-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, September 25, 2013

Wajah di muka buku





Ketika berbincang perihal Baitul Muslim, Akh A menasihati ku, antara kayu ukur seseorang akhwat itu Qowiy, Perhatikan alat FB nya. Tiada dalam FB, sebarang gambarnya, tiada langsung... kerana FB tersebut pada dia hanyalah alat, alat untuk "spy" anak buahnya, alat untuk berhubung dengang akhwat, alat untuk menegur direct dan indirect anak buahnya, dan alat untuk berhubung dengan manusia. Ia bukan tujuan hidupnya, sekadar untuk melaksanakan Syahadatul Haq Qauliyahnya sahaja. Jika ada gambarnya, akhwat itu tidak qowiy, jika tidak bersetuju takpe, tujuan hidup itu seharusnya menambahkan iman pada orang yang merasai, justeru aku yakin gambar tersebut tidak menambahkan iman.

Akh A : AT

Hafiz yang membenarkan






Jika Al-quran itu di turunkan hanya untuk dibaca, untuk dapat pahala semata, maka cukuplah baca "surah 3 kul" sahaja, hanya dengan membaca 3 surah ini sahaja, anda telah mendapat pahala sepertimana membaca 1 Al-quran (mafhum hadis).
Tahu!!

Maka, penatlah membaca buat mereka yang hanya membaca dari awal Al-Q (surah alfatihah) - habis (surah annas), Hanya untuk dibaca untuk dapat pahala satu Al-Quran, saya ulang, memadailah dengan membaca "3 kul" pahalanya sama sperti baca 1 Al-quran!!.
Miudah bukan sifirnya,

Namun, Al-Quran itu bukan di turunkan untuk di baca semata, bukan untuk dapat pahala sahaja, mukjizat ini untuk di fahami dan di amalkan, walaupun sedikit kita faham dan beramal. Ketahuilah, kita sbenarnya sedang jadi "hafiz Al-Quran", kerana kita faham, makna hafiz itu : memelihara ayat tersebut dengan beramal denganNya,

hafaz dan hafal itu membawa maksud yang berbeza!

Berapa ramai hari ini, mereka yang hafal satu Al-quran, tapi beramal dengannya?

Adakah dengan meng-hafal 30 juz', dengan mudah dapat masuk syurga, dpt beri syafaat pada 10 orang keluarganya (mafhum hadis).

Adakah begitu murah harga Syurga?

Kalaulah itu kayu ukurnya, maka mudahlah orang masuk syurga, ayuh kita berhenti dari belajar akademik, berhenti dari sebarang pekerjaan, cukuplah dengan hafal 30 Juz'.

Buat madrasah/ sekolah/  institusi/ pondok yang melahirkan para hafal quran, lahirkanlah produk "hafiz quran".

Buat penghafal quran, peliharalah ruh quran, jadilah Al-quran bergerak buat Ummat.

*Aku mencadangkan, setiap masjid/ surau menyediakan Al-Quran terjemahan, kerna org malaysia kita, tidak mudah utk memahami Bahasa Arab, melainkan ada terjemahannya, "Bahasa Melayu".

Sunday, September 22, 2013

Selamat Tinggal Jahiliyyah

Kerana kita membawa SYAHADAH AL-HAQ !

Selamat tinggal JAHILIYYAH !



Saturday, September 14, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 30#

Akh A : Akh, anta bila habis belajar dari pada mesir nanti, anta nak bawa balik apa?

Akh B : Insya Allah, ana akan balik ke Malaysia dengan gelaran seorang Doktor Medic

Akh A : "Wahan" sungguh anta!!

Akh B : Eh... kenapa anta kata macam tu?

Akh A : Mana taknya, dah tu, sepanjang 6 tahun anta belajar sana, anta bawa balik gelaran Doktor sahaja! mana tarbiyah dan dakwah yang anta dapat kat sana?

Akh B : Eh.... tak lah macam tu, maksud ana, Tarbiyah dan pengalaman dakwah tu, mestilah ana bawa balik sekali.

Akh A : Tak percaya ana dengan kata-kata ciplak anta, sebab "first" benda yang terpacul dari mulut anta, adalah Doktor, nampak sangat Dr. tu lagi besar dari segalanya, result exam tu yang lebih anta takut, akademik tu yang lebih anta kejar, sebab tu student medic kita yang di tarbiyah ramai hilang!Jadi sebenarnya, ana tak pelik pun ada "Daie yang Wahan".

Wednesday, September 4, 2013

Kisah Si duit Syiling




[Ibrah sudut SJ] : Kisah Duit Syiling

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, lihat kiri kanan, tiada orang, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. “Wah! Rezeki aku, takde orang tengok pulak tu, clear” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yang mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya di baling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas, masih terus istiqamah dalam kejahilan, masih terus melakukan jahiliyh, sangat takut dilihat manusia, terus menjaga pandangan manusia, berbanding pandangan Dia, yang hakiki.

Wahai,
Kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ untuk uji kita, untuk melihat tekad Iman kita. Tatkala berseorangan kita bagaimana?, "syiling" itu nikmat dunia yang sumpah sementara, ye Jahiliyah itu sedap dan lazat, ketahuilah ia "nikmat" yang sementara.

