Nuh, taufan untuk beberapa kaum Nabi yang lain, dan azab hujan batu ketika peristiwa tentera abraham. Anda perasan atau tidak, semua Rasul di selematkan. Soalan saya yang seterusnya, Kenapa para Daie (Rasul dan pengikutnya) selamat?
     
     2)     Saya buat kajian, mula berlaku banjir kilat di mekah selepas peritiwa zaman abbasiyah ke-2 (iaitu zaman kejatuhannya), persoalannya, kenapa tidak berlaku bencana Alam ketika zaman dakwah Rasulullah di mekah, madinah, zaman kahlifah, zaman umaiyah dan awal Abbasiyah??

Jawapan kepada soalan – soalan ini, anda sendiri akan rungkai selepas, habis memahami penulisan ini, dan anda sendiri kaitkan dengan bencana Banjir dan pelbagai bencana lagi yang sedang menguji kita.

Saya ulang, Ini adalah analisa!
____________________

Amaran! Untuk memahami isi ini, ia bukan menggunakan logik otak, tetapi berdasarkan Tarbiyah jepun, benda ghaib, yang hanya boleh diterima oleh hati punya Iman yang jernih, seperti mana orang yang hidupnya benar – benar yakin adanya syurga dan neraka.

Amaran kedua! Ia hanya boleh di fahami buat para Daie yang beramal

Amaran ketiga! Baca dengan mata hati, dan letakkan Al-Quran dan Hadis sebagai neraca sumber rujukan kita.

Amaran akhir! Analisa di bawah ini yang menggerunkan ini tidak dapat difahami oleh kebanyakan manusia. Dan sekali lagi, saya warning, ramai yang tidak pula bersedia untuk mempercayainya. Ia hanya difahami oleh du’ah sahaja. Lantas, selepas pemahaman ini, sepatutnya mereka mesti segera bangkit melaksanakan tugas nahi mungkar yang sedang berlaku, Laksanakan Tarbiyah dan Dakwah bersungguh - sungguh, supaya semua manusia selamat dari malapetaka hari tersebut.

Bagi muslim, mereka mempunyai satu kata putus dan pasti di dalam tafsirannya. Ia mengambil dari al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai neraca timbangannya, dan telah disimpulkan oleh Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab r.a. dengan satu perkataan yang menyeluruh tatkala beliau ditanya:

“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur maju?”

Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.” (1)

Allah S.W.T. sangat sayang kepada agama dan kehormatan hamba-hambaNya. Oleh itu, tatkala ummat ini dikuasai oleh golongan fasiq, Dia memberi peluang kepada mereka. Allah S.W.T. suka sekiranya ada sekumpulan hambaNya yang baik akan bersegera memperbaiki keadaan ini, melawan dan menjatuhkan golongan yang jahat itu demi untuk mengembalikan manusia ke pangkal jalan dan mengembalikan kemakmuran. Jika ada kumpulan yang segera merealisasikan usaha ini, Allah menyuruh para malaikat untuk menolong mereka dan membukakan pintu limpah kurniaNya, berkatNya dan taufiqNya kepada mereka.

Jika ini tidak berlaku, Allah akan memberi masa lagi dan terus memberi masa. Hingga bila golongan fasiq itu terus bermaharajalela dan orang baik pula terus takut dan bacul untuk menjalankan misi amar makruf nahi mungkar, ketika itu Allah akan tersangat murka. Apabila Allah murka, kemurkaanNya akan terkena kepada seluruh manusia sama ada yang jahat; kerana kejahatan dan kezaliman mereka, dan juga orang yang baik; kerana diam mereka, malas dan redha menjadi hina.

Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w membuktikan perkara ini sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-du’ah, Syeikhul Islam Taqiyuddin Ahmad Ibnu Taimiyah Al-Harrani ketika menjelaskan firman Allah S.W.T. :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً

“Takutilah fitnah (azab bencana) yang tidak khusus, hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu..” (Al-Anfal 8:25)

Ibnu Taimiyah berkata:

“Sekumpulan salafussoleh telah membaca ayat tersebut dengan satu qiraat lain لتصيبن yang maksudnya:

“Azab  itu pasti akan menimpa khusus ke atas mereka yang zalim sahaja.”

Saya ulang, ia khusus hanya kena bencana Alam, dan Azab tersebut pada si Zalim sahaja!!

Persoalan, Siapa si Zalim tersebut?? Takpe, sambung analisa lagi . . .

Kedua-dua qiraat di atas betul kerana orang yang telah melampaui batas-batas Allah adalah termasuk di dalam kategori zalim. Manakala orang yang tidak menegah orang zalim dari kezaliman di sini ada dua kemungkinan. Kemungkinan pertama dia dianggap tidak zalim kerana dia tidak bersubahat dengan orang zalim itu. Kemungkinan kedua mereka juga dianggap zalim kerana tidak menegah orang zalim padahal perbuatan zalim itu wajib dihalang.

Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنْ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

“Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang­-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang­-orang yang zalim dengan azab yang keras, disebabkan mereka fasik.” (Al-A‘raf 7:165)

Lagi sekali, Allah senyapkan, siapakah si Zalim tersebut?? Sedangkan kita faham, ayat tersebut, Allah katakan, si zalim tersebut, kena azab seksa yang keras!

Allah menyelamatkan orang-orang yang menjalankan nahi mungkar dan menegah. Manakala mereka yang hanya benci pada dosa dan kejahatan dan berkata :

لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا

“Untuk apa kamu menasihati kaum yang Allah nak binasakan mereka atau menyiksa mereka dengan azab yang keras.” (Al-A’raf 7:164)

Sebahagian besar dari ulama’ menyatakan bahawa golongan kedua ini pun selamat kerana mereka itu benci kepada kejahatan dan menegah sekadar kemampuan mereka.

Woi anda!, apa anda rasa cukup bagus untuk kata di hadapan Allah kelak, “buat apa nak buat dakwah kat dia, dia tak kan berubah jugak!, Sedangkan si burung yang ketika mana cuba memadamkan api terhadap Nabi Allah ibrahim walaupun mereka tahu tidak mampu memadamnya, mereka at les ada hujjah di hadapan Allah telah berusaha! Anda buat apa??

Perhatikan, Manakala golongan yang tidak menyangkal langsung, maka mereka itu juga adalah termasuk dalam kategori zalim dan akan diazab, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا ظَالِمًا فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ مِنْهُ

“Sesungguhnya manusia, apabila mereka melihat si zalim dan mereka tidak menghalangnya, hampirlah Allah mengenakan mereka semua dengan azab daripadaNya(2)."

Hadis itu menyokong ayat di atas. Apa yang dimaksudkan di sini bahawa kedua-dua bacaan tersebut (dengan penafian dan pengesahan – nafi dan ithbat) boleh dipakai dengan makna:

“Bukan sahaja menimpa orang yang zalim dan melampau sahaja bahkan azab itu terkena juga sesiapa yang melihat kemungkaran tetapi tidak merubahnya.”

Manakala siapa yang membaca dengan qiraat : لتصيبن

“Pasti akan menimpa khusus orang yang zalim dari kamu sahaja” Maka akan termasuk dalam pengertian zalim ialah orang yang tidak menyangkal kezaliman sedangkan dia mampu berbuat demikian. (3)

Makanya, orang yang faham dia sepatutnya mampu buat dakwah sehabis baik, all out tapi tak nakk buat, dia sedang zalim pada dirinya sedangkan dia boleh buat lebih. Zalim hukuman yang Allah jelaskan dalam ayat di atas adalah, akan di timpakan azab yang maha pedih ke atasnya atas zalimnya dia kerana menyembunyikan Al-Haq!!

Di dalam tafsir ayat ini, Syed Qutb menyatakan bahawa Allah S.WT. menyebut balasan mereka yang melarang dari kejahatan ialah selamat.  Manakala balasan bagi mereka yang zalim pula ialah ditimpa azab yang keras. Mereka yang mengingkari di dalam hati sahaja dan tidak melarang dari kemungkaran, Allah s.w.t. tidak menerangkan kepada kita balasan mereka dan tidak memberitahu kita nasib mereka. Senyapnya Allah dari menceritakan nasib mereka merupakan satu balasan untuk golongan yang seperti ini.

Ya, senyapnya Allah satu perkara yang membahayakan, boleh jadi lebih parah dan teruk!!

Majoriti ulama’ yang memperkatakan tentang ayat ini telah menyatakan bahawa mereka yang mendiamkan diri itu akan diazab juga kerana sikap mereka itu. Kenyataan ini ada diterangkan dengan jelas oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya.

Sebahagian ulama’ mensifatkan balasan itu sebagai ‘qanun azab jama’I’ dalam sunnatuLlah. Ianya adalah qanun yang menggerun dan menakutkan,  mendorong mereka yang tahu dan faham, atau menjadikan mana-mana orang yang berkuasa untuk segera mengubah kemungkaran yang sedang berlaku, supaya azab yang demikian tidak menimpa seluruh masyarakat. (4)

Ya, pointnya, segerakan beramal, amal dan amal. Jika tidak, Qanun Azab jamai akan tiba.

Umat Islam pada hari ini hanya tinggal Islam pada nama sahaja. Penyelewengan telah berlaku jauh. “Seseorang Islam itu sudah cukup untuk dikatakan menyeleweng apabila dia meninggalkan jihad di jalan Al­lah, melekat pada dunia, mencintai dunia melebihi akhirat, tunduk kepada syahwat dan tenggelam dalam maksiat, hingga mereka dihina oleh Allah dengan kegagalan yang paling besar kepada mereka dan menjadikan pimpinan mereka pada tangan golongan yang menyeleweng dan rosak.” (5)

Maka, penyelesaiannya :

Tidak ada jalan untuk melepaskan diri dari kepungan qanun azab Allah yang menggerunkan itu kecuali satu tingkap sahaja sekarang. Tingkap ini ialah amar ma’ruf, nahi mungkar, menentang ahli mungkar, berjalan di jalan dakwah dan menyeru manusia kepada solat (tarbiyah) serta tugas khalifah (dakwah) tunduk kepada syariat Allah.

Langkah di atas perlu dilaksanakan sebelum tibanya ‘qanun tamathul – persamaan’ qanun sunnatullah di alam ini yang akan membinasakan mereka. Sebelum mereka ditimpakan azab kerana melakukan maksiat-maksiat yang menyebabkan Allah membinasakan umat yang lalu.

“Sesuatu yang serupa itu mengambil hukum yang sama dengan yang serupanya. Apa yang terjadi kepada sesuatu, terjadi juga kepada apa yang sama dengannya. Mustahil dua perkara yang sama mempunyai hukum yang berbeza sebagaimana mustahilnya dua perkara berbeza sama hukumnya.

Qanun ini berlaku sama saja, ke atas individu atau bangsa-bangsa, hal dunia atau akhirat. Perkara ini ditunjukkan oleh al-Quran, di antaranya:

Firman Allah yang menerangkan apa yang berlaku ke atas kaum Yahudi Bani Nadhir, yang ditimpa azab dunia akibat kufur, memungkiri janji dan menipu Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang beriman :

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنْ اللَّهِ فَأَتَاهُمْ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمْ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

“Dia yang mengeluarkan orang-orang yang kafir ahli kitab (Yahudi) dari kampung mereka, bagi kali pertamanya. Kamu tidak pernah menyangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka pula merasai benteng-benteng mereka akan dapat melindungi mereka dari (seksaan) Allah. Allah datangkan (seksaan) kepada mereka dari luar jangkaan mereka dan dicampakkan ketakutan ke dalam hati mereka. Mereka robohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan dengan tangan orang-orang Mukmin (dalam pertempuran). Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal.” (Al-Hasyr 59: 2)

Perintah Allah supaya orang-orang yang berakal mengambil iktibar di dalam ayat: “Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal”, jelas menunjukkan kepada ‘qanun persamaan’.

Begini, Dengan kata lain, ayat itu bermaksud, “Wahai orang-orang yang mempunyai akal yang ok! Perhatilah apa yang terjadi itu dan jaga-jaga supaya kamu tidak ditimpa azab yang sama sekiranya kamu berbuat perbuatan yang sama.” Sesungguhnya sunnatullah (undang-undang Allah) hanya satu dan ia berlaku kepada semua. Apa yang terjadi ke atas sesuatu akan terjadi ke atas sesuatu yang seumpama dengannya.

Jelasnya, arahan supaya mengambil pengajaran itu tidak ada faedahnya jika perkara perbandingan itu tidak menerima hukuman yang sama dengan hukum yang terkena kepada perkara yang seumpama dengannya (6).

Dalam kata lain, no point lah, kalau Allah cerita tentang Ummat terdahulu dan Azab yang menimpa mereka. Maksudnya, kalau kita tak buat kerja seperti ummat terdahulu, Nah, balasanya sama seperti Ummat terdahulu yang Allah sebut dalam Al-Quran tersebut. Faham ke?

Apabila muslim memahami ayat-ayat al-­Quran yang membuktikan kebenaran ‘qanun tamathul’ dan ayat-ayat yang mencela kaum yang jahat pada masa dahulu seperti Yahudi dan kaum lain kerana perbuatan jahat dan sifat-sifat hina mereka, maka muslim akan dapat faham bahawa kutukan adalah kerana perbuatan. Dan pembalasan itu akan pasti menimpa mereka juga sekiranya mereka melakukan perbuatan yang sama. Balasan buruk akan menimpa mereka sebagaimana yang telah menimpa orang-orang terdahulu. Mereka tidak boleh leka dengan hanya menjadi Islam pada nama, sedangkan mereka tidak beramal dan memsibghah diri mereka menurut kehendak Islam. (7)

Muhammad Iqbal rahimahullah menjadikan qanun ini sebagai sebahagian dari asas hidayah Islam. Beliau menjelaskannya di dalam kuliah kelima dari ceramah-ceramahnya yang pernah di adakan di Madras India:

“Semua bangsa dan kumpulan-kumpulan manusia akan dihukum terus mengikut amalan mereka semasa hidup. Kerana itulah al-­Quran banyak menyebut kisah-kisah terdahulu dan menyuruh kita berfikir pada apa yang telah dilalui oleh mereka dahulu dan sekarang.”(8).

Maka akhirnya, saya nasihatkan lagi sekali,

Qanun-qanun yang menggerunkan ini tidak dapat difahami oleh kebanyakan manusia. Mereka ini tidak pula bersedia untuk mempercayainya. Ia hanya difahami oleh du’ah sahaja. Sepatutnya mereka mesti segera bangkit melaksanakan tugas nahy mungkar yang sedang berlaku, supaya semua manusia selamat dari malapetaka hari tersebut.

Maka Ironinya, ramai ahli saintis, profesor, menyatakan berlaku bencana alam sebab sistem perparitan, pembalakan, sistem laut yang tidak ikut belanda. Namun, saya mengambil pendekatan Ruh, Jika Allah nak datangkan sedemikian walau hebat mana persediaan kita, Ia akan berlaku juga, ini kerana Allah menurunkan azab bemcana sebab daie yang tidak benar - benar beramal. Azab yang sama kena seperti ummat yang terdahulu.

Justeru, berdakwah dan beramal lah segiatnya, Rasul dan sahabat tiada kena bencana alam, sebab mereka all out beramal dakwah. Alam ini mengikut harakatnya (pergerakannya), maka jika manusia juga mengikut harakatnya yang sepatutnya (pergerakan tujuan hidupnya), Nescaya, bumi dan alam ini akan islam sepenuhnya.

__________________________________

(1)   Ibnu al-Qayyim, Al-Jawab alKafi li Man Su’ila ‘An al-Dawa’ al-Syafi, m.s. 45
(2)  Sunan Tarmizi, 10/320. Juga diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad, Ibnu Abi Syaybah, Baihaqi dll. 
(3)  Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Juzu’ 17, m.s. 382
(4)  Majalah al-Tarbiyah al-Islamiah, tahun Keenam, m.s. 26
(5)  Ustaz al-Sawwaf, Ma’rakah al-Islamiah, m.s. 24
(6)  Titik tolak, Bab 3, Golongan Baik yang dibinasakan, m/s 50
(7)  Majalah al-Tarbiyah, Jilid 6, m.s. 26
(8) Kitab Muhammad Iqbal, Abdul Wahab Azam, m.s. 120