-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, July 24, 2014

Persembahan dari Gaza, Kau ada?




"Gaza telah persembahkan terbaik untuk menghadap Allah, bergembiralah di kau di sana"

Akhi Fillah...
Aku bermuhasabah sedalama dalamnya, Satu perkara yang membuatkan Gaza terus bersedia, dengan bermacam peristiwa mustahil, namun... mereka buat untuk memenangkan islam.

Kau Lihatlah,
Dalam keadaan yang cukup kekurangan, Si ibu siapkan anaknya dengan cukup keperluannya, untuk lahir sebagai Rijal Al-Qassam, bila tersedia. diserahkan kepada Allah untuk memenangkan Gaza, berita yang di tunggu oleh Si Ibu hanya anaknya membawa berita Gaza telah dikembalikan Haknya atau berita dari saudaranya memberitakan Anaknya sudah syahid. Si ibu gembira kerana si Anak sudah siap dsediakan untuk bertemu Allah dalam persembahan yang terbaik.

Kau perhatikanlah,
Dalam keadaan yang meruncing, Al-Qassam mampu siapkan tentera Lautnya (amphibia), yang dikira mustahil pada logik akal manusia, namun ilham datang dari Allah seperti mana peristiwa menggali parit dalam perang Al-Ahzab dan Sultan ahmad al-Fateh menaikkan kapal melalui bukit. Mustahil namun itulah persembahan terbaik mereka untuk bertemu Allah. Untuk berhujah dengan di hadapan Allah di hari muka, dengan serba di tekan dan kekurangan, mereka boleh buat yang terbaik, ye sehabis baik hanya untuk di persembahkan untuk Allah, sehingga akhirnya 5 komando syahid bertemu Allah.

Ya Akhi fillah, dengan sebaik persembahan di persembhakna kepada Allah.
Bertambah manis dan gembiranya, keringat peluh, darah-darah syuhada' dsana, mereka berlumba mempersembahkan sehabis baik kerana di bulan Ramdhan.

Malunya kita jika mendamba syahid di tepi bibir, walhal belum mempersembahkn sehabis baik, dengan amal fardhi yang belum istiqamah, dengan datang bulan Ramdhan namun seperti hari-hari biasa. Hafazannya masih kurang, Stelah bertahun ikut tarbiyah, Juz’ 30,29,28 belum dikuasai. Ah… losernya rasa, hadis 40 masih merangkak rangkak kalau di tebuk, riyadus solihin masih membaca belum mula di hafal, Ah…. Downnya!, qiamnya masih sayu, Bahasa Arab belum bermula, Ah…. Malunya Aku! Ini sahaja ke yang Kita nak persembahkan di hadapan Allah kelak!

Aku tahu, semuanya Alasan, lihatlah Bahasa Arab sahaja, belum apa – apa kita katakana susah, sedangkan Bahasa Ingeris kita tidak berkata begitu pula. Anda tahu tak?, Ambil Doktor perubatan lagi susah, tengok lah mereka, jika gagal, mereka terus sambung juga, jika tak dapat IPTA, mereka akan Apply IPTS, jika fail, sejukkan hati dengan kata, “biasa lah tu, Kata medic”, sehingga akhirnya berjaya menjadi pakar perubatan dalam jantung, paru – paru, gigi dan lain-lain. Dah tu, kenapa kita tidak pulun Bahasa Arab seperti “all out” nya kita belajar medic dan BI? Bukankah impian kita lagi besar, untuk menjadi Pakar hati? Pakar hati ini rahsianya ada dalam Al-Quran, Al-Quranhanya boleh difahami dengan menguasai BA. Checkmate! . Apa alasan kita lagi? Muhasabah lah jauhnya persembahan kita berbanding Gaza.

Maafkan aku Ghazzah, masih tidak maximum seperti mu,
Maafkan aku ummat masih sedikit masa aku bersama mu.

Faghfirlana ya Rob... Moga Allah menerima taubat aku dan kalian, menerima amal baik kita semua dan memaafkan kita bersama.

Buat zaujah ku, atas baitul muslim ini kita pernah berjanji bersama untuk mewakafkan diri ini untuk Allah dan mempersembahkan yang terbaik buat ummat.

Maka, Aku mengajak diri ku, zaujati dankalian untuk kita membina diri dan melakukn amal dakwi sebaik mungkin untuk dipersembahkan buat ummat.

Mulakannya ia sekarang! agar muhasabah ini tidak berlarut dn berulang...

-Akhi yang mengasihi dan mnyayangi mu kerna Allah-

*Penulisan ini, asalnya Buat zaujah ku, untuk aku dan si dia, namun di edit untuk manfaat semua


Monday, July 14, 2014

Gerabak ini



Gerabak ini, gerabak dakwah.
Gerabak ini, bukan aku punya, bukan engkau punya.
Gerabak ini, dipandu dan melaju dan terus melaju.
Gerabak ini, telah dimuati ramai orang, sejak zaman nabi adam.
Gerabak ini, tidak menanti orang, hanya yang berjiwa besar akan mampu terus bersama gerabak ini.

Gerabak ini, tidak kenal erti berundur, andai melangkah, akan ingin terus memecut.
Jika engkau lambat, engkau sendiri yang akan membuat tindakan untuk keluar, gerabak ini tidak punya masa untuk menghalau. Kerana yang difikir adalah ke depan.

Gerabak ini, gerabak tarbiyah.
Gerabak ini tidak mungkin dipenuhi dengan hawa dingin. Malang sekali orang yang menyesal memasuki gerabak ini.
Gerabak ini, tidak punya tawaran, melainkan akan membawa ke destinasi tarbiyah.
Iaitu bulatan-bulatan yang di dalamnya adalah taman syurga.

Yang kelak, akan benar membawa mu ke sana.

Gerabak ini, melalui jalan yang panjang, lama dan sangat merepotkanmu.


Kerana itulah bayaran tiket untuk gerabak ini, sabarlah sedikit masa lagi wahai diri!

Thursday, July 10, 2014

Kau di Mana !



"Tidak sama di antara orang beriman yang duduk tanpa mempunyai uzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk. Kepada masing-masing, Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar, iaitu beberapa darjat daripada Allah, serta keampunan dan rahmat. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
 [4: 95-96]


Bersedia untuk di Tadabbur:

Bismillah.

Ayat ini cerita tentang beza kedudukan orang-orang beriman di sisi Allah. Hey, ini bukan beza orang beriman dengan tidak beriman. Tapi dua-dua pihak yang dibandingkan adalah golongan yang beriman. Tapi beza pada pndngn Allah. Kenapa?

sila meremang!

Baik, Sebab satu golongan berjihad, bersusah payah, berkorban. 

Dah tu, Satu pihak lagi beramal, beribadah dan dakwah juga, tapi bersenang-senang, relaks-relaks, malas-malas, tanpa mujahadah bersungguh-sungguh.

Di antara dua golongan ni, Allah kata dua-dua ada kebaikan yang tersendiri, tapi golongan yang berjihad lebih tinggi taraf dan pangkatnya, lebih Allah cinta dan kasih lagi tu, masya Allah walaweh.

Begitulah kita. Kita semua orang-orang yang ikut Tarbiyah dan dakwah. Kita semua ikut usrah, pergi daurah, buat dakwah, tilawah, solat, terawih, dan macam - macam ibadah yang kita buat secara harian. Tapi di antara kita, tidak sama pada pandangan Allah. Ada di antara kita yang buat semua tu dalam keadaan sambil lewa, join tarbiyah bila tidak sibuk atau ada masa baru join, kurang effort untuk buat sungguh-sungguh, kalau susah skit dah malas, kalau tak kena dengan favour kita dah complain, kalau perlu berkorban skit cari macam-maca alasan untuk elak, bila di IPT kencang, bila cuti mutabaah amal londey dakwah mati!!, buat dakwah kerana risau kena tanya dengan naqibah apehal!, hafazan baru sekadar mengahrapkan dalam daurah atau dalam liqo!, hanya azam nak belajar bahasa Arab, sampai bila nak azam ni, kita kena bertindak dah sekarang! pilih dunia dahulu baru diciptakan alasan untuk dakwah.

Tapi ada di antara kita yang buat perkara yang sama, tapi penuh usaha untuk khusyuk, tak kisah susah senang atau suka tak suka tapi tetap buat, sentiasa all out walaupun ganggu masa peribadi, tak kisah hidup tak selesa, tak pentingkan diri, bangun dalam keadaan malas, sentiasa adakan masa utk Tarbiyh, bagi segala apa yang dia ada untuk dakwah sampai habis wang, masanya hanya untuk madu'nya, untuk Allah. Orang-orang inilah yang lebih tinggi pangkatnya di sisi Allah. Walaupun pada perspektif kita, semua nampak sama.

Tetapi tidak bagi Allah.

Yakinlah tidak sama!

Sumpah, tidak akan rugi, sesekali tidak

Jika masih berkira-kira, Allah akan berkira-kira untuk kita !

Kita, ya anda di mana?


Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 52#


Akh Ahmad Thabit adalah seorang Engineering, Huffaz, umur 22 tahun.


“Aku antara yang sedih sebab masih lagi belum mendapat syahid seperti kawan – kawan sebaya Aku, kini sudah 2 tahun, mungkin sebab aku masih kotor untuk diberi syahid oleh Allah”


Wednesday, July 9, 2014

Tentang Gaza kini 10 Julai, sebelum 10am



Update Gaza :

"Israel telah mengistihar perang ke 3 ke atas GAZA dan menamakan ia sebagai 'Operasi Batu Konkrit '


"Israel telah mengepung sempadan GAZA melalui darat dan udara. Mereka melancarkan serang bertali arus ke arah keluarga pejuang Hamas "



" Roket-roket Al Qassam tidak akan membiarkan lagi darah rakyat Palestin walau di mana mereka berada ditumpahkan oleh pengganas Yahudi dengan mudah. Roket Al Qassam kali ini juga sebagai tanda menuntut bela atas pembunuhan kanak-kanak Palestin di Tebing Barat, Hussin Abu Khdeir "



" Abraham, stesyen radio ketenteraan Yahudi melaporkan 65 roket Al Qassam telah jatuh di Israel dalam tempoh kira-kira 30 minit terakhir tadi sahaja. "



"Iron Dome Israel hanya dapat menghalang kira-kira 25% shj roket hamas . Bakinya berjaya menembusi Israel "


"Ada Rakyat Israel yang mati, cuma di rahsiakan"


"Roket Al Qassam dilepaskan ke arah 'bumi yang dijajah' "

"Kerosakan yang melanda sebuah gudang menyimpan bahan bakar Israel di Negev akibat serangan roket Al Qassam "


"pemuda-pemuda seluruh Palestin telah bangkit melawan, walaupun hanya bersenjatakan mercun dan batu-bata "



"Al Qassam berjaya menghentikan/ memusnahkan salah satu sistem anti roket Iron Dome israel "


"Skuad Amfibia Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qassam, team menyerang dari arah laut telah di umumkan "

Kata Khaled Meshal, "Netanhayu melakukan jenayah yang besar apabila menghalang kemasukan gaji bagi mereka yang bekerja di Gaza sedangkan kami sedang menyambut bulan Ramadhan."


"Jaga diri mak, saya masih perlukan mak."

Kata Erdogan, "Kami tidak akan berdiam dengan kezaliman ini!."

Kata Khaled Meshal lagi, "Kami menyeru pemimpin-pemimpin Arab untuk membantu jika benar mereka lelaki."

Kata Khaled Meshal pada Israel : "Netanhayu sedang membawa kamu kepada kekalahan dan kehancuran."

Al Qassam melakar sejarah baru apabila berjaya menjatuhkan serangan roketnya ke Reaktor Nuklear Dimona milik Zionis.

-'Bank of target' atau senarai sasaran tentera Zionis adalah kanak-kanak Palestin.

Sebagai mereka yang ada iman, perlu tahu lebih, boleh ikuti dengan segera :

1) https://www.facebook.com/aqsa.syarif
2) https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial
3) https://www.facebook.com/paldf?fref=photo
4) https://www.facebook.com/SHEHABNEWS?fref=photo
5) https://www.facebook.com/moigovps