"Kita perlu korbankan dunia kita untuk akhirat kita"

Sudah ber-Terima Kasih?


Pada  31 Ogos 2013 baru ini, kawasan KL dan Selangor di beritakan tiada air, kerana minyak diesel tumpah ke dalam SYABAS...

Kendatipun,

Mudahnya Allah nak ingatkan hambaNya akan kekuasaanNya..
Hanya mentakdirkan diesel dari satu lori mengalir ke sungai selangor. satu selangor kelam kabut..

Kita banyak berharap manusia menuturkan terima kasih atas kebaikan kita, namun berapa kali kita berterima kasih dan Syukur pada si-Dia!

Semoga kita sama-sama ambil iktibar..

Monday, September 2, 2013

Tiada keuzuran


"Tiada keuzuran untuk beramal (berjihad) di jalan Allah !" -(Syed Qutb)

 
Sampai bila kita ingin beralasan?

"Ana tak macam anta akhi, takde kenderaan, jadi datang liqo lewat selalu tak pe la ye,
"Afwan akhi ana kena menoreh tolong adik ana, jadi daurah ana tak dapat datang akhi,
Afwan akhi, ana tak pandai bercakap, tak boleh jadi murobbi, kahwin tak pe! pulak!"

Renungilah kisah Nabi Allah Musa, yang ada kekurangan dalam berkata - kata, namun tidak menjadikan kekurangan itu sebagai alasannya.


Sampai bila kita ingin terus sebuk dengan cita - cita peribadi kita?

"Afwan akhi, ana habiskan study medic ana dulu beru ana join tarbiyah - tarbiyah ni ye, akhi nanti bila ana dah ada klinik sendiri,  dah jadi Doktor, baru ana join tarbiyah, usrah ye.. Akhi, bila ana dah ada pendapatan atas 10K, baru ana all out dalam Dakwah ye...
 
ketahuilah Ikhwah... tatkala berfikir akan Ummat lebih banyak dari diri sendiri, di kau akan masyhur di langit Ilahi, pahala fikirkan ummat lebih banyak daripada fikirkan diri sendiri akhirnya Ummat ada resolusi"



Sampai Bila kita ingin terus mengejar dunia?

"Tak akan habis akhi, anta akan penat jika kejar, dulu nak nokia 3310, kemudian keluar Iphone, beli Iphone, bila keluar I Pad, beli Ipad, keluar samsung S4, kejar, kumpul duit dapatkannya.... penat kan kejar dunia,

ketahuilah ikhwah, tidak akan pernah habis kalau mengejar dunia, namun kejar akhirat, dunia akan mengikuti mu, bacalah kisah sahabat!! "


Sampai bila kita ingin katakan, kita belum sedia?

Maka sedikitlah para daie, boleh jadi tiada daie atas muka bumi ini jika semua beralasan sedemikian, "ana belum sempurna"!!


Sampai bila kita ingin terus berkata "perubahan itu beransur - ansur?" 

"Relax lah, perubahan ansur - ansur, buang main game dulu, nanti baru fokus tinggalkan baca anime, bila selesai tu, baru fokus tinggalkan couple, pah tu bla...bla..bla.
 
Analogi : "Jika api lilin di atas jari anda, anda mahu mngelak terus secara total, atau gerakkan beransur - ansur! Jadi apatah api Neraka!!"

"Perubahan" itu bermula sekarang sekarang sekarang sekarang !!



Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 29#



Pembatalan Rehlah.

Akh A mengumumkan rehlah ke Ismailia.
Para peserta pun datang pada waktu yang di tentukan. Demikian pula bus yang telah di siapkan. Jumlah para peserta ternyata lebih banyak dari tempat kerusi yang tersedia.

Ketika Akh A mempersilakan naik ke bus, tiba – tiba sejumlah pemuda berebut kerusi.

Melihat pemandangan ini, Akh A mengumumkan pembatalan Rehlah, sehingga peristiwa ini menjadi pelajaran nyata dalam menjaga disiplin, latihan untuk mengutamakan orang lain dan menghormati orang yang lebih tua dan memerlukan.

Akh A : Pak Hassan
m/s 59

Jauhnya kita





Bila bercakap mengenai tadhiyah, ikhwah dinegara yang bergolak menjadi buah mulut untuk bercerita mengenai tadhiyah mereka.

Di Mesir mereka telah melepasi ujian-ujian kita di Malaysia. Mereka sudah lepas ujian belajar, kerja, keluarga, harta dan bermacam lagi. Sekarang ujian untuk mereka ialah kematian atau mati syahid.

Kita di Malaysia sedang diuji dengan ujian yang ikhwah di Mesir telah lalui. Antaranya ujian belajar, assignment, kerja, harta, keluarga, anak - anak, risau akan harta dan perniagaan yang merosot dan seangkatan dengan nya.

Maka, konklusinya kita masih jauh dan kena banyak bekerja. Nak kejar apa yang sepatut kita dapat.
 
Tadabburlah (9:24), engkau akan nampak bertapa "Wahan nya" diri!